Anda di halaman 1dari 27

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

TAJUK 3

PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Sinopsis Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih mengenai cara pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan juga pendedahan mengenai aspek penilaian dan juga pembinaan Jadual Penentu Ujian (JPU). Isi kandungan unit ini akan membantu guru pelatih memahami dan mengaplikasi aspek pengelolaan dan penilaian dengan lebih berkesan.

Hasil Pembelajaran: 1. Merancang strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu dalam Pendidikan Islam dengan baik. 2. Mengaplikasi pelbagai kemahiran asas dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Memahami dan merancang penilaian Pendidikan Islam. 4. Memahami konsep dan penggunaan Jadual Penentu Ujian.

Kerangka Tajuk

P&P Berkesan

Perancangan

Pelaksanaan

Penilaian

66

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

3.1

PERANCANGAN PENGAJARAN

Apakah rancangan pengajaran? Mengapa ia perlu disediakan?

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajarann untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangkaa waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangann pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secaraa berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran-pembelajaran.

Mengapa persediaan mengajar penting terutama kepada kepada guru pelatih?

i.

Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel.

ii.

Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan bantu mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedahpenyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid,

penilaian,penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya. iii. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara / aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran). iv. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

67

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

v.

Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

vi.

Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.

vii. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan. viii. Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid. ix. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain, secara jelas. x. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa diluar bilik darjah. xi. Menilai objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan.

Memilih Pendekatan Dan Kaedah Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai sangat penting untuk mencapai hasil pembelajaran yang maksimum. Perancangan strategi dan pemilihan kaedah perlu mengambil kira tajuk pelajaran, tahap kebolehan murid dan situasi bilik darjah. Tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran. Guru tidak harus terikat dengan hanya satu atau dua kaedah sebaliknya perlu mempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan murid dan cara pembelajaran mereka berbeza. Jangka masa pembelajaran 30 atau 40 minit bagi satu waktu akan menyebabkan murid bosan dengan satu atau dua kaedah sahaja. Sebaik-baiknya kaedah yang dipilih itu lebih berpusatkan kepada murid supaya mereka menjadi aktif. Persediaan Guru Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya ,guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum , struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Di samping itu, guru harus mempunyai

68

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain untuk mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan. Selain itu, setiap guru perlu mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk. Menurut Atan (1982), seorang guru perlu mengetahui secara mendalam apa yang hendak disampaikan kepada pelajar kerana pengetahuan dan kemahiran guru akan menimbulkan rasa percaya dalam dirinya, seterusnya menambahkan kepercayaan pelajar terhadap guru. Guru mesti mengetahui isi kandungan yang mereka hendak sampaikan untuk pelajarnya dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut kepada para pelajarnya dalam bentuk yang boleh diterima oleh pelajar (Kauchak dan Eggen, 1998). Di samping itu, guru perlu menyediakan bahan bant yang sesuai serta alat penilaian yang tepat untuk menilai pencapaian murid terhadap objektif pembelajaran yang ditetapkan. Persediaan Mengajar Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan Mengajar. Rancangan kerja harian merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya, persediaan mengajar merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap.

Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran, dengan cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru pelatih perlu memikirkan perkara berikut: Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta, konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif). Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? (Merangkumi objektif pengajaran). Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang dirancang?

69

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan? Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan pembelajaran (murid)?

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama: i. Objektif pengajaran (yang perlu dicapai murid); ii. Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta dan sebagainya); dan iii. Aktiviti guru-murid.

Perancangan

Butiran am Pengetahuan lepas Kemahiran Hasil Pembelajaran Penggabungjalinan Penyerapan kurikulum Penerapan nilai Sumber P&P

Penyampaian

Set induksi Perkembangan isi pelajaran Kemahiran Strategi pengajaran Penggabungjalinan Penyerapan kurikulum Penerapan nilai PenggunaanSumber P&P

Penutup

Jenis dan cara penutup Aktiviti susulan Penilaian hasil pembelajaran Rumusan / kesimpulan Pengubahsuaian

70

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

FORMAT UMUM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Kelas/ tingkatan Tarikh Masa Bilangan Pelajar Bidang Tajuk Pengetahuan Sedia Ada Hasil pembelajaran Aras 1: Aras 2: Aras 3: Kemahiran berfikir Penerapan Nilai Penggabungjalinan Penerapan/ Rentasan/ PAS/ KMD Bahan Bantu Mengajar

: : : : : : : : :

: : : : :

Langkah Muqaddimah (1 minit) Set Induksi

Isi Pelajaran Doa Syahadatain Isi

Aktiviti P&P Murid Guru Guru

Catatan

71

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) (3-5 minit) Soalan Tajuk Langkah 1 Isi (5-7 minit) Soalan Isi Langkah 2 (10 -15 minit) Gabungjalin Penyerapan Soalan Langkah 3 (12-15 minit) Penutup (5 minit) Isi Kerja lanjutan Soalan Murid Guru Guru Murid KMD / PAS PN Guru Murid P GJ P KMD Guru GJ Murid Guru

Catatan refleksi: Catatan bimbingan:

Perkara yang perlu diberi perhatian ! Guru perlu merancang permulaan pengajaran (set induksi) yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan, dapat menggalakkan pembelajaran, serta dapat mengaitkan tajuk dengan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Guru perlu merancang beberapa langkah perkembangan isi yang berurutan, disusun dengan baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang perlu ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan.

72

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan menegaskan kembali isiisi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar.

Fikirkan !

3.2 Setiap

PELAKSANAAN PENGAJARAN proses pengajaran-pembelajaran melibatkan tiga peringkat: Pengenalan,

penyampaian dan penutup. Setiap episod pengajaran ini perlu jalankan secara terancang dan tersusun, supaya minat serta penglibatan murid dapat dikekalkan di sepanjang proses pengajaranpembelajaran. Tumpuan utama dalam setiap peringkat ini adalah mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang. 3.2.1 Pengenalan

Pengenalan berperanan sebagai montaj (montage) dalam sesuatu persembahan (sama ada secara audio atau visual). Manarik atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan (kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya. Bahagian pengenalan memainkan peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat serta mewujudkan motivasi murid, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran pembelajaran.

Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat murid terlebih dahulu. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah, biasanya membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran dan tidak jelas kepentingan tajuk yang akan dipelajari. Berbagai pendekatan boleh diguna guru untuk melibatkan fikiran dan menarik minat murid terhadap pelajaran yang akan diajar. Misalnya, guru boleh memulakan pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan. Sebagai contoh, bagi mengajar tajuk Pengenalan surah al-Fiil (mata pelajaran Pendidikan al-Quran), guru boleh memulakan pengajaran dengan menceritakan tentang tentera

73

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) Abrahah menyerang Kaabah. Semasa bercerita, guru hendaklah memastikan semua murid terlibat dan bersedia untuk belajar melalui sesi soal-jawab. Walau bagaimanapun, guru perlu mengubah tajuk perbincangan seandainya bahan yang dibincangkan tidak dapat mempengaruhi fikiran atau minat murid. Tegasnya, minat, keperluan dan pengalaman murid boleh diguna sebagai asas untuk memulakan sesuatu pengajaran.

Komponen terpenting yang perlu ada atau dilibatkan dalam bahagian pengenalan dikenali sebagai INTRO. Interest Need Topic Ratings Objective Guru perlu menarik minat murid terlebih dahulu dengan menyatakan Mengapa mereka perlu belajar perkara tersebut? Menyatakan tajuk yang akan diajar (tuliskan di papan tulis) Nyatakan skop atau had bidang yang perlu dipelajari Menyatakan objektif apakah yang perlu dipelajari atau dikuasai murid

Melalui kaedah INTRO ini minat, sikap, pemahaman dan kemahiran murid dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan. 3.2.2 Penyampaian

Sebahagian besar masa pengajaran guru tertumpu dalam bahagian penyampaian; merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian merupakan pengajaran sebenar, di mana segala konsep, prinsip, fakta dan kemahiran yang berkaitan dengan tajuk akan disampaikan kepada murid. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru menggunakan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan tertentu yang sesuai untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses penyampaian guru perlu melibatkan murid secara aktif serta memberi bimbingan dan menilai pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran. Semasa proses penyampaian ini guru perlu memberi perhatian kepada perkara berikut:

i. ii.

Diajar daripada yang mudah kepada yang sukar atau rencam. Melibatkan murid secara aktif. membantu memudahkan

iii. Menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai untuk pemahaman murid.

iv. Menggunakan kaedah dan pendekatan yang paling berkesan.

74

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) v. Menilai prestasi murid dengan menggunakan teknik menyoal yang sesuai dan berkesan. vi. Setiap langkah / isi pelajaran hendaklah difahami dan dikuasai murid terlebih dahulu, sebelum pindah kepada langkah / isi pelajaran yang berikutnya.

Sebelum kita ke bahagian penutup pengajaran, asah minda kita untuk untuk menjawab tugasan di bawah: Bahagian penyampaian sesuatu pelajaran mengandungi lima komponen penting: Isi pelajaran, Kefahaman, Kemahiran, Aktiviti guru / murid, dan Catatan. Huraikan setiap komponen di atas dengan contoh-contoh yang jelas.

3.2.3

Penutup Pengajaran

Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu member pengukuhan terhadap pembelajaran murid, dengan membuat rumusan atau kesimpulan mengenai apa yang telah diajar. Di samping itu, bahagian penutup juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai prestasi murid ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali. Sebaik-baiknya murid diarah membuat kesimpulan dengan dibimbing melalui beberapa soalan kunci. Dari soalan kunci dan gerakbalas murid, guru juga dapat mengukur atau menilai tahap pencapaian mereka terhadap pencapaian objektif pengajaran.

Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu: Penutup Kognitif Merumus dan mengulang segala fakta penting: pemetaan konsep, melukis gambarajah berkait, aktiviti perkaitan perkataan, aktiviti susulan atau pengukuhan dengan menggunakan teknik soal-jawab. Penutup Sosial Menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid, peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan belajar, kaitkan pelajaran itu dengan pelajaran akan datang, nyanyian peneguhan, dsb.

75

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

3.2.3.1 Refleksi Kendiri

Sebaik sehaja selesai sesuatu pengajaran, guru pelatih dikehendaki menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran (dari segi kekuatan yang dan kelemahan), merangkumi demi aspek

mempertingkatkan

profesion

mereka.

Penilaian

dibuat

perancangan dan penyampaian pengajaran serta tingkahlaku murid sebagai reaksi terhadap kaedah pengajaran yang digunakan - terutamanya dari segi pencapaian objektif dan kemajuan murid. Melalui penilaian kendiri guru dapat mengatasi segala kelemahan serta dapat meningkat ketrampilan dan dapat memperkembangkan professional judgement mereka. Proses penilaian reflesi kendiri dapat membantu guru menjadi lebih peka, bersistem dan kritis terhadap profesion perguruan. Sebarang masalah yang tidak dapat diatasi di mana mengganggu proses pengajaran-pembelajaran perlu dicatat.

Sebagai panduan, beberapa persoalan berikut boleh digunakan oleh guru pelatih untuk membuat refleksi kendiri:

i. ii.

Adakah murid terlibat secara aktif di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran? Adakah bahan pengajaran sesuai dengan aras pencapaian murid?

iii. Adakah bahan pengajaran mencukupi? Tidak mencukupi? iv. Adakah guru berjaya menarik minat murid hingga ke akhir pengajaran? Jika tidak, mengapa? v. Adakah murid berjaya mencapai semua objektif pengajaran yang dirancang? Jika tidak, mengapa? vi. Adakah guru berjaya menyampaikan pengajarannya dalam masa yang diperuntukkan? Jika tidak, mengapa? vii. Lain-lain persoalan atau perkara yang difikirkan sesuai.

Segala maklumat dan ulasan mengenai pengajaran yang ditulis dalam bahagian ini dapat membantu guru pelatih merancang, seterusnya menyampaikan pelajaran akan datang dengan lebih berkesan. Sekiranya tidak berlaku P-P, bahagian ini diabaikan dan pelajar hanya perlu menulis catatan sahaja seperti masalah yang melibatkan aspek pengurusan

76

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) yang mengganggu perancangan pengajaran guru pelatih. Catatan boleh dibuat dalam berbagai bentuk; misalnya terdapat gangguan pengajaran disebabkan oleh pihak sekolah mengadakan latihan kebakaran, mesyuarat (tergempar) guru, gangguan elektrik, dan sebagainya. Perhatikan rajah di bawah:

Mengesan masalah

Memahami masalah melalui pemikiran kognitif

Memproses dan menganalisis data dengan pemikrian secara kritis

Mengingat kembali perhubungan pengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah

Mencadang pelbagai penyelesaian dengan pemikiran kritis dan kreatif

Menilai penyelesaian dengan penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan atau menetap tindakan Rajah: Langkah-langkah Refleksi Pengajaran Pembelajaran

RUMUSAN

Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid berdasarkan RPH tersebut.

1.

Tercapainya objektif pembelajaran

77

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) a. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran sesuai dengan tajuk pelajaran. b. Isi pelajaran hendaklah sesuai dengan objektif yang ditentukan c. Penentuan objektif pembelajaran memudahkan proses penilaian P&P d. Objektif pembelajaran tidak terlalu banyak agar penyampaian pelajaran dapat dilakukan mengikut kelajuan yang sesuai e. Objektif tidak terlalu sedikit agar pengajaran tidak berakhir terlalu awal. f. Strategi dan kaedah yang dipilih hendaklah sesuai dengan isi pelajaran yang menghala ke arah pencapaian objektif. Objektif yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut: mudah (untuk dicapai murid); sesuai (dari segi tahap pencapaian murid dan peruntukan masa); realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan); jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras bahasa yang betul); tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); serta disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai, daripada yang mudah kepada yang sukar). Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada: i. Hasil yang akan diperolehi murid (iaitu, pemusatan kepada murid); ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur, selepas mengikuti sesuatu sesi pengajaran; iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;

2.

Penyampaian isi secara sistematik dan lancar a. Isi pelajaran disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang sesuai, bermula dari konsep yang asas. b. Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dengan isi pelajaran dapat membantu murid memahami konsep yang dinyatakan.

78

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) Umumnya, penyampaian isi pelajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat perkembangan dan peringkat penutup. Peringkat permulaan pengajaran: - Guru memastikan semua murid telah bersedia dan menunjukkan minat untuk belajar melalui set induksi yang menarik - Guru memperkenalkan tajuk dan skop isi pelajaran Peringkat perkembangan; - Guru hendaklah menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan isi dan objektif P&P, - Menggunakan alat bantu yang sesuai dan berkesan - Mewujudkan interaksi yang baik dengan murid - Memastikan disiplin kelas berjalan dengan baik agar apa yang dirancang dapat dihasilkan dengan sempurna. Peringkat penutup; - Guru seharusnya membuat rumusan yang berkaitan dengan isi pelajaran supaya isi yang disampaikan dapat dimantapkan lagi dan murid-murid berpuas hati. - Menyediakan murid untuk pelajaran akan datang

3.

Menggunakan bahasa yang berkesan a. Guru hendaklah menggunakan bahasa persuratan dan mengelakkan menggunakan bahasa daerah kerana murid datang dari pelbagai kawasan dan latar belakang. b. Guru hendaklah bertutur dengan lancar, fasih dan dengan kelajuan yang sesuai, bersesesuaian dengan peringkat kefahaman murid. c. Menggunakan bahasa yang merangsang tindak balas murid serta dapat memberi arahan yang jelas menggunakan bahasa yang sesuai d. Pastikan suara guru dapat didengari dengan jelas oleh semua murid dalam kelas e. Guru perlu menyesuaikan kelantangan suara serta mempelbagaikan intonasi suara mengikut keadaan yang berbeza.

79

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) 4. Penggunaan alat bantu mengajar Bahan bantu adalah sebarang peralatan yang digunakan untuk membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara berkesan, supaya mudah difahami atau diikuti murid. Penggunaan bahan bantu dalam sesuatu pengajaran dapat menarik perhatian murid dan meningkatkan minat mereka untuk mengikuti pengajaran tersebut. Penggunaan bahan bantu dalam pengajaran adalah penting bagi membantu murid: Mengikuti pengajaran dengan penuh minat. Memfokus pemikiran kepada perkara yang diajar. Melihat struktur asas sesuatu konsep dengan jelas. Memvisualisekan konsep atau gagasan yang abstrak. Menyusun serta menggabungkan segala aspek yang dipelajari secara global; misalnya, melalui peta konsep, dan sebagainya.

Sesuatu bahan bantu yang digunakan guru perlu mempunyai ciri-ciri berikut: Sesuai dengan tajuk. Berkait dengan objektif pengajaran. Selaras dengan kebolehan murid. Menarik. Dipelbagaikan, sesuai dengan perbezaan murid. Tersusun, kemas dan tepat. Mudah (iaitu tidak terlalu rencam atau mengelirukan). Tulisan jelas dan saiznya sesuai. 5. Kaedah pengajaran berpusatkan murid a. Murid hendaklah dilibatkan secara aktif dan menyeluruh melalui pelbagai bentuk aktiviti yang menggalakkan mereka belajar melalui pengalaman dan berkongsi maklumat b. Murid hendaklah dibimbing mengguna dan memperkembangkan potensi mereka secara maksimum untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran c. Guru perlu mewujudkan interaksi yang positif dengan guru, rakan sebaya dan bahan pembelajaran

80

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

6.

Penilaian proses pengajaran dan pembelajaran a. Penilaian dapat memastikan sejauh manakah tercapainya objektif pengajaran yang dirancang b. Penilaian perlu dilakukan secara berterusan sepanjang sesi pengajaran c. Penilaian melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid d. Proses penilaian guru merangkumi aspek pesediaan sebelum mengajar, semasa mengajar dan selepas mengajar

Kesimpulannya, keberkesanan pengajaran pembelajaran bukan hanya bergantung kepada kesediaan murid untuk belajar dan penggunaan bahan bantu yang banyak atau guru yang aktif. Pengajaran yang berkesan bergantung kepada semua aspek yang telah disentuh sebelum ini.

3.3 PENILAIAN PENGAJARAN Penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan, dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktivitiaktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Tujuan Penilaian Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Melalui penilaian, guru dapat : mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

81

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa; mengetahui keberkesanan pengajarannya; merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

Aspek Yang Dinilai Melalui penilaian murid dinilai dalam pelbagai aspek yang meliputi pelbagai kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid.

Aspek yang dinilai Pengetahuan

Contoh - memberi definisi - menghuraikan fakta - menerangkan konsep dan prinsip - berfikir secara logik - memberi rasional dan alasan - menghuraikan pendapat - petah bertutur - memberi pendapat - membaca dan menulis - mencongak - menyelesaikan masalah - kira cepat - mencari maklumat daripada pelbagai sumber - mengklasifikasikan maklumat - membuat laporan - mengambil wuduk - solat - membaca dan menghafaz - mengguna radas sains

kemahiran berfikir

kemahiran berbahasa

kemahiran mengira

kemahiran belajar

kemahiran amali

kemahiran manipulatif

82

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) - mengguna alatan tangan - menyenggara alatan - kemahiran bersosial - berkomunikasi - melukis - menulis karangan - membuat inferen - menganalisis maklumat - membantu - berdikari - bertanggungjawab - sikap bersemangat untuk belajar - gigih bekerja - ingin tahu - sihat, cergas dan aktif - menjaga kebersihan dan keselamatan diri - melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti - bergerak secara kreatif - bergerak mengikut rangsangan - bersukan - kesungguhan membuat sesuatu - kelebihan dalam sesuatu bidang - kecenderungan kepada sesuatu

kemahiran bersosial berkomunikasi daya kreatif mereka cipta kemahiran proses sains memerhati perlakuan dan amalan nilai murni

kesihatan dan kecergasan

kemahiran kinestetik

bakat dan minat

Nota: Contoh ini merangkumi pelbagai jenis mata pelajaran. Guru boleh mengubahsuai untuk mata pelajaran Pendidikan Islam.

Merancang penilaian. Dalam pelaksanaan penilaian, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan. Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) boleh membantu guru membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JPU guru dapat merangkakan

tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya dalam taksonomi kognitif Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam jadual penentuan ini. Untuk sesuatu tajuk dan peringkat taksonomi, hasil pembelajaran murid dicatatkan secara spesifik. Penentuan hasil pembelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada: mata pelajaran tajuk-tajuk yang dinilai

83

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) peringkat kebolehan murid yang dinilai wajaran aras kesukaran: mudah, sederhana, sukar Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam sukatan pelajaran. Bilangan peratus soalan bagi sesuatu tajuk perlu ditunjukkan.

Kaedah penilaian 1. Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah: pemerhatian lisan penulisan

2.

Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada: hasil pembelajaran yang hendak dinilai. kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

3.

Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk : Mengesan serta-merta hasil pembelajaran dalam pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus Mengesan kemajuan (kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran - perlu dirancang secara individu atau kumpulan - menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program - perlu dirancang secar

84

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) - dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan

A. Penilaian secara pemerhatian Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti: - sikap - perlakuan/amalan - amali - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial - kemahiran belajar - kemahiran kinestetik - kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka cipta Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

B. Penilaian secara lisan. Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:

85

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) - murid dengan guru - murid dengan murid - murid dengan bahan pembelajaran Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah: - kefahaman konsep - pengetahuan fakta - kecekapan mendengar - penggunaan bahasa yang tepat - kefasihan menghafaz - sebutan dalam berbahasa - kecekapan mencongak - gaya persembahan - pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: - bacaan kuat - syarahan - perbahasan - bercerita - perbincangan - hafazan

86

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) - temu bual - soal jawab - nyanyian - deklamasi sajak - mendengar dan memberi respon secara lisan Penilaian lisan membolehkan guru : - mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. - mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. - mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. - mengesan kelancaran dalam sebutan. - mengesan amalan dan sikap murid secara sertamerta. Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen guru perlu dipastikan: - soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. - aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. - pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. - aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

87

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR)

C. Penilaian secara penulisan. Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut: - karangan - laporan projek/kerja kursus/folio - latihan dan ujian bertulis - huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta. Instrumen Penilaian Penulisan Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut: - kemahiran menulis - menyusun idea - penggunaan tanda baca - perbendaharaan kata - mengaplikasi - mentafsir - menilai Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira: - soalan menepati kemahiran yang akan diuji - bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami - bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan

88

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) - aras kesukaran soalan dipelbagaikan - skema pemarkahan disediakan Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah: - soalan subjektif - soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif. Contoh perkataan atau frasa untuk pernyataan Hasil Pembelajaran Aras Kemahiran Domain Kognitif Mengetahui Menguji kebolehan calon mengingat kembali faktafakta sfesifik, istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur - Mengingati kembali - Mentakrif - Memerihal - Mengenal pasti - Melabel - Menyenarai - Melakar - Memadan - Menama - Menyatakan - Melukis - Menulis - Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain; - mentafsir bahan atau idea; - merangkakan trend masa depan - mengubah - menganggar - menerangkan - memberi contoh - mengukur - menyukat

Memahami Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta, konsep dan prinsip.

89

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur - menentukan - menukar - membanding dan membeza - menambah - meramalkan - membuat inferens - menghubungkait - mencirikan - mengelas Mengaplikasi Menguji lebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas. - menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit: - mengira - menunjuk cara - mengubahsuai - menghitung - menjana idea - menjelaskan dengan contoh - mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen. - mencerakin - menjelaskan melalui contoh - memilih - mengasingkan - membuat andaian - menghuraikan - mengawal pembolehubah - membuat urutan - menyusun mengikut keutamaan - menggunakan perhubungan ruang dan masa - membuat kesimpulan - menyelesaikan masalah - menggabungkan komponen-komponennya untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif. - menggabungkan - merancang - meringkaskan - membina

Menganalisis Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan ideaidea besar kepada bahagianbahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan.

Mensintesis Menguji kebolehan calon untuk mengabungkan ideaidea kecil, mentafsir dan membuat suatu rumusan.

90

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur - merangkakan - berkomunikasi - mengeksperimen - menganologi - mereka cipta - mengkonsepsikan - membuat gambaran mental - mendefinisikan secara operasi - membuat hipotesis - mereka bentuk - menilai idea/bahan maklumat/kaedah berdasarkan criteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu. - menaksir - mengkritik - mentafsir - mewajarkan - mengesan kecondongan - membuat keputusan - menyokong

Menilai Menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

RUMUSAN Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif: Penilaian Formatif Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam kelas. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan

kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi

91

PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam (SR) pengajarannya jika perlu. Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan. Penilaian sumatif Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat (UPSR, PMR, SPM, STPM).

Aktiviti Pembelajaran 1. Bina satu rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 4 dan laksanakan di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran anda. 2. Selepas pengajaran di dalam kelas anda, buat satu refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan. Rehat sebentar dan ambil minuman anda sebelum buat latihan.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk ini dengan jayanya!

92

Anda mungkin juga menyukai