Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1. a) Apakah cara-cara menghadapi kekecewaan?

[2 markah] b) Dalam rangkap akhir pantun dinyatakan bahawa apabila sudah mendapat pengganti baharu, yang lama tidak lagi disukai. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang manusia bersikap sedemikian? [3 markah] c) Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun tersebut. [4 markah] Latihan 2. a) Nyatakan contoh-contoh yang menunjukkan bahawa pemantun seorang yang tabah atau cekal hati. [2 markah] b) Pada pendapat anda, apakah kebaikannya jika kita mengamalkan maksud rangkap pertama pantun di atas? [3 markah] c) Jelaskan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun ini? [4 markah]

Jawapan. Latihan 1. a) Cara-caranya ialah menyembunyikan perasaan kecewa itu (hati luka pura tiada) dan perasaan sedih jangan dilayan (rasa pedih buat tak hirau). b) Pada pendapat saya, manusia bersikap demikian kerana kenangan seseorang itu mudah pudar, sudah berasa bosan, keindahan lalu sudah lenyap dan ikatan terhadap yang lama memudaratkan diri. c) Persoalan pantun ialah rasa kecewa yang mampu disembunyikan, penerimaan ketentuan takdir dan perubahan perasaan manusia seiring dengan perjalanan waktu. Latihan 2.
a) -tidak menghiraukan kekecewaan yang dialaminya. mempunyai kekuatan dalaman yang kuat. reda atas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. b) Mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama. Hati kita akan menjadi lebih tenang untuk meneruskan kehidupan.mampu menempuh dugaan yang mendatang. c) (ada dlm nota)

Tema : Ketabahan hati semasa berhadapan dengan kekecewaan dalam percintaan

Pengajaran: i. Kita perlu tabah dan kuat semangat apabila berhadapan dengan kekecewaan

Persoalan: i. Perasaan kecewa yang perlu dihadapi dengan tabah tanpa menyerah kalah pada takdir. ii. Perasaan rendah diri apabila dikecewakan oleh orang yang dikasihi iii. Menerima takdir hidup dengan pasrah.

ii. Kita mesti menerima ketentuan tuhan dengan reda dan pasrah iii. Kita mesti bersikap rasional apabila berhadapan dengan masalah dalam kehidupan tanpa menyalahkan orang lain. Maksud Pantun i. Rangkap 1: kekecewaan yang benar-benar dirasai oleh seseorang perlu ditangani tetapi jangan dilayan perasaan kecewa walaupun hati betul-betul terluka/kecewa. ii. Rangkap 2; Semua peristiwa yang berlaku/kecewa cinta merupakan ketentuan tuhan dan tidak perlu menyalahkan orang lain iii. Rangkap 3; Perasaan hina menyelubungi diri orang yang kecewa cinta apabila kekasih hati jatuh hati dengan orang lain/orang baru

Nilai: i. Ketabahan; tabah menghadapi kekecewaan dalam percintaan ii. Keredaan; reda akan takdir tuhan iii. Rasional : tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian yang menimpa diri

Anda mungkin juga menyukai