Anda di halaman 1dari 5

Hutan bakau pelindung kawasan pantai

Oleh Siti Nurazlinee Azmi sitinurazlinee@bharian.com.my 2011/07/25 Sime Darby laksana tanggungjawab sosial korporat sedia kawasan pulihara hutan pesisir Pulau Carey TRAGEDI tsunami pada 26 Disember 2004 membuktikan hutan paya bakau adalah tanaman penting di pesisiran pantai yang bertindak sebagai benteng penghalang untuk memecah ombak besar daripada sampai terus ke daratan. Selain berperanan sebagai pelindung, hutan paya bakau juga kaya dengan sumber makanan, kerana ia adalah habitat ikan, ketam serta udang dan kekayaan sumber ini menjadikan ia tempat persinggahan burung migrasi. Menyedari pentingnya hutan bakau dan kepelbagaian bio yang dimiliki, Sime Darby Plantation Sdn Bhd (Sime Darby Plantation) mengambil inisiatif mewujudkan Mangrove Research Centre (MRC) di Pulau Carey, Klang, Selangor. Bagaimanapun, kesedaran berhubung kepentingan hutan paya bakau pada Sime Darby Plantation bukan hadir selepas tragedi tsunami tetapi pemuliharaannya dimulakan sejak termeterainya perjanjian antara Universiti Malaya (UM) dengan syarikat terdahulu iaitu Golden Hope Plantations Berhad pada 2003. Perjanjian itu adalah kolaborasi dalam memelihara kepelbagaian bio di Pulau Carey yang turut membabitkan lebih 11,000 hektar ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation dan menerusi perjanjian itu juga terhasillah dokumentasi mengenai lebih 70 spesies burung yang terdapat di pulau berkenaan. Selepas penggabungan yang mewujudkan Sime Darby Plantation, kerjasama pemuliharaan itu disambung bermula 2009 dengan sumbangan dana dari Sime Darby Plantation kepada UM sebanyak RM646,000. Sepanjang kerjasama itu usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) giat dijalankan malah penanaman semula pokok bakau turut dilakukan di pesisir pantai berhampiran Ladang West, ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation. Ketua Eksekutif Yayasan Sime Darby (YSD), Yatela Zainal Abidin, berkata membangunkan masa depan yang mampan menjadi aspirasi syarikat. Menerusi YSD, pembangunan niaga di masa depan bukan saja memperbaiki dari sudut pendapatan ekonomi tetapi juga meningkatkan prestasi operasi termasuk

memastikan perancangan perniagaan sentiasa mengikut landasan ditetapkan di samping memainkan peranan dalam permasalahan sejagat. Sebagai contoh katanya, kerjasama yang dilakukan bersama pelbagai organisasi swasta dan kerajaan adalah tanggungjawab sosial syarikat gergasi seperti Sime Darby. Bagi pemuliharaan alam sekitar, ia menjadi perkara penting yang mesti dilakukan secara berterusan berikutan keadaan persekitaran kini yang kian merosot sehingga menyebabkan pelbagai penyakit wujud sama ada di kalangan manusia, flora dan fauna. Menanganinya dengan melakukan projek pencegahan seperti membaik pulih sistem bio adalah lebih baik daripada merawatinya selepas dibinasakan. Itu adalah matlamat kami bagi memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara dari semasa ke semasa, katanya. Dalam isu pemuliharaan alam sekitar Yatela berkata, YSD mengambil pendekatan serampang dua mata iaitu menyokong kegiatan penyelidikan berkaitan dan menjalankan amalan terbaik dalam operasi syarikat bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Melalui penubuhan Kursi Perubahan Iklim yang dijalankan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YSD menyumbang RM5 juta endowment fund dan RM15 juta lagi bagi Sustainable Development Chair Towards Zero Waste juga dengan UKM, katanya. YSD juga menyumbang sebanyak RM30 juta untuk Royal Society's South East Asia Rainforest Research Programme (SEARRP) bagi projek penyelidikan mengenai kestabilan ekosistem hutan, katanya. YSD sentiasa tampil memberi sumbangan tidak kira projek besar atau kecil yang membabitkan pemuliharaan alam sekitar seperti pemeliharaan pusat peranginan setempat seperti air terjun, pantai dan sebagainya, katanya. Profesor Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Dr Chong Ving Ching, berkata Malaysia masih berada di peringkat awal dalam usaha menggiatkan penanaman pokok bakau untuk pemuliharaan hutan bakau di pesisiran pantai. Di Pulau Carey penyelidikan kami bertumpu kepada penanaman bakau api dan bakau kurap yang mana ia sesuai dengan jenis pasir pantai yang ada di pulau ini, katanya. Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr

Raja Barizan Raja Sulaiman, berkata bagaimanapun penanaman pokok bakau perlu ada perlindungan dan penelitian khusus seperti menggunakan pemecah ombak sebagai halangan awal di pesisir pantai untuk mengurangkan tenaga ombak yang mengancam anak pokok bakau ditanam. Bagi memelihara kawasan rehat dan bertelur beratus spesis burung ketika proses migrasi, Profesor Madya (Ornithology dan Mammalogy) UM, Dr Rosli Ramli, pula berkata, ladang sawit juga boleh dijadikan kawasan persinggahan burung sekiranya sistem kepelbagaian bio diperluaskan dan digunakan sebaik mungkin. Bagi usaha penyelidikan, selain menyediakan kemudahan untuk kajian terhadap hutan paya bakau, Sime Darby Plantation turut menyediakan kawasan khas di Pulau Carey sebagai usaha pemuliharaan dan perlindungan pokok hutan terancam. Kini terdapat lebih 30,000 pokok daripada spesies terancam ditanam di kawasan seluas 16 hektar di taman Wildlife Sanctuary yang luasnya hampir seratus hektar. Sebahagian daripada pokok berkenaan mengeluarkan buah yang menjadi makanan burung dan haiwan lain dan sememangnya tujuan mewujudkan Wildlife Sanctuary adalah sebagai tarikan kepada hidupan liar supaya hadir ke pulau itu sekali gus meningkatkan kepelbagaian bionya. Semua pokok itu diperoleh daripada Perniagaan Tunas Harapan James Kingham yang menyumbang spesies pokok terancam menerusi projek bank gen bertujuan melindungi dan memelihara pokok yang jarang ditemui, terancam dan di ambang kepupusan. Selain di Pulau Carey, syarikat induk Sime Darby Plantation, Sime Darby Berhad (Sime Darby) turut menjalankan pemuliharaan hutan dan habitat kepelbagaian bio di Sabah menerusi projek konservasi terutama pemuliharaan habitat orang utan yang dilaksanakan di utara Ulu Segama bagi tempoh sepuluh tahun yang mana objektif projek berkenaan adalah pemuliharaan hutan serta mengawal dan melindungi habitat orang utan termasuk hidupan lain di kawasan berkenaan. Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan, berkata Sime Darby adalah penyumbang terbesar iaitu sebanyak RM25 juta bagi menjalankan projek kerjasama iaitu mensasarkan penghijauan semula kawasan Hutan Simpan Ulu Segama yang sebelum ini dikenal pasti mengalami kerosakan teruk akibat kegiatan penerokaan hutan.

Sahabat Hutan Bakau


diperkenalkan di atas kepentingan penglibatan masyarakat setempat di dalam program pemuliharaan hutan paya bakau. Keujudan Sahabat Hutan Bakau juga adalah hasil dari kesedaran dan kebimbangan masyarakat terhadap kemerosotan kualiti hutan paya bakau dan ekosistemnya. Keadaan ini telah banyak merubah corak hidup penduduk setempat yang suatu masa dahulu bergantung kepada aktiviti sara hidup dari hutan paya bakau seperti penangkapan ikan dan mengumpul hasil hasil hutan paya bakau untuk tujuan ekonomi. Hutan paya bakau dan ekosistem yang kian terancam telah memberi kesan terhadap penduduk setempat yang bergantung kepada sumber-sumber ini.

Oleh itu satu inisiatif telah di bentuk dan dicadangkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Razali Ismail selaku Ahli Lembaga Pengarah kepada Global Environment Centre untuk mengujudkan Sahabat Hutan Bakau. Sahabat Hutan Bakau yang terdiri terdiri daripada masyarakat setempat akan bertanggungjawab dalam urusan memulihara, menjaga dan menguruskan kawasan tersebut bagi pihak kerajaan negeri. Sahabat Hutan Bakau juga akan bertindak sebagai kumpulan pemantau dan penggerak aktiviti kesedaran masyarakat. Global Environment Centre pula melalui kepakaran sedia ada akan menyediakan program latihan teratur bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, serta memupuk kesedaran masyarakat tempatan mengenai kepentingan memulihara dan mengekalkan nilai-nilai estatika hutan paya bakau. Dalam masa yang sama Sahabat Hutan Bakau akan menjadi landasan utama untuk mempromosikan Program Pemuliharaan Hutan Bakau dan perkongsian maklumat berkaitan di peringkat Kebangsaan.

Program Perintis Sahabat Hutan Bakau Kuala Gula Inisiatif penubuhan Sahabat Hutan Bakau ini telah mendapat sokongan padu penduduk setempat di Kuala Gula, Perak di mana program pemuliharaan hutan paya bakau telah dimulakan oleh Global Environment Centre. Di antara aktiviti-aktiviti yang sedang dan akan dijalankan oleh Sahabat Hutan Bakau adalah seperti berikut:- Pengumpulan anak benih bakau - Penubuhan tapak semaian - Penanaman semula hutan bakau melalui aktiviti gotong royong - Rondaan dan pemantauan kawasan tanaman bakau - Mengadakan latihan kemahiran sarahidup bersama agensi kerajaan yang berkaitan - Penganjuran lawatan sambil belajar untuk masyarakat setempat - Program pendidikan dan kesedaran alam sekitar Pengurusan aktiviti pelancongan

Latarbelakang Tapak Projek Kuala Gula, Perak merupakan suatu ekosistem hutan bakau yang merangkumi pelbagai habitat, termasuk kawasan buffer sungai dan anak-anak sungai, pulau-pulau bakau dan hutan paya bakau pesisir pantai. Ia adalah suatu kawasan yang penting untuk perikanan, yang sekian lama telah memberi dan menyokong sumber pendapatan kepada masyarakat tempatan. Dianggarkan sejumlah 7,188 orang menghuni Kuala Gula dan kawasan persekitarannya. Daripada jumlah tersebut, 35% atau 2,450 orang penduduk terlibat secara langsung dalam industri perikanan melalui aktiviti-aktiviti penangkapan ikan, udang dan menternak kerang. Mereka juga terlibat di dalam aktiviti-aktiviti sampingan perikanan seperti memproses ikan dan udang kering, serta membuat belacan. Dataran lumpur dan kawasan paya hutan bakau di Kuala Gula sudah sekian lama menjadi tempat persinggahan dan tempat mencari makanan untuk spesies-spesies burung pantai dan burung air yang berhijrah, termasuklah spesies-species burung tempatan. Kuala Gula juga telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada 10 kawasan ekopelancongan di dalam negeri yang berdaya maju. Usaha-usaha ke arah pemuliharaan dan penjagaan kawasan hutan paya bakau tersebut mempunyai kepentingan ekonomi dan sosial di peringkat tempatan, daerah, negeri dan juga kebangsaan.

Pelan Lokasi Kedudukan strategi kawasan ekopelancongan KualaGula di antara kawasan perindustrian diutara Semenanjung (Pulau Pinang) dankoridor LebuhrayaUtaraSelatan menghubungkan destinasi pelancongan dalam negeri seperti BukitMerah, Taiping,Ipoh, serta bolehdijadikan sebagai satu destinasi pilihan dalam agenda ekopelancungan Negara sempena tahun melawat Malaysia 2007. Usaha ini seterusnya akan meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat setempat di samping menjana pendapatan kepada Kerajaan Negeri menerusi sektor pelancungan.

Anda mungkin juga menyukai