Anda di halaman 1dari 8

NAMA : _____________________________________________________

KELAS : ________________

042
PENDIDIKAN
MORAL
Mei 2019
1 jam
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

MEI 2019

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN ENAM
1 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi bahagian A hingga E.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kertas ini.
3. Baca arahan bagi setiap soalan. Jawab semua soalan pada
ruangan yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan jawapan
yang telah dibuat dengan bersih. Kemudian tuliskan jawapan
yang baharu.

Kertas ini mengandungi 7 halaman yang bercetak.


A. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Teliti penyataan di bawah.

Penganut agama ini bersembahyang di Gua Batu Caves


pada sambutan Hari Thaipusam. Mereka masak nasi manis
semasa perayaan Ponggal. Mandi minyak merupakan
kewajipan semasa sambutan Hari Deepavali.

Penyataan di atas merujuk kepada penganut agama _______________.

A Buddha
B Kristian
C Hindu `

2. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, apakah


yang perlu kita lakukan untuk mengekalkan amalan keagamaan kita?

A Tidak perlu ambil tahu agama orang lain.


B Menghormati amalan agama orang lain.
C Memperkecilkan amalan agama orang lain.

3. Kutipan derma dan sumbangan untuk Hari Pahlawan telah diadakan


di sekolah kamu. Apakah tindakan kamu?

A Saya akan menderma mengikut kemampuan saya.


B Saya akan memaksa kawan-kawan saya menderma.
C Saya tidak menderma kerana itu bukan tanggungjawab saya.

4. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menjayakan kempen


kemanusiaan peringkat kebangsaan?
A Kanak-kanak sahaja.
B Semua peringkat umur.
C Golongan muda sahaja.

5. Apakah tujuan kempen kemanusiaan dijalankan?

A Untuk menyumbang kepada golongan miskin sahaja.


B Untuk menyelesaikan masalah yang berlaku antara negara.
C Untuk memupuk sikap tanggungjawab rakyat Malaysia bagi
membantu golongan yang memerlukan.

-2-
6. Pilih tindakan yang menunjukkan kita sayang akan alam sekitar.

A melaporkan pembuangan toksik ke dalam sungai kepada pihak


berkuasa.
B membakar sampah semasa negara menghadapi masalah
jerebu.
C membuang sampah ke dalam sungai dan laut.

7. Apabila lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan, beberapa orang kawan kamu


bermain-main sahaja. Apakah tindakan kamu?

A Kamu melihat sahaja kawan-kawan yang bermain-main itu.


B Kamu menegur mereka agar menghormati lagu ‘Negaraku’.
C Kamu turut bermain-main bersama-sama mereka sebagai
hiburan.

8. Apakah tanggungjawab kamu apabila negara kita dilanda angin


taufan?

A Saya duduk sahaja tanpa membuat apa-apa tindakan.


B Meminta orang lain membantu mangsa bencana alam itu.
C Saya menghulurkan sumbangan mangsa mengikut
kemampuan.

9. Apakah perasaan kamu apabila manusia tidak menyayangi alam


sekitar?

A sedih dan marah.


B tidak rasa apa-apa.
C gembira dan seronok.

10. Pilih penyataan yang menunjukkan amalan yang bersopan.

A Penyambut tetamu hotel itu tidak membantu pelanggannya


yang baru tiba di hotel tersebut.
B Juruwang itu memberikan senyuman kepada pelanggan yang
datang membayar di kaunternya.
C Penyambut panggilan telefon itu menjawab soalan-soalan
pelanggannya dengan suara yang tinggi.

( 10 markah )

-3-
B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

perpaduan membantu sumbangan


Hindu sedih gembira sopan
aman damai mengenang menghormati

1. Negara akan ____________________________ apabila kita melaksanakan


ajaran agama dan kepercayaan kita untuk hidup bersatu padu.

2. Kuil ialah tempat beribadat bagi penganut agama


__________________.

3. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSM ) bertanggungjawab


__________________________________ mangsa bencana alam yang
berlaku di seluruh negara.

4. Kita haruslah ___________________________ jasa dan pengorbanan


tokoh negara yang telah mengharumkan nama negara kita.

5. Saya akan menghulurkan _____________________________ pada


tabung Hari Pahlawan.

6. Semasa berurusan di kaunter pejabat pos, kita hendaklah


menggunakan bahasa yang _________________________.

7. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah ____________________________


Yang di-Pertuan Agong sebagai pemimpin tertinggi negara kita.

8. Kita berasa ______________________________ apabila negara kita


ditimpa bencana alam.

9. Rukun Negara menjadi pedoman kita untuk mengekalkan


____________________________________ rakyat Malaysia.

10. Kita akan berasa __________________________ apabila dapat


membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.
( 10 markah )
-4-

C. Tuliskan BETUL atau SALAH pada penyataan di bawah.

1. Menghormati ajaran agama dan kepercayaan


orang lain adalah tanggungjawab kita. ( )

2. Orang yang mempunyai pegangan agama akan


menjadikan agamanya sebagai panduan hidupnya. ( )

3. Kita tidak perlu menghulurkan bantuan kepada


mangsa bencana alam kerana bukan saudara kita. ( )

4. Pelayan restoran itu meninggikan suara apabila


pelanggan bertanya tentang makanan yang dipesan. ( )

5. Kita hendaklah menghormati Lee Chong Wei kerana


beliau adalah Tokoh Sukan Negara. ( )

6. Kita tidak boleh membuang toksik ke dalam sungai


kerana akan mengakibatkan pencemaran alam. ( )

7. Kita berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku


tanda kita menghormati lagu tersebut. ( )

8. Saya berasa bangga dan gembira apabila dapat


menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir
di Kelantan dan Terengganu. ( )

9. Semasa negara dilanda jerebu, kita masih melakukan


pembakaran terbuka. ( )

10. Rakyat yang baik hati akan sentiasa prihatin dan


menghulurkan bantuan kepada orang lain. ( )

( 10 markah )
-5-

D. Suaikan penyataan dengan nilai.

1. Pegangan agama dan


kepercayaan menjadi Kasih sayang
pedoman hidup kita.

2. Menjaga flora dan


fauna tanda kita Terima kasih
sayang akan bumi kita.

3. Menghulurkan bantuan
ikhlas untuk membantu Kepercayaan
mangsa banjir di Johor. kepada Tuhan

4. Memberi penghargaan
kepada tokoh yang Hormat
berjasa kepada negara.

5. Mengutip Jalur Gemilang


yang terjatuh di atas Baik hati
lantai.

( 10 markah )
-6-

E. Baca petikan dan jawab soalan di bawah.

Taman Negara Bako merupakan taman negara yang tertua di Sarawak.


Taman ini merangkumi kawasan hutan, laut, pantai, bukit, air terjun dan
paya bakau yang dijaga dengan baik.

Banyak haiwan yang hidup di dalam Taman Negara Bako ini. Kita tidak
dibenarkan memburu haiwan tersebut supaya mereka tidak pupus.
Tumbuh-tumbuhan juga hidup dengan subur tanpa gangguan manusia.
Kita tidak boleh menebang pokok-pokok itu dengan sesuka hati. Kita
harus menyayangi alam sekitar kita.

1. Nyatakan nilai yang ditonjolkan dalam petikan di atas.


Nilai yang ditonjolkan dalam petikan ialah ___________________________.

2. Dalam Taman Negara Bako mempunyai banyak ____________________


dan tumbuh-tumbuhan.

3. Mengapakah kita tidak boleh memburu haiwan di taman itu?


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________.

4. Kita tidak boleh ____________________________________________ dengan


sesuka hati.

5. Kita harus __________________________________________ alam sekitar


kita.

***** SOALAN TAMAT ******


( 10 markah )
-7–

Disediakan oleh

Linawati @ Lina binti Adiman


Guru Pendidikan Moral Tahun 6,
SK Puchong Perdana,
Selangor.

Disemak oleh,

Fatma Zuhra bt Mohd. Johan


Ketua Panitia Pendidikan Moral,
SK Puchong Perdana,
Selangor.

Disahkan oleh,

Nur Azian binti Ashar


Guru Besar,
SK Puchong Perdana,
Selangor.

- 8 -

Anda mungkin juga menyukai