Anda di halaman 1dari 1

The goal-attaiment approach ataupun Pendekatan Pencapaian Matlamat dianggap berkesan jika seluruh tenaga dan sumber dikumpulkan

kearah mencapai matlamat sekolah . Sistem pendidikan Malaysia memberi penekanan terhadap perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan kepada tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenang, tubuh badan yang sihat dan dapat bekerjasama dengan orang . Pelan Pendidikan Pembangunan juga menitikberatkan pembangunan insan yang ber kemahiran berfikir, berpengetahuan, beridentiti nasional dan beretika dan seimbang dari segi rohani. Namun sejauh manakah Pendekatan Goal-attaiment approach iaitu pencapaian matlamat sebagai kayu ukur keberkesanan sekolah di Malaysia tercapai. Sistem pendidikan di sekolah Malaysia berorientasikan peperiksaan. Matlamat sekolah tercapai jika sekolah tersebut peratus kelulusannya tinggi dalam peperiksaan awam yang pelajar perolehi. Pelajar yang cerdik dianggap sebagai berjaya dalam bidang persekolahan walaupun pelajar tersebut tidak aktif dalam bidang sukan ataupun bersikap ekstrovert, tidak mahu berkawan.

Anda mungkin juga menyukai