Anda di halaman 1dari 1

Apabila dikemukakan tentang kefahaman keseronokkan di tempat kerja Encik Ibrahim

menekankan tema Intergriti dimana pada beliau bekerja dengan amanah, jujur dan berdedikasi
membawa keseronokkan kerja. Beliau juga membandingkan guru pada zaman dahulu dan
sekarang. Guru pada zaman dahulu dikatakkan bekerja dengan jujur berbanding dengan guru
pada zaman sekarang yang hanya menganggap bidang perguruan sebagai pilihan
terakhir.Berbanding dengan pendapat Encik Ibrahim, Encik Somasundram dan Encik Gan
mempunyai konsep yang sama tentang keseronokkan bekerja. Encik Somasundram berasa
seronok jika dapat bekerja dalam suasana yang tenang tanpa tekanan dan paksaan. Encik Gan
pula berharap agar transformasi dalam sistem pendidikan akan memudahkan lagi kerja guru
dimana kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah akan membantu guru dalam bidang
pengajaran. Kerja tanpa tekanan mencetuskan suasana pekerjaan yang menyeronokkan. Maka
keseronokan bekerja adalah bekerja dengan intergriti bagi Encik Ibrahim manakala bekerja tanpa
paksaan dan tekanan adalah konsep yang tersemat pada pandangan Encik Somasundram dan
Enik Gan.
Soalan tentang ciri-ciri keseronokkan bekerja membawa pendapat yang berlainan di antara
ketiga-tiga pemimpin. Encik Ibrahim sebagai seorang Islam menganggap bekerja sebagai ibadah.
Tema spiritual dijadikan ciri utama keseronokkan bekerja. Beliau berpendapat bahawa bekerja
dengan penuh dedikasi dan iltizam sejajar dengan hasil pendapat yang diterima pada setiap bulan
merupakan ciri-ciri keseronokan bekerja. Encik Somasundram pula mempunyai fahaman yang
cetek tentang ciri-ciri keseronokkan bekerja. Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri keseronokkan
bekerja hanya merangkumi kerja yang dibuat hasilnya positif. Encik Gan pula menekankan

Anda mungkin juga menyukai