Anda di halaman 1dari 2

SELEPAS PRAKTIKUM Sepanjang menjalani praktikum selama sebulan di SK (LKTP) Sungai koyan, Kuala Lipis bermula 1 April 2013

26 April 2013 pelbagai manfaat dan juga pengalaman baru yang telah saya peroleh. Walaupun masa sebulan itu amat singkat untuk betul-betul menjiwai jiwa seorang pendidik, namun ia tetap memberi kesan kepada kami. Pengalaman sebulan praktikum ini akan digunakan oleh kami untuk menghadapi fasa praktikum yang berikutnya di sekolah yang baru. Andai sebelum ini kami pergi ke sekolah dengan ketiadaan pengalaman mengajar, namun untuk praktikum seterusnya kami mungkin akan dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat kerana kami telah mendapat pengalaman sebagai guru praktikum selama sebulan. Ilmu-ilmu yang diperoleh ini akan saya simpan dan gunakannya pada masa akan datang terutama apabila bergelar seorang guru kelak. segala nasihat dan teguran dari pensyarah dan guru-guru sepanjang praktikum ini menjadi panduan dan azimat kepada saya untuk menjadi seorang guru yang berkaliber dan menepati ciri-ciri guru yang terbaik. Sepanjang sebulan di SK sungai Koyan, saya telah mendapati sekolah ini sangat terbaik dari segi pengurusan dan juga aspek-aspek yang lain. Guru-guru di sini juga sangat mesra membuatkan kami dapat bergaul dengan mereka dan berinteraksi secara positif. Kehadiran kami ke sekolah ini amat dialu-alukan. Bermula minggu pertama sehinggalah minggu ke empat kami di sana, langsung tiada masalah yang melibatkan kami guru praktikum dengan guru-guru yang mengajar di sekolah ini. ini membuktikan bahawa kami dapat bekerjasama walaupun untuk jangka masa yang agak singkat. Selain itu, murid-murid di SK sungai Koyan ini juga sangat bagus. Walaupun mereka terdiri dari masyarakat felda, namun mereka mampu belajar dengan baik dan juga memberikan kerjasama yang sangat baik dengan guru praktikum. Pelbagai ragam dan kerenah yang saya perhatikan sepanjang sebulan saya mengajar murd-murid di sini. Ada yang terlalu pendiam dan ada juga yang terlalu agresif. Untuk menghadapi situasi ini, guru perlulah mempersiapkan diri sebaik mungkin. Segala pengetahuan tentang pedagodi yang telah dipelajari dimaktab perlu diaplikasikan ketika di sekolah.

Seorang guru yang baik akan dapat menyelesaikan segala masalah yang timbul dalam kalangan murid-muridnya. Sepanjang menjalani praktikum ini, saya telah dinilai oleh guru pembimbing iaitu Encik Mohd Rawi dan juga pensyarah pembimbing iaitu Encik Rhozisham bin Abd. Rahid sebanyak dua kali. Berdasarkan teguran dan tunjuk ajar yang mereka berikan kepada saya amat berguna dan akan saya aplikasikan untuk fasa praktikum yang akan datang. Sekalung penghargaan terima kasih kepada kedua-dua pembimbing saya ini. Setelah tamat praktikum di sekolah ini, saya berasa sangat gembira kerana dapat menamatkan praktikum fasa 1 ini dengan jayanya. Namun di sebalik kegembiraan itu, tercalit sedikit kesedihan kerana perlu berpisah dengan murd-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Saya sangat seronok mengajar di sekolah itu. jika diberi peluang, saya ingin menabur bakti di sekolah itu lagi. Pengalaman mengajar murid-murid di sini tidak akan saya lupakan. Akhir kata, saya sangat berharap agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang sebulan berpraktikum ini akan dapat memberikan seribu satu manfaat kepada diri saya sendiri dalam usaha untuk membentuk jiwa keguruan dalam diri saya sebelum bergelar seorang guru kelak. selain itu, saya juga berharap agar untuk praktikum fasa seterusnya saya akan dapat sekolah yang seperti SK (LKTP) Sungai Koyan ini.

Anda mungkin juga menyukai