Anda di halaman 1dari 26

1.

0 DEFINISI KONSEP DAN AMALAN KESERONOKAN/KESEJAHTERAAN DI TEMPAT KERJA Menurut Diener, Larsen, Levine dan Emmons (1985), kesejahteraan merupakan salah satu elemen bagi mood positif. Mood positif mendorong seseorang untuk berfikir, merasa dan bertindak ke arah meningkatkan pembangunan sumber dan pencapaian matlamat (Seligman et.al.,2005) Peranan pemimpin untuk mempengaruhi mood positif pengikutnya dinamakan sebagai jangkitan emosional (emotional contagion)(Wei0Chi Tsai,et al.,2009). Perspektif George dan Brief (1992) menekankan bahawa jika pemimpin dalam keadaan mood positif, maka subordinatnya juga turut mengalami mood positif yang sama. Subordinat mudah terpengaruh dengan mood pemimpin. Hal ini adalah kerana mood pemimpin dapat menyediakan suasana yang lebih baik untuk mengawal serta mempengaruhi pembentukan sumber dan interaksi (Sy. Et al., 2005). Conger dan Kanungo (1998), mencadangkan pemimpin transformasi di peringkat sekolah seharusnya mempengaruhi pekerja melalui emosi, supaya dapat membangkitkan perasaan yang sama di khalayak mereka. Hal ini bermakna mood positif guru dijangka akan turut mempengaruhi rakan sekerja guru dan juga murid-murid. Hal ini dapat mewujudkan hubungan sosial yang sihat dalam kalangan warga sekolah kerana masing-masing berasa sejahtera, bahagia, seronok dan gembira dipersekitaran sekolah yang mana guru dapat kesejahteraan di tempat dan murid-murid dapat belajar dengan seronok dan gembira. Keadaan yang positif ini merupakan pra syarat dalam pembentukan budaya sekolah yang cemerlang.

2.0 Objektif Kajian Berdasarkan perbincangan di atas, objektif kajian ini adalah untuk :Mengkaji dan menghuraikan secara empirikal konsep/definisi tentang keseronokan bekerja dan cara ia nya diamalkan di sekolah menurut mereka yang terlibat dalam pengurusan sekolah (guru besar/pengetua, penolong kanan, ketua bidang, pengawal pendidikan daerah/jabatan dan sebagainya.

3.0Methodologi Kajian 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual semi struktur untuk memperoleh data daripada responden.

3.2 PERSAMPELAN KAJIAN Keseronokan bekerja adalah tonggak ketiga dari dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh kesemua kakitangan awam. Keseronokan kerja ertinya gembira bekerja. Keseronokan kerja lahir dari sikap positif seseorang individu terhadap tugas yang dihasilkan daripada inisiatif sendiri. Sikap terhadap keseronokan bekerja lahir daripada sikap seseorang individu. Ia dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran atau persekitaran tempat kerja. Ketabahan di tempat kerja serta sikap sanggup menghadapi segala rintangan dan cabaran adalah strategi untuk mencapai kecemerlangan yang tinggi. Tiga orang pemimpin ditemuramah untuk mengupas idea tentang keseronokan di tempat kerja. Antara respondennya adalah : 3.2.1 Transkrip Responden 1 Encik Somasundram, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai. Beliau mula bekerja di sekolah ini sejak 16 Februari 2007. Beliau pernah bekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Perai.Sebelum menjadi pendidik, beliau berkhidmat selama 13 tahun di Kementerian Pertahanan . Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai adalah sekolah gred A dengan bilangan guru seramai 127 orang dan bilangan murid 2445 orang. Sekolah ini bermula semenjak tahun 1984 dan disiplin berada pada tahap yang amat mengecewakan pada ketika itu. Kerjasama antara guru dan pentadbir dapat mengawal disiplin sekolah secara beransur-ansur . Kini sekolah tersebut mencipta nama dengan kejayaan demi kejayaan dan telah menjadi sekolah rebutan ramai.

KESERONOKAN BEKERJA DI SEKOLAH Saras : Selamat pagi Encik Somasundaram. Saya Sarasvathy ingin menemuramah tuan mengenai keseronokan bekerja di sekolah. Bolehkah tuan menceritakan sedikit mengenai latar belakang diri tuan dan sekolah tuan sekarang? Saya telah mula bekerja di sini sejak 16 Februari 2007 sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai. Tugas saya lebih berkisar mengenai hal ehwal murid seperti mana nama jawatan saya disebutkan. Maka sebelum itu, saya telah bekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa dan juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Perai selama 13 tahun. Sebelum saya jejak perkhidmatan saya di Kementerian Pendidikan Malaysia, saya telah pun berkhidmat selama 13 tahun di Kementerian Pertahanan sebagai seorang juruteknik di Tentera Udara. Maka itulah latar belakang saya. Berapa lamakah tuan bekerja di sekolah semasa? Saya bekerja disini selama 7 tahun. Bolehkah tuan ceritakan sedikit sebanyak tentang sekolah tuan sekarang? Salah sebuah sekolah yang terbaik saya pernah berkhidmat dan saya sangat menikmati kepuasan kerja di sini kerana segala rancangan, segala hasrat, segala apa yang saya ingini senang saya laksananakan dengan jayanya. Maka saya rasa sekolah inilah yang terbaik saya pernah berkhidmat. Sekolah ini telah bermula sejak 1984 dan waktu itu sekolah ini tidak mempunyai nama yang baik kerana disiplin yang sungguh menyedihkan iaitu gangsterism. Tetapi secara beransur-ansur dengan pentadbiran yang baik dan semangat pasukan guru yang kukuh, sekolah ini menjadi satu sekolah pilihan ramai, orang tempatan. Maka kini sekolah ini telah mencipta nama yang baik sehingga menjadi tumpuan semua ibu bapa di sini yang berpusu-pusu mendaftar anak mereka di sekolah ini. Pada idelnya, sebuah kelas patutnya mencukupi untuk 35 murid, tetapi di sini, puratanya sebuah kelas mempunyai lebih kurang 40 murid secara purata. Ini bermaksud sekolah ini adalah kesukaan ibu bapa di sekitar ini. Tambah lagi, sekolah kita telah mendapat keputusan yang baik dalam keputusan SPM and PMR tahun 2011. Pada 2012, kami telah dapat anugerah Baiah dari Kementerian

Responden:

Saras: Responden: Saras: Responden:

Pelajaran di mana semua kakitangan di sekolah ini telah diberi satu bayaran one off yang sungguh mengembirakan. Gred sekolah ini adalah kelas A. Bilangan pelajar adalah seramai 2445 murid dan guru adalah seramai 127. Sekolah ini juga berlokasi di kawasan bandar. Saras: Responden: Apakah yang tuan faham tentang keseronokan bekerja? Keseronokan bekerja adalah apa jua kerja diamanahkan, kita buat dengan rasa suka hati tanpa rasa dipaksa dan juga output dan outcome sekolah kita boleh ramal akan berjaya. Dan juga tidak berasa segan untuk datang bekerja di sekolah dan bergaul dengan rakan- rakan sekerja yang lain. Apakah ciri-ciri keseronokan bekerja? Ciri-ciri keseronokan bekerja adalah seperti yang saya kata tadi, ialah apa yang dirancang dan dibuat kami sudah buat ramalan-ramalan bahawa output dan outcome hasilnya adalah positif. Bolehkah tuan huraikan bagaimana tuan boleh mengintegerasikan keseronokan bekerja di sekolah? Sekolah adalah satu komuniti di mana anak-anak datang untuk mendapat ilmu. Semasa mereka mencari ilmu, adalah tugas pihak guru-guru di sini supaya sampaikan ilmu supaya murid-murid dapat kembangkan potensi mereka biar dari segi akedemik dan bukan akedemik seperti sukan, kelab dan seterusnya. Bila cantuman usaha guru dan usaha murid itu mendatangkan hasil yang baik, satu anjakan positif akan berlaku . Inilah yang saya maksudkan ciri-ciri kepuasan dan keseronokan bekerja. Apakah implikasi amalan keseronokan bekerja terhadap prestasi guru di sekolah? Implikasi semua guru di sini rasa puas kerana murid-murid di sini sudah pun dibudayakan dalam satu keadaan yang mantap menerima pengiktirafan guru dan menerima apa jua yang disampaikan kepada mereka. Apabila semua rancangan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas disampaikan, mereka sedia terima dengan ikhlas. Kerana seperti yang saya katakana tadi, mereka datang di

Saras: Respnden:

Saras:

Responden:

Saras:

Responden:

sini kerana suka ke sekolah ini. Ibu bapa pun menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana suka dengan sekolah ini. Maka apabila hati sudah terbuka ke sekolah maka mereka datang ke sini dan terima apa yang disampaikan oleh guru. Dengan ini guru-guru di sekolah ini pun akan berasa kepuasan hati apabila mengajar murid murid sedemikian. Saras: Pada pendapat tuan, bagaimanakah persekitaran keseronokan di tempat kerja tuan dapat diwujudkan? Pertama adalah pimpinan. Sekiranya pimpinan bercorak autokratik, maka perasaan guru akan terganggu. Autokrasi itu pula akan ditunjukkan terhadap pelajar menyebabkan perasaan mereka juga terganggu. Maka peraturan dan cara autokratik tidak boleh diguna. Terlampau leasure-de-fair juga akan memberi kesempatan kepada sebilangan guru untuk mengambil kesempatan dan menganggu suasana kerja yang aman. Maka, kepimpinan secara campuran antara autokratik dan leasuire de fair, itulah satu formula atau satu suasana yang dapat memberi kesan dan kepusaan kerja yang baik. Sebagai pentadbir, apakah nasihat tuan kepada guru-guru baru untuk mewujudkan persekitaran seronok bekerja di sekolah? Guru-guru patut datang dan mengambil ikhtibar daripada guru-guru senior di sini. Guru-guru senior atau guru-guru kanan telah melalui satu pengalaman yang cukup, yang sangat bermakna untuk sekolah ini. Kalau mereka ikut cara dan nasihat guru-guru senior, mereka akan mengikuti satu budaya sekolah ini dan mereka akan berjaya mewujudkan persekitaran keseronokan berkerja di sekolah dan akan puas bekerja di sini. Pada pendapat tuan, apakah peranan ibu bapa dan pelajar terhadap suasana atau persekitaran keseronokan berkerja di tempat tuan? Salah satu perkara yang sentiasa wujud di sekolah adalah masalah disiplin. Apabila masalah disiplin ini wujud, kadang-kala ibu bapa perlu datang untuk berkongsi dengan guru untuk menyelesaikan masalah disiplin. Di dalam hal itu, ibu bapa patut datang dengan tanggapan menolong guru menyelesai masalah anak mereka, bukan datang untuk menyerang guru atau menyebelahi anak mereka. Kalau ibu bapa datang dengan penuh yakin dengan pihak sekolah, maka satu suasana kepuasaan bekerja akan wujud di sekolah. Itulah peranan ibu bapa apabila

Responden:

Saras:

Responden:

Saras:

Responden:

mereka datang dengan cara itu dalam hal disiplin. Dalam hal rancangan sekolah yang lain, akademik seperti kelas tambahan, kalau ibu bapa bekerjasama memantau akedemik anak mereka di rumah, mereka boleh mengetahui apa yang yang berlaku kepada anak mereka, adakah anak-anak datang ke kelas tambahan atau buat kerja rumah, pihak sekolah akan berasa bersyukur dengan keadaan peranan ibu bapa sebegini. Maka, ini memudahkan pihak sekolah dan satu susasana keseronokan bekerja juga akan wujud. Saras: Baiklah, secara kesimpulan apakah pendapat tuan mengenai keseronokan bekerja di sekolah? Apabila keseronokan bekerja itu wujud, setiap warga sekolah akan bekerja keras untuk kecemerlangan sekolah. Sekiranya kerja keras dilakukan oleh semua guru di sekolah, maka sudah pastinya sekolah ini akan mencapai kegemilangan. Apabila extra mile atau kerja keras diberikan, ini bermaksud para guru berasa suka hati dengan kerja mereka dan secara langsung akan membawa kesan positif kepada sekolah ini dan pada masa depan akan melahirkan sumber manusia yang berguna untuk negara. Kerana perkembangan sumber manusia di sekolah ini boleh diteladani oleh sekolah-sekolah lain. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang keseronokan bekerja di tempat kerja. Sekian, terima kasih. Terima Kasih Puan Saras.

Responden:

Saras:

Respondan:

3.2.2 Transkrip Responden 2 Encik Ibrahim ada responden dari Sekolah Kebangsaan St Xavier, Pulau Pinang. Beliau adalah Penolong Kanan Ko-Kurikulum di sekolah tersebut dan telah bekerja selama 33 tahun di sekolah yang sama. Bercerita tentang latar belakang Sekolah Kebangsaan St Xavier, sekolah tersebut asalnya terletak di Jalan Farquhar dengan nama Sekolah Kebangsaan La Salle sebuah sekolah mubaligh. Sehingga kini Sekolah St Xavier adalah sekolah mubaligh iaitu sekolah bukan

bantuan penuh, yang terletak di Jalan La Salle. Sekolah ini beroperasi di Jalan Salle selepas bertukar nama kepada Sekolah Xavier sejak tahun 1989.

KESERONOKAN BEKERJA DI SEKOLAH

Darshni

Bolehkah tuan ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang sekolah?

Responden

Ok.. ini soalan sejarah, ni..latar belakang sekolah soalan sejarah ni..saya kena jawab seperti soalan sejarah nikalau dari sejarah kita bukan dari sumber yang utama.. Secondary.. sumber yang keduasumber kedua.. kita kena lihat dari perbualan, cerita..walaubagaimanapun eviden eviden dia..bukti-bukti sejarah itu ada..jadi selain kita cakap sejarah ..kita mahu bukti sejarahok.. St. Xaviers ini, Asal dia.. asal-asal dulu dekat sekolah menengah sana dekat Jalan Farquhar dulu...mula sekali di sana.. dan sekolah ST. Xavier yang kita duduk la nie pun dulu pun di sana..dua sesi.. sekolah rendah dan menengah sekalidan yang sekolah sekarang nie bermula tahun 1989..apabila sekolah La Salle ditukar nama kepada St. Xavier dan bangunan itu telah diberi kepada St. Xavier jadi kita bermula di sini pada tahun 1989.. kalau nak ikut sejarah La Salle ini dah 160 tahun dah beroperasi di negara kita.. sekolah ini pada awalnya..adalah sekolah mubaligh..dan sampai sekarang pun lembaga pengarah pun mubaligh-mubaligh lah..yang kita.. sini merupakan sekolah bukan bantuan penuh..jadi kebanyakan peruntukan kewangan yang digunakan sumbangan daripada mubaligh-mubaligh..ataupun tabung institusi La Salle.. sekolah ini dulu namanya sekolah La Salle..sampai sekarang Jalan La Salle telah di jadikan sebagai jalan bersejarah..Jalan La Salle..dan kalau sebut nama St. Xavier mesti sebut nama La Salle..nak dikaitkan sejarah tu bagi nampak cantik sikit.. Jalan La Salle bersebelah dia sekolah Shang Wu..Dulu sekolah Shang Wu tu tidak ada..Mereka kata La Salle tu bagi tanah buat sekolah tu..kemudian kawasan dia, lokasi dia dalam daerah Timur Laut bahagian Air Itamdekat Bukit Benderalah bagitau dekat Bukit Benderasesiapa nak datang sekolah ini tanya
7

sekolah St. Xavier dekat Bukit Bendera..tahulah .. mercu tanda dia Masjid Negeri depan Masjid Negeri..sebelah SJKC Shang Wu, sebelah perumahan, sebelah sungai..saya ingat itulah yang saya tahu dari sumber secondary.. sumber yang kedua tentang sejarah. Darshni : Bolehkah cikgu ceritakan sedikit mengenai latar belakang, cikgu?.. Responden : Bekerja selama 33 tahun.. mula dari 80an..sekolah ini sekolah yang ketujuh..3 sekolah menengah..dan 4 sekolah rendah Jawatan yang tertinggi adalah ini lah PKKK..dah masuk tahun yang ke-8..sudah 8 tahun PKKK saya mula jadi PKKK ini tahun 2005..dah kerja 25 tahun dah..baru naik pangkat..inilah sistem kita..sistem cara mereka. Sistem, kita hendak kata apa kan? 25 tahun menjadi PKKK.. 8 tahun dengan KK. KK sahaja..saya ingat sampai pencenlah..beritahu kalau dapat tawaran guru besar saya tolak.. saya tinggal lagi 4 tahun.. kalau dapat tawaran jadi guru besar saya tolak. Hantar dekat JPN pun tidak mengapa.

Darshni Responden

: :

Apakah yang tuan faham tentang keseronokan bekerja?.. Ok.. Keseronokan bekerja.. pertama sekali kita kena ada satu prinsip ataupun motto dalam kerjaya kita lah..macam saya ini sejak dulu..kita pegang perkataan amanah, jujur dan bijaksana. Jadi bila kita pegang perkataan amanah itu, kerja pertama mesti seronok .. di mana-mana kita kena seronok dan menyeronokan diri..jadi tidak ada masalah di mana mereka letak kita.. kita boleh kerja..jadi itu maksud keseronokan bekerja.. 30 tahun dahulu.. keseronokan bekerja kerana guru-guru pada masa itu memang cukup berdedikasi..proaktif..cukup-cukup rajin..dan tidak mempunyai banyak masalah..itu 30 tahun dahulu.. Apa yang saya tengok sekarang.. guru-guru kurang bersungguhsungguh, seolah-olah profesion perguruan ini, pilihan yang tak sengaja atau pilihan terakhirlahsetelah beberapa kali cuba pekerjaan yang lain mungkin tekanan lebih tinggi..masuk menjadi
8

guru ini mereka kata cikgu ni rileks.. mereka rileks lahtapi bukan semualahhanya beberapa peratus yang kecil.. Keseronokkan bekerja di sekolah ini, Pertama sekali, kalau nak kata seronok bekerja tu..kita kerja dalam waktu yang tidak berapa panjanglah..sekolah kita sekolah mubaligh ini..saya dengar sekolah SK lagi waktu bekerja yang panjang sebab sampai petang kena tunggujadi itu salah satu yang menyeronokkan .. Yang keduanya, pentadbir-petadbir kita pun memberi sokongan pada kita..tidak bagi tekanan..kalau ada tekanan sekali sekala itu bila bermusim lah bila ada aktiviti-aktiviti yang grand macam hari anugerah, hari sukan , hari kanak-kanak, hari koku. itu yang pada waktu-waktu itu semua bagi tekananlah..bila hendak buat?. bila nak siap?.. tapi benda tu biasalah..kita boleh on tiada masalah.. dah buat bertahun dahkita tak buat S/U kita boleh harap..S/U kita semua bagus-bagus di sini..

Darshni Responden

: :

Apakah ciri-ciri keseronokan bekerja? Ok.. ciri-ciri yang pertamanya kita kena ketahui bahawa kita dibayar gaji untuk bekerja..jadi biarkanlah setiap sen yang kita dapat tu..berpada dengan sumbangan yang kita berikan kepada sekolah..dengan apa yang kita buat di dalam kelas semua itu kena berpadalah..berbaloi.. Yang keduanya,..hubungan antara pentadbir dengan guru-guru mestilah erat, saling faham memahami, tolong menolong, bantumembantu, beri tunjuk ajarapa-apa masalah kita selesaikan secara dalamanitu yang keduanya Yang ketiga kita perlukan juga..sokongan PIBG..hubungan yang erat dengan PIBG.. kalau PIBG sering masuk campur sering condemn.. nanti, kita pun nanti lemasbenda kecil jadi besar..nak buat sukan saringan pun tak boleh, hari Khamis petang..ada peperiksaanlah.. yang itu semua benda-benda yang remeh..dan PIBG ini kalau boleh beritahu bahagian pentadbir jangan usiklah..apa yang sekolah buat keputusan bukan PIBG yang punya keputusanjadi kalau kita dapat..pengerusi atau YDP PIBG
9

yang faham tentang sistem ini..saya ingat lagi seronok bekerja di sekolah ini.. selama ini saya sering tengok PIBG banyak yang masuk campur... Darshni : Bolehkah tuan huraikan bagaimana mengintegrasikan keseronokkan bekerja dalam sekolah ? Responden : Ok.. pertama sekali kita cuba eratkan hubungan kita dengan semua guru seboleh-bolehnya kita tidak mahu bagi tekanan kepada guru..apa yang kita boleh bantu..kita bantusetiap program yang sepatutnya dilaksanakan kadang-kadang ada guru yang slack sedikit..kita peringatkan..bantu dia buat..dan yang penting kita mestilah bekerjasama dalam satu pasukan..di sekolah atau di mana-mana berkerjasama sebagai satu pasukan..mempunyai hubungan yang erat dengan rakan-rakan..jadi semua perancangan.. semua kerja kita akan selesai dengan jayanya.. Selain itu..dah kata seronok sangat di sekolah ini.. kita datang waktu cuti..latih murid-murid bersukan..melatih bola sepak untuk zon.. dengan matlamat hendak menjadi johan.. tempat yang terbaik kita pernah dapat adalah menjadi naib johan..jadi kerana keseronokan itulah yang membuatkan..guru-guru kita datang ke sekolah tanpa mengira waktu..untuk menunjukkan ataupun menghasilkan sesuatu sebagai kejayaan sekolah..

Darshni Responden

: :

Apakah implikasi keseronokan bekerja terhadap prestasi guru? Pertamanya kita melihat perubahan dalam jadual kehadiran guruGuru kurang mengambil cuti rehat..ataupun MC..ini menunjukkan guruguru kita suka dengan pentadbir dan suka pada sekolah.. Keduanya guru-guru kita telah menunjukkan satu komitmen yang tinggi pada sukan baru-baru ini..walaupun padang kita macam kolam..semua guru turun ke padang..dalam takungan air..menjalankan sukan tahunandengan penuh meriahini menunjukkan guru seronok melakukan kerja.. kalau cikgu tidak seronok pada hari itu.. hari sukan tinggal 2-3 orang sahajalah..jadi itulah..kerana kita..kalau kita menunjukkan sikap yang positif..guru-guru akan ikut secara positif.. tidak banyak sikit pun jadilahjadi itu yang penting sebagai.pentadbir kita seharusnya selalu mempunyai hubungan yang erat dengan guru..bukanlah
10

maksud erat hari-hari mesti mahu berjumpa, bersembangtak payah..bila ada masalah kita selesai.. bila ada hal kita uruskanyang penting berbincang..bincang itu cukup penting..bila bincang semua kerja boleh selesai..jadi itulah implikasi yang saya dapat huraikantentang guru-guru sekolah St.Xaviers ini seronok bekerja

Darshni

Pada pendapat tuan, bagaimanakah persekitaran keseronokan bekerja dapat diwujudkan di sekolah?..

Responden

Pada pendapat sayapersekitaran untuk keseronokan bekerja mestilah ada di semua sekolah..kerana setiap guru..dia akan lebih teringat atau suka dengan sekolah-sekolah yang mempunyai suasana yang kondusif, selesa, bilik darjah yang bersih..kantin yang luas bilik guru yang mempunyai semua kelengkapan komputer dan sebagainya..jadi apabila suasana persekitaran ini lengkap,..jadi setiap kerja yang diberi atau tugas yang diberi dapat dijalankan dengan sempurnajadi tidak timbul masalah tidak cukup alat.. macam saya ini dalam bidang sukan.. kita hendak buat sukan apa pun semuanya adanak buat pertandingan apa semua pun adanak buat ujian pun semua alat ada.. jadi, bila ada alat.. nak buat kerja pun senang.. macam tukang masaklah.. kalau nak masak rempah tidak cukup..nanti garpu, camca semua terletak di mana.. jadi masalah lah jadi kalau persekitaran ini.. persekitaran ini perlu ada di semua sekolah untuk menjadikan suasana sekolah itu seronok untuk bekerja..

Darshni

Sebagai pentadbir, apakah nasihat tuan kepada guru-guru yang baharu untuk menunjukkan persekitaran keseronokan bekerja di sekolah ?

Responden

Ok.. sebagai guru baru..pertamanya penyesuaian diri dengan keadaan persekitaran.. bagaimana tempat itu.. kita kena sesuaikan diri dengan sedaya upaya yang boleh barulah kita akan mendapat keseronokan kalau kita berfikiran negatif daripada awal.. jadi..secara seterusnya..kita tidak akan dapat keseronokan..itu yang pertama.. penyesuaian diri.. Yang keduanya kita mesti ada prinsip dalam hidup kita..iaitu kita perlu amanah kepada tugas yang diberi..bila kita amanahdengan sendirinya kita akan menjadi seronok.dengan sendirinya kita akan bekerja dengan
11

bersungguh-sungguh..kerana kita tahu semua itu adalah tanggung jawab yang telah diberikan kepada kita.. Seterusnya, kita juga perlu ada sikap tekun, sifat hikmah.. hikmah ini kelebihan kita..untuk bertoleransikelebihan kita untuk bergaul dengan rakan-rakan..kelebihan kita untuk mengatasi masalahhikmah.. Seterusnya, kita kena bijaksana..bijaksana maknaya kita bukanlah intelek sangat.. bijaksana maksudnya di sini kita boleh membuat sesuatu dengan secara telus.. apa-apa masalah kita boleh selesaikan dengan mudah kerana kita sebagai orang yang bijak.. jadi bijaksana ini penting untuk menyesuaikan diri dan menimbulkan keseronokan bekerja.. kita bekerja dengan bijak.. work smart..itulah untuk guru-guru baru ini kena work smart dan bukan work hard.. tapi work hard pun kena juga.. la ni orang kata kena work smart tak payah work hard.. tak bolehlah.. work smart dengan work hard kena selari.. tidak boleh pilih salah satu lah..there is no choice.. Darshni : Pada pendapat tuan, apakah peranan ibu bapa dan murid-murid terhadap suasana keseronokan bekerja di sekolah ? Responden : Ok.. kita mula dengan ibu bapa lah..pertama sekali ibu bapa kena memberi sokongan yang padu kepada pentadbiran sekolah dan kepada guru. jangan sentiasa mencari kesalahan guru, jangan sentiasa mengganggu guru pada waktu PnP pun nak jumpa guru pasal masalah anak.. ini semua..menunjukkan guru-guru sendiri pun tak seronok..bila tengah mengajar..ibu bapa datang kacaujadi kepada ibu bapa..itulah yang saya sarankan supaya memberi kerjasama sepenuhnya .. jangan menganggu guru dalam waktu PnP.. beri sokongan kepada guru dan pentadbir..saya bagi satu contohlah..gangguan kadang-kadang saya dengar pun tak seronok jugamacam baru-baru ini..kes disiplin , ada ibi bapa minta laporan disiplin dari pelajar lain..jumpa HEM kita .. desakdesak..jadi cara ini tidak betullah..jadi ibu bapa itu tidak baca perlembagan PIBG.. dalam perlembagaan PIBG.. saya pernah menjadi S/U PIBG.. jadi saya tahu.. dalam mesyuarat saya bentang tentang perlembagaan..bila kita buat mesyuarat..dalam perlembagaan PIBG dengan jelas menyatakan..PIBG berperanan membantu sekolah..membantu pentadbir untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada

12

murid..itu sahaja.. bukan condemn sana condemn sini..itu bukan peranan PIBG..Jadi PIBG hari ini dah terbalik dah..PIBG sekarang sering condemn sana condemn sini.. mereka kata mereka ada kuasajadi mereka tidak tengok perlembagaan.. jadi saya cakap perlembagaan ini bukan satu perkara kecil..kerana banyak datang mesyuarat macam tulah.. kerana dalam mesyuarat bila kita bentuk satu perlembagaan setiap ibu bapa tahu apa yang mereka berhak buat..jadi tidak beri benda ini yang masalah.. Ok, tentang murid.. murid pula..berkaitan dengan gurulahkalau guru garang sangat, murid tidak seronok..kalau guru baik sangat murid seronok..sampai tidak ingat apa dahjadi kena ada keseimbangan.. murid mestilah berperanan mematuhi apa yang guru suruh..menjauhi apa yang guru larangmudah sahaja.. guru suruh buat, guru tidak suruh buat jangan buat.. nanti sekolah jadi elok..nanti murid pun nanti seronoklah..saya ingat macam tulah..

3.2.3 Transkrip Responden 3 Encik GanHua Beng adalah responden yang seterusnya. Beliau adalah Pengetua SMK(L) Methodist, Pulau Pinang. Beliau mula bertugas di S.M Teknik sebagai guru dan setiausaha sukan selama 27 tahun. Kemudiannya dinaikkan pangkat pada tahun 2003 sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan sebagai Penolong Kurikulum di S.M Teknik pada tahun 2006. Kemudiannya ditempatkan di SMK(L) Methodist selama 3 bulan. Bertugas sebagai Pengetua di SMK Haji Zainal Abidin pada 1 November 2006 selama 4 tahun. Bermula dari 1 November 2011 Encik Gan menjadi Pengetua Kanan Methodist. SMK(L) Methodist adalah sekolah mubaligh yang menerima bantuan modal. Bantuan kerajaan dalam bentuk PCG Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah dibantu oleh Board Of Directors dan bekas pelajar sekolah. Bantuan daripada majlis kebajikan, penubuhan tabung dan sumbangan individu digunakan sebagai kos pelarasan bangunan dan utiliti. Ketiga-tiga responden adalah daripada tiga agama berlainan iaitu Encik Ibrahim, Encik Somasundram dan Encik Gan Hua Beng. Mereka memberikan kerjasama yang baik dalam memberi pendapat tentang Konsep dan Amalan Keseronokan Di Tempat Kerja.
13

di SMK(L)

KeseronokanDi Tempat Kerja Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Pengetua SMK(L) Methodist, Pulau Pinang untuk membincangakan isu keseronokan kerja di sekolah pada 29 November 2013 pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Vasugi : Bolehkan tuan menceritakan tentang latarbelakang diri tuan dan juga sekolah?

Responden : Nama saya ialah Gan Hua Beng dan kini berkhidmat di SMK(L) Methodist, Pulau Pinang. Saya mula berkhidmat sebagai guru dan kini menjadi Pengetua sekolah ini. Saya mula bertugas di SM Teknik sebagai guru dan setiausaha sukan selama 27 tahun. Kemudian dinaikkan pangkat pada tahun 2003 sebagai Penolong Kanan Kokurikulum bila jawatan tersebut diwujudkankan di sekolah. Pada tahun 2006 saya dinaikkan pangkat sebagai PK Kurikulum di SM Teknik selama 1 tahun, kemudian ditempatkan di SMK(L) Methodist selama 3 bulan. Selepas itu dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Haji Zainal Abidin pada 1 November 2006 dan bertugas selama 4 tahun. Pada 1 Januari 2011 dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Kanan dan ditempatkan di SMK(L) Methodist. Saya juga ditawarkan anugerah cemerlang sebagai pengetua cemerlang pada bulan Mac tetapi tolak tawaran tersebut kerana taraf DG52 yang sama. Ini kerana semua pengetua sekolah menengah adalah setaraf dengan DG52. Saya akan bersara pada 17 Ogos 2013. SMK(L) Methodist dibina pada tahun 189 ialah sekolah mubaligh yang menerima bantuan modal. Bantuan kerajaan adalah bentuk PCG Kementerian Pelajaran Malaysia. Keperluan utiliti dan pelarasan diurus oleh pihak sekolah. Tugas ini amat mencabar. Sekolah dibantu oleh Board of Directors and bekas pelajar
14

sekolah terutamanya untuk menampung kos utiliti. Aktiviti yang dijalankan untuk mendapatkan tabung kewangan ialah penubuhan tabung, majlis kebajikan dan sumbangan individu. Dana tersebut digunakan untuk pelarasan bangunan dan kos utility. Juga dibina sebuah pusat warisan yang memaparkan sejarah dan pencapaian bekas pelajar sekolah ini. Media masa seperti The Star merujuk kepada pusat warisan ini untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah dan maklumat sekolah yang lain.

Vasugi

: Apakah pandangan tuan tentang nilai keseronokan bekerja di sekolah?

Responden : Bekerja di sekolah adalah mencabar kini kerana terdapat perubahan paradigma dalam sistem pendidikan. Pelancaran blue print 2013-2025 membawa kepada tranformasi dalam sistem semasa sekolah seperti kemudahan untuk guru dan pelajar, perubahan dalam pedagogi yang menggunakan teknologi maklumat sebagai alat PdP. Kesemua kemudahan ini perlu disediakan untuk mengurangkan tekanan kerja guru dan seterusnya mewujudkan keseronokan kerja di sekolah.

Vasugi

: Bagaimana tuan mengintegrasikan keseronokan kerja dalam pengurusan di sekolah?

Responden : Pentadbiran yang berlainan mempunyai pendekatan yang berbeza dalam budaya kerja. Banyak perubahan yang telah dibuat dari segi pentadbiran untuk menjadikan guru seronok bekerja di sekolah. Malah banyak perubahan telah dicapai dalam aspek ini. Guru berusaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh untuk
15

jadikan guru seronok masuk kelas dan mengajar, aspek utama yang difokuskan ialah disiplin pelajar. Disiplin pelajar ditingkatkan sejak saya mula bertugas. Usaha dijalankan untuk tingkatkan moral guru semasa melaksanakan PdP dalam kelas. Keseronokan kerja adalah salah satu nilai yang tercatat dalam Tonggak 12 di bawah Etika Kerja Perkhidmatan Awam. Guru mesti gembira datang ke sekolah setiap pagi. Dalam sebuah kelas yang terdiri daripada pelajar dari berbagai etnik dan sosioekonomi, adalah mencabar untuk guru mengendalikan PdP. Pihak pentadbir harus pastikan kawalan disiplin yang baik wujud di samping menyediakan berbagai kemudahan di sekolah untuk meningkatkan keseronokan kerja guru di sekolah. Kemudahan seperti bilik computer dan bahan alat bantu mengajar mengikut keperluan semasa. Sekiranya aspek-aspek ini tidak diberikan fokus dan ditadbir dengan baik , guru tidak akan seronok bekerja dan tidak dapat menjalankan PdP secara efektif.

Banyak perbincangan diadakan dengan guru-guru yang menghadapi masalah dalam pengendalian kelas, masalah perkhidmatan dan aspek pentadbiran yang tidak menyeronokkan guru. Pihak pentadbir banyak membantu dalam menangani masalah guru terutamanya dalam profesionalisma dan budaya kerja di sekolah.

16

Komitmen guru dalam kerja akan meningkat sekiranya pentadbiran mengambil berat tentang masalah yang dihadapi.

Vasugi

: Apakah implikasi keseronokan kerja terhadap prestasi pencapaian guru?

Responden : Guru akan gembira masuk ke kelas untuk melaksanakan PdP. Sekiranya guru ingin melaksanakan PdP tetapi pelajar tidak berminat, objektif tidak tercapai. Di sekolah 70% masalah pelajar telah ditangani. Ini membantu meningkatkan komitmen guru dalam menggunakan pendekatan PdP, dapat mengendalikan masalah dengan baik dan memberikan banyak usaha untuk meningkatkan akademik pelajar seperti mengadakan program pemulihan, melaksanakan jadual waktu anjal, kelas tambahan. Banyak kemudahan disediakan untuk guru menjalankan aktiviti kurikulum dan kokurikulum untuk mengurangkan beban kerja dan menjadikan kerja lebih menyeronokkan. Antarnya ialah makmal komputer, peralatan untuk guru mengendalikan PdP semasa dalam kelas. Kesemua kemudahan ini meningkatkan motivasi guru untuk tingkatkan prestasi kerja dan mengamalkan budaya kerja yang menyeronokkan.

Vasugi

:Apakah sumbangan persekitaran untuk menjadikan kerja lebih menyeronokkan?

Responden : Kemudahan asas yang baik perlu disediakan seperti makmal komputer akan menggalakkan guru kerja tanpa menghiraukan masa, bahan cetak, peralatan PdP, bilik penghawa dingin untuk menyiapkan kerja mereka.
17

Vasugi

: Apakah nasihat tuan untuk guru-guru yang baru dilantik?

Responden : Guru-guru baru harus sedar dengan fungsi-fungsi asas di sekolah. Pihak sekolah telah menjalankan banyak perbincangan, mengendalikan taklimat dan kursus untuk membantu guru-guru baru. Mereka boleh merujuk kepada guru-guru berpengalaman, ketua panitia dan pihak pentadbir untuk pastikan kualiti kerja dicapai pada tahap yang ditetapkan. Selain itu,mereka mesti menunjukkan sikap yang betul dan perlu dibimbing dengan konsisten dan berterusan.

Vasugi

: Apakah peranan ibu-bapa dan pelajar dalam mewujudkan budaya kerja yang menyeronokkan di sekolah?

Responden : Penglibatan ibu-bapa dalam membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin amat penting. Ini selaras dengan tool kit yang disediakan dalam Prasana untuk ibubapa oleh KPM. Mereka mesti membincangkan masalah akademik dan akademik anak-anak mereka dengan guru-guru. Ini akan menyeronokkan guru dan seterusnya menyeronokkan mereka untuk bekerja di sekolah. Pelajar adalah stakeholder di sekolah. Guru-guru mesti mempunyai hubungan yang

18

baik dengan pelajar. Berbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk berhubung engan pelajar untuk mengenalpasti masalah mereka. Ini akan menyenangkan beban kerja guru. Interaksi guru dan pelajar yang baik untuk membincangkan masalah pelajar dari segi akademik dan peribadi penting dalam membantu guru.

Vasugi

: Sebagai rumusan, apakah pendapat tuan tentang keseronokan kerja?

Responden : Komitmen dalam kerja adalah kunci utama untuk keseronokkan kerja. Ini kerana komitmen yang tinggi akan meningkatkan pencapaian dan menyeronokkan guru. Usaha berterusan guru mesti ada tahap pencapaiannya. Mereka akan suka bekerja. Usaha dan komitmen akan meningkatkan pencapaian. Ini akan memotivasikan mereka untuk terus berusaha dan menjadikan kerja di sekolah menyeronokkan.

4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Fahaman Keseronokan Apabila dikemukakan soalan tentang kefahaman keseronokan di tempat kerja Encik Ibrahim menekankan tema intergriti di mana pada beliau bekerja dengan amanah, jujur dan berdedikasi membawa keseronokan kerja. Beliau juga membandingkan guru pada zaman dahulu dan sekarang. Guru pada zaman dahulu dikatakkan bekerja dengan jujur berbeza dengan guru pada zaman sekarang yang hanya menganggap bidang perguruan sebagai pilihan terakhir. Berbanding dengan pendapat Encik Ibrahim, Encik Somasundram dan Encik Gan mempunyai konsep yang sama tentang keseronokan bekerja. Encik Somasundram berasa seronok jika dapat bekerja dalam suasana yang tenang tanpa tekanan dan paksaan. Encik Gan pula berharap agar transformasi dalam sistem pendidikan akan
19

memudahkan lagi kerja guru di mana kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah akan membantu guru dalam bidang pengajaran. Kerja tanpa tekanan mencetuskan suasana pekerjaan yang menyeronokan. Maka keseronokan bekerja adalah bekerja dengan intergriti dari sudut pandangan Encik Ibrahim manakala bekerja tanpa paksaan dan tekanan merupakan konsep keseronokan bekerja pada Encik Somasundram dan Enik Gan.Usaha guru mengajar tanpa tekanan dapat meningkatkan kemenjadian anak didik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Kesimpulannya ketiga-tiga pemimpin mempunyai fahaman yang terhad tentang keseronokan kerja. Tidak boleh dinafikan bahawa bekerja dengan amanah , berdedikasi dan bekerja tanpa tekanan memberi kepuasan kerja namun terdapat banyak lagi aspek yang memberi keseronokan kerja. Sebenarnya keseronokan kerja boleh dicapai jika komunikasi baik dicapai di antara komuniti sekolah. Komunikasi baik antara pemimpin, guru, murid, pekerja sekolah dan ibu bapa. Selain daripada itu sikap positif dan kerjasama antara pemimpin dan guru memupuk semangat bekerja yang baik. Hubungan antara guru amat penting agar segala perancangan sekolah dilakukan dengan sebaik mungkin tanpa hasad dengki. Secara tidak langsung keseronokan kerja sentiasa tersemat di dada.

4.2 Ciri-ciri keseronokan Soalan tentang ciri-ciri keseronokan bekerja membawa pendapat yang berlainan di antara ketiga-tiga pemimpin. Encik Ibrahim sebagai seorang penganut Islam menganggap bekerja sebagai ibadah. Tema spiritual dijadikan ciri utama keseronokkan bekerja. Beliau berpendapat bahawa bekerja dengan penuh dedikasi dan iltizam sejajar dengan rezeki yang diterima pada setiap bulan merupakan ciri-ciri keseronokan bekerja. Encik Somasundram pula mempunyai fahaman yang cetek tentang ciri-ciri keseronokan bekerja. Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri keseronokan bekerja hanya merangkumi kerja yang dibuat apabila hasilnya positif. Encik Gan pula menekankan ketenangan di tempat kerja akan memaksimumkan tenaga pengajar untuk mengajar dalam keadaan yang menyeronokan.

20

Rumusannya kerja sebagai ibadah adalah konsep yang akan menyedarkan seseorang individu untuk bekerja dengan baik. Keseronokan bekerja akan dapat dikecapi jika kerja dibuat dengan amanah, jujur dan penuh dedikasi seperti yang dinyatakan oleh Encik Ibrahim. Ketenangan juga adalah ciri yang perlu di tempat kerja. Terdapat beberapa ciriciri yang lain juga yang dapat menghala kepada keseronokan kerja. Antaranya adalah melakukan kerja dengan inisiatif sendiri dan memberi komitmen terhadap kerja untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan mendapatkan kepuasan sendiri . Apabila kepuasan kendiri dicapai maka keseronokan akan dirasai. Sebenarnya motivasi instrinsik amat perlu untuk kejayaan pada diri sendiri. Pengiktirafan di tempat kerja juga antara ciri keseronokan kerja. Walaubagaimanapun tidak semua guru yang bekerja dengan penuh dedikasi diberi pengiktirafan di sekolah maka inilah punca guru merasa bosan untuk bekerja.

4.3 Mengintegrasikan Keseronokan Bekerja Cara mengintegrasikan keseronokan bekerja dalam sekolah diajukkan pada ketiga-tiga pemimpin. Encik Ibrahim berpendapat bahawa hubungan di antara guru dan juga pemimpin perlu erat demi untuk mewujudkan suasana kerja yang seronok. Kerja

berpasukan penting untuk mejayakan perancangan sekolah dan akhirnya mewujudkan suasana seronok bekerja. Encik Somasundram mempunyai pendapatnya sendiri tentang cara mengintegrasi keseronokan kerja. Beliau menyatakan bahawa usaha guru dan juga murid penting untuk anjakkan positif di tempat kerja dan merupakan ciri kepuasan dan keseronokan kerja. Encik Gan memberi idea intelektual tentang keseronokan di tempat kerja . Beliau menjelaskan bahawa keseronokan kerja adalah salah satu nilai dalam Tonggak 12. Kegembiraan guru adalah penting di tempat kerja. Kawalan disiplin yang baik perlu dititikberatkan oleh pentadbir agar masalah tidak menjejaskan konsentrasi guru untuk mencurahkan ilmu. Disamping itu pentadbir juga perlu menjaga kebajikan guru dengan menyediakan kemudahan peralatan untuk memudahkan kerja guru dan sekaligus menyemat keseronokan di tempat kerja. Perbincangan antara pentadbir dengan guru perlu untuk menangani masalah yang dihadapi. Komitmen guru dikatakan meningkat dengan penglibatan komunikasi positif antara guru dan pentadbir.

21

Pendapat ketiga-tiga pemimpin amat bernas tentang cara mengintegrasikan keadaan seronok di tempat kerja. Perhubungan antara guru, kawalan disiplin di sekolah, komitmen guru adalah antara idea yang dikemukakan oleh ketiga-tiga pemimpin tersebut. Aspek penglibatan pemimpin dalam mengintegrasikan keseronokan kerja tidak disentuh oleh mereka. Sebenarnya pemimpin adalah satu faktor yang penting untuk mengintegerasikan keseronokan kerja di sekolah. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi kolektif pemimpin. Pemimpin mempengaruhi tingkah laku guru supaya dapat hasilkan output yang sempurna di sekolah. Antara cara untuk mengintegrasikan keseronokan kerja adalah kesediaan pemimpin untuk memberi dan menerima pendapat guru. Guru akan berasa seronok apabila pendapat mereka diterima . Komunikasi yang efektif pemimpin serta bekerja dengan adil,amanah dan sabar amat penting dalam mengintegrasikan seronok kerja di sekolah. Pemimpin juga perlu mempunyai sikap empati dimana memahami masalah guru. Suasana sekolah juga mempengaruhi cara untuk mengintegrasikan seronok kerja. Suasana sekolah yang aman damai dimana terdapat .

4.4 Implikasi Keseronokan Kerja Terhadap Prestasi Pencapaian Guru Apabila mengutarakan soalan implikasi kerja terhadap prestasi pencapaian guru, Encik Ibrahim merujuk kepada komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh guru apabila seronok bekerja. Beliau menyatakan bahawa walau apa halangan dan cabaran yang dihadapi guru dalam melakukan aktiviti sekolah, mereka melakukan dengan gembira tanpa bantahan kerana seronok bekerja.. Encik Gan juga bersependapat dengan Encik Ibrahim dimana komitmen dijadikan nilai utama dalam peningkatan prestasi pencapaian guru apabila seronok bekerja. Peningkatan prestasi pelajar menjadi mudah kerana guru memberi

komitmen yang tinggi dalam bidang pengajaran apabila seronok bekerja. Membuat kerja dengan inisiatif sendiri memberi peluang kepada guru berkreatif dan melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Encik Somasundram berpendapat bahawa guru berasa puas apabila bekerja dalam keadaan yang menyeronokkan. Idea yang dikemukakan oleh beliau sangat terbatas untuk menilai prestasi pencapaian guru.

22

Keseronok kerja mampu untuk membakar semangat sesorang individu untuk bekerja. Ganjaran serta pengiktiran dalam bidang kerja akan membangkitkan motivasi seseorang untuk bekerja. Maka prestasi kerja akan meningkat di tempat kerja jika keadaan di tempat kerja menyeronokkan. Jiwa seronok, kerja menjadi lancar.

4.5 Persekitaran Keseronokan Di Tempat Kerja Apabila mengajukan soalan persekitaran keseronokan di tempat kerja, Encik Ibrahim berpendapat bahawa suasana pengajaran yang kondusif, kelengkapan bilik-bilik khas serta bilik darjah di sekolah serta kantin yang selesa merupakan persekitaran keseronokan sekolah. Encik Gan juga merasa bahawa kemudahan lengkap di sekolah akan mewujudkan persekitaran keseronokan di tempat kerja. Berbeza dengan Encik Somasundram, beliau melihat gaya kepimpinan pemimpin sebagai tonggak persekitaran keseronokan di tempat kerja. Pimpinan bercorak autokrat akan digeruni guru dan suasana menjadi tidak seronok di tempat kerja. Manakala corak pimpinan leasure-de fair pula memberi kesempatan pada segelintir guru. Persekitaran keseronokan di tempat kerja dilihat sebagai gabungan corak pemimpinan autokrat dan lesure-de fair. Hubungan di antara pemimpin dan guru amat penting untuk mewujudkan suasana bekerja yang seronok. Pendapat ketiga-tiga guru boleh digabungkan untuk menilai persekitaran keseronokan di tempat kerja. Corak gaya pemimpin dan keselesaan di tempat kerja adalah penting untuk mewujudkan kerjasama yang erat dalam memacukan sekolah menuju kejayaan. Tema kerja berpasukan amat penting diterapkan di tempat kerja agar suasana positif dapat diwujudkan untuk bekerja dengan baik. Menerusi hubungan baik dan harmoni, pemuafakatan diperolehi. Tingkah laku murid juga merupakan salah satu faktor yang tidak boleh diabaikan dalam menilai persekitaran keseronokan di tempat kerja. Jika disiplin pelajar tidak terkawal nescaya persekitaran sekolah menjadi huru-hara dan tidak ada keseronokan di persekitaran tempat kerja. Hubungan guru dengan ibu bapa juga penting kerana jika ibu bapa memberi masalah pada sekolah, ketenangan tidak akan tercapai di sekolah.

23

4.6 Cara Guru Baru Untuk Mewujudkan Persekitaran Seronok Apabila dikemukakan soalan tentang cara guru baru untuk mewujudkan persekitaran seronok bekerja, Encik Ibrahim berpendapat bahawa guru-guru baru perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan perlu bekerja dengan amanah, telus dan bertoleransi dengan rakan sebaya. Tema menghormati rakan sebaya perlu diterapkan untuk mewujudkan komunikasi yang efektif dalam persekitaran kerja yang menyeronokan. Sekali lagi beliau mengemukakan idea hikmah iaitu konsep ketuhanan bertemakan spiritual . Menurutnya hikmah mempunyai kelebihan. Berbanding dengan Encik Gan dan Encik Somasundram, mereka berpendapat bahawa guru yang baru dilantik perlu merujuk kepada guru yang lebih berpengalaman seperti guru panitia dan pihak pentadbiran untuk memastikan kualiti kerja disamping memahami budaya sekolah baru untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang seronok. Sebenarnya guru-guru yang lama berkhidmat di sekolah perlu memberi kerjasama yang tidak terhingga pada guru baru. Kadangkala guru-guru lama terlalu ego dan anggap sekolah itu kepunyaannya sendiri. Jika lihat keadaan sebenar di sekolah, terdapat guru baru yang rasa kekok berada di sekolah kerana diarah membuat kerja oleh guru-guru berpengalaman. Sepatutnya guru-guru baru diberi tunjuk ajar dan mendekati mereka ketika menghadapi masalah untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang seronok. 4.7 Peranan Ibu Bapa dan Murid Bila diajukan soalan mengenai peranan ibu bapa dan murid terhadap suasana keseronokan bekerja di sekolah, Encik Ibrahim menyatakan bahawa ibu bapa perlu memberikan sokongan padu kepada guru dan pentadbir tanpa mencari kesalahan. Pembabitan PIBG dalam aktiviti sekolah juga penting demi mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokan. Dari segi murid, murid perlu mematuhi arahan guru. Guru pula tidak sepatutnya terlalu tegas ataupun terlalu baik dengan murid. Encik Somasundram pula berpendapat bahawa ibu bapa perlu sentiasa berbincang dengan guru perihal anak-anak mereka supaya dapat mengawal disiplin murid. Kerjasama ibu bapa dalam menjayakan aktiviti sekolah amat penting untuk mewujudkan persekitaran kerja yang menyeronokan kerana sokongan ibu bapa meringankan beban tugas guru. Ibu bapa yang sentiasa
24

memantau pelajaran anak-anak, memudahkan kerja guru. Encik Gan juga bersependapat dengan Encik Somasundram, di mana beliau juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa untuk menangani masalah disiplin dan perbincangan ibu bapa dengan guru tentang akademik akan mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang menyeronokan. Disamping itu hubungan guru dengan pelajar juga seharusnya baik untuk mewujudkan suasana kerja yang harmoni. Pendapat ketiga-tiga pemimpin terhadap peranan ibu bapa dan murid dalam mewujudkan suasana seronok di tempat kerja adalah rasional. Ibu bapa adalah tulang belakang kepada kejayaan anak mereka. Tanpa sokong padu daripada ibu bapa adalah sukar untuk membentuk anak yang sempurna. Masalah murid dapat dibendung dengan mudah jika ibu bapa mengambil berat tentang anak-anak mereka. Sekaligus dapat mewujudkan suasana gembira dalam kalangan guru kerana murid tanpa masalah tidak menimbulkan tekanan pada guru. Murid yang berdisiplin amat perlu untuk ketenangan sesebuah sekolah.

4.8 KESIMPULAN RESPONDEN Encik Somasundram dan Encik Gan memberi kesimpulan tentang keseronokan bekerja di sekolah. Encik Somasundram berpendapat bahawa setiap warga sekolah perlu bekerja keras demi untuk kecemerlangan sekolah. Kegemilangan akan tercapai jika setiap warga sekolah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Hasilnya akan dikecapi bersama dan ini adalah kunci kepada keseronokan di tempat kerja. Encik Gan pula meletakkan komitmen sebagai keseronokan kerja. Usaha dan komitmen akan meningkatkan pencapaian dan sekali gus mewujudkan suasana seronok di tempat kerja. Kejayaan murid adalah salah satu faktor kepada keseronokan guru. Secara ringkasnya keseronokan di tempat kerja dapat dicapai jika setiap individu di sekolah bekerja dengan jujur tanpa menyimpan perasaan hasad dengki di antara satu sama lain. Hubungan di antara pemimpin dan rakan sejawat

25

penting untuk mewujudkan suasana kerja yang seronok. Selain daripada itu ibu bapa dan murid-murid juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan keseronokan di sekolah. Bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak meringankan tugas guru. Murid yang terkawal disiplinnya akan menyeronokan guru sekaligus suasana seronok di tempat kerja wujud.

26

Anda mungkin juga menyukai