Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Parafrasa

Kemahiran parafrasa adalah unik dalam kaunseling. Ia bermakna


pembimbing bertindakbalas dengan mahir terhadap maklumat asas yang
dikongsi oleh klien untuk menyemak kefahaman pembimbing tentang isu
utama yang dinyatakan.

Kemahiran Asas Kaunseling

Parafrasa juga penting kerana ianya digunakan bagi menyatakan kembali


kefahaman pembimbing kepada klien. Parafrasa membantu
mempertingkatkan lagi hubungan bermakna antara anda dan klien.

Kemahiran mendengar memerlukan pembimbing 'mendengar' :-

a) Isi atau fakta

b) Perasaan

c) Non verbal - ekspresi muka dan alunan suara.

Pembimbing kemudiannya membentuk kefahaman sendiri tentang apa yang


sedang dinyatakan klien. Melalui parafrasa kefahaman ini dikongsi bagi
tujuan semakan. Bagi klien pula ia memberi gambaran bahawa pembimbing
'mendengar dan memahami dirinya'. Parasfrasa yang tepat akan
menyebabkan klien mengangguk kepalanya atau lebih berminat untuk
bercerita lagi walau pun tanpa dijemput oleh pembimbing atau pengamal
kaunseling.

Panduan

1. Dengar dengan teliti maklumat yang dinyatakan oleh klien

2. Nyatakan semula (restate) isi utama sebagai rumusan tepat dan padat
mengenai maklaumat yang baru dikongsi tadi. Parafrasa lebih ringkas dari
apa yang klien sendiri nyatakan.

3. Pembimbing tidak menambah atau menukar makna mesej klien

Perhatikan tanda penerimaan atau persetujuan terhadap parafrasa yang


telah dibuat. Klien selalunya akan mengangguk atau meneruskan
kenyataannya. Pembimbing juga boleh meminta maklum balas dari klien bagi
mengesahkan atau menidakkan ketepatan parafrasa yang boleh membantu
kefahaman klien seterusnya dan membolehkan klien meneroka isunya lebih
mendalam lagi.

Contoh :

Klien : "Saya rasa pada semester ini saya akan dapat memperbaiki CGPA
saya. Rakan-rakan saya amat membantu saya dengan tugasan yang
bertimbun. Pensyarah juga telah memberi masa yang mencukupi untuk saya
menyiapkan kerja. Saya sungguh gembira dengan pencapaian semua ujian
pertama saya"

Pembimbing: "Nampaknya, anda amat berpuashati dengan tugasan dan ujian


pertama anda"

Klien: "Memang, saya pasti dapat Dean List semester ini."

Anda mungkin juga menyukai