Anda di halaman 1dari 3

Kuat Burung Kerana Sayap

Pada suatu petang, kelihatan sekumpulan haiwan sedang berehat sambil berbual-bual. Gajah, kambing dan monyet bercakap tentang kekuatan masingmasing. Manakala seekor burung bernama Bento yang sering dipandang rendah, hanya mendengar perbualan mereka. Kambing pula tidak mahu mengalah lalu mula bercerita kehebatan tanduknya yang dapat menjadi perhiasan . Gajah, monyet dan Bento tercengang kehairanan mendengar kata-kata kambing. Sedang mereka kehairan, kambing mula mengkritik bento. Bento berasa sangat sedih. Tiba-tiba kambing terpandang buah epal yang masak renum di puncak pokok. Lalu, dia bercadang bahawa sesiapa yang dapat menjatuhkan buah epal tersebut dialah haiwan yang paling kuat dalam hutan ini.Setelah semua bersetuju, kambing pun menjadi peserta pertama. Kambing berlari dengan pantas lalu

menanduk pokok tersebut namun tidak berjaya. Kemudian monyet dan gajah yang berbadan besar menggoncang pokok tersebut. Tetapi buah epal itu tidak juga jatuh. Tiba-tiba Bento terbang ke arah buah epal itu. Bento memetik buah epal tersebut dan membawanya ke bawah. Rakan-rakan Bento terlopong melihat Bento yang tidak perlu menggunakan kekuatan untuk mendapatkan buah epal tersebut. Mereka mengagumi kelebihan yang ada pada Bento dan tidak lagi memandang rendah padanya. Monyet, gajah dan kambing lalu meminta maaf kepada Bento. Sejak hari itu, mereka berempat menjadi teman rapat dan hidup amat dan damai.

Kuat Burung Kerana Sayap (yang berdialog)


Pada suatu petang, kelihatan sekumpulan haiwan sedang berehat sambil berbual-bual. Gajah, kambing dan gorilla bercakap tentang kekuatan masingmasing. Manakala seekor burung bernama Bento yang sering dipandang rendah, hanya mendengar perbualan mereka.
Gajah: aku ni memang terkenal dengan kekuatan aku. Kayu balak yang besar tu satu tangan je aku boleh angkat..tau Gorila: alaaku pun apa kurangnya. Setakat pokok pisang tu senang je aku patahkan.

Kambing pula tidak mahu mengalah lalu mula bercerita.


Kambing: Aku pun hebat jugalah. Tanduk aku ni boleh buat perhiasan tau.

Gajah, gorilla dan Bento tercengang kehairanan mendengar kata-kata kambing. Sedang mereka kehairan, kambing menambah.
Kambing: tak macam Bento, parut pun tak boleh patah.

Bento kesedihan dan hanya menundukkan kepalanya. Tiba-tiba kambing terpandang buah epal yang masak renum di puncak pokok lalu menyuarakan pendapatnya.
Kambing: Em, apa kata, kita bertanding secara sihat..siapa yang dapat menjatuhkan buah epal dari pokok tu, dialah yang paling kuat.

Setelah semua bersetuju, kambing pun bangun untuk menjadi peserta pertama. Kambing berlari dengan pantas lalu menanduk pokok tersebut.
Gorilla: ele, bergoyang pun tidak pokok tu, kau tengok aku pula ya

Kemudian gorilla yang berbadan besar menggoncang pokok tersebut. Tetapi buah epal itu tidak juga jatuh.
Gajah: haha..kalau pokok je yang bergoyang tapi buah epal tak jatuh, itu pun tak guna juga. Tengok ni

Dengan menggunakan belalainya, gajah menggoncang pokok tersebut lebih kuat daripada gorilla. Tetapi usahanya juga sia-sia.
Gorila: kau pun sama je. Taklah hebat mana Gajah: susah juga nak jatuhkah buah epal tu..ya Kambing: tapi kita hebatlah juga daripada Bento. Dia tu apa-apa pun tak mampu buat. Ahahaha

Tiba-tiba Bento terbang ke arah buah epal itu, Bento memetik buah epal tersebut dan membawanya ke bawah. Rakan-rakan Bento terlopong melihat Bento yang tidak perlu menggunakan kekuatan untuk mendapatkan buah epal tersebut. Mereka mengagumi kelebihan yang ada pada Bento dan tidak lagi memandang rendah padanya.Gorila. Gajah dan kambing lalu meminta maaf kepada Bento.
Kambing: Maafkan kami, Bento Bento: Tak apa kawan-kawan, saya maafkan

Sejak hari itu, mereka berempat menjadi teman rapat dan hidup amat dan damai.

Anda mungkin juga menyukai