Anda di halaman 1dari 9

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

TAJUK 2 2.2

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Adab dan Akhlak Islamiah

Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Selamat datang dan berinteraksi dengan modul ini. Tajuk-tajuk dalam unit ini kaedah dan

membincangkan tentang Pedagogi Pendidikan Islam yang merangkumi

teknik pengajaran dan pembelajaran khusus terhadap adab dan akhlak Islamiah. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini pelajar dapat : 1. Memilih jenis-jenis kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran Ulum Syariyyah (akhlak). 2. Mengaplikasikan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Ulum Syariyyah (akhlak).

Karangka Tajuk

DEFINISI AKHLAK

KAEDAH BERCERITA KAEDAH PERBINCANGAN KAEDAH LAKONAN

KAEDAH PENGAJARAN AKHLAK

38

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Definisi Akhlak Menurut bahasa akhlak bermaksud tindak-tanduk, tingkah laku atau kebiasaankebiasaan. Sedangkan menurut istilah, akhlak adalah suatu bentuk (naluri) dalam jiwa seseorang manusia yang dapat melahirkan sesuatu tindakan dan kelakuan dengan mudah dan spontan tanpa fikiran. Oleh itu,akhlak bermaksud perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun. Akhlak mulia bermaksud seluruh perilaku manusia yang sesuai dengan tuntunan al-Quran dan al-Hadith sebagaimana yang dicontoh dan diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kepada seluruh manusia. Akhlak baginda adalah Al-Quran.

Pada asasnya, akhlak sama dengan adab, sopan santun dan budi pekerti.

Kaedah Pengajaran Akhlak Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan qudwah hasanah atau menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam kehidupan harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru

pendidikan Islam

Kaedah Perbincangan

Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan

39

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topic. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru dapat membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru. Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua iitu: 1. Perbincangan formal 2. Perbincangan Tidak Formal Perbincangan Formal

Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dans ebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

Penentuan penglibatan pelajar Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian seperti menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan. Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum seperti pengerusi, pencatat dan penjaga masa.

Masa yang Mencukupi Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat khabar, majalah, internet dan sebagainya

Penglibatan Keseluruhan Pelajar Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat mereka, semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih berkesan

Aktiviti susulan Setisp sktiviti perbincangan perliikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih member tumpuan mereka terhadap perkara itu

Ulasan guru

40

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan pandangan. isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek ulasan guru. Perbincangan Tidak Formal Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:

Guru selaku pengerusi Guru membuka tajuk perbincangan dan member peluang kepada semua murid memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak memberikan peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja dan pastikan murid pasif ikut serta member pandangan

Kawalan Kelas Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan pebincangan lebih berdisiplin dan teratur.

Pembahagian Kumpulan Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untukmembincangkan sesuatu sub topic dan mereka diminta member laporan hasil perbincangan kumpulan tersebut.

Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam sesi pengajaran guru. Dalam bidang akhlak, mereka diajar bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum membuat keputusan. Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Perbincangan

1. Permulaan Pengajaran Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca dari akhlak

41

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang akan dibincangkan tersebut.

2. Sesi Perbincangan Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan Fokus perbincangan kepada tajuk Kemukakan persoalan perbincangan Minta murid mengemukakan hasil perbincangan Membuat rumusan idea-idea perbincangan

3. Penutup Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi mempastikan pengajaran akhlak lebih bermakna.

Latihan : 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah perbincangan? 2. Nyatakan perbezaan antara perbincangan formal dan tidak formal 3. Berikan beberapa kelemahan kaedah perbincangan yang selalu berlaku semasa sesi pengajaran dijalankan

Pernahkah anda mendengar cerita dari atok, nenek atau ibu bapa anda?. Tahukah anda bercerita adalah satu kaedah yang boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap diri seseorang?

Kaedah Bercerita Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan.

42

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Bagaimapun, guru perlu mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid yang mendengar cerita tersebut. Antara prinsip bercerita ialah:

1. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan pengalaman murid 2. Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas 3. Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya 4. Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai 5. Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan suasana dan mood cerita seperti riang, sedih atau marah. Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas dan ada unsur dakwah dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah mempunyai unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita berunsur khayalan, seks,karut dan khurafat. Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita

Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu terlebih dahulu merangka langkah-langkah bercerita iaitu:

1. Sebelum sesi bercerita Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi cerita Menyediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai

2. Permulaan Pengajaran

Gunakan set induksi yang enai Kemukakan beberapa soalan Tunjukkan gambar, rajah dan peta.

43

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Membuat kuiz dan teka teki

3. Semasa sesi bercerita

Gaya dan anada suara yang sesuai Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan Libatkan murid dalam aktiviti bercerita Terapkan nilai-nilai keIslaman dalam cerita

4. Selepas sesi bercerita

Beri peluang murid bertanya soalan Menyoal pelajar tentang pengajaran cerita Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan Latihan: 1. Apakah criteria yang diperlukan seorang guru untuk mengaplikasikan kaedah bercerita dalam sesi pengajaran? 2. Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan kaedah bercerita 3. Bagaimanakah cara guru melibatkan pelajar dalam sesi bercerita?

Kaedah Lakonan

Ialah kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya. Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan

44

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

maklumat yang dikupulkan semasa sesi lakonan tersebut dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan.

Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:

1. Peristiwa yang sesuai 2. Pelakon hendaklah memahami situasi 3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti 4. Pelakon yang sesuai 5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip Cuma guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar. 6. Perbincangan selepas lakonan, membolehkan pelajar benar-benar memahami peristiwa yang mereka pelajari.

Langkah-langkah Kaedah Lakonan dalam pelajaran Akhlak

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah sebagai contoh murid tidak berminat menuntut ilmu, guru mengaitkan dengan kisah pengorbanan Imam Ghazali ketika mengembara menuntut ilmu

Guru menerengkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan

Berdasarkan watak-watak yang ditentukan, pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan

Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan tersebut

Guru membimbing pelajar membuat rumusan

45

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

Nota: Antara kaedah lain yang boleh dilakukan oleh guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akhlak ialah;

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Uswah Hasanah Seminar Perbahasan Sumbangsaran Forum Syarahan,kuliah atau khutbah Lawatan

Tahniah, kerana anda telah dengan jayanya! .

berjaya menamatkan

pembelajaran unit ini

TUGASAN PEMBELAJARAN

Bandingbezakan Kaedah Perbincangan dan Kaedah Bercerita dalam Pendidikan Akhlak Islamiah.

ii Bincangkan kekuatan dan kelemahan perbincangan formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran

46

Anda mungkin juga menyukai