Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran Melayan

Kemahiran melayan bermakna pembimbing 'sentiasa bersama klien' dengan


mengorientasikan diri secara fizikal dan psikologi kepada diri klien.
Pembimbing memberikan sepenuh perhatian tanpa berbelah bahagi.
Melayan merupakan satu kemahiran yang penting dalam usaha mewujudkan
hubungan yang baik atau rapport dengan klien. Rapport ini wujud sejak
pandangan dan layanan awal lagi. Oleh itu layanan awal kepada klien akan
membantu dan memberikan nada kepada hubungan yang selanjutnya. Nada
yang formal akan mewujudkan hubungan yang formal juga kerana klien akan
membalas hubungan yang sama seperti yang ditunjukkan oleh pembimbing
atau pengamal kaunseling. Oleh yang demikian layanan pertama haruslah
dapat mewujudkan rasa diterima dan selamat serta membawa mesej bahawa
pembimbing atau pengamal kaunseling berkeupayaan dan boleh dipercayai.
Gilliland & James (1997) menyatakan kemahiran melayan adalah kombinasi
kemahiran dan sikap dan latihan yang sistematik akan dapat
memperingatkannya.
Kemahiran melayan melibatkan proses memberi perhatian kepada tingkah
laku lisan dan bukan lisan yang dikemukakan oleh klien untuk memberi mesej
kepada klien tentang minat pembimbing untuk mendengar isu yang
diutarakan oleh klien.
Brammer, Abrego & Shostrum (1993) mencadangkan agar tingkah laku non
verbal pembimbing atau pengamal kaunseling hendaklah sepadan dengan
tingkah laku non verbal kliennya. Antara tingkah laku berkenaan ialah;
Ekspresi Wajah (Muka)
Ekspresi wajah adalah penglahiran rasa hati, emosi, fikiran,penilaian dan
keadaam individu. Dalam sesi kaunseling ekspresi wajah dapat membantu
menerangkan erti mesej yang disampaikan. Oleh itu adalah penting bagi
pembimbing atau pengamal kaunseling mempamerkan ekspresi muka atau
wajah yang dapat menyakinkan klien.Wajah yang senyum dan ceria
menunjukkan tanda persahabatan dan kesediaan pembimbing atau
pengamal kaunseling.
Pembimbing atau pengamal kaunseling harus peka kepada; mesej yang
dilahirkan melalui wajah klien mesej yang dikahirkan melalui wajahnya
sendiri.
Wajah atau memek muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau
pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan warna yang lahir
daripda muka semasa berinteraksi. Misalnya muka jadi merah ketika marah
atau malu.

Ekspresi wajah yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan rasa kurang
senang kepada klien. Misalnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek.
Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan yang
baik.
Pandangan mata juga memberikan makna sama ada pembimbing atau
pengamal kaunseling jujur menerima dan bersedia untuk membantu. Kontak
mata , senyuman dan mimik muka memberikan satu ekspressi penting dalam
usaha mewujudkan hubungan sama ada untuk memulakan hubungan dam
sesi kaunseling. Kontak mata bukan beerti pembimbing atau pengamal
kaunseling mesti memandang tepat pada biji mata klien, tetapi menumpukan
pandangan ke arah muka klien. Ini juga tidak bermakna pembimbing atau
pengamal kaunseling memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerakgerak terhadap klien.
Disamping itu ada beberapa perkara yang pembimbing atau pengamal
kaunseling tidak boleh lakukan semasa sesi sedang berjalan diantaranya
ialah:
o Elakkan dari kerap mejamkan mata semasa berunding
o Elakkan melihat terlalu tajam ke mata klien
o Elakkan melarikan pandangan mata ke arah lain ketika sesi kaunseling
dijalankan atau ketika perundingan dibuat.
o Elakkan memandang kosong
o Elakkan selalu sangat melihat jam, atau menarik hujung tudung.
o Tahap Tenaga
Tahap tenaga pembimbing atau pengamal kaunseling juga turut memberikan
'mood' kepada sesi kaunseling. Pembimbing atau pengamal kaunseling yang
menunjukkan tahap tenaga yang rendah akan membina mood yang rendah
juga dalam sesi kaunseling. Klien akan membuat penilaian pertamanya sejak
mulai dia berhadapan dengan anda.
Tahap tenaga dapat diukur dengan memerhatikan tingkah laku pembimbing
atau pengamal kaunseling semasa menerima klien. Maksudnya tahap tenaga
ini ditunjukkan melalui gaya duduk atau berjalan, nada suara dan juga
memek muka. Malahan sekiranya anda berjabat tangan dengan klien, dia
dapat merasakan sama ada anda mempunyai tenaga positif atau sebaliknya.
Gaya berjalan atau duduk yang kelihatan letih, dengan nada suara yang
lemah serta air muka yang lesu akan menimbulkan curiga klien kepada
pembimbing atau pengamal kaunseling. Keyakinan klien akan menurun dan

kepercayaan kepada kebolehan pembimbing atau pengamal kaunseling akan


berjaya membantunya juga akan berkurangan. Tahap tenaga merupakan
pancaran rasa kesediaan pembimbing atau pengamal kaunseling dalam
melayan atau menerima klien.
Egan (1994) telah mempopularkan akronim SOLER sebagai panduan tingkah
laku nonverbal pembimbing semasa melayan klien. Ini sangat penting
terutama pada awal sesi bagi memberikan rasa selamat dan selesa kepada
klien. Walau bagaimana pun panduan ini boleh disesuaikan mengikut budaya
dan latar belakang klien.
S - (squarely) mengadap klien secara tepat Pembimbing boleh memandang
klien secara tepat atau dengan sudut kecil dari kedudukannya. Tingkahlaku
ini mencerminkan penglibatan aktif pembimbing dengan mesej "Saya
bersama dengan anda sekarang ini".
Kemahiran Asas Kaunseling
O - (open posture) postur tubuh yang terbuka dengan tidak menyilang kaki
atau memeluk tubuh. Ianya mencerminkan bahasa badan yang tidak
mengancam atau defensif atay menyampah.
L - (lean forward) badan yang condong ke hadapan atau ke arah klien
mencerminkan minat pembimbing terhadap apa yang sedang dan bakal
diperkatakan oleh klien.
E - (eye contact) kekalkan kontak mata. Ianya bukannya menjeling atau
memandang dua biji mata klien tanpa henti atau mengubah posisi.
Seandainya letih dengan pergerakan dua biji mata klien, pembimbing boleh
melihat tepat di antara dua kening klien.
R - (relax) sentiasa relaks tanpa rasa kekuk. Klien yang masih tidak selesa di
awal sesi akan rasa terganggu jika pembimbing sendiri kelihatan gelisah dan
tidak tentu arah.
Panduan
1. Layan klien dengan penuh mesra dan hormat seolah-olah melayan tetamu
dengan menunjukkan kerelaan dan rasa besar hati. Persepsi klien pada tiga
minit pertama adalah penting dan pembimbing ingin mewujudkan suasana
terapeutik yang bakal menjamin keberkesanan kaunseling
2. Pandang klien secara tepat dengan kedudukan postur badan yang terbuka
tanpa memeluk tubuh atau menyilang kaki. Wujudkan kontak mata dengan
memandang ke arah klien ketika bercakap.
3. Duduk dengan jarak yang selesa sambil condong ke arah klien bagi
menggambarkan kesediaan dan minat pembimbing untuk 'menerima' apa

yang bakal dikongsi klien


4. Duduk dengan relax tanpa melakukan pergerakkan yang tidak perlu
seperti asyik memegang jam tangan, mengulung hujung tudung, mengurut
misai atau menggoncang kaki.
5. Apabila menyatakan mesej atau bertanyakkan soalan, gunakan gerak geri
semulajadi tanpa merasa kekok atau keterlaluan.

Anda mungkin juga menyukai