Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran Pra Sesi

Beberapa perkara penting yang melibatkan persediaan sebelum sesi


kaunseling hendaklah diberikan perhatian oleh pembimbing. Ia melibatkan
dimana kaunseling diadakan? Kaunseling boleh dilakukan dimana-mana
namun biarlah tempat yang tertutup, selesa dan tanpa gangguan yang dapat
mewujudkan suasana teraputik bagi aktiviti kaunseling
Pembimbing disarankan mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai
kliennya agar dapat memberikan gambaran ringkas tentang diri klien. Kad
rekod latarbelakang klien serta laporan sesi kaunseling atau rekod kes klien
perlu disediakan. Penggunaan soal selidik atau semak masalah
Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010
dapat membantu klien mengenalpasti isunya sebelum bersemuka dengan
pembimbing atau pengamal kaunseling. Sebelum sesi, pembimbing boleh
menyediakan borang laporan dan sebagainya serta merujuk keperluan
organisasi tempat kerja jika sebarang prosedur perlu dipatuhi
Walaubagaimanapun, dua klien dengan isu yang sama tidak semestinya
membolehkan pembimbing menggunakan stail dan pendekatan yang sama.
Pembimbing sedar dan faham akan keunikan diri klien dan menjunjung tinggi
harga diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai