Anda di halaman 1dari 11

1

Punca tekanan kerja (stres) dalam kalangan guru sekolah rendah



BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan

Tekanan guru menjadi cabaran guru masa kini. Paras tekanan tinggi dialami oleh guru yang
terlibat dalam pendidikan (Esah,1977). Tugas guru masa kini bukan setakat mengajar sahaja
tetapi meliputi tugas-tugas sampingan yang menyebabkan guru terpaksa menyelesaikannya.Pada
tahun 2011 didapati peratusan stres dalam kalangan pekerja menunjukkan bahaawa guru berada
di tempat keempat dengan peratusan 45.5% berbanding dengan pekerjaan lain (Sapura
Siron,2011). Beban tugas adalah salah satu punca yang menyebabkan tekanan pada guru. Esah
Sulaiman (2003) mengesahkan dalam kajian beliau bahawa guru mengendalikan rekod
pelajar,pengutipan yuran,skim pinjaman bantuan teks,mendapatkan data rekod prestasi
murid,menjalankan tugas panitia, menyebar dan memantau sukatan pelajaran,menghadiri
kursus,melaksanakan ko-kurikulum dan lain-lain lagi. (Dunham,1976;Kyriacou dan
Sutchiffe,1978) menyatakan bahawa tekanan kerja akan mengakibatkan masalah yang serius
berkaitan dengan gangguan emosi dan tingkah laku. Menurut Levine dan Kursia (2009) tekanan
bukanlah perkara yang boleh diambil ringan kerana ia melibatkan perubahan fisiologi oleh
perlakuan tingkah laku.

2.2 Konsep Tekanan
NorHanani(2007) menyatakan bahawa tekanan adalah
tekanan,beban,konflik,keletihan,ketegangan,panic,perasaan gemuruh,enxieti,kemurungan dan
hilang daya.
2

Hatta Sidi dan Mohamad Hatta (2005),mentakrifkan tekanan adalah akibat daripada
tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan mengikut keadaan dan
tempat.Pada mulanya tekanan diterima oleh diri seseorang tetapi akan menjadi gangguan apabila
permintaan atau cabaran semakin bertambah. Mereka juga menyatakan bahawa tekanan
berpunca secara langsung atau tidak iaitu melibatkan seorang individu atau sekumpulan manusia.

Di samping itu, menurut kajian Ali Murat Sunbul(2003) terlalu banyak tekanan yang
dihadapi oleh guru juga boleh mendatangkan pelbagai kesan yang negatif yang boleh
mengganggu prestasi dan kepuasan kerja guru. Tekanan berpunca dari kekecewaan dan putus
asa dengan kerja di luar jangkaan dan kurang pengawalan personal dari pihak atasan.

Abdul Aziz Yusof (2003 ) menyatakan tekanan berlaku apabila berhadapan dengan kerja
banyak dalam masa yang terlalu singkat.

Kyriacou (2000), merujuk tekanan guru sebagai pengalaman guru terhadap emosi yang
tidak diingini seperti kekecewaan, kebimbangan, kemarahan akibat daripada tugasnya. Tekanan
merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang
menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Badan kita bertindak menangani bahaya dengan
spontan apabila menghadapi bahaya. Tindak balas tekanan merupakan cara badan melindungi
kita.Tekanan boleh ditanggani jika bertindak dengan betul dimana seseorang memberikan focus
dan peka terhadap situasi. Tindak balas tekanan boleh membantu seseorang individu untuk
menangani situasi yang mencabar. Tekanan minimum adalah positif dan dapat membantu
individu. Namun stres hanya pada tahap yang tertentu. Apabila melebihi sesuatu tahap, stres
akan menyebabkan kemerosotan dalam kesihatan,perhubungan,perasaan, produktiviti dan
seterusnya menjejaskan kehidupan berkualiti.



3

Lefton (1994) mendefinisikan tekanan sebagai tindak balas yang spesifik oleh organisma
terhadap desakan sama ada desakan sebenar atau yang dikhayalkan, iaitu tindak balas emosi di
mana tekanan yang dialami oleh seseorang tidak akan menjadi tekanan kepada orang lain.
Smither (1994) menakrifkan tekanan ebagai respon fisiologi dan psikologi keatas permintaan
terhadap seseorang individu.

Daripada definisi-definisi diatas, kesimpulan boleh dibuat bahawa tekanan adalah
gangguan fisiologi dan psikologi akibat daripada permintaan untuk dipenuhi dengan keupayaan
yang ada pada seseorang.Tekanan akan membawa kesan negatif apabila keupayaan seseorang itu
terbatas. Kesan negative dari segi psikologi melibatkan gangguan emosi fikiran dan tingkah laku.


2.3 Kerangka

Kerangka konsep dan kerangka kajian disediakan sebagai pemandu kepada kajian ini agar
ia menjurus kepada tujuan dan matlamat yang dihendaki.

2.3.1 Kerangka Konsep

Rajah 1 menggambarkan punca-punca tekanan yang dialami dalam kalangan guru sekolah
rendah. Berdasarkan Model Atinkson (1988) tekanan dikategorikan kepada dua iaitu tekanan
luaran dan tekanan dalaman. Tekanan luar merangkumi persekitaran fizikal, ciri-ciri pekerjaan
dan lingkungan social. Tekanan dalaman pula disebabkan oleh emosi, kebolehan
kognitif,keadaan fizikal individu dan perlakuan.







4


Rajah 1
Model masalah tekanan yang khusus




Model Tekanan Atkinson 1988








5


2.3.2 Kerangka Kajian
Rajah 2 menunjukkan kerangka tentang kajian ini. Punca-punca tekanan yang akan dikaji adalah
beban tugas,disiplin pelajar, kekangan masa, kekangan dan factor persekitaran.
Dalam kajian ini pembolehubah bersandar pula adalah paras tekanan dalam kalangan guru
sekolah rendah.


Rajah 2
Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah bersandar

Beban Tugas

Disiplin pelajar
TEKANAN
Kekangan Masa


Penghargaan

Faktor Persekitaran


6



2.4 Punca-punca tekanan
Dunham & Varma menyatakan bahawa punca-punca tekanan yang dihadapi oleh guru
adalah seperti beban kerja,pihak pentadbiran dan pengurusan,persekitaran kerja yang kurang
kondusif, mengajar pelajar yang kurang motivasi dan menangani perubahan.
Hatta Sidi (2002) menyatakan bahawa cara pemikiran, ciri perwatakan serta bagaimana
seseorang individu itu menangani masalah akan menjadi factor kepada tekanan. Alam sekeliling
dan persekitaran seperti perubahan cuaca, kebisingan, kesesakan, juga merupakan factor-
faktor yang mendorong kepada stres.
Harun Arrasyid (2006), menyatakan bahawa tekanan berpunca dari keadaan fizikal dan
psikologi. Keadaan fizikal yang sesak, tidak kondusif dan bising merupakan punca pecetus stres.
Stres yang berpunca dari psikologi adalah seperti persekitaran tempat kerja yang baru, terasa
tercabar dan dating lewat ke tempat kerja.
Syed Ismail pula menyatakan bahawa punca tekanan adalah disebabkan oleh beban kerja,
pemikiran tidak rasional, banyak perkara perlu perhatian, kerja tertangguh, komunikasi dan
keperluan hidup tinggi.
Punca tekanan adalah reaksi daripada fizikal serta emosi seseorang akibat daripada
ketidaksesuaian atau keselesaan yang dihadapi berhadapan dengan situasi yang dianggap
membebankan. Seseorang individu yang boleh berhadapan dengan pelbagai situasi dan
menangani kecerdasan emosi serta mempunyai efikasi diri yang tinggi berupaya untuk hidup
secara sihat tanpa tekanan. Mengikut Waxler (2009), guru seharusnya berpemikiran positif
kerana ia akan memberi impak yang positif kepadanya sepanjang hari bertugas.



7



2.5 Teori Tekanan
2.5.1 Teori Tekanan Hobb (1972)
Teori Hobb menghuraikan tentang hubungan antara prestasi guru dengan tuntutan yang dialami
(Dunham,1992) Hobb (1972;Dalam Dunham 1992). Hobb (1992; Dlm Dunham 1992 )
menyatakan bahawa kebosanan akan berlaku jika kerja dilakukan tanpa tuntutan. Tuntutan kerja
yang lebih dikatakan merangsangkan . Namun, jika tuntutan melebihi had keupayaan seseorang
untuk bertindakbalas akanwujud kebimbangan yang tinggi, penumpuan yang kurang berkesan
dalam kerja.Tuntutan yang berlebihihan tanpa penambahan sumber akan membawa kepada stres
atau tekanan.

2.5.2 Psikodinamik,Kognitif,Tingkah Laku dan Biologikal
Mahmood Nazar(2000) menyatakan bahawa terdapat beberapa teori yang berkaitan
dengan tekanan iaitu dari sudut psikodinamik,kognitif,tingkah laku dan biological.
a. Teori Psikodinamik
Franz Alexender , pakar psikoanalisis menyatakan bahawa tekanan disebabkan oleh
ketegangan emosi yang terlibat dengan konflik (Lauzan,1963)
b. Teori Behaviurisme Skinner
Dari pandangan Skinner , seseorang yang tertekan terhadap sesuatu rangsangan telah
diteguhkan masa lampau untuk memberi tindakbalas. Jika seseorang menghadapi stres di tempat
kerja kerana berhadapan dengan terlalu banyak permintaan atau tingkahlaku yang mudah maka
senanglah ia hadapi stres.


8

c. Teori Kognitif
Lazarus & Folkman (1984) mendefinisikan penilaian kognitif sebagai proses
mengkategorikan suatu penemuan dan mengaitkannya dengan mana yang ada pada kesihatan
kendiri. Penilaian berlaku dalam keadaan sedar. Contohnya seorang pelajar akan terasa tertekan
jika tidak bersedia menduduki peperiksaan.
2.5.3 Teori Tingkah Laku Biologikal
Hans Selye (1974) seorang pakar psikologi yang mengkaji masalah tekanan dari aspek
biologi dan hasil penyelidikannya mengemukakan satu teori iaitu Simptom Adaptasi Am (GAS).
Am bermakna tindakbalas dihasilkan tubuh adalah sama kepada bentuk rangsangan yang
menyebabkan tekanan. Sindrom ini mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan merangsang
untuk membantu mengatasi masalah sindrom manifestasi berkait antara satu sama lain.
Tiga tahap asas perkembangan model ini adalah tahap bersedia dan berjaga-jaga (Alarm
Reaction), tahap penentangan (stage and resistance) dan tahap kelesuan (stage of exhaustion).


Kelesuan

Penentangan
Bersedia dan jaga-jaga



Pada tahap bersedia, iaitu tahap stres pada kali pertama dan mempunyai tahap rintangan yang
rendah dari tahap normal.Peningkatan dalam tekanan darah berlaku apabila gangguan dalam
9

perut terjadi pada jangka masa yang singkat. Badan akan memberi arahan untuk pertahanan diri.
Jika tindakbalas pertahanan Berjaya, maka badan akan kembali kepada normal. Kebanyakkan
stres jangka pendek selesai pada fasa sini.
Pada tahap kedua adalah tahap penentangan di mana stres akan berterusan disebabkan oleh
factor-faktor di luar kawalan organisasi. Badan akan alami satu perubahan. Untuk mengatasi
stres, badan akan mengembangkan banyak sumber yang mengakibatkan pengurangan tekanan.
Pada tahap kelesuan, jika stres tidak dikawal, badan akan menjadi lesu kerana kekurangan
tenaga. Ketahanan mungkin hilang kesemuannya dan kematian berlaku selepas itu.

2.5.4 Teori Erg (Gabungan Teori Hieraki Maslow dan Teori Dua Faktor Herzberg)
Clayton Alferder (1969) membuat susulan dan pengubahsuaian terhadap Teori Keperluan
Hieraki Maslow dan Teori Dua Faktor Hertzberg 1972. Alferder menyatakan bahawa keperluan
manusia boleh disusun di dalam sesuatu hierarki. Tiga kategori keperluan yang dipenuhi adalah
keperluan Existence, keperluan Relatedness dan keperluan Growth. Keperluan
Existence merangkumi keperluan psikologi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dan
keperluan pekerjaan seperti keselamatan kerja, gaji dan kemudahan. Keperluan Relatedness
meliputi hubungan peribadi dengan orang lain seperti rakan sejawat, keluarga dan orang
bawahan. Perhubungan yang mesra perlu untuk memberi kepuasan kerja. Keperluan Growth
mefokuskan terhadap potensi manusia dan kehendak keatas pertumbuhan peribadi dan
peningkatan kecekapan.

2.6 Sorotan Kajian
Kajian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) (2006)
menunjukkan bahawa punca-punca stres adalah terdiri daripada tekanan ibu bapa, beban
tugas,kenaikan pangkat, motivasi untuk mengajar, infrastruktur dan lokasi sekolah.69% daripada
guru didapati mengalami stres. 83% factor penyebab stres adalah ibu bapa dan pelajar, 79%
beban tugas, 74% prospek kenaikkan pangkat,72% penilaian tidak adil.
10

Kajian Deraman (2003) mendapati tekanan kerja guru di daerah Klang menunjukkan
factor pelajar,beban tugas dan kekurangan masa menjadi punca utama yang menyebabkan stres
kepada guru.
Dapatan kajian Huisman (2009) mendapati bahawa tugas perkeranian telah menyukarkan
guru untuk mengimbang tugas mengajar.
Kajian Klassen dan Chiu (2010) terhadap guru sekolah rendah mendapati bahawa beban
guru dan karenah pelajar merupakan factor yang dominan memmpengaruhi tekanan guru.

Kajian Kyriacou dan Chien(2004) terhadap 2003 guru daripada 22 buah sekolah rendah di
Taiwan mendapati 26 peratus guru yang mengalami tekanan berpunca daripada kerja-kerja
tambahan berkaitan pengurusan, tingkah laku negative pelajar, tekanan daripada ibu bapa pelajar
dan kekangan masa.

Kajian tekanan oleh Huisman (2009), melaporkan bahawa,kesemua responden percaya
bahawa stres yang dialami telah memberi impak negatif terhadap pelajar dan menyebabkan
pengajaran menjadi kurang efektif. Dapatan beliau turut mendapati tugas perkeranian seperti
mengambil kedatangan dan merekodkan gred pelajar telah menyukarkan guru mengimbangkan
dengan tugas mengajar.


Kajian yang dijalankan oleh Azrul Hisham (2009) menujukkan segelintir pelajar
menimbulkan kemarahan guru. Antara perlakuan yang menyakiti hati guru adalah membuat
bising ketika pengajaran dan pembelajaran bermula, bersikap biadap dengan guru, datang lewat
ke sekolah dan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.

Shahbuddin Hashim &Rohizani Ismail(2003) menyatakan bahawa factor penyumbang
stres yang besar adalah rangsangan dari luar. Faktor-faktor yang lain adalah kebangkitan tanpa
kawal emosi individu dan tahap kebimbangan yang tinggi. Kajian tekanan yang dibuat ke atas
guru sekolah rendah mendapati bahawa tekanan mempengaruhi pengajaran di dalam kelas .
11

Kebimbangan akibat daripada gagal mengawal emosi juga antara punca tekanan dalam kalangan
guru.
Rumusan daripada sorotan literature mendapati beban tugas, kekangan masa, disiplin
pelajar merupakan antara punca utama tekanan dalam kalangan guru sekolah rendah. Didapati
guru-guru sekolah rendah berasa tertekan dengan longgokan kerja yang perlu dibereskan
disamping tugas mengajar. Disiplin pelajar juga menganggu emosi guru dimana guru tertekan
dengan persekitaran bilik darjah yang bising. Disamping itu kelakuan negatif pelajar seperti
biadap serta masalah tidak hadir dan ponteng sekolah juga menyebabkan guru berasa tertekan.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru gagal untuk mengawal emosi dalam menangani
masalah pelajar.
Beberapa kajian memperlihatkan faktor demografi mempunyai hubungkait dengan punca
tekanan dalam kalangan guru. Ling (2008) mendapati pengalaman mengajar seorang guru
mempunyai hubungan signifikan dengan tahap tekanan guru. Didapati guru yang mempunyai
pengalaman mengajar yang lebih mengalami tahap tekanan yang tinggi berbanding dengan
guru yang kurang berpengalaman mengajar . Sebaliknya dalam kajian Gelman (2008)
terhadap guru sekolah rendah mendapati semakin meningkat umur dan pengalaman seseorang
guru, semakin kurang tekanan yang dialami.

Anda mungkin juga menyukai