Anda di halaman 1dari 75

PANDAI PENGAYAAN KELAS BIASA

KEMAHIRAN BARU

SEDERHANA
PEMULIHAN DALAM DARJAH

LEMAH

PEMULIHAN KHAS
KELAS KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH KHAS

JKM / PDK
2

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN.


Lemah dalam 3M Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak. Koordinasi mata dan tangan lemah Tahap tumpuan yang singkat Kurang keyakinan diri Lambat bertindak balas Gagal dalam ujian Sukar menguasai apa yang diajar dalam masa yang ditentukan Ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan yang lemah Darjah kecerdasan yang rendah berbanding rakan sebaya Seringkali sakit Kerap ponteng sekolah Kurang melibatkan diri dalam aktiviti p&p di bilik darjah. Bermasalah tingkah laku Sukar mengawal emosi

Pengajaran Pemulihan dalam kelas -merupakan satu proses yang berperingkat-peringkat yang disusun mengikut urutannya dan saling berhubung antara satu sama lain. Menurut Jamilah Ahmad (1999), Program Pemulihan boleh dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN. Kaedah ini mementingkan setiap peringkat dijalankan secara berterusan dan berhubung kait. Proses pengendalian program pemulihan menurut kaedah ini dapat digambarkan dalam rajah berikut:

Nilai

Jejak

Laksana

Rancang

Kaedah JARLIN
JA R JEJAK RANCANG Guru mengenal pasti masalah murid dan punca masalah tersebut. Guru merancang pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-murid sasaran dari segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta proses menilai. Guru memilih teknik dan strategi yang sesuai dengan keupayaan murid dan menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Rancangan p&p disusun dengan rapi supaya langkah-langkah pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan sesuai dengan peruntukan waktu yang ada. Selepas p&p dijalankan dan objektif tercapai, aktiviti pengukuhan perlu dilaksanakan agar pembelajaran tidak terjejas dalam jangka masa yang singkat Guru menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dalam masa yang sama menilai pencapaian murid serta keberkesanan p&p. Hasil penilaian harus dianalisis supaya tindakan susulan dapat dilakukan.

LI

LAKSANA

NILAI

Pemulihan dalam kelas biasa dijalankan seperti berikut:

1. Program pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang bermasalah sahaja selepas pembelajaran berlangsung. 2. Murid-murid diberi bimbingan individu setelah masalahnya dapat dikesan. 3. Masa khas tidak ditentukan. Bimbingan diberi semasa murid-murid lain membuat aktiviti normal mereka. 4. Guru mewujudkan pengajaran kumpulan. 5. Murid-murid yang berkebolehan digalakkan menolong rakannya yang bermasalah dengan membimbing rakan mereka membuat aktiviti pengukuhan. 6. Murid yang lemah tidak terkecuali melakukan aktiviti pengayaan apabila dia memerlukannya.

Kelebihan Pemulihan Dalam Kelas


1 Menjimatkan Masa Penumpuan guru tertumpu pada seluruh murid di dalam kelas itu sahaja dan kaedah pengajaran mudah digunakan. Tumpuan guru berpusat kepada kelas dan kekangan masa tidak wujud. Sikap murid-murid yang suka bergaul secara kumpulan adalah satu cara pengajaran yang berkesan. Melalui pergaulan ini, kebolehan murid akan meningkat. Semakin banyak pergaulan semakin berkembang pengetahuan mereka. Melalui aktiviti, murid-murid dapat mengadakan perbincangan dan melahirkan pendapat atau idea. Murid-murid dapat melahirkan semangat kerjasama untuk saling bantu membantu dalam sesuatu aktiviti yang diberikan. Murid-murid suka bertanding antara satu sama lain. Apabila seorang murid mendapat pujian daripada guru mereka, maka murid yang lain akan berusaha untuk mendapatkannya. Ini akan membawa kepada perkembangan kemahiran murid-murid.

Naluri KanakKanak

Semangat Kerjasama

Kesempatan Bertanding

Pemulihan Dalam Kelas Pemulihan Khas Tujuan:


I. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran. II. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan. III. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

KELAS PEMULIHAN:

Terdapat 3 alternatif

a) Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Murid-murid pemulihan untuk setiap sesi hendaklah tidak melebihi 15 orang. b) Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. c) Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan tertakluk kepada perundingan antara guru kelas Pemulihan Khas dengan Guru Besar dan guru asas.

Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas


Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut: Masa mengajar 990 minit Masa untuk persediaan & panduan -120 minit - dimasukkan dalam Jadual Waktu Masa luang (free period) sama seperti guru-guru lain.

Jabatan Pendidikan Khas/ Bahagian Sekolah KPM memberi kelulusan untuk membuka kelas memberikan latihan untuk guru pemulihan menyediakan kewangan untuk pengurusan

Jabatan Pelajaran Negeri


melantik guru-guru pemulihan memantau pelaksanaan memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang ditetapkan ke Jabatan Pelajaran Negeri. Pejabat Pelajaran Daerah memantau pelaksanaan program menggerakkan aktiviti di peringkat daerah memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan memastikan pihak sekolah menghantarkan data

Pentadbir / Pengurus Sekolah


memastikan program berjalan mengikut surat pekeliling/ surat siaran yang sedang berkuatkuasa mewujudkan JK Pemulihan Khas di peringkat sekolah memastikan JK Kurikulum merancang program kecemerlangan untuk Program Pemulihan memastikan data dikemukakan kepada PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas pemulihan berada dalam kelas berkenaan menyalurkan kewangan

CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN


Mempunyai peribadi yang stabil Luas bacaan & cerdas

Tidak takut disisihkan


Sentiasa ingin belajar, kecekapan pengajaran & pentaksiran Berkeupayaan mengenal pasti masalah murid & punca masalah Berkemahiran & berpengetahuan menggunakan alat-alat yang sesuai

untuk tujuan pemulihan, seperti alat ujian saringan & ujian diagnostik Berkebolehan merancang pengajaran pemulihan dari segi objektif, kemahiran, persediaan & pemilihan bahan serta proses menilai Bijak memilih teknik pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid & menarik minat murid mengikuti pembelajaran Berkeupayaan menilai aktiviti yang telah dilaksanakan, menganalisis & membuat tindakan susulan

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS


Peranan Sebagai Penilai

Peranan Khidmat Bantu

Preskriptif

Peranan Perhubungan Peranan Pengajaran

PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN


1. PERANAN PENILAIAN (ASSESSMENT ROLE) Menyediakan & menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus Menjalankan penilaian berterusan & merekod dengan rapi & sistematik

2. PERANAN PRESKRIPTIF (PRESCRIPTIVE ROLE) Merancang, menyedia & melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan

3.PERANAN PENGAJARAN (THERAPEUTIC ROLE) Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan & kaedah serta penggunaan bahan & aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khususnya dapat dicapai Menilai & merekod prestasi murid dari semasa ke semasa Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara team-teaching atau khidmat damping sekiranya perlu

PERANAN KHIDMAT BANTU (SUPPORTIVE ROLE) Membantu guru-guru merancang & mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran & pembelajaran Membimbing & memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran

PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN


PERANAN PERHUBUNGAN (LIAISON ROLE) BERHUBUNG DENGAN; Pentadbir sekolah-Guru Besar & GPK Guru-guru lain-guru kelas & guru subjek Ibu bapa & waris Masyarakat Khidmat sokongan-pegawai perubatan, kaunselor & agensi luar

4.PERANAN KAUNSELING (COUNSELING ROLE) Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif

5.PERANAN ADVOKASI (ADVOCATIVE ROLE) Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah & juga para waris melalui program reach out atau outreach

TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS


1.Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang
yang terpilih dari tahun 1 hingga 6.Keutamaan hendaklah diberi kepada
murid-murid tahun 1 hingga 3.

2.Membantu guru-guru asas dalam hal:


2.1 Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pemulihan. 2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti serta bahan-bahan pemulihan. 2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan. 2.4 Mengajar bersama-sama guru asas sekiranya keadaan memerlukan.

3. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa, penjaga, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang berkesan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan dan keterangan-keterangan lain mengenai latarbelakang murid-murid.

4.Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid-murid yang menghadiri kelas pemulihan khas dan merekodkannya. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi: 4.1 Kemajuan murid 4.2 Latar belakang murid. 4.3 Laporan kesihatan murid. 4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan.

5.Menyediakan fail diri bagi murid pemulihan khas. Fail diri murid mengandungi: 5.1 Borang Pencalonan 5.2 Borang latarbelakang murid 5.3 Borang pengumpulan maklumat 5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik 5.5 Lembaran kerja 5.6 Hasil penilaian yang telah dijalankan. 5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid. 6. Membentuk jawatankuasa Panitia Pendidikan Pemulihan Khas serta menjadi ahli jawatankuasa kurikulum sekolah. 7. Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan memerlukan. 8. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid pemulihan di sekolah.

SUSUNAN FIZIKAL
LOKASI & SAIZ KELAS
SUDUT/KIOSK P&P

Model Hewet Model Montesori PENYIMPANAN REKOD PENYEDIAAN BBM

SUSUNAN FIZIKAL KELAS PEMULIHAN: LOKASI DAN

SAIZ KELAS
Perlu sebuah bilik khas dan murid yang akan mengikuti

program pemulihan khas perlu dibawa ke kelas pemulihan khas. Sekolah perlu dibekalkan dengan kemudahan sebuah bilik darjah dengan keluasan tiga bay khusus untuk Kelas Pemulihan Khas sebagaimana pelan asal dan surat penyerahan bangunan perlu dibekalkan sebagai Kelas Pemulihan Khas ATAU Mengusahakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan dua bay atau dengan keluasan dua pertiga keluasan bilik darjah biasa.

SUSUNAN FIZIKAL KELAS PEMULIHAN:

SUDUT /KIOSK P&P MODEL HEWITT


Sudut Bahan/Alatan- Matematik, Bahasa dan Pengamatan Pusat Pembelajaran Bahasa & Matematik Sudut kerja berkumpulan Sudut Pembelajaran berbantu komputer Pusat Kemahiran Deria(Kinestatik) Sudut kerja individu

SUSUNAN FIZIKAL KELAS PEMULIHAN :

SUDUT /KIOSK P&P MODEL MOTENSORI


Teknik yang digunakan dalam Montesori adalah

berdasarkan perkembangan fizikal dan fisiologi kanak-kanak secara semulajadi. Dibahagikan kepada 3 bahagian utama - pembelajaran motor - pembelajaran sensori - pembelajaran bahasa

SUDUT /KIOSK P&P MODEL MOTENSORI


Sudut bahan/alatan/pengamatan untuk Matematik dan Bahasa
Sudut bahan untuk latihan kemahiran hidup:jagaan fizikal diri Sudut bermain Sudut bahan sensori-aktiviti melibatkan penggunaan alat deria Sudut seni dan budaya Sudut akademik-pelbagai bahan abjad

SUSUNAN FIZIKAL KELAS PEMULIHAN: PENYIMPANAN REKOD


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. CARTA ORGANISASI PROGRAM PEMULIHAN KHAS JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS MESYUARAT JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS TAKWIM PROGRAM PEMULIHAN KHAS SENARAI TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS JADUAL WAKTU KELAS PEMULIHAN KHAS FAIL LEMBARAN KERJA MATEMATIK FAIL LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU FAIL PERIBADI MURID i. Borang Pencalonan ii. Borang Latar Belakang Murid iii. Borang Pengumpulan Maklumat iv. Ujian Saringan v. Ujian Diagnostik 10. JADUAL KEDATANGAN 11. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR 12. REKOD PROFIL/SOAL JAWAB/KUIZ/LATIHAN HARIAN/UJIAN BULANAN/PENGGAL

SUSUNAN FIZIKAL KELAS PEMULIHAN: PENYIMPANAN

REKOD

9. FAIL PERIBADI MURID i. Borang Pencalonan ii. Borang Latar Belakang Murid iii. Borang Pengumpulan Maklumat iv. Ujian Saringan v. Ujian Diagnostik 10. JADUAL KEDATANGAN 11. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR 12. REKOD PROFIL/SOAL JAWAB/KUIZ/LATIHAN HARIAN/UJIAN BULANAN/PENGGAL

SUSUNAN FIZIKAL KELAS PEMULIHAN:

PENYEDIAAN BBM
Penyediaan BBM berkait rapat dengan proses pengamatan

kanak-kanak. Menurut Janet W Leaner (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities, .pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindakbalas panca indera atau mekanisme yang mentafsir sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Fred J.Schnell dalam bukunya Backwardeness in Basic Subjectscorrect auditory and visual perception is the characteristic of a good reader...

PENYEDIAAN BBM berdasarkan kepada 3 aspek utama:


1. PENDENGARAN Sebutan guru perlu jelas dan lantang agar murid boleh mendengar dengan mudah & tepat Hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja diajar. Sebutan bunyi lain tidak harus dicampur aduk untuk mengelakkan kecelaruan pendengaran 2.PENGLIHATAN Bahan pengajaran besar, ringkas serta menarik agar murid dapat melihat dengan jelas dan tepat. Guna warna berbeza untuk menunjukkan perbezaan huruf, suku kata, nombor dan objek-objek. Guna benda-benda maujud. 3.PSIKOMOTOR Guna benda maujud yag boleh dipegang, disentuh atau dimainkan. Bentuk huruf, nombor @ perkataan sebaiknya timbul agar murid boleh mengesan melalui sentuhan/tekapan Bagi kemahiran menulis, guna huruf/ nombor yang bersaiz sederhana. Guna pensel warna/krayon untuk aktiviti menulis

CONTOH BBM PEMULIHAN


KAD GAMBAR

KUDA ROTI LORI

KAD NOMBOR

3
2

KAD ABJAD BERGAMBAR

A
B

AIS KRIM

S
BUNGA SEMUT

KAD ABJAD

A
a

B b

C c

D d

E e

Perbezaaan antara Pemulihan Biasa dan Pemulihan Khas


Pemulihan Biasa guru ada asas latihan keguruan


dijalankan semasa proses p - p kelas biasa perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar

Pemulihan Khas ada asas perguruan dan kursus khas


dijalankan pada waktu tertentu hanya melibatkan mata-mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan ujian pencapaian bagi setiap kemahiran perlu ujian saringan dan diagnostik penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran pemulihan dilakukan secara khusus keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah bilangan murid maksimum 15 orang jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah

murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan ujian bulanan atau penggal tidak perlu ujian saringan atau diagnostik tidak memerlukan rekod yang terperinci kekal dalam kelas pemulihan dilakukan secara umum

murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru bilangan murid tidak dihadkan jadual berdasarkan mata pelajaran yang diajar

terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajar

Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)


Satu program khas untuk membantu murid menguasai

kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Dilaksanakan di semua SK dan pilihan kepada SJK. 3 mata pelajaran yang turut menyerapkan KIA2M ialah PJK, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan 2 akan mengikuti kelas pemulihan pada tahun 2/2007. Murid KIA2M melalui beberapa fasa: Ujian Penapisan (2-7 April 2006) P&P KIA2M Fasa 1 (9 April 21 Julai 2006) Ujian Pelepasan 1 (23 28 Julai 2006) P&P KIA2M Fasa 2 (6 Ogos 27 Okt. 2006) Ujian Pelepasan 2 (29 Okt. 3 Nov. 2006)

NEGERI
SARAWAK SABAH
LABUAN PUTRAJAYA JUMLAH

SK

SJKC

SJKT

JUMLAH

896 682
15 8 5341

134 38
1 0 917

0 0
0 0 493

1030 720
16 8 6751

Keputusan Ujian Pelepasan 1


NEGERI PAHANG SARAWAK SABAH LABUAN LULUS 5914 8846 6935 357 57% 53% 46% 60% GAGAL 3891 7878 8233 243 43% 47% 54% 40% JUMLAH 9805 16724 15168 600

PUTRAJAYA
JUMLAH

115
94144

78%
57%

33
69691

22%
43%

148
163835

Setelah mengikuti pembelajaran selama 3 bulan,

sebanyak 187 830 murid KIA2M menduduki Ujian Pelepasan 1 pada 23 hingga 28 Julai 2006 . Daripada jumlah tersebut, seramai 94 144 (57.5 %) telah lulus Ujian Pelapasan 1 manakala 69 691 (42.5 %) pula gagal.
Sehingga penghujung bulan Julai 2006, sebanyak

85.14% murid Tahun Satu telah menguasai kemahiran asas membaca dan menulis manakala 14.86% murid Tahun Satu 2006 masih belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.

Data menunjukkan program KIA2M terbukti berjaya

membantu murid menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.


Tahun 2006 merupakan tahun rintis bagi program

KIA2M dan KPM yakin program ini mampu membanteras masalah tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis bagi murid Tahun Satu.

Program ini merupakan program berterusan

Kementerian
Segala kelemahan boleh diperbaiki untuk

meningkatkan prestasi penguasaan murid


Kejayaan KIA2M akan menentukan hala tuju masa

depan negara ke arah buta huruf sifar


KIA2M akan dilaksanakan pada minggu ke-4, 2007

Tahun 2007, setelah selesai Program Transisi selama tiga minggu murid-murid menduduki Ujian Penapisan. Murid-murid yang melepasi Ujian Penapisan meneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa sementara yang gagal perlu mengikuti program KIA2M selama 3 bulan berikutnya. Selepas itu mereka perlu menduduki Ujian Pelepasan 1. Murid-murid yang gagal dalam Ujian Pelepasan 1 perlu mengikuti program KIA2M sehinggalah mereka lulus dalam Ujian Pelepasan 2. Guru Bahasa Melayu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, guru Pendidikan Muzik dan guru Pendidikan Seni Visual terlibat secara langsung dengan program ini. Guru Bahasa Melayu bertanggungjawab mengajar murid-murid untuk menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (2M). P & P KIA2M juga perlu diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni oleh guruguru mata pelajaran berkenaan.

CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS TAHAP 1 (TAHUN 2 DAN 3)

KELAS BIASA

PENCALONAN & PENGUMPULAN MAKLUMAT

KIA2M

Sudah Menguasai Kemahiran 3M

UJIAN SARINGAN (IPP2M)


Belum Menguasai Kemahiran 3M

UJIAN DIAGNOSTIK & UJIAN PENGAMATAN

ANALISA UJIAN DIAGNOSTIK & PENGAMATAN

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN


Belum Menguasai Kemahiran 3M Meneruskan Pengajaran Pemulihan Khas

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


Sudah Menguasai Kemahiran 3M
Belum Menguasai Kemahiran 3M

PENILAIAN (IPP2M)
Belum Menguasai Kemahiran 3M Di akhir Tahun 3

KELAS BIASA TAHAP 2


Murid Tiada Masalah Pembelajaran

PENGAMAL PERUBATAN
Disahkan Murid Bermasalah Pembelajaran

KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program Pemulihan 3M Pasca UPSR (PROTIM)


Satu program untuk memastikan murid yang menamatkan pendidikan

rendah dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira, tidak tercicir dari persekolahan serta dapat mengikuti pelajaran di peringkat menengah.
Dilaksanakan di semua SK dan SJK. Murid menduduki Praujian Pemulihan 3M sebaik sahaja selesai UPSR. Program ini dijalankan oleh guru Bahasa Melayu dan Matematik. Jangka masa program ialah 10 minggu (12 Sept. 15 Nov. 2006)

Anda mungkin juga menyukai