Anda di halaman 1dari 15

1.0 PENGENALAN Ujian berfungsi untuk menentukan kejayaan dan kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan.

Ia juga berfungsi untuk mengenalpasti kelemahan calon. Ujian merupakan satu prosedur untuk memperolehi maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail,1995). Terdapat beberapa jenis ujian seperti Ujian Pencapaian, Ujian Kecerdasan, Ujian Prestasi dan Ujian Diagnostik. Peperiksaan Percubaan UPSR adalah salah satu ujian pencapaian. Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Selama adalah sekolah rendah yang ditinjau untuk pengumpulan data dan maklumat. Matapelajaran Bahasa Inggeris 1 Peperiksaan Percubaan Bahasa Inggeris 1 dijadikan matapelajaran yang dikaji.

2.0 OBJEKTIF PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR Peperiksaan Percubaan UPSR dijalankan untuk menguji domain kognitif pelajar. Peperiksaan ini dijalankan sebagai latihan dan juga untuk mengetahui tahap kesediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Terdapat lima matapelajaran teras diuji dalam Peperiksaan Percubaan UPSR pada peringkat sekolah kebangsaan. Kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 adalah antara matapelajaran yang diuji.

3.0 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA INGGERIS KERTAS 1 Kertas Bahasa Inggeris 1 adalah ujian pencapaian yang mengandungi 40 item soalan objektif yang mempunyai jawapan tepat dan spesifik . Pelajar perlu menjawab sekurangkurang 16 item soalan dengan betul daripada 40 item soalan. Markah lulus Kertas Percubaan Bahasa Inggeris adalah 16 daripada jumlah 40 skor item . Jumlah markah Kertas 1 Bahasa Inggeris adalah 50%. Kertas 1 Markah Kertas Bahasa Inggeris 1 ini akan digabungkan dengan 50% markah Kertas Bahasa Inggeris 2 yang berbentuk soalan subjektif untuk mendapatkan markah keseluruhan Kertas Bahasa Inggeris Peperiksaan Percubaan. Peperiksaan pencapaian ini dijalankan pada bulan Julai setiap tahun. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan. 3.1 GRED SKOR
MARKAH 32 hingga 40 31 hingga 24 23 hingga 16 15 hingga 8 07 hingga 0 GRED A B C D E

Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan Gred Skor Bahasa Inggeris Kertas 1. Gred jumlah markah 32 hingga 40 adalah A, 31 hingga 24 adalah B, 23hingga 16 adalah C, 15 hingga 8 adalah D , 07 hingga 0 adalah E. Skor lulus adalah 16 hingga 40. Skor gagal adalah 0 hingga 15. 3.2 Pentadbiran Peperiksaan Percubaan UPSR 3.2.1 Kepiawaian Arahan diberikan oleh guru yang bertugas untuk menjaga peperiksaan ini. Kesemua calon diberikan soalan yang sama dan arahan yang dibaca pada waktu yang sama. Arahan sebelum semasa dan selepas peperiksaan diberikan. Arahan sebelum peperiksaan adalah berbentuk menyemak kertas peperiksaan dan seterusnya calon diarahkan untuk menulis nama dan kelas pada kertas peperiksaan . Guru bertugas mengumumkan 15 minit sebelum peperiksaan tamat. Arahan selepas peperiksaan adalah untuk penyerahan jawaban pelajar iaitu kertas OMR. Terdapat juga arahan pada kertas soalan. Antara arahannya adalah: a) Jawab kesemua 40 soalan b) Masa yang diperuntukkan adalah 50 minit 3.2.2 Suasana Tempat Peperiksaan Suasana tempat peperiksaan adalah tidak kondusif. Hanya terdapat dua buah kipas di tengah dewan. Calon yang duduk di belah kanan dan kiri dewan kelihatan gelisah kerana cuaca begitu panas pada hari itu. 3.2.3 Jarak Tempat Duduk Jarak tempat duduk adalah dijauhkan berbanding dengan jarak semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. 3.2.4 Pemeriksaan Kertas Jawapan/Praktikaliti Peperiksaan objektif ini diperiksa oleh guru opsyen Bahasa Inggeris. Memandangkan peperiksaan ini adalah dalam bentuk objektif maka terdapat hanya satu pilihan jawapan yang tepat. Guru akan memeriksa jawapan setelah peperiksaan dijalankan. Pencapaian calon dinilai menggunakan kriteria yang sama.Jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah kertas jawapan yang disediakan (OMR). Guru memeriksa dengan menebuk kertas jawapan master dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar.

4.0 LATARBELAKANG PENGUJIAN PSIKOLOGI 4.1 KUMPULAN SASARAN Kumpulan Sasaran tinjauan pengujian psikologi adalah 28 orang murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Selama. Seramai 17 orang murid lelaki iaitu sebanyak 64.3 peratus daripada keseluruhan murid dan 11 orang murid perempuan dengan peratus 35.7 . Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi adalah sekolah gred C, luar bandar. Pelajar sekolah ini
2

adalah dari sekitar perkampungan Tebing Tinggi dan kebanyakkan daripada mereka anak buruh kebun kelapa sawit dan juga bekerja sendiri. 5.0 SEJARAH Mengikut sejarah perkembangan ilmu linguistik terdapat banyak teori bahasa, Teori bahasa yang tertua bermula sejak zaman Yunani (abad ke 5 S.M) iaitu Teori Nahu Tradisional. Teori ini dipelopori oleh Panitni seorang ahli tokoh fonetik India. Teori ini berasaskan bahasa tulisan. Kajian bahasa dibuat secara deduktif . Ia mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan bahasa sebelum memberi contoh-contoh. Plato (429-327 S.M) membahagikan tatabahasa kepada dua iaitu kata nama (noun) dan perbuatan (verb). Ayat dikategorikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, tanya, seru dan perintah. Pada ketika itu tatabahasa adalah satu proses pengkajian bahasa yang dibuat berdasarkan makna. Teori Transformasi Generatif muncul dalam tahun 1950 an. Ia dipelopori oleh Noam Chomsky. Teori ini wujud akibat daripada kekurangan dan kelemahan teori tradisional dan struktural. Teori ini bermaksud menulis semula bentuk struktur ayat asas kepada bentuk struktur lain tanpa mengubah atau menghilangkan maksud asalnya. Teori ini menganalisis fonologi,morfologi dan sintesis. Pada tahun 60an dan 70an muncul pula teori Fungsional. Penganut fahaman ini adalah Halliday. Ahli bahasa teori ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya tetapi juga memberi perhatian kepada fungsi bahasa. Sistem ini berdasarkan kepada undangundang tatabahasa dan peraturan-peraturan penggunaanya. Asas elemen dan struktur bahasa adalah pada kekuatan dan keteguhan wacana dan semantik dan bukanya sintesis. Pada kurun ke 20 pula ahli-ahli bahasa seperti Ferdinand, Otto Jesphusan, Leornard Bloomfield dan Edward Saphir muncul dengan teori struktural.Bahasa mempunyai peraturan yang bertentangan dengan aliran tradisional. Fokus teori adalah penghuraian struktur bahasa. Huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dan unit tatabahasa, Analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa, klausa serta ubsur-unsur supra. 5.1 KESIMPULAN SEJARAH BAHASA Pada awalnya hanya kajian-kajian peraturan bahasa diutamakan diikuti oleh penghuraian struktur bahasa. Kemudiannya penekan dibuat keatas pembentukkan struktur ayat asas yang menganalisiskan fonologi,morfologi dan sintesis. Akhirnya kajian bahasa menjurus kepada struktur dan fungsi bahasa.

6.0 Interpretasi Data 6.1 Skor Calon Kertas Bahasa Inggeris Peperiksaan Percubaan
SUBJEK GENDER SKOR PERCUBAAN UPSR GRED

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. Jadual 2

L L L L L L L L L L L L L L L L L P P P P P P P P P P P

34 13 22 14 23 19 14 10 16 15 18 09 10 17 23 12 10 29 14 28 25 18 32 30 11 32 19 10

A D C D C C D D C D C D D C C D D B D B B C A B D A C D

Jadual 2 menunjukkan skor markah Peperiksaan Percubaan UPSR Kertas Bahasa Inggeris 1. Sejumlah 28 calon telah mengambil peperiksaan ini. Bilangan calon lelaki adala 17 orang dan perempuan 11 orang. Bilangan peratus lelaki adalah 60.71 peratus idan 39.29 peratus bagi pelajar perempuan. Hanya 8 daripada 17 pelajar lelaki iaitu 47.06 peratus pelajar lelaki telah mendapat skor 16 markah iaitu markah lulus untuk Bahasa Inggeris Kertas 1. 8 daripada 11 pelajar perempuan iaitu sebanyak 72.72peratus pelajar perempuan telah mendapat 16 markah. Seramai 3 orang pelajar telah mendapat skor A, 4 orang pelajar mendapat skor B, skor C seramai 9 orang dan skor D seramai 12 orang .
4

Jadual 3 Jadual 3 menunjukkan jumlah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul dan salah Berdasarkan data yang dikumpul didapati skor markah adalah antara 9 hingga 34 dengan jumlah skor 40. .Sebanyak 3 orang pelajar perempuan telah menjawab sekurangkurangnya 30 soalan objektif daripada 40 soalan dengan betul. Jumlah pelajar perempuan adalah 11 orang. Hanya seorang daripada 17 orang pelajar lelaki dapat menjawab 34 daripada 40 soalan dengan betul. Pelajar perempuan yang berada di aras galus menjawab 15 soalan dan ke bawah dengan betul adalah 3 orang dan lelaki sebanyak 6 orang. 6.2 Ukuran Memusat Dan Ukuran Serakan PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR
Skor V 9.00 a 10.0 l11.0 i 12.0 d 13.0 14.0 15.0 16.0 17.0 18.0 19.0 22.0 23.0 25.0 28.0 29.0 32.0 34.0 Total Jadual 4 Frequecy 1 4 1 1 1 3 1 1 1 2 2 1 2 1 1 1 3 1 28 Percent 3.6 14.3 3.6 3.6 3.6 10.7 3.6 3.6 3.6 7.1 7.1 3.6 7.1 3.6 3.6 3.6 10.7 3.6 100.0 Valid Percent 3.6 14.3 3.6 3.6 3.6 10.7 3.6 3.6 3.6 7.1 7.1 3.6 7.1 3.6 3.6 3.6 10.7 3.6 100.0 Cumulative Percent 3.6 17.9 21.4 25.0 28.6 39.3 42.9 46.4 50.0 57.1 64.3 67.9 75.0 78.6 82.1 85.7 96.4 100.0

Statistics GENDER N Valid Missing Mean Median Mode Std. Deviation Variance Sum 28 0 1.6429 2.0000 2.00 .48795 .238 46.00 SKOR 28 0 18.8929 17.5000 10.00 7.86148 61.803 529.00

Jadual 5 Jadual 4 menunjukkan kekerapan skor Peperiksaan Percubaan UPSR dan jadual 5 menunjukkan sisihan piawai, min dan median skor pelajar. Kekerapan atau mod skor adalah 10 markah iaitu dijawab oleh 4 orang murid. Min skor adalah 18.9 dan median skor adalah 17.5. Sisihan piawai adalah 0.48. Ini menunjukkan sikap pelajar terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris adalah positif. Berdasarkan tinjauan peperiksaan yang lepas iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun, 3 orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki yang sama berjaya untuk menjawab lebih daripada 30 soalan dengan betul. Dapatan menunjukkan sikap pelajar lelaki adalah

7.0 KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN 7.1 INDEKS KESUKARAN ITEM


Mengikut Aras Indeks Kesukaran Item mengikut Ibel (1965), Indeks Kesukaran mempunyai nilai di antara 0.0 dan 1.0 Indeks yang bernilai tinggi menunjukkan item itu senang, dan indeks yang bernilai rendah menunjukkan item itu sukar. Item yang baik akan mempunyai nilai p antara 0.20 hingga 0.80. 0 p >0.3 = item sukar , 0.3 p <0.7= item sederhana, 0.7p<1.00 = item mudah

NOMBOR SOALAN

BIL PELAJAR JAWAB DENGAN BETUL

INDEKS KESUKARAN

TAHAP KESUKARAN

1 2 3 4 5 6 7

9 15 9 15 26 9 7

9/40 = 0.2 15/40 = 0.4 9/40 = 0.2 15/40 = 0.4 26/40 = 0.6 9/40 = 0.2 7/40 = 0.2
6

SUKAR SEDERHANA SUKAR SEDERHANA SEDERHANA SUKAR SUKAR

8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 Jadual 6

21 21 8 19 7 12 16 3 5 12 4 9 11 15 12 18 12 19 15 23 19 4 15 17 14 2O 12 9 17 18 14 16 13

21/40 = 0.5 21/40 = 0.5 8/40 = 0.2 19/40 = 0.5 7/40 = 0.2 12/40 = 0.3 16/40 = 0.4 3/40 = 0.1 5/40 = 0.1 12/40 = 0.3 4/40 = 0.1 9/40 = 0.2 11/40 = 0.3 15/40 = 0.4 12/40 = 0.3 18/40= 0.5 12/40 = 0.3 19/40 = 0.5 15/40 = 0.4 23/40 = 0.6 19/40 = 0.5 4/40 = 0.1 15/40 = 0.4 17/40 = 0.4 14/40 = 0.4 2/40 = 0.5 12/40 = 0.3 9/40 = 0.2 17/40 = 0.4 18/40 = 0.5 14/40 = 0.4 16/40 = 0.4 13/40 = 0.3

SEDERHANA SEDERHANA SUKAR SEDERHANA SUKAR SEDERHANA SEDERHANA SUKAR SUKAR SEDERHANA SUKAR SUKAR SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SUKAR SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SUKAR SEDARHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA

Jadual 6 menunjukkan aras kesukaran Kertas Peperiksaan Percubaan Bahasa Inggeris. Antara 40 soalan objektif yang diuji terdapat 12 item soalan sukar dan 28 item soalan sederhana. Tidak terdapat soalan mudah dipertengahkan. Lazimnya kesukaran ujian adalah berdasarkan kepada 25% soalan mudah, 50% soalan sederhana dan 25% soalan sukar tetapi item soalan Peperiksaan Percubaan UPSR mengandungi 30% soalan sukar dan 70 soalan sederhana. Item soalan tidak memihak kepada calon prestasi rendah untuk membantu mereka untuk lulus kertas 1. Maka kertas Peperiksaan Percubaan ini tidak sesuai untuk menguji semua kumpulan pelajar terutamanya pelajar kumpulan rendah.

Jadual 7 Jadual 7 adalah graf Indeks Kesukaran Item. Jika dibuat analisis item soalan terbanyak yang dijawab dengan betul oleh pelajar adalah soalan 5 dimana sebanyak 26 orang daripada 28 orang pelajar berjaya untuk menjawab dengan betul. Soalan 5 adalah soalan berdasarkan pengisian tempat kosong berdasarkan gambar dan bentuk soalan adalah berdasarkan lokasi atau preposition. Terdapat beberapa item soalan yang berada pada tahap kritikal dimana bilangan pelajar menjawab dengan betul berada dalam keadaan yang membimbangkan. Antara item soalannya adalah soalan 3,6,7,10,11,12,16,17,18,19,20,22,24,29,34,35,40. Soalan 16 hingga 24 adalah soalan berdasarkan tatabahasa, ejaan dan penanda soalan. Didapati kebanyakkan pelajar lemah dalam menjawab soalan tatabahasa. Soalan 34 hingga 40 adalah soalan berasaskan petikan yang diberikan. Kesimpulannya pencapaian pelajar pada soalan tatabahasa berada dalam tahap yang membimbangkan. Pelajar juga belum menguasai kemahiran mengeja. Guru perlu berusaha untuk merancang strategi dan teknik pengajaran yang dapat menekankan kemahiran tatabahasa dalam pengajaran.

7.2 INDEKS DISKRIMINASI ITEM Menurut Mokhtar Ismail (1995), sesuatu item yang baik ialah item yang berupaya mengenalpasti dan membezakan calon berpencapaian tinggi daripada calon pencapaian rendah. Jika kedua-dua calon pencapaian tinggi dan calon rendah mempunyai bilangan calon yang hampir sama menjawab satu item yang betul maka item itu dianggap kurang baik. Petunjuk keupayaan pengasingan item ini dipanggil Indeks Diskriminasi dan penting dalam ujian rujukan norma. Indeks Diskriminasi boleh bernilai antara -1.00-1.00.Item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan pelajar pencapaian tinggi lebih ramai dapat menjawab suatu soalan dengan betul daripada pelajar berpencapaian rendah. Indeks Diskriminasi positif yang menghampiri 0.00, soalan-soalan ini dikatakan tidak baik kerana tidak berupaya membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah. Soalan-soalan yang mempunyaDiskriminasi Indeks negatif yang menghampiri -100, soalan-soalan ini dikata tidak baik. Item-item disimpan apabila kedua-dua nilai p dan D berada dalam julat berikut:
8

0.2p<0.8 dan 0.3 D<0.6. Item-item dibuang jika nilai D0 tanpa mengambilkira nilai p Item dibaiki jika nilai D>0
ITEM SOALAN KUMPULAN TINGGI KUMPULAN SEDERHANA KUMPULAN RENDAH p D

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. Jadual 8

4 9 5 7 10 8 2 8 10 6 6 2 8 9 1 3 7 2 5 6 10 7 9 6 6 8 8 9 3 7 9 8 9 3 6 10 8 7 8 6

3 3 3 4 8 0 3 6 7 1 7 3 2 3 0 1 2 1 3 2 3 4 5 6 8 4 9 6 0 4 4 4 7 7 2 4 6 5 3 13
9

2 3 1 4 8 1 1 7 4 1 5 2 2 4 2 1 3 1 1 3 2 1 4 0 5 3 6 4 1 4 4 2 4 2 1 3 4 2 5 4

0.3 0.5 0.3 0.5 0.9 0.3 0.2 0.8 0.8 0.3 0.6 0.3 0.4 0.6 0.1 0.2 0.4 0.1 0.3 0.4 0.5 0.4 0.6 0.4 0.7 0.5 0.8 0.7 0.1 0.3 0.6 0.5 0.7 0.4 0.3 0.6 0.6 0.5 0.6 0.8

0.1 0.2 0.1 0 0.1 0.3 0.1 0.1 0.2 0.2 0.4 0 0.2 0.2 -0.1 0.1 0.2 0.1 0.2 0.1 0.3 0.2 0.1 0.2 0.1 0.2 0.1 0.2 0.1 0.1 0.2 0.2 0.2 0.1 0.2 0.3 0.2 0.2 0.1 0.1

Jadual 8 adalah Indeks Diskriminasi Item. Item soalan 6,11,21 dan 36 adalah item soalan yang baik dan boleh disimpan kerana nilai D adalah antara 0.3-0.6. dan 2p <0.8. Ini bermakna antara 30% hingga 60% pelajar dapat menjawab item-item soalan dengan betul dan lebih ramai kumpulan tinggi berjaya untuk menjawab item soalan dengan betul berbanding dengan kumpulan rendah. Soalan 4,12,15 perlu dibuang kerana nilai D adalah 0 dan nilai p 0.2 . Item-item soalan ini ada tidak baik kerana pencapaian pelajar kumpulan rendah adalah lebih tinggi daripada pencapaian kumpulan tinggi . Hanya 20% pelajar dapat menjawab item-item soalan ini. Lebih daripada 80 % murid dapat menjawab soalan 5,8,9,27,40 . Item-item soalan ini boleh dibaiki untuk meningkatkan kualiti soalan. Item soalan 18 dan 29 juga perlu dibaiki kerana nilai p da D adalah 0.1. Bilangan pelajar yang dapat menjawab kedua-dua soalan ini hanya 10% sahaja. Kesimpulannya item soalan yang hendak diuji perlu mempunyai kualiti dan standard yang perlu diukur. Pencapaian tidak bernilai jika item soalan yang diuji tidak mencapai nilai kualiti peperiksaan sebenar UPSR.

7.3 ITEM PENGGANGU

a) Item soalan 1 jawapan B adalah soalan penggangu berfungsi kerana sebanyak 42.8% pelajar menjawab soalan tersebut. Ini menunjukkan bahawa soalan ini adalah soalan sukar b) Item soalan 5 tidak terdapat penggangu berfungsi bagi soalan ini kerana seramai 26 orang daripada 28 orang murid memberi jawapan yang betul. Jawapan B dan D perlu dibuang. c) Item soalan 8 dan 9 juga merupakan soalan mudah kerana 21 murid iaitu 52.5 % pelajar memilih jawapan tersebut. Soalan 8, jawapan A adalah soalan penggangu berfungsi kerana 14% murid telah menjawab jawapan tersebut. Jawapan B dan C merupakan soalan penggangu berfungsi kerana peratus yang menjawab soalan tersebut adalah kurang daripada 10%. d) Soalan 10 pula terdapat 2 jawapan penggangu berfungsi iaitu jawapan C dan D. Seramai 9 orang iaitu 32% daripada murid menjawab soalan tersebut. e) Item soalan 11, jawapan A dan B perlu dibaiki kerana penggangu tersebut tidak berfungsi iaitu peratus menjawab soalan tersebut adalah kurang daripada 10%. f) Item soalan 12 dan 13 boleh diterima kerana kesemua jawapannya mempunyai penggangu berfungsi. g) Item soalan 14, jawapan A adalah penggangu tidak berfungsi dan jawapan tersebut perlu dibuang manakala soalan 15 merupakan soalan sukar, hanya 3 pelajar boleh
10

h)

i)

j) k) l)

menjawab dengan betul. Seramai 23 orang murid menjawab C iaitu jawapan yang salah. Jawapan B adalah penggangu berfungsi. Item soalan 16 dan 17 boleh diterima manakala soalan 18 merupakan soalan yang mempunyai peggangu berfungsi yang tinggi kerana seramai 18 orang menjawab soalan A iaitu soalan yang salah. Item soalan yang mempunyai penganggu tidak berfungsi adalah A dan C bagi soalan 19,D bagi soalan 21, D bagi soalan 22, A bagi soalan 23 dan 24, D bagi soalan 25 dan 26, A bagi soalan 27. Item soalan 28,29,30,34 dan 35 adalah baik kerana penganggu berfungsi ditaburkan dengan sekata. Item soalan 32 boleh dibaiki kerana jawapan D tidak dipilih oleh pelajar. Item soalan 33,37,38,39 pilihan jawapan A merupakan penganggu tidak berfungsi manakala pilihan jawapan B bagi soalan 40

Kesimpulannya berdasarkan maklumat di atas jawapan penganggu tidak berfungsi perlu dibuang atau diperbaiki untuk membaiki kualiti soalan yang dikemukakan kepada pelajar.

8.0 KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN 8.1 JENIS KEBOLEHPERCAYAAN Jenis ukuran untuk menguji tahap kepercayaan ujian ini adalah ujian kesetaraan dimana peperiksaan pertengahan tahun telah dibuat dua minggu sebelum peperiksaan percubaan dan keputusan peperiksaan kedua-duanya hampir sama berdasarkan peratusnya. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang juga adalah sama. Dua ujian ini setara dari segi isi kandungan, Jadual Spesifikasi Ujian, format soalan. Jadual Spesifikasi Ujian dibina untuk menggambarkan ciri ujian dari segi kandungan yang melibatkan konstruk yang ditafsirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk konteks dan pemberatan taburan dan kesukaran. 8.1.1 Indeks Kebolehpercayaan Menurut Rosinah (2011), Indeks kebolehpercayaan boleh dikira dengan menggunakan pekali kolerasi antara dua ukuran. Julat indeks kebolehpercayaan adalah antara -100 hingga +1.00. Indeks kebolehpercayaan negative menunjukkan ketekalan yang songsang iaitu pelajar yang dapat skor tinggi pada ujian pertama mendapat skor rendah pada ujian kedua. Indeks kebolehpercayaan positif antara 0.65-0.80 adalah baik. Namun julat kebolehpercayaan antara positif antara 0.81 -1.00 adalah sangat baik dan menunjukkan kekonsistenan skor antara kedua-dua ujian. Bagi Peperiksaan Percubaan UPSR perkiraan dibuat untuk mengira indeks kebolehpercayaan skor pelajar untuk peperiksaan pertengahan tahun dan Peperiksaan Percubaan UPSR sebagai perbandingan. Y adalah skor Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Y adalah skor Peperiksaan Percubaan UPSR.

11

X 36

Y 34 29

X 1296 961 196 256 361 3010

Y 1156 841 169 484 196 2846

XY 1224 899 182 382 266 2953

31 13 14 22 16 14 19 JUM 116 Jadual 9 112

Jadual 9 adalah jadual perkiraan untuk pekali korelasi

5(2953)-(116)(112)/5(3010)-(116)(5(2846)-(112) 5(2953)-(116)(112)/(15050-13456)(14230-12544) 14765-12992/(1594)(1686) 1773/2687484 1773/1639354 1.0

Pekali kolerasi iaitu nilai r adalah 1.00. dan ini menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat kuat antara skor. Skor pelajar sangat konsisten dan ini telah membuktikan bahawa alat pengukur iaitu kertas soalan percubaan Bahasa Inggeris mempunyai nilai kepercayaan yang tinggi.Kuder Richardson 21 (Kr 21) Nilai Kebolehpercayaan untuk soalan objektif boleh dinilai dengan mengunakkan formula n= bilangan item, M= min, std= sisihan piawai n=40, M=17.500, std= 7.8614 KR-21 iaitu [n/(n-1)] x [1-(M x(n- M)/(n x std) [40/(40-1)] x [1-(17.500x(40-17.500)/(40x7.8614) (1.025) x 1-(17.500 x 22.5)/314.456 =0.862

12

Kebolehpercayaan adalah ciri penting yang perlu ada pada sesuatu ujian. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merupakan keupayaan ujian tersebut mengukur apa yang hendak diukur dengan tekal (Bhasah Abu Bakar,2003). Mengikut perkiraan mengunakkan KR-21 nilai kebolehpercayaan adalah 0.862. Menurut Mohd Najib (1999), alat ukur ataupun kertas peperiksaan percubaan di sini mempunyai indeks kebolehpercayaan lebih 0.7. Maka ini menunjukkan bahawa nilai kebolehpercayaan bagi kertas percubaan Bahasa Inggeris adalah tinggi

8.2 KESAHAN UJIAN 8.1 Kesahan Kandungan Kertas Peperiksaan Percubaan UPSR 2013 mengukur apa yang sepatutnya diukur. Item soalan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi kerana menguji skop sukatan pelajaran yang perlu diuji. Konstruk kemahiran yang diuji adalah menyeluruh dimana bentuk soalan sebenar UPSR dijadikan panduan dalam pembinaan soalan. Item soalan 1 hingga 4 menguji kosa kata, item 5 hingga7 menguji frasa kata berdasarkan gambar. Item soalan 8 hingga 10 pemilihan jawapan terbaik berdasarkan gambar . Item soalan 11hingga 15 menguji kebolehan murid untuk menjawab soalan ungkapan sosial. Soalan 16-20 adalah berbentuk tatabahasa. Item soalan 22 dan 23 pengujian ejaan, 24 dan 25 mengujian pemahaman tentang tanda bacaan .Item soalan 25 hingga 30 pula menguji tatabahasa berdasarkan pengisian tempat kosong. Item soalan 30 hingga 40 merupakan soalan ujian kefahaman petikan. Penentuan aras soalan adalah mengikut Taksonomi Bloom dimana soalan yang diuji berbentuk pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,sintesis dan penilaian.

9.0 RUMUSAN KESELURUHAN Bilangan murid lulus peperiksaan percubaan Bahasa Inggeris Kertas 1 adalah 16 daripada 28 orang iaitu 57% sahaja. Apabila item soalan dikaji terdapat beberapa hipotesis yang boleh dibuat untuk menunjukkan sebab murid tidak dapat menjawab item soalan dengan baik . Nilai kebolehpercayaan dan kesahan peperiksaan UPSR tinggi namun tidak ada item mudah yang dipertengahkan. Murid hanya mempunyai pilihan soalan tahap sukar dan sederhana sahaja. Item soalan mudah yang boleh membantu murid untuk lulus perlu dibina sekurang-kurangnya 25% untuk mengimbangkan tahap kesukaran keseluruhan item soalan. Kualiti keseluruhan item soalan boleh dibaiki kerana apabila membuat analisis diskriminasi item terdapat soalan yang perlu dibuang. Ini berlaku kerana bilangan murid tahap rendah mendapat betul adalah lebih daripada murid tahap tinggi. Penganggu berfungsi adalah juga tidak seimbang pada item soalan namun murid tidak boleh menjawab dengan baik secara keseluruhannya. Pekali kolerasi peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan adalah tinggi. Ini menunjukkan keputusan murid adalah konsisten pada setiap kali peperiksaan dijalankan. Tidak ada peningkatan dalam peratus
13

kelulusan. Berdasarkan evidens data yang dinilai didapati murid tidak minat Bahasa Inggeris atau teknik pengajaran guru yang tidak dapat berkesan atau kedua-duanya sekali. Motivasi terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris adalah rendah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar lelaki. Sikap pelajar lelaki dapat di ungkai dengan bukti pelajar lelaki yang lulus Kertas Bahasa Inggeris Percubaan hanya 8 daripada 17 calon lelaki iaitu hanya 47% daripada jumlah calon lelaki. Pelajar perempuan yang lulus adalah 8 orang daripada 11 orang iaitu 73% daripada bilangan pelajar perempuan. Teknik dan strategi pengajaran perlu dibaiki untuk menanam minat murid terhadap Bahasa Inggeris. Peraturan Bahasa Inggeris serta latihan tubi perlu diberikan pada murid untuk membaiki mutu Bahasa Inggeris. Penguasaan tatabahasa pelajar berada dalam tahap yang membimbangkan. Soalan 16 -24 adalah soalan tatabahasa dan bilangan murid yang mendapat kesalaham pada itemitem soalan tersebut adalah tinggi. Soalan 30-40 adalah item-item soalan menjawab soalan berdasarkan petikan. Kebanyakkan murid menghadapi masalah untuk menjawab item-item soalan tersebut. Murid tidak faham petikan yang dibaca kerana tidak tahu mencari kunci perkataan untuk menjawab soalan.

10.0 PERMASALAHAN DAN KEKUATAN 10.1 MASALAH Sistem pendidikan masa kini berorentasikan peperiksaan. Guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran seperti tempoh yang ditetapkan maka latihan tubi untuk menguji sesuatu kemahiran adalah terhad. Pelajar lemah item soalan tatabahasa termasuk soalan ejaan dan penggunaan tanda bacaan kerana penumpuan tidak hanya boleh diberikan pada kemahiran tersebut. Buku teks Bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh kerajaan tidak mencukupi untuk menguji kemahiran tatabahasa. Disamping itu guru yang dibebankan dengan kerja selain dari mengajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan latihan-latihan tambahan. Sikap murid yang bersahaja ketika guru mengajar menampakkan ketidaksungguhan murid untuk belajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Teknik pengajaran guru yang membosankan tidak merangsangkan murid untuk belajar. Guru tidak mengutarakan strategi penguasaan kosa kata untuk memudahkan pemahaman murid terhadap matapelajaran ini.

10.2 KEKANGAN Terdapat beberapa kekangan. Antaranya pelajar dari sekolah ini berlatarbelakangkan keluarga yang bercakap bahasa ibunda di rumah . Bahasa kedua hanya digunakan di sekolah maka kebolehan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam kertas Bahasa Inggeris adalah berdasarkan motivasi intrinsik seseorang pelajar. Murid tidak ada bantuan dan sokongan di rumah kerana ibu bapa murid tidak fasih Bahasa ini. Ibu bapa sekolah ini tidak mampu untuk menghantar anak ke kelas tambahan. Pendapatan mereka hanya mencukupi untuk kegunaan harian. Masalah ponteng adalah gejala yang berlaku di sekolah ini. Terdapat 5 orang murid yang gemar ponteng. Maka murid-murid ini mempunyai masalah untuk menguasai bahasa yang tidak digunakan di rumah. Kekangan14

kekangan ini juga merupakan faktor yang menyebabkan murid lemah dalam Bahasa Inggeris

10.3 KELEBIHAN a) Kertas jawapan objektif ini mudah diperiksa kerana terdapat hanya satu jawapan yang tepat. Pemeriksa tidak ada ruang untuk menjadi bias dalam memberi skor pemarkahan. b) Pembinaan soalan percubaan UPSR ini berdasarkan penentuan aras mengikut Taksonomi Bloom. Domain Kognitif Taksonomi Bloom digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi. Soalan-soalan yang dibina mempunyai soalan-soalan pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan dibina berdasarkan standard peperiksaan UPSR yang sebenar. Skor murid dapat menjelaskan tentang tahap sebenar murid untuk menghadapi peperiksaan sebenar UPSR . Ia juga dapat menilai tahap penguasaan setiap individu berdasarkan kemahiran yang diuji.

10.4 CABARAN Guru menghadapi cabaran untuk meningkatkan mutu pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah kategori luar bandar . Kerjasama ibu bapa di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi adalah terhad kerana matapelajaran Bahasa Inggeris dipandang sebagai matapelajaran yang sukar dipelajari maka pembabitan ibu bapa dalam aktiviti penjana Bahasa Inggeris adalah amat membimbangkan. Hanya guru Bahasa Inggeris sahaja sedaya upaya mencari jalan untuk meningkatkan mutu Bahasa Inggeris. Mentaliti murid terhadap matapelajaran ini adalah negatif . Bahasa Inggeris hanya digunakan di rumah. Cabaran-cabaran sebegini membantutkan perkembangan mutu Bahasa Inggeris namun langkah-langkah perlu diambil untuk membendung masalah. 11.0 CADANGAN Diharap soalan mudah dibina mengikut justifikasi spesifik ujian agar bilangan jawapan yang betul bertambah. Kerajaan juga perlu membekalkan buku aktiviti percuma pada murid kerana tidak kesemua murid mampu untuk membeli buku rujukan. Disamping itu Kementerian Pelajaran perlu membaiki sukatan latihan perguruan agar dapat menyelitkan pengajaran yang menyeronokan dan berkesan. Sikap guru juga memainkan peranan yang penting untuk membaiki kualiti pendidikan. Ibu bapa perlu dilibatkan dalam program motivasi Bahasa Inggeris untuk mempunyai kesedaran terhadap matapelajaran ini. Diharapkan pembabitan semua pihak akan meningkatkan mutu Bahasa Inggeris sejajar dengan polisi kerajaan untuk memperkukuhkan Bahasa Inggeris dalam MBMMBI.

15

Anda mungkin juga menyukai