Anda di halaman 1dari 11

Wednesday, March 30, 2011

Cara Masuk Gear Kereta


Tengoh - tengoh duk layan facebook tepat jam 12.25 hujan mula turun membasahi bumi
terengganu lagi.... Kuat ngat ya nangis.... sapa la buat Tranung Sohor nangis ni weh.... jangang
mai wat maksiat kat Tranung Sohor ni...
Apa aku nak pos hari nie.... godek sket..... erm.... aku tertarik pada satu pencarian dalam blog
menjurus pada Cara Masuk Parking walhal carian asal adalah Cara Masuk Gear....So
inspirasi anime4nz kali ini akan menanya khabar pokcik google perihal ini dan sudilah kiranya
anda semua membacanya... mengomennya ... betulkannya... atau apa jer lah kehendak tuan puan
budiman sekalian.

Bagaimana Cara Untuk Memandu Kereta Manual?

Langkah-langkah
1. Terdapat 3 pedal pada kereta transmisi manual. Dari kiri, klac, brek dan minyak.
2. Perhatikan pada tombol gear, kebanyakan kereta yang baru mempunyai dua H, gear satu, tiga
dan lima berada diatas. Manakala gear dua, empat dan gear undur berada di bawah. Di tengah
garis H ialah neutral.
3. Pastikan brek tangan dalam keadaan tidak diturunkan dan kereta berada di atas jalan yang rata.
4. Tekan pedal klac ke bawah dan gerak gear ke posisi neutral.
5. Hidupkan enjin.
6. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.
7. Gunakan brek kaki dan lepaskan brek tangan.
8. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.
9. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila anda mendengar bunyi enjin menjadi semakin
perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac. Kereta akan mula
bergerak kehadapan.
10. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta mencecah 3000 rpm, lepaskan pedal minyak sambil
menekan pedal klac dan tukar gear ke gear dua. Pastikan gear masuk dengan kemas.
11. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan smbil menekan pedal minyak.
12. Ulang proses pertukaran gear ini pada 3000 rpm sehingga anda memandu pada kelajuan yang

diinginkan.
13. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan apabila ingin mengurangkan kelajuan.Tekan pedal
klac perlahan-lahan dan tukar ke gear lebih rendah. Apabila berada di gear rendah lepaskan klac
perlahan-lahan dan tekan brek.
14. Berhentikan kereta dengan menurunkan gear ke gear dua. Gunakan klac sebaik sahaja kereta
ingin berhenti.
15. Gunakan langkah yang sama seperti diatas untuk mengundurkan kereta.

Permasalahan
Jangan amalkan jalan ngan gear 2 terus. Boleh kalau terus gune gear 2..
tapi clutch cepat rosak r..
Kalau naik bukit yang terlalu tinggi nak guna gear apa?
Kalau dah bukit terlalu curam dan baru start naik memang kena pakai gear 1 la. Gear lain mana
rok. Anda boleh guna gear 4 naik bukit dan bilamana terasa slow dan rpm / meter tetiba je
merudum / beransur semput / slow.... bertukarlah gear 3 atau 2 atau 1... untuk tambah momentum
dier balik..... dan tukar gear mengikut kesesuaian mengikut keadaan jalan. Kereta yang guna
kuasa besar lagi mampu membelah bukit... dan saya juga pasti kita dapat beloh jugak.... jika kita
memecut dari awal sebelum pendakian.... dan gear 4 dah memadai masa tu.... jangan wak hal
brek tengoh jalan bukit lok... Jawabnya kena start gear 1 semula la. Berapa kerap sangat la
golongan kita yang sanggup drive cam nie...HATI-HATI...!!!
Terkenang drive takumi86 (Initial D) la pulak.....he he

Bagaimana Cara Untuk Memandu Kereta Automatik?

Langkah-langkah
1. Cari pemandu berpengalaman, seelok-eloknya guru sekolah memandu untuk mengajar anda.
2. Sekiranya anda telah belajar cara memandu kereta transmisi manual, maklumkan pada guru
yang ingin mengajar.
3. Beritahu masalah yang anda hadapi. Seperti tidak tahu cara menukar gear dan macam-macam
lagi.
4. Duduk disebelah guru memandu dan dengar penerangannya.
5. Perhatikan cuma terdapat dua pedal di dalam kerta transmisi automatik iaitu pedal

brek dan pedal minyak.


6. Pastikan cuma kaki kanan yang menekan pedal. Kaki kiri rehatkan di lantai.
7. Perhatikan kedudukan gear. Berbeza daripada manual yang mempunyai 5 gear dan gear R.
Transmisi auto mempunyai beberapa pilihan iaitu P untuk Parking, R untuk gear undur, D untuk
memandu dan N untuk Neutral ( Digunakan sekiranya kereta perlu ditolak atau ditarik).
8. Periksa kedudukan gear berada pada parking (P).
9. Hidupkan enjin.
10. Tekan pedal brek dengan kaki kanan.
11. Gerakkan gear daripada kedudukan (P) ke kedudukan (D).
12. Untuk keselamatan, lihat sekeliling, termasuk titik buta (blind spots) dalam keadaan brek
tangan belum diturunkan.
13. Sekiranya keadaan selamat, lepaskan brek tangan.
14. Gunakan isyarat sekiranya ada kenderaan lain.
15. Lepaskan brek kaki dengan perlahan dan kereta akan mula bergerak ke hadapan.
16. Tekan pedal minyak untuk meningkatkan kelajuan.
Kalau utk drive biase2 pakai gear D je... terus ke destinasi.
Die akan automatic shift dari gear 1-2-3-4 (kereta 4 speed auto)
Kalo letak kat 3, 1-2-3, sampai gear 3 je, kalo 2 smpai gear 2 je
Kalo dari D, masuk kat 2, die akn drop dari gear 4 ke gear 2
Gear 3 atau 2 biase pakai utk turun bukit(engine braking) bila nak kurangkan guna brake, sama
mcm manual
Ramai orang pakai gear 3 atau 2 untuk memotong . dari D follow kereta depan bagi signal, kuar
kanan, masuk gear 3 atau 2 zuuuppppp pintas....... (JANGANG memotong doble line deh)
Kalau nak speed up atau nak motong sambil naek bukit tu, bleh la tekan butang OD juga kalu
ada. Jalan biase pon leh jugak kalau nak pakai OD.
kalo gear L ngan 2 biase pakai untuk panjat bukit yg curam.
Gunakanlah gear D , 3, 2, or L mengikut kesesuaian samada untuk mengawal kelajuan
(tanpa brek) dalam keadaan tertentu seperti mendaki, kesesakan lalu lintas dan hujan.
Memandu kereta transmisi automatik berbeza sedikit berbanding dengan kereta transmisi
manual. Memandu kereta transmisi automatik sangat mudah kerana pemandu tidak perlu
mempelajari teknik mengawal klac dan menukar gear yang kebiasaannya menjadi satu masalah
buat pemandu yang baru belajar dan jugaguru sekolah memandu. Mungkin anda telah belajar
memandu kereta transmisi manual dan mendapati sangat susah untuk menguasai teknik
pertukaran gear dan mengawal klac. Sekiranya anda mengalami masalah ini anda boleh la
bertukar kepada kereta transmisi automatik. Bagaimanapun operasi transmisi automatik dan
fungsinya berbeza. Anda perlu tahu cara memandunya sebelum dapat merasai kesenangannya.
Senang la pulak kalau masa test lesen pakai auto terus kan...kan.... tapi TAKKKKKK... kena
susahkan dulu gak....
Anime4nz berikan sedikit tips dan cara-cara pemanduan kereta transmisi automatik.

Tips
Kereta akan bergerak kehadapan sebaik sahaja anda memilih ke D. Pastikan kaki anda menekan
brek sehingga anda benar-benar bersedia untuk bergerak.
Memandu kereta automatik lebih senang berbanding kereta manual. Anda mempunyai banyak
masa utuk memerhatikan keadaan jalan dan sebarang bahaya yang akan berlaku.
Anda masih perlu untuk mempelajari cara-cara pemanduan berhemah.
Anda perlu mempelajari papan tanda jalan dan isyarat-isyarat.
Anda tidak perlu meletakkan kedudukan gear pada kedudukan Neutral N sekiranya berhenti
di lampu isyarat. Tetapi sekiranya anda berhenti terlalu lama, bolehlah meletakkan gear pada
kedudukan Neutral.

Permasalahan
Butang OD means Over Drive. Ia berfungsi untuk menurunkan gear . Katakan kereta anda 5
automatic speed. Bila anda tekan butang overdrive, gear akan drop dari gear 5 ke gear 4. So
kereta dapat tork yg lebih dan digunakan untuk memotong atau mendaki bukit.
Sama prinsip kereta manual. Bila nak memotong, kita akan turun gear 5 ke 4 untuk mendapat
tork lebih. Tu sebab kalu tak pakai, disable / off butang OD tu. Kalu tak, ia akan menyebabkan
kereta sentiasa di gear 4. Then bila anda asyik menekan minyak untuk laju, clutch gear semakin
panas, mungkin terbakar sedikit dan naik bau terbakar dia akan masuk dalam kabin. Lama2,
automatic clutch anda akan cepat haus.. Bila dah haus, kereta dah takde power = telan minyak
lagi kuat.
Kos menukar clutch untuk gear automatik biasanya 5 -6 kali ganda gear manual. Dan tak semua
kedai berkemahiran nak tukar dan biasanya tokey akan suggest beli gearbox seken yang kita
sendiri tak tau condition clutch didalamnya
Long story short, gunakan butang OD dengan bijak !
Bawak auto x yah main2 gear dia.masuk kat D jalan je la.tekan break kalo kat lampu
merah..pastu jalan
Di ingatkan jgn suke2 main gearbox autosbb kos nak repairmemang wat ko sakit
kepala.janji 20000-25000km tukar laa gearbox nyer oilpastikan ko pakai yg ori..bukan yang
murah2.klo kete x de oil transmission oil coolerso pasang lasbb nak jaga auto mananti
nak naik bukit pon senangmemang power dari manual
Auto Cruise tu guna masa ko kat highway.ade button untuk on diapastu ko setkan kepada
kelajuan yg ko nakpastu lepas kan padel minyaknanti komputer akan setkan kelajuan yg ko
mintak tu.so bila depan ade halangan tekan breakor cancel so auto cruise akan resetbawak
cam normal balik kene tekan pedal minyak
Masa kat trafic light kalo ko berhenti melebihi 10 minit..di nasihatkan tukar kepada N. Kalo x,
biarkan kat D.bila kat trafic light tekan brek jeHijau je tekan mintak terusdi nasihatkan
jangan bawak kete auto macam ko bawak manualboleh rosakkan gearbox koko bukan
bawak kete lumbe.so bawak cara berhemah.

Acu Cuba Baca Hok Ni Pulok :

Artikel dari Nuffnang

Read more: http://anime4nz.blogspot.com/2011/03/cara-masuk-gearkereta.html#ixzz34mOrWjB1

BAGAIMANA HENDAK MEMANDU KERETA YANG BERGEAR MANUAL


Semua pelajar memandu kereta di Malaysia dilatih dan diuji dengan menggunakan kereta yang
bergear manual.Hanya pelajar yang mendapat surat kebenaran dari pihak JPJ sahaja yang akan
dilatih dan diuji dengan kereta bergear auto.
Selepas memiliki lesen memandu,ramai yang membeli dan memandu kereta auto kerana ianya
lebih mudah untuk dipandu lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Kelang atau di bandar-bandar
besar yang sesak.
Persoalannya boleh kah anda kembali mahir memandu kereta manual selepas bertahun-tahun
memandu kereta auto? Terdapat pemandu yang mahir memandu kedua-dua jenis kereta ini dan
terdapat juga yang kurang mahir dan hampir terlupa macamana hendak memandu kereta manual.
TIPS UNTUK MEMANDU KERETA MANUAL
----------------------------------------------Usah risau! Mudah sahaja.Cuba kembalikan ingatan ketika anda mula-mula belajar kereta
dahulu. Bagaimana hendak menggerakkan kereta anda.Lihatlah ada 3 pedal di lantai kereta anda
dan kaki anda hanya ada 2 sahaja. Kaki kiri dan kaki kanan.

Formula mudah.
--> Kaki kiri - Untuk kawal pedal clutch yang berada paling kiri.
- Kegunaannya untuk menukar gear.
- Caranya tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan masuklah gear yang
sesuai.
--> Kaki kanan - Untuk kawal pedal brek yang berada di tengah atau
Untuk kawal pedal minyak yang berada paling kanan.

--> Cara hendak menggerakkan kereta.


- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut.
Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta
bergegar hendak bergerak,tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng
anda.Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km,tukarlah kepada gear 2
dan meter mencecah ke 30km - 35km,tukar ke gear 3,meter mencecah ke 4okm
tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.
--> Cara hendak mengelakkan dari engin mati setelah gear dimasukkan.
- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah
stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.
- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun
dibawah 30km,tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek.
Untuk mengelakkan anda kelamkabut kerana anda kurang mahir.

- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek.
Sebelum mengangkat kedua-dua kaki,anda wajib bebaskan gear dulu dan tarik brek tangan
atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.

Nota penting:
Sekiranya anda sudah biasa memandu kereta auto dan baru hendak menyesuaikan diri dengan
kereta manual,janganlah memandu terlalu laju dan sentiasa berhati-hati ketika mengawal
pergerakan kaki dan tangan. Sesuaikan diri anda dengan kereta dan dapatkan keselesaan dengan
memandu sambil mengenalpasti kedudukan gear di tangan dan pedal di kaki anda.

Selamat memandu di jalanraya!

Formula mudah.
Kaki kiri

Untuk kawal pedal clutch yang berada paling kiri.

Kegunaannya untuk menukar gear.

Caranya tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan masuklah gear yang
sesuai.

Kaki kanan

Untuk kawal pedal brek yang berada di tengah atau

Untuk kawal pedal minyak yang berada paling kanan.

Cara hendak menggerakkan kereta

Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut.
Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta
bergegar hendak bergerak,tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng
anda.Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km,tukarlah kepada gear 2
dan meter mencecah ke 30km - 35km,tukar ke gear 3,meter mencecah ke 4okm
tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

Cara hendak mengelakkan dari engin mati setelah gear dimasukkan

Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah
stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.

Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun
dibawah 30km,tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek.
Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana anda kurang mahir.

Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek.

Sebelum mengangkat kedua-dua kaki,anda wajib bebaskan gear dulu dan tarik brek
tangan
atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.

Nota penting:
Sekiranya anda sudah biasa memandu kereta auto dan baru hendak menyesuaikan diri dengan
kereta manual,janganlah memandu terlalu laju dan sentiasa berhati-hati ketika mengawal
pergerakan kaki dan tangan. Sesuaikan diri anda dengan kereta dan dapatkan keselesaan dengan
memandu sambil mengenalpasti kedudukan gear di tangan dan pedal di kaki anda.
A/N: Aku tak ingat aku ambik kat mana info2 ni.....so tak dapat nak kredit la.......apa pun
arigatou sebab telah membantu aku serba sedikit melalui info2 ni.....;)
tips mudah untuk ujian 'side parking' - kereta
Anda hanya dibenarkan untuk membuat ujian side parking atau meletak kereta secara masuk
belok hanya selepas anda lulus ujian mendaki bukit.
Bagaimana tips mudah untuk lulus ujian side parking?
Mudah sahaja.
1. Pandu kereta bergerak lurus ke hadapan dan sebaik-baiknya jarak cermin sisi kiri dengan tiang
pertama lebih kurang 3 kaki.Tidak terlalu dekat dan tidak pula terlalu jauh dari tiang.
2. Toleh ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di bahagian penumpang kiri.
Berhentikan kereta sebaik anda nampak tiang pertama berada di tengah-tengah cermin itu.

3. Pusing stereng ke kiri habis dan masukkan gear undur.


Mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui cermin sisi sebelah kanan.
Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi dan berhenti sebaik badan kereta sudah
sama lurus dengan tiang no.7.
4. Pusing stereng sebanyak 2 kali ke kanan.Undur kereta dan lihat kedudukan tayar belakang
sebelah kanan berada di atas garisan kuning.Berhenti.
5. Pusing ke kanan habis dan undur.Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar
itu sudah berada di atas garisan kuning.Jangan langgar tiang hadapan.
6. Pusing stereng ke kiri habis.Masukkan gear satu.Gerakkan kereta perlahan dan berhati-hati
supaya tidak terlanggar tiang hadapan.Luruskan tayar dengan memusing stereng 2 kali ke
kanan.Sebaik badan kereta dan cermin sisi berada di dalam petak.Bebaskan gear dan tarik brek
tangan.
Angkat tangan sebagai tanda anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan
arahan pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak.
7. Masukkan gear undur. Pusing stereng 2 kali ke kiri.Gerakkan kereta berhati-hati.Lihat tayar
hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar berada diatas garisan kuning.
8. Pusing stereng ke kanan habis dan masukkan gear satu.Terus keluar berhati-hati jika anda
mahir.Sekiranya anda tidak berapa mahir.Berhenti dahulu sebaik tiang no.satu berada di tengahtengah pintu penumpang kiri anda.
9. Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar.

Untuk info anda,masa yang diberi dari mula anda hendak bergerak masuk dan sehingga anda
keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit.
Kebiasaannya ketika hari ujian,kebanyakan pelajar hanya mangambil masa kurang dari 2 minit.
Syarat utama untuk mengelakkan anda gagal ialah:
====================================
1. Jangan sentuh atau langgar mana-mana tiang walaupun tiang tidak jatuh atau tiang
bergoyang.
2. Badan kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar melebihi
garisan.

3. Tidak melebihi masa 5 minit.


4. Tidak berlaku sebarang kemalangan.
Selamat berlatih dan buat hanya yang terbaik ketika ujian memandu.
ana hendak buat pusingan tiga penjuru?
Pusingan tiga penjuru adalah olahgerak terakhir dalam ujian bahagian 2 untuk ujian memandu
kereta selepas ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok.
Berhati-hati untuk olahgerak terakhir ini untuk memastikan anda boleh lulus sepenuhnya untuk
ujian bahagian 2.Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal dan
akan menyebabkan anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2.
Risikonya ialah anda perlu membuat ujian ulangan bahagian 2 dan anda wajib menjalani semula
ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok walaupun sebelum ini anda
sudahpun lulus kedua-dua oleahgerak ini.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja.
Selepas keluar dari petak meletak kereta secara masuk belok ( side parking),anda terus menuju
ke dalam petak tiga penjuru ini.
1. Pandu kereta anda bergerak lurus di sebelah kiri mengikut anak panah masuk dan sebaik
cermin sisi sebelah kiri sama lurus dengan tiang no.2 di sebelah kiri anda,pusing stereng habis ke
kanan dengan pantas.
2. Berhenti di hadapan tiang sebelah kanan anda dan pastikan kereta anda tidak melepasi garisan
kuning dan tidak melanggar atau menyentuh tiang itu.
3. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini.Pusing stereng habis ke kiri dan masukkan gear
undur.Barulah anda boleh undur terus ke belakang dan tidak boleh menyentuh atau melanggar
tiang belakang serta belakang badan kereta tidak boleh terkeluar dari garisan kuning.
Panduannya mudah semasa mengundur kereta anda tengok anak panah masuk dan sebaik anak
panah itu lurus kearah anda,terus berhenti.Bermakna kereta anda tidak akan terlanggar tiang
belakang.Cuba praktik dan perhatikan.
4. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini.Pusing stereng habis ke kanan dan masukkan
gear satu.Terus bergerak keluar mengikut anak panah keluar dan letak semula kereta dimana
anda bermula.

Untuk info:
Pastikan hanya tiga pergerakan sahaja dibenarkan ketika masuk,berada dalam petak dan
keluar dari petak.
Anda tidak dibenarkan berhenti-henti di pertengahan di setiap pergerakan.
Jika engin kereta anda mati tiba-tiba semasa anda berhenti,pastikan tekan brek dan bebaskan gear
barulah hidupkan semula engin kereta anda.
Masa yang dibenarkan dari mula anda masuk hingga keluar dari petak ini tidak melebihi 3
minit sahaja.
Selamat berlatih dan semoga berjaya melakukan ujian ini dengan terbaik.

Anda mungkin juga menyukai