Anda di halaman 1dari 2

cikgubad Mengajar pada yang sudi, Mendidik pada yang punya hati

Main menu Skip to content Home Kerjaya Koleksi Buku Mai Masak Minat dan Bidang Dikuasai Misi cikgubad
MAR

52009

Berat Segelas Air dan Stress


Saya menyalin semula bahan berikut dari email sahabat lama saya, Dr Raihan Othman dari UIAM untuk renungan dan refleksi khalayak pembaca blog saya. Satu analogi yang mudah kita fahami takrifan stress oleh Stephen Covey kepada pelajarnya. Kaedah analogi atau tamsilan sebegini adalah teknik pengajaran-pembelajaran yang lebih efektif dan praktikal semasa kuliah untuk menyampaikan maksud atau mesej kepada pelajar oleh guru atau pensyarah. Guru hari ini mesti lebih kreatif dan juga kritis dalam menyediakan bahan pengajarannya. Dalam konteks pembelajaran moden hari ini yang lebih menekankan Student-Centered Learning (SCL), pelajarlah yang aktif membina pengetahuannya.

Manakala guru hanya sebagai fasilitator iaitu memudahkan pembelajaran pelajar. Ini hanya boleh berlaku melalui antara lain dengan menggunakan pendekatan kreatif. Stephen Covey telah menunjukkan satu contoh pendekatan kreatif yang menarik. Apapun mari kita tekuni mesej dan kaedah Stephen Covey menyampaikan kuliahnya mengenai Stress Management. Ada mesej yang menarik buat kita yang mahu berfikir. Selepas membaca renungan ini, kita ubah cara kita mengurus stress harian kita. Berat Segelas Air. Renung2kan Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya: Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini? Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr. Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda memegangnya, kata Covey. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat. Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat b eratnya, lanjut Covey. Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi. Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut. Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.
About these ads

Share this:

Share

Like this:

By cikgubad Posted in Achtung!, Ilmu, motivasi, petikan, Tokoh Tagged SCL, Stress 4 Post navigation

Anda mungkin juga menyukai