Anda di halaman 1dari 6

SULIT

1. (a) Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

(i)

Nyatakan empat jenis makanan yang haram dimakan. [ 4 Markah ]

(ii) (iii)

Jelaskan tiga kesan buruk memakan makanan yang diharamkan. [ 3 Markah ] Jelaskan tiga ciri makanan yang halal. [ 3 Markah ]

SULIT

[LIHAT SEBELAH

SULIT

( b ) Sabda Rasulullah S.A.W :

: . : []
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi S.A.W. sesungguhnya bersabda, Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat sekiranya berpegang teguh dengan keduanya iaitu: Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya.

(i)

Nyatakan dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai panduan hidup mukmin di atas. [ 2 Markah ]

(ii)

Jelaskan dua akibat menolak dan mempersendakan kedua-duanya. [ 4 Markah ]

(iii)

Jelaskan dua pengajaran hadis diatas. [ 4 Markah ]

SULIT

[LIHAT SEBELAH

SULIT 2 (a) Akidah merupakan teras dalam kehidupan seorang Muslim. i. Nyatakan pengertian akidah dari segi bahasa dan istilah. [ 4 Markah ] ii. Senaraikan dua ciri akidah yang betul dan dua ciri akidah yang salah. [ 6 Markah ]

(b)

Setiap muslim wajib mempelajari ilmu akidah. i. Terangkan tiga tujuan mempelajari ilmu akidah. [ 6 Markah ] ii. Namakan dua nama lain bagi ilmu akidah. [ 4 Markah ]

SULIT

[LIHAT SEBELAH

SULIT 3 (a) Tayammum boleh menggantikan wudhu apabila berlaku ketiadaan air atau sebab tertentu. i. Terangkan maksud tayammum. [ 2 Markah ] ii. Nyatakan dua syarat tayammum. [ 4 Markah ] iii. Terangkan dua perkara sunat ketika bertayammum. [ 4 Markah ] (b) Jelaskan maksud mandi-mandi berikut: i. ii. iii. Mandi wajib. Mandi sunat. Mandi harus. [ 6 Markah ] (c) Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut. i. ii. Wan Sharul Maizam tidak berwudhu sebelum mandi wajib. Zaleha terlupa berniat ketika mandi wajib. [ 4 Markah ]

SULIT

[LIHAT SEBELAH

SULIT 4 (a) Umat Islam dituntut menjaga adab bergaul dengan keluarga umtuk menjamin kesejahteraan sesebuah keluarga. i. Jelaskan maksud keluarga yang lengkap. [ 2 Markah ] ii. Mengapakah kita memerlukan keluarga dalam kehidupan? [ 4 Markah ] iii. Terangkan tiga adab bergaul dengan keluarga. [ 6 Markah ] (b) Islam menuntut umatnya mencari kawan yang baik. i. Nyatakan dua kelebihan berkawan dengan kawan yang baik. [ 4 Markah ] ii. Terangkan dua cara beradab dengan kawan [ 4 Markah ]

SULIT

[LIHAT SEBELAH

SULIT 5 (a) Strategi dakwah Rasulullah S.A.W terbahagi kepada tiga peringkat iaitu berdakwah secara rahsia, berdakwah secara terus terang kepada kaum kerabat, dan berdakwah secara terus terang kepada orang ramai.

i.

Senaraikan dua orang yang mula-mula memeluk Islam pada peringkat ini. [ 2 Markah ]

ii.

Terangkan dua hikmah dakwah secara rahsia. [ 4 Markah ]

iii.

Terangkan dua hikmah dakwah secara terus terang. [ 4 Markah ]

(b)

Bilal bin Rabah r.a turut berjasa dalam perkembangan sejarah Islam. i. Senaraikan dua sifat peribadi Bilal bin Rabah r.a yang perlu anda contohi. [ 4 Markah ] ii. Berikan tiga sumbangan beliau terhadap dunia Islam. [ 6 Markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT SELAMAT MENJAWAB

SULIT

[LIHAT SEBELAH

Anda mungkin juga menyukai