Anda di halaman 1dari 1

Reka Bentuk Pengajaran.

Reka bentuk pengajaran dan pembinaan bahan adalah merupakan satu disiplin khusus dan mengikut Richey (1986) dan Reigeluth (1983) reka bentuk pengajaran harus dianggap sebagai sains pengajaran.

Yusup Hashim (1998), berdasarkan kepada pengalamannya; terdapat dua keadaan atau situasi dimana masih terdapat guru yang masih keliru atau kurang jelas tentang reka bentuk pengajaran kerana komponen-komponen pengajaran yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh guru. Situasi yang dimaksudkan oleh beliau ialah: i. Semasa pengajaran dilakukan, ada di antara mereka yang mengajar tidak

mengikut objektif pembelajaran yang harus dicapai oleh pelajar selepas tamat pengajaran, dan ii. Ada pula yang memberi ujian tanpa berlandaskan kepada objektif

pembelajaran.

Noriati A.Rashid (2009), dalam bukunya yang diambil dari Yusup Hashim (1998) menyatakan, konsep reka bentuk pengajaran dapat dikategorikan kepada tiga reka bentuk pengajaran sebagai satu:

i. ii. iii.

PROSES ( Briggs, 1977 ) DISIPLIN ( Duffy dan Jonasen, 1991 ) SAINS ( Richey, 1986 )

Anda mungkin juga menyukai