Anda di halaman 1dari 12

aPENGARUH BEBAN TUGAS TERHADAP STRESS DAN BURNOUT DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH

BAB 1

MUKA SURAT

Pengenalan

Latar Belakang Kajian

Pernyataan Masalah

Objektif Kajian

Kepentingan Kajian

Definisi

Kesimpulan

10

BAB 1

1.0 Pengenalan Bab ini akan mengemukakan latar belakang kajian, pernyataan masalah , objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, definisi operasi dan kesimpulan.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Pada abad ke 21 usaha untuk menjamin kualiti perkhidmatan dalam sektor pendidikan merupakan cabaran yang perlu dihadapi untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Tenaga pendidik yang berkualiti diperlukan untuk merealisasikan hasrat ini.Tugas dan tanggungjawab guru menjadi berat. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut paradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa tekanan pada guru. Tekanan dan burnout bukanlah perkara yang baru. Tekanan sentiasa bersama kita dan burnout sebelum ini biasa disebut nervous breakdown (

Peterson&Nisenholz,1991). Peterson&Nisenholz (1991) juga mendefinisikan tekanan sebagai rangsangan atau penekan dari faktor persekitaran, sama ada secara dalaman atau luaran. Manakala burnout adalah penurunan daya keupayaan fizikal dan mental,dimana individu menunjukkan ciri-ciri kehilangan motivasi,keghairahan, tenaga dan minat, serta menunjukkan tahap prestasi kerja yang rendah Tanggungjawab dan tugas seorang guru menjadi semakin berat. Tugas guru tidak hanya terhad kepada mengajar sahaja tetapi merangkumi membuat persediaan mengajar,menyemak kerja tulis pelajar, menilai pelajar, membuat pekerjaan

klarikal,menaip soalan ujian dan peperiksaan, menyelia aktiviti kurikulum dank o2

kurikulum, menghadiri mesyuarat , kursus, seminar atau bengkel, menyelesaikan masalah disiplin pelajar, mengurus hal-ehwal pelajar dan pelbagai tugas yang lain. Jelaslah bahawa guru mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion perguruan ini sebenarnya adalah sukar dan meletihkan(Faridah Karim,Zubaidah Aman,1998)

1.2 PENYATA MASALAH Di Malaysia fenomena stress dan burnout dalam kalangan guru sedang hebat dibincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang hadapi stress yang tinggi. (Cooper 1995 Hart et al.,1995) dalam Mokhtar (1998)

Kajian Teoh (1998) dan Chew (1995) menunjukkan bahawa faktor-faktor tekanan kerja adalah meliputi faktor-faktor tekanan kerja, faktor beban tugas, faktor perhubungan pekerja,faktor persekitaran tempat kerja dan hubungan personal.

Dalam konteks Malaysia, kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) atau NUTP (National Union of Teaching Profession) mendapati punca-punca stress terdiri daripada tekanan oleh ibu bapa/pelajar, beban tugas,prospek kenaikkan pangkat, penilaian untuk kenaikkan gaji yang tidak adil, infrastruktur dan lokasi sekolah(2006) Dapatan juga menunjukkan bahawa 69% daripada guru terlibat dalam kajian mengalami stress. Dalam pada itu, ramai guru yang dikaji menyatakan ibu bapa dan pelajar merupakan penyebab stress (83%) ,beban tugas (79%),prospek kenaikkan pangkat (74%) dan penilaian tidak adil (73%) . Hal ini dikemukakan pada 10th Malaysian Summit 2009.

Dalam satu kajian peringkat kedoktoran (Ph.D) yang dilakukan oleh penyelidik Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Zubaidah Aman , di enam buah sekolah di Selangor mendapati 41.5 peratus guru mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja dalam profesion ini. 23.9 peratus lagi menyatakan bahawa mereka bercadang meletak jawatan, 52.8 peratus mahu bersara awal. Dapatan beliau menunjukkan 62 atau 38.9 peratus guru mengalami tahap keletihan yang tinggi., Ketika membentangkan kertas kerja implikasi Burnout Dalam kalangan Guru Terhadap Sistem Pendidikan telah mengakui implikasi burnout dalam kalangan guru kini. Berdasarkan permasalah yang dinyatakan disini, pengkaji merasakan adanya satu bentuk penyelidikan khusus dalam memahami tekanan kerja guru yang mencetus stress dan burnout. Sebagaimana yang dilaporkan dalam kajian Jepson dan Forrest (2006) terhadap

95 orang guru dari sekolah rendah dan menengah di United Kingdom mendapati guru sekolah rendah mempunyai tahap stres yang tinggi berbanding guru sekolah menengah. Maka, kajian stres dalam kalangan guru sekolah rendah haruslah diperbanyakkan lagi.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh beban tugas terhadap stress dan burnout guru sekolah rendah. 1.Mengenalpasti tahap beban tugas terhadap stress dan burnout dalam kalangan guru sekolah rendah. 2.Mengenalpasti perhubungan antara beban tugas dengan stress dan burnout dalam kalangan guru sekolah rendah.
4

3. Mengenalpasti tugas dan tanggungjawab yang menyebabkan berlakunya stres dan burnout dalam kalangan guru sekolah rendah. 1.4 Persoalan Kajian 1. Apakah tahap beban tugas terhadap stres dan burnout guru dalam kalangan guru sekolah rendah?

2 . Apakah perhubungan antara beban tugas dengan stress dan burnout dalam kalangan guru sekolah rendah?

3 . Apakah tugas dan tanggungjawab yang menyebabkan berlakunya stres dan burnout dalam kalangan guru sekolah rendah?

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Diharapkan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada dua aspek iaitu dari perspektif organisasi yang dikaji dan juga dalam bidang akademik. Kajian ini

diharapkan dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan satu saluran formal kepada pihak pengurusan sekolah untuk melihat tahap stres guru-guru. Pentadbir sekolah merupakan pihak yang paling hampir dengan guru. Maka amat mudah bagi pentadbir sekolah menggunakan peluang ini untuk meringankan stres dengan mengelakkan aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang menyebabkan guru tertekan. Pentadbir dapat meminimakan aktiviti di luar waktu kerja untuk meningkatkan prestasi kerja utama guru iaitu mengajar Sehubungan dengan ini, pihak pengurusan sekolah boleh membuat sebarang tindakan penambahbaikan yang sesuai untuk menyediakan suasana kerja yang kondusif kepada guru-guru. . Dengan kata lain pihak pengurusan dapat ambil pelbagai alternatif dan
5

langkah untuk menghadapi , menangani atau mengurangkan tahap stress dan burnout dalam kalangan guru akibat daripada tekanan kerja guru.

Daripada segi akademik pula, kajian ini boleh menjadi panduan dalam bidang kajian mengenai stres. Oleh itu, kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan di perpustakaan untuk menambahkan pengetahuan berkenaan dengan faktor-faktor yang menyebabkan stres, kaedah penganalisisan data yang digunakan serta model dan teori berkaitan dengan stres dalam kalangan guru di sekolah.

Harapan penyelidik agar kajian ini dapat memberi pengetahuan bagi membuat dan mengambil tindakan dalam membendung dan mengurangkan stres dan burnout. Diharapkan kajian ini dapat memberi sumbangan yang membina dari aspek teoritikal dan praktikal. Dari aspek teori dan maklumat, penyelidikan yang menyeluruh mengenai stres dan burnout dalam kalangan guru dapat memberi kefahaman yang mendalam kepada pihak atasan seperti pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk melihat isu stres dan burnout sebagai isu yang serius dan boleh menganggu sistem pendidikan yang dirancang. Bagi pihak guru, diharap dapatan kajian dapat menjadi panduan guru dalam menilai di tahap manakah stress yang mereka alami dan sentiasa mengambil langkah berjagajaga.

1.5 Definisi Operasi Guru Dalam kajian ini, guru ditakrifkan sebagai seorang yang terlatih dalam bidang perguruan yang mempunyai kelayakan akademik yang berbeza sama ada guru bukan berijazah atau guru berijazah di bawah pentadbiran KPM. Tetapi kajian ini tidak melibatkan guru-guru sandaran tidak terlatih, penolong-penolong kanan dan guru besar.

Beban Tugas Merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediakannmengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar, pelajaran dan pentadbiran seperti mengisi borang dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang dia berkerja. Boleh ditafsirkan juga sebagai jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem dalam tempoh tertentu.

Tekanan Kerja Mengikut Kamus Dewan 1997, tekanan kerja adalah jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau system dalam tempoh masa tertentu Tekanan kerja guru di sini ialah pengalaman yang dialami oleh guru yang berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti keteganggan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kedukacitaan yang disebabkan daripada aspek-aspek berkerja sebagai seorang guru.

Tekanan kerja guru yang sering diketengahkan oleh Kyriacou dan Sutcliffe (1978a) mendefinisikan sebagai tindak balas negatif seperti kemarahan atau tekanan jiwa yang selalunya diikuti dengan kenaikan dengupan jantung atau pelepasan horman andrenocorticontrophic ke dalam saluran darah. Tekanan kerja yang dihadapi oleh guru boleh mengugat keyakinnan atau kesihatan diri mereka dan melalui penyesuaian mekanisme yang diwujudkan ianya dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi.Definisi yang dibawa oleh Kyriacou & Sutcliffe (1978a) menilai tekanankerja guru negatif dan boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan guru tersebut.Elemen yang penting adalah persepsi guru terhadap tekanan kerja berdasarkan kepada tiga aspek iaitu: tidak berupaya menerima tekanan kerja yang dihadapi.Mengalami kesusahan untuk
7

menerima tekanan yang dihadapi atau kegagalan untuk sehingga menjejaskan kesihatan mental atau fizikal mereka.

menerima tekanan kerja

Stres 1. Hatta Sidi dan Mohamed Hatta (2005), mentafsirkan stres sebagai tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan mengikut sesuatu keadaan atau tempat. Stres melibatkan perasaan subjektif, yang pada mulanya diterima oleh diri seseorang secara aman, tetapi lama-kelama dan menjadi semakin kacau apabila permintaan atau cabaran semakin bertambah.

2. Menurut

Nor

Hanani

(2007) panic,

pula

stres

merangkumi enxeiti,

tekanan,beban,konflik,keletihan,ketegangan, kemurungan dan hilang daya.

perasaan

gemuruh,

3. Menurut Mohd Azhar (2004), tahap stres atau tekanan terbahagi kepada tiga iaitu tahap amaran, tahap penahanan dan tahap tenat. Berikut adalah huraian bagi setiap tahap tersebut:

i. Tahap amaran atau berjaga-jaga: Pada peringkat ini mangsa dapat menyelami aktiviti hidup yang dilakukan tetapi sukar hendak menumpukan tingkah lakunya.

perhatian kepada

ii. Tahap penentangan: Pada tahap ini individu itu perlukan bantuan luar. mereka tidak mempunyai keupayaan dalam menentukan objektif tingkah laku dan kehidupannya. Kekuatan intrisik atau dalaman bagi menghadapi

kekangan stres semakin terhakis.

i. Tahap tenat atau kelesuan: Pada peringkat ini individu yang menghadapi stres tidak lagi berpegang kepada reality hidup. Setiap saat ia dipengaruhi kemurungan, kurang mempercayai orang lain dan mementingkan diri dalam apa perkara yang dilakukan.

Jenis -jenis Stres Mengikut Cockburn (1996), terdapat lima jenis stres yang dialami oleh guru. Beliau mengkategorinya kepada stres here or now, stres anticipation,stes imaginative, stres reaktif dan stres negative. Stres here and now adalah situasi yang wujud pada satu masa atau ketika. Guru berada dalam situasi peperiksaan,pertengkaran atau tergelincir semasa jatuh tangga. Stres anticipation merupakan jenis dimana guru bertindakbalas terhadap sesuatu perkara yang dijangkakan.

Contohnya setiap hujung semester, sekolah akan menganjurkan hari terbuka untuk ibu bapa berjumpa dengan guru maka guru yang tidak berpengalaman akan mengalami stres. Stres Imaginatif merupakan stres di mana dalam sesuatu situasi, individu akan

berimaginasi tentang sesuatu yang menakutkan. Contohnya bila bersendirian individu itu berimaginasi pencuri akan memasuki rumahnya. Stres reaktif akan berlaku akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Stes ini berlaku secara semula jadi atau kadangkala sebagai satu proses memulihkan. Contohnya, seorang individu berasa sedih akibat daripada kematian orang terdekat. Proses mengatur dan mengimbas balik sesuatu peristiwa dan pengalaman lampau merupakan situasi di mana stres reaktif berlaku. Stres negating dianggap sebagai sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada
9

hari,minggu atau tahun. Setiap individu atau guru akan mengalami kelima-lima jenis stres. Apa yang berbeza adalah kekerapan dan tahap keseriusan stres tersebut kepada setiap individu.

Burnout 1. Istilah teacher burnout digunakan pertama kalinya olah ahli psikologi Freudenberger(Wood,2000)

2. Ahli pendidik pendidik mendefinisikan burnout sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun(Schwab et al. 1986)

3. Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembangkan konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout. Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah :

i. ii. iii.

Kelesuan emosi (emotional exhaustion) Depersonalisasi (depersonalization) Pencapaian peribadi (personal accomplishment)

KESIMPULAN Dalam bab ini telah dihuraikan dan dijelaskan perkara-perkara yang menjadi asas dan hala tuju kajian ini. Di dalam bahagian Objektif Kajian, penyelidik telah menetapkan matlamat-matlamat yang hendak dicapai di akhir kajian ini. Persoalan-persoalan kajian turut ditentukan berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
10

Kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak guru, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak pentadbir sekolah dan juga pihak penyelidik sendiri. Definisi Operasional telah diterangkan maksud beberapa istilah dan konsep yang penting dalam kajian ini.

RUJUKAN 1.Hashim Salleh (2005) Burnout: Implikasinya terhadap Organisasi Pendidikan. Dalam Sutean Hussin et al.,Pentadbiran dalam Pendidikan Pahang: PTS Proffesional Publishing. 2. Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). Mengurus Stres, Pendekatan113 yang praktikal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Hatta Sidi dan Ruzanna Zam Zam (2003) Menjaga kesihatran jiwa. Teknik mengurus stress. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors. 4. Leung, T., Siu, O. & Speetor P.E. (2000). Faculty Stressors, job satistation and psychological distress among university teachers in Hong Kong. The role of control. International Journal of Stress Management, 7(2), 121-138.

11

5. Liew, Siew Fong (2004). Tekanan Kerja Guru-guru SJKC di Zon Pudu, Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan bagi Sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 6. Noriati A.Rashid (2010) Guru Dan Cabaran Semasa : Oxford Fajar Sdn Bhd Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) Guru dan Cabaran Semasa: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

12

Anda mungkin juga menyukai