Anda di halaman 1dari 15

1

in Etika Pemakaian

Teknik Belajar Motosikal


Posted on April 21, 2011 | 2 Comments

TEKNIK UJIAN PUSINGAN 8:


1. 2. 3. 4. Tidak melanggar benteng Membuat satu setengah pusingan Kaki tidak mencecah atau pijak jalan Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat

TEKNIK MENITI DI ATAS PAPAN:


1. 2. 3. 4. Roda tidak keluar dari papan Kaki tidak mencecah atau pijak papan Calon tidak jatuh dari motosikal Tidak kurang dari 7 saat.

TEKNIK MENUNGGANG DI ANTARA KON:


1. 2. 3. 4. Tidak Melanggar kon Tidak Menyentuh atau melanggar benteng Kaki tidak mencecah atau pijak jalan Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat

TEKNIK BREK KECEMASAN:


1. 2. 3. 4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat Membrek di dalam kotak Tidak melebihi garisan berhenti Menggunakan brek kaki dan tangan

TEKNIK MENUNGGANG DI SELEKOH TAJAM:


1. 2. 3. 4. Tidak melanggar benteng Kaki tidak mencecah atau pijak jalan Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat Berhenti di garisan berhenti

TEKNIK UJIAN AMALI (JALAN RAYA) BAHAGIAN 3:


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Menggunakan topi keledar dengan betul Tidak menghidupkan enjin dalan gear Nyalakan lampu hadapan Melihat ke belakang sebelum bergerak Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar Memberi isyarat dengan betul Enjin tidak mati melebihi tiga kali Penggunaan gear yang sesuai Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)

10. Memandu disebelah kiri 11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat 12. Kaki tidak mencecah jalan 13. Tidak melanggar benteng 14. Tidak jatuh dari motosikal 15. Tidak terlibat dalam kemalangan
2 Comments

Posted in Teknik Belajar Memandu

Teknik Belajar Mendaki & Menuruni Bukit


Posted on April 21, 2011 | 34 Comments

Teknik Belajar Mendaki Bukit


1. 2. 3. Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit. Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan. Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.

TIP UNTUK UJIAN MENDAKI BUKIT:


Calon akan lulus jika:
1. 2. 3. Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%. Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:


1. 2. 3. 4. 5. Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50% Melebihi masa yang ditetapkan. Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak) Langgar garisan putih. Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)

Teknik Belajar Turun Bukit


Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).

34 Comments Posted in Lesen Memandu

Teknik Tiga Penjuru


Posted on April 21, 2011 | 15 Comments

Teknik Belajar Tiga Penjuru


Teknik tiga penjuru ini akan digunakan semasa anda melalui jalan mati. Jadi teknik ini boleh anda gunakan selain daripada reverse ke belakang yang ada kalanya merbahaya bagi yang tidak mahir mengundurkan kereta.

Semasa hari ujian, tiga penjuru biasanya akan dilakukan selepas membuat parking. Jom kita lihat teknik untuk buat tiga penjuru khas untuk tujuan ujian kelak.

1. 2. 3. 4.

Apabila anda keluar dr parking, masuk petak belah kanan (ikut anak panah yang diberikan) sehingga sampai ke tiang no 2. Sambil berjalan perlahan-lahan pusing stering kekanan sampai habis dan berhenti sebelum garisan putih di depan. Seterusnya pusing stering ke kiri pula sampai habis (4 x) kemudian br anda undur ke belakang dan berhenti sebelum bumper belakang kereta anda pijak garisan putih (jarak dalam 3 kaki mcm tu). Kemudian pusing stering 3 x dan terus keluar dr petak 3 penjuru tersebut.

Tip Ujian Tiga Penjuru:


Calon akan lulus jika: 1. 2. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Calon berjaya melakukan ujian seperti berikut: Masuk ke petak dari kiri ke kanan dan berhenti seketika Dari Kanan berundur ke belakang dan berhenti seketika Dari kiri bergerak ke kanan dan terus keluar. Melanggar atau menyentuh tiang besi penanda samada semasa masuk atau keluar. Badan kereta menjulur keluar Melakukan olah gerak lebih 3 pergerakkan Melakukan ujian melebihi 3 minit Berlaku kemalangan


1. 2. 3. 4. 5.

Calon akan gagal jika:

15 Comments Posted in Teknik Belajar Memandu

Teknik Belajar Parking


Posted on April 21, 2011 | 9 Comments

1. 2. 3. 4. 5.

Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak) a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)

6.

Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.

Tip Ujian Parking:


Calon akan lulus jika:
1. 2. Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit. Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.

Calon akan gagal jika:


1. 2. 3. Melanggar atau menyentuh tiang penanda. Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda. Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan: Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar. Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit yang ditetapkan Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.

4
SEMESTINYA, calon berpakaian sopan dan bertatatertib. Wajib memakai kasut. Sentiasa tenang dan jangan sekali-kali kelam-kabut atau menggelabah. Jikalau perlu, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskannya sebelum bermula. Kebanyakan punca gagal (hampir 99%) adalah kerana kelamkabut, menggelabah menyebabkan terlupa apa yang telah dipelajari sebelum ini. Selagi anda dalam keadaan tenang dan waspada, selagi itulah tidak ada masalah untuk lulus dengan cemerlang. Jikalau anda orang Islam, jangan sekali-kali lupa memulakan dengan"Bismillah..." Buang serta-merta ingatan anda kepada kegagalan-kegagalan semasa belajar memandu. Sebaliknya, gantikan serta-merta dengan kejayaan-kejayaan semasa belajar memandu. "Mainkan" berterusan tanpa henti kejayaan-kejayaan semasa belajar memandu, sebaik sahaja anda mula menunggu giliran hinggalah selesai ujian. Di bawah adalah tip-tip untuk kejayaan semasa ujian di atas jalan raya:

1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 6 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Bagi signal ke arah hendak belok. Pastikan tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak. Jangan terburu-buru atau tergesagesa.

2) Memandu di Jalan Raya


Memandu dekat selekoh, persimpangan had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj, namun sebaiknya kekalkan 30 kmj dengan gear 3. Kawal stereng dengan baik dan elakkan dari tidak stabil. Beri laluan kepada kenderaan dan pengguna lain.

3) Memandu di garisan dua (Double Line)


Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.

4) Memandu di Lampu Isyarat


Tuan-tuan hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan belum lepasi garisan kuning, Berhenti. Kalau kenderaan sudah lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja. Semasa berhenti di lampu isyarat, tukar gear kepada 'free'. Tarik 'brake' jikalau lampu isyarat tersebut adalah cerun mendaki. Masukkan gear 1 dan buat imbangan 'clutch' dan 'minyak' yang dipelajari di dalam litar ketika mendaki cerun/bukit. Lepaskan hand brake dan jalan dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa.

5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan kanan dan kiri di stereng elok berposisi pukul 10 dan 2. Juga pasti memegang stereng tangan jangan bersilang. Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang stereng dengan satu tangan apabila menukar gear. Memandu dengan tenang semasa di jalan raya. Kebanyakannya gagal dalam ujian jalan raya adalah kerana kelam-kabut, menggelabah dan terlupa apa yang dipelajari sebelum ini. Apabila sampai balik ke litar, berhentikan kenderaan dan tarik 'hand-brake'. Tanya penguji kalau ia hendak kunci suis ditutup atau tidak. Patuhi arahannya.

KESALAHAN-KESALAHAN YANG DISANGKA KECIL:


Di dalam kertas ujian yang dipegang oleh penguji tersedia 20 kotak. Setiap kali betul, kotak itu akan ditanda. Contoh kesalahan kecil yang menyebabkan ditolak 1 markah untuk 1 kesalahan: 1. Tidak menguji lampu isyarat dan pengelap cermin berfungsi atau tidak. 2. Berhenti di simpang tiga dan tarik brek tangan serta bebaskan gear tetapi kaki anda tidak menekan pedal brek semasa menunggu. 3. Tidak membetulkan cermin sisi dan pandang belakang. Elakkan sama-sekali kesalahan-kesalahan yang disangka kecil itu. Sebelum memulakan ujian, sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, 10 perkara ini mesti dilakukan mengikut urutannya: 1. Betulkan/selaraskan tempat duduk 2. Betulkan/selaraskan cermin sisi kanan

5
3. Betulkan /selaraskan cermin pandang belakang (cermin tengah) 4. Betulkan/selaraskan cermin sisi kiri 5. Pakai tali pinggang keledar (mandatori) 6. Signal kanan 7. Signal kiri 8. Signal kanan kiri serentak (depan stereng) 9. Lampu depan 10. Pengelap cermin CONTOH KESALAHAN-KESALAHAN MANDATORI PENYEBAB UTAMA GAGAL: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Tidak menarik hand-brake dan bebaskan gear (free gear) ketika berhenti di simpang tiga. Terus memandu semasa lampu isyarat menunjukkan warna merah. Memandu melebihi 60km sejam. Menukar lorong tergesa-gesa dan membahayakan. Melanggar garisan pembahagi di tengah-tengah jalan. Terlupa memberi isyarat semasa hendak membelok dan memotong. Tidak berhenti di simpang tiga atau berhenti tetapi di atas atau terlebih garisan berhenti.

Sebaik nombor giliran anda dipanggil oleh penguji JPJ,anda dengan muka manis dan bersopan sila masuk ke dalam kereta dan ucaplah kata manis dan salam kepada penguji. 1. Laraskan dan betulkan tempat duduk anda dengan sempurna dan baik untuk postur badan anda.Anda wajib lakukan walaupun anda rasa kedudukan kerusi anda sudah ok dan sesuai. Ini untuk menunjukkan yang anda memang membuat pemeriksaan dan tahu macamana nak laraskan tempat duduk. Anda dah dapat satu markah.Mudahnya kan! 2. Gunakan kedua-dua tangan anda untuk membetulkan kedudukan cermin pandang belakangsupaya anda boleh melihat dengan jelas keadaan belakang sekiranya anda ada niat hendak memotong kenderaan depan atau sebelum nak menukar lorong kanan atau kiri. Kemudian gunakan tangan kanan anda untuk membetulkan cermin sisi kanan dengan betul dan anda boleh melihat dengan jelas keadaan sebelah kanan kenderaan anda.Sangat berguna ketika nak menukar lorong ke kanan atau memotong. Kemudian minta izin penguji untuk membetulkan cermin sisi kiri dengan tangan kiri anda.Takut terkena badan penguji ketika kita mengalihkan tangan kita.Cermin kiri ini untuk kegunaan kita ketika nak menukar lorong ke kiri. Anda dah boleh dapat markah kedua! 3. Pakailah tali pinggang keledar dengan kemas.Jika anda terlupa memakai tali pinggang keledar sehingga balik,peluang untuk anda gagal sangat tinggi. Jangan lupa tau! Faktor keselamatan dan boleh disaman jika di jalanraya. Ini markah ketiga anda! 4. Jika engin kereta mati,sila pastikan gear berada dalam keadaan bebas sebelum anda nak putar kunci kereta untuk nak hidupkan engin.Jika ada gear dan anda terus hidupkan engin kereta,pastilah melompat ke depan kereta anda ni sebab dah ada gear.Boleh jadi macam kereta kuda pulak nanti! ini markah keempat anda! 5. Sila uji lampu isyarat kanan dan kiri kereta anda berfungsi dengan melihat lampu penunjuk arah yang tertera di panel meter.Anda tak perlu turun kereta dan tengok lampu isyarat kanan dan kiri menyala atau tak.Uji pengelap cermin kereta anda berfungsi atau tak. Anda dah boleh dapat markah kelima.Mudah sangat kan?

MARKAH PENUH UJIAN MEMANDU DI JALANRAYA UNTUK KERETA


Seperti yang dijanjikan semalam,berikut adalah 20 markah penuh yang terdapat dalam borang pengujian JPJ untuk ujian memandu kereta di jalanraya. BAHAGIAN 3: ==========

Markah 1 -> - Membetulkan tempat duduk. Markah 2 -> - Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi. Markah 3 -> - Pakai talipinggang keledar. Markah 4 -> - Menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan engin motokar. Markah 5 -> - Menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat. Markah 6 -> - Guna isyarat lampu/tangan apabila diperlukan. Markah 7 -> - Guna brek kaki dan tangan dengan betul. Markah 8 -> - Mematuhi peraturan lampu isyarat. Markah 9 -> - Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan. Markah 10 -> - Mematuhi peraturan garisan dua selari. Markah 11 -> - Memandu di lorong yang betul/kawalan steering. Markah 12 -> - Memandu kenderaan di jarak yang selamat. Markah 13 ->

- Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok. Markah 14 -> - Mematuhi had laju. Markah 15 -> - Memberi keutamaan kepada pejalan kaki,penunggang basikal dan motosikal. Markah 16 -> - Memandu di selekoh dengan cara yang betul,perlahan dan ikut lorong yang betul. Markah 17 -> - Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan lalulintas. Markah 18 -> - Memberi keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan. Markah 19 -> - Memandu secara tidak merbahaya. Markah 20 -> - Menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan.
Nota: Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku sebarang kemalangan ketika sesi ujian. Semua markah ini akan diperiksa satu persatu oleh pegawai penguji ketika anda sedang memandu di jalanraya.Jika anda tidak terkial-kial,tidak panik,boleh mengawal kereta dan menggerakkan kereta dengan baik dan tidak merbahaya,insyaAllah peluang anda untuk lulus sangat tinggi.Pastikan anda boleh membuatkan pegawai penguji di sebelah anda berada dalam keadaan selesa dan selamat dari mula anda bergerak hingga anda memberhentikan kereta di tempat penamat ujian. Tetapi awas,jika dari mula anda menggerakkan kereta lagi,degupan jantung pegawai penguji berdegup kencang dan dia berasa sangat tidak selamat berada di sebelah sebagai penguji dan juga sebagai penumpang pertama anda,maka peluang anda untuk digagalkan sangat-sangat tinggi. Oleh itu pastikan anda memandu dengan selamat dan mengikut arahan dan peraturan yang telah diajar oleh pengajar memandu ketika sesi ujian JPJ.Berlatihlah bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik sahaja.Tidak ada istilah cobaan ketika hari ujian!Selamat berjaya kepada anda yang akan diuji.

Sabtu, 19 Januari 2013

CARA-CARA MEMANDU UNTUK LULUS UJIAN JPJ MEMULAKAN PEMANDUAN DENGAN GEAR MANUAL

--> Cara hendak menggerakkan kereta.


- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut. Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta bergegar hendak bergerak, tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng anda. Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km, tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km, tukar ke gear 3, meter mencecah ke 4okm tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

--> Cara hendak mengelakkan dari enjin mati setelah gear dimasukkan.
- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telahstabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan. - Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun dibawah 30km, tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek. Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang mahir. - Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib freekan gear dulu dan tarik hand brek.

PARKING 3 PENJURU
1. Pusingan tiga penjuru adalah olahgerak terakhir dalam ujian bahagian 2 untuk ujian memandu kereta selepas ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok. 2. Berhati-hati untuk olahgerak terakhir ini untuk memastikan anda boleh lulus sepenuhnya untuk ujian bahagian 2. 3. Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal dan akan menyebabkan anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2.

4. Risikonya ialah anda perlu membuat ujian ulangan bahagian 2 dan anda wajib menjalani semula ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok walaupun sebelum ini anda sudahpun lulus kedua-dua olahgerak ini. 5. Selepas keluar dari petak meletak kereta secara masuk belok ( side parking), anda terus menuju ke dalam petak tiga penjuru ini. 6. Pandu kereta anda bergerak lurus di sebelah kiri mengikut anak panah masuk dan sebaik cermin sisi sebelah kiri sama lurus dengan tiang no.2 di sebelah kiri anda, pusing stereng habis ke kanan dengan pantas. 7. Berhenti di hadapan tiang sebelah kanan anda dan pastikan kereta anda tidak melepasi garisan kuning dan tidak melanggar atau menyentuh tiang itu. Pastikan juga stereng selari dengan tiang di tengah dan tayar hadapan dalam keadaan menegak. 8. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis ke kiri dan masukkan gear reverse, lepaskan clucth perlahan2 barulah boleh undur terus ke belakang dan tidak boleh menyentuh atau melanggar tiang belakang serta belakang badan kereta tidak boleh terkeluar dari garisan kuning. Panduannya mudah semasa mengundur kereta anda tengok anak panah masuk dan sebaik anak panah itu lurus kearah anda, terus berhenti. Bermakna kereta anda tidak akan terlanggar tiang belakang. Cuba praktik dan perhatikan. 9. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis ke kanan dan masukkan gear 1. Terus bergerak keluar mengikut anak panah keluar dan letak semula kereta dimana anda bermula. Untuk info:

Pastikan hanya tiga pergerakan sahaja dibenarkan ketika masuk, berada dalam petak dan keluar dari petak. Anda tidak dibenarkan berhenti-henti di pertengahan di setiap pergerakan. Jika enjin kereta mati tiba-tiba semasa berhenti, pastikan tekan brek dan freekan gear barulah hidupkan semula enjin kereta anda. Masa yang dibenarkan dari mula anda masuk hingga keluar dari petak ini tidak melebihi 3 minit.

10

SIDE PARKING
1. Anda hanya dibenarkan untuk membuat ujian side parking atau meletak kereta secara masuk belok hanya selepas lulus ujian mendaki bukit. 2. Pandu kereta bergerak lurus ke hadapan dan sebaik-baiknya jarak cermin sisi kiri dengan tiang pertama lebih kurang 3 kaki.Tidak terlalu dekat dan tidak pula terlalu jauh dari tiang. 3. Toleh ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di bahagian penumpang kiri. Berhentikan kereta sebaik anda nampak tiang pertama berada di tengahtengah cermin itu. 4. Tekan clutch & masukkan gear reverse. 5. Pusing stereng ke kiri sampai habis. 6. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui cermin sisi sebelah kanan. Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi dan berhenti sebaik badan kereta sudah sama lurus dengan tiang no.7. 7. Pusing stereng sebanyak 2 kali ke kanan. Undur kereta dan lihat kedudukan tayar belakang sebelah kanan berada di atas garisan kuning. Berhenti. 8. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan undur sehingga kereta betul2 masuk ke lot Parking. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar itu sudah berada di atas garisan kuning. Jangan langgar tiang hadapan. 9. Tekan brek, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak. 10. Masukkan gear reverse. Pusing stereng 2 kali ke kiri. Gerakkan kereta berhati-hati. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar berada diatas garisan kuning. 11. Pusing stereng ke kanan sampai habis dan masukkan gear 1. Terus keluar berhati-hati jika anda mahir. Sekiranya anda tidak berapa mahir. Berhenti dahulu sebaik tiang no. 1 berada di tengah-tengah pintu penumpang kiri anda. 12. Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar. Untuk info: Masa yang diberi dari mula anda hendak bergerak masuk dan sehingga anda keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit. Kebiasaannya ketika hari ujian, kebanyakan pelajar hanya mangambil masa

11

kurang dari 2 minit.

Syarat utama untuk mengelakkan anda gagal ialah:


1. Jangan sentuh atau langgar mana-mana tiang walaupun tiang tidak jatuh atau tiang bergoyang. 2. Badan kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar melebihi garisan. 3. Tidak melebihi masa 5 minit. 4. Tidak berlaku sebarang kemalangan.

MENAIKI BUKIT
1. Mulakan gear 1. 2. Gerak perlahan2. 3. Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch & break kaki. 4. Tarik hand brake & freekan gear. 5. Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning. -Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning. -Tayar tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini menyebabkan anda terus dianggap gagal.

12

-Ketika berhenti di garisan kuning, brek tangan tidak ditarik dengan betul menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50% masuk ke garisan kuning. 6. Kalau pasti, angkat tangan. Kalau tak lepas, buat semula.

1.

MENURUNI BUKIT
1. Masukkan gear 1. 2. Tekan minyak sampai 3.5 @ 4. 3. Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan. 4. Lepaskan hand brake. 5. Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik. 6. Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit.
www.youtube.com/watch?v=swGz_SZVuKA

1.

1:32 1:32

2.

More videos for VIDEO TEST JPJ MEMANDU KERETA

TIPS-TIPS UJIAN JPJ BHG. 3 (JALAN RAYA) KELAS D (KERETA)

13

Ketika menghadiri Ujian JPJ, anda perlu berpakaian sopan dan menjaga tata tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.

1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan


-Betulkan tempat duduk. -Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan anda dapat melihat dengan baik belakang kereta anda. -Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan wiper. Pastikan semua itu berfungsi. -Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (neutral) dan hidupkan enjin kereta.

2) Memulakan Pemanduan
- Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan. - Start Ejin. - Pandang cermin belakang & pandang tepi. - Minta izin daripada pegawai JPJ untuk memulakan perjalanan. -Tekan clutch. -Masuk gear 1. -Turunkan hand brek. -Tekan sedikit pedal minyak. - Lepaskan clutch perlahan2. -Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

3) Berhenti di Persimpangan

14

Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear. Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.

4) Memandu di Jalan Raya


Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang ditetapkan. Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal stereng dengan baik.

5) Memandu di Garisan Berkembar (Double Line)


Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.

6) Memandu di Lampu Isyarat


Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti. Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.

7) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.

8) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian


Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik hand brake.

9) Memandu ketika di traffic light


- Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu traffic, tukar gear 2. - Tekan clutch & brek kaki perlahan2 sehingga ruang jarak di depan sebanyak 1 kereta. - Tarik hand brek & freekan gear. - 10 saat sebelum gerak turunkan hand brek. - Tekan sedikit pedal minyak. - Lepaskan clutch perlahan2. - Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.

15

Anda mungkin juga menyukai