Anda di halaman 1dari 3

DIMENSI KELUARGA

TAHUN SOALAN 2004 (N) Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni Tulis syarahan itu selengkapnya. 2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut. 2005 (N) Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak. 2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan. Berikan komen anda tentang pernyataan di atas. 2006 (N) Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk Menghargai Jasa Ibu Bapa Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. 2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka. 2007 (N) Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara. Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu 2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Bincangkan. 2008 (N) Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang. Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.

KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN http://bmmaya.blogspot.com/

01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home) 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77) 06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18) 07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz) 09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib) 14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214) 17. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Anda mungkin juga menyukai