Anda di halaman 1dari 12

SIFAT-SIFAT CAHAYA Kita dapat melihat benda-benda yang ada di sekeliling kita apabila terdapat cahaya .

Cahaya yang mengenai benda tersebut akan dipantulkan ke mata kita dan kita dapat melihat benda tersebut. Cahaya berasal dari sumber cahaya. Semua benda yang dapat memancarkan cahaya disebut sumber cahaya. Contoh sumber cahaya utama adalah matahari. Sumber cahaya lain ialah lilin yang menyala, lampu suluh, kilat , bintang dan lain-lain. Cahaya mempunyai sifat bergerak lurus, boleh dipantulkan, boleh dibiaskan dan boleh menembusi objek yang lut sinar. 1. Cahaya bergerak lurus

Salah satu sifat cahaya adalah bergerak lurus dari sumbernya. Lihat contoh kedua gambar . Gambar tersebut membuktikan bahawa cahaya bergerak lurus. Contoh lain yang membuktikan cahaya merambat lurus tampak pada atap rumah yang berlubang atau bocor , cahaya matahari yang menembus masuk ke ruangan dalam rumah yang gelap Demikian pula dengan berkas lampu sorot pada malam hari.

2. Cahaya dapat dipantulkan Kita dapat melihat sebuah benda jika ada cahaya. Prosesnya iaitu sinar / cahaya mengenai benda dan benda yang terkena cahaya memantulkannya ke mata kita.

a. Pemantulan teratur iaitu jika sinar datang jatuh di atas benda yang rata permukaannya . Pada pemantulan teratur sudut datang sama dengan sudut pantul.

b. Pemantulan tidak teratur Pemantulan tidak teratur terjadi jika sinar atau cahaya jatuh di atas benda yang permukaannya tidak rata. Pada pemantulan tidak teratur sudut datang tidak sama dengan sudut pantul.

Cermin merupakan salah satu benda yang memantulkan cahaya. Berdasarkan bentuk permukaannya ada dua macam cermin, iaitu : a. Cermin datar

Cermin datar iaitu cermin yang permukaan bidang pantulnya datar dan tidak melengkung. Cermin datar biasa digunakan untuk bercermin. Pada saat bercermin, kamu akan melihat imej di dalam cermin. Bagaimana imej kamu dalam cermin, adakah sama ? Sifat-sifat bayangan pada cermin datar : 1). Ukuran (besar dan tinggi) bayangan sama dengan ukuran objek yang asal. 2). Jarak bayangan ke cermin sama dengan jarak benda ke cermin 3). Kenapakah imej berlawanan dengan objek asal. Pada cermin datar tangan kiri akan menjadi tangan kanan imej kamu. 4). Imej tegak seperti objek asal. 5). Bayangan bersifat semu atau maya, ertinya bayangan dapat dilihat dalam cermin tetapi tidak dapat ditangkap oleh layar.

b. Cermin cembung

Cermin cembung yang permukaan bidang pantulnya melengkung ke arah luar. Cermin cembung biasanya digunakan untuk cermin sisi pada kenderaan bermotor. Imej pada cermin cembung bersifat maya, tegak, dan lebih kecil daripada objek yang sebenarnya.

c. Cermin cekung Cermin cekung iaitu cermin yang bidang pantulnya melengkung ke arah dalam. Cermin cekung biasanya digunakan sebagai reflektor pada lampu mobil dan lampu senter. Sifat bayangan yang dibentuk oleh cermin cekung sangat bergantung pada letak benda terhadap cermin.

Cermin cekung iaitu cermin yang bidang pantulnya melengkung ke arah dalam. Cermin cekung biasanya digunakan sebagai reflektor pada lampu mobil dan lampu senter. 1). Jika benda dekat dengan cermin cekung, bayangan benda bersifat tegak, lebih besar dan semu. 2). Jika benda jauh dari cermin cekung, bayangan benda bersifat nyata dan terbalik.

3. Cahaya dapat dibiaskan

Perhatikan gambar sebatang pensel dalam gelas berisi air di atas, pensel terlihat seolah-olah bengkok hal ini terjadi karena adanya pembiasan cahaya.

4 Cahaya menembus benda lut sinar

Gambar di samping adalah seorang anak yang mengarahkan senter ke sebuah kertas putih dan cahaya tidak tembus. Kemudian kertas putih diganti dengan plastik lut sinar maka cahaya dapat tembus. Dari ujian tersebut membuktikan bahawa cahaya menembus benda lut sinar tetapi tidak menembus benda yang tidak lut sinar apalagi benda legap. Cahaya menembus benda lut sinar dapat terlihat jika kita menerawang plastik lut sinar ke arah sinar lampu. Sinar tersebut dapat kita lihat kerana cahaya dapat menembus benda lut sinar. Jika cahaya mengenai benda yang legap (tidak lut sinar) misalnya pohon, tangan, kereta, maka akan membentuk bayangan. Contoh lain yang membuktikan bahawa cahaya dapat menembus benda lut sinar adalah jika kita berada di dalam ruangan berkaca berwarna lut sinar dan kita memandang ke halaman kita dapat melihat anak-anak yang sedang bermain di halaman.

5. Cahaya dapat diuraikan atau diserakkan Contoh bahawa cahaya dapat diuraikan iaitu pada peristiwa penguraian cahaya oleh titik-titik air hujan saat terjadi pelangi. Dispersi merupakan penguraian cahaya putih menjadi berbagai cahaya warna iaitu : merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo,ungu.

Rajah spektrum cahaya Cahaya putih matahari terdiri daripada tujuh warna iaitu: 1. Merah 2. Jingga 3. Kuning 4. Hijau 5. Biru 6. Biru nila (indigo) 7. Ungu Apabila ketujuh-tujuh warna ini bercampur, cahaya putih dihasilkan. Warna-warna dalam cahaya putih matahari boleh dipecahkan dengan menggunakan prisma menjadi jalur warna. Jalur warna ini dikenali sebagai spektrum. Pemecahan cahaya putih

kepada spektrum ini dikenali sebagai penyerakan cahaya. Pelangi ialah spektrum yang terbentuk secara semula jadi. Pelangi terbentuk selepas hujan, apabila cahaya matahari dibiaskan oleh titisan air hujan. Titisan air hujan bertindak sebagai prisma yang menyerakkan cahaya matahari kepada tujuh warna. Penyerakan Cahaya Putih Matahari Spektrum warna terbentuk kerana cahaya yang berlainan warna terbias pada sudut yang berlainan. Cahaya ungu terbias dengan paling banyak. Cahaya merah terbias dengan paling sedikit. Warna-warna spektrum boleh digabungkan semula bagi menghasilkan cahaya putih dengan menggunakan dua prisma.

REFLEKSI INDIVIDU Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya saya dan rakan-rakan dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Kerjasama dan komitmen yang diberi diucapkan terima kasih. Begitu juga rakan sekelas yang ada membantu secara tidak langsung. Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini banyak maklumat-maklumat yang baru dan yang sedia ada diketahui dapat difahami dengan lebih mendalam serta lebih jelas. Bermula dari sifat-sifat cahaya, kegunaannya dalam kehidupan seharian dan keindahan cahaya menerangi alam semesta. Sifat-sifat cahaya bergerak lurus, boleh dipantulkan, boleh dibiaskan dan cahayanya boleh diserakkan menyebabkan kita semua dapat melihat keindahan alam ciptaan tuhan dengan rasa terpegun. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat pelbagai warna dan menyukarkan pergerakan kita dalam mengharungi kehidupan ini. Pelbagai jenis kerjaya dan manfaat yang dapat dijalankan berdasarkan cahaya. Kerjaya berdasarkan optik dapat dimanfaatkan bagi membantu mereka yang menghadapi masalah penglihatan. Kekurangan yang dihadapi dapat diatasi melalui kajian terhadap cahaya. Dari sifat-sifatnya kita dapat gunakan bagi mengatasi kelemahan yang ada pada mereka yang menghadapi kesukaran. Selain itu, kajian terhadap cahaya dapat membantu dalam perubatan melalui kajian terhadap laser. Banyak penyakit atau pembedahan dijalankan menggunakan cahaya laser. Pembedahan boleh dijalankan dengan lebih cepat, tepat dan mengambil masa yang lebih cepat untuk dijalankan dan sembuh. Oleh itu,kita patut bersyukur kerana dapat memanfaatkan kelebihan dari cahaya ciptaan Allah swt. Kebijaksanaan yang diberikan kepada kita haruslah digunakan ke arah kebaikan dan jangan disalahgunakan ke arah yang boleh memudaratkan dan memusnahkan.

ABDUL AZIZ BIN ABDUL HAMID

710102-01-6529

Anda mungkin juga menyukai