Anda di halaman 1dari 2

Berikut adalah hujahan lanjut tanggungjawab bagi setiap unit tersebut: 1.

Unit Kewangan Bertanggungajawab menjalankan tugas-tugas kewangan sepenuh masa berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun dan pelaburan pinjaman yang berkaitan dengan urusan sekolah.

2. Unit Data Kerani kemasukan data memasukkan data berangka dan data lain ke dalam kelengkapan elektronik untuk pemprosesan dan penghantaran, atau memasukkan data pada kad dan pita dengan menggunakan mesin penebuk atau mengendalikan mesin yang melaksanakan proses matematik. Juga bertindak sebagai Jurutaip dan pengendali pemprosesan kata menaip, mengedit, serta mencetak dengan menggunakan mesin taip, komputer peribadi, atau pemprosesan kata yang lain, dan merekod secara trengkas hal yang dinyatakan secara lisan atau bertulis.

3. Unit Pentadbiran Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas membantu urusan pentadbiran pejabat dalam menjayakan setiap urusan dan program berkaitan sekolah.

4. Unit Pengurusan Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas dan muridmurid di sekolah. Bertindak sebagai kerani am pejabat menjalankan pelbagai tugas yang telah dikelaskan dalam mana-mana pekerjaan perkeranian pejabat yang khusus dan memerlukan pengetahuan yang terhad dalam sistem dan prosedur pengurusan pejabat.

5. Unit ICT Bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan teknikal komputer, keperluan bahan pengajaran dan pembelajaran ICT, peralatan ICT dan perihal berkaitan dengan ICT.

6. Unit Operasi

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Anda mungkin juga menyukai