Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN Persoalan aqidah merupakan aspek utama dalam ajaran Islam yang didakwahkan oleh Nabi Muhammad.

Pentingnya masalah aqidah ini dalam ajaran Islam jelas dibuktikan iaitu ketika misi pertama dakwah Nabi ketika berada di Mekah. Pada tempoh ini, persoalan aqidah mendapat perhatian yang cukup kuat dibanding persoalan syariat, sehinggakan ayat-ayat al-Quran yang turun sepanjang tempoh itu adalah ayatayat yang menyerukan kepada masalah keimanan.

LATAR BELAKANG JABARIYYAH Secara bahasa Jabariyah berasal dari kata jabara yang mengandungi pengertian memaksa. Di dalam kamus Munjid dijelaskan bahawa nama Jabariyah berasal dari kata jabara yang mengandung erti memaksa dan mengharuskannya melakukan sesuatu. Salah satu sifat dari Allah adalah al-Jabbar yang bererti Allah Maha Memaksa. Sedangkan secara istilah Jabariyah adalah menolak adanya perbuatan dari manusia dan menyandarkan semua perbuatan kepada Allah. Dengan kata lain adalah manusia mengerjakan perbuatan dalam keadaan terpaksa (majbur). Menurut Harun Nasution, Jabariyah adalah fahaman yang menyatakan bahawa segala perbuatan manusia telah ditentukan oleh Qadha dan Qadar Allah. Maksudnya adalah bahawa setiap perbuatan yang dikerjakan manusia tidak berdasarkan kehendak manusia, tapi diciptakan oleh Tuhan dan dengan kehendak-Nya, di sini manusia tidak mempunyai kebebasan dalam berbuat, karana tidak memiliki kemampuan. Ada yang mengistilahkan bahawa Jabariyah adalah aliran manusia menjadi wayang dan Tuhan sebagai dalangnya. Adapun mengenai latar belakang lahirnya aliran Jabariyah tidak adanya penjelelasan yang tepat. Abu Zahra menuturkan bahawa fahaman ini muncul sejak zaman sahabat dan masa Bani Umayyah. Ketika itu para ulama membicarakan tentang masalah Qadar dan kekuasaan manusia ketika berhadapan dengan kekuasaan mutlak Tuhan. Ada pun tokoh yang mendirikan aliran ini menurut Abu Zaharah dan al-Qasimi adalah Jahm bin Safwan, yang bersamaan dengan munculnya aliran Qadariyyah.

Jabariah adalah pendapat yang lahir dalam masyarakat Islam yang melepaskan diri dari seluruh tanggungjawab. Maka manusia itu disamakan dengan makluk lain yang sepi dan bebas dari tindakan yang dapat dipertanggungjawabkan. Dengan kata lain, manusia itu diibaratkan benda mati yang hanya bergerak dan digerakkan oleh Allah iaitu Pencipta, sesuai dengan apa yang diinginkan-Nya. Dalam soal ini manusia itu dianggap tidak lain melainkan bulu di udara dibawa angin menurut arah yang diinginkan-Nya. Maka manusia itu sunyi dan luput dari ikhtiar untuk memilih apa yang diinginkannya sendiri. Ini dapat diertikan pula bahawa manusia itu akhirnya tidak bersalah dan tidak berdosa, sebab ia hanya digerakkan oleh kekuatan atasan dimana ia tidak lain laksana robot yang mati, tidak bererti. Pendapat Jabariah diterapkan ketika kerajaan Umayyah (660-750 M). Iaitu

ketika keamanan sudah pulih dengan tercapainya perjanjian antara Muawiyah dengan Hasan bin Ali bin Abu Thalib, yang tidak mampu lagi menghadapi kekuatan Muawiyah. Maka Muawiyah mencari jalan untuk memperkuat kedudukannya. Di sini ia bermain politik yang licik. Ia ingin memasukkan di dalam fikiran rakyat jelata bahawa pengangkatannya sebagai kepala negara dan memimpin ummat Islam adalah berdasarkan "Qadha dan Qadar/ketentuan dan keputusan Allah semata" dan tidak ada unsur manusia yang terlibat di dalamnya.

1.0

SEJARAH AWAL KELAHIRAN PUAK AL-JABARIYYAH Golongan Jabariyah pertama kali muncul di Khurasan (Persia) pada saat

munculnya golongan Qodariyah, iaitu kira-kira pada tahun 70 H. Aliran ini dipelopori oleh Jahm bin Shafwan, aliran ini juga disebut Jahmiyah. Jahm bin Shafwan merupakan orang yang mula-mula mengatakan bahawa manusia terpasung, tidak mempunyai kebebasan apapun, semua perbuatan manusia ditentukan Allah semata, tidak ada campur tangan manusia.

Fahaman Jabariyah dinisbatkan kepada Jahm bin Shafwan kerana itu kaum Jabariyah disebut sebagai kaum Jahmiyah. Namun pendapat lain mengatakan bahawa orang yang pertama mempelopori fahaman Jabariyah adalah al-Ja'ad bin Dirham, dia juga disebut sebagai orang yang pertama kali menyatakan bahawa Al-Quran itu makhluk dan menafikan sifat-sifat Allah. Disamping itu kaum Jahmiyah juga mengingkari adanya ru'ya (melihat Allah dengan mata kepala di akhirat). Meskipun kaum Qadariyah dan Jahmiyah sudah musnah namun ajarannya masih tetap dilestarikan. Kerana kaum Mu'tazilah menjadi pewaris kedua pemahaman tersebut dan mengamalkan ajaran-ajaran kedua kaum tersebut. Selanjutnya ditangan Mu'tazilah fahaman-fahaman tersebut segar kembali. Sehingga Imam As-Syafi'i menyebutnya Wasil, Umar, Ghailan al-Dimasyq sebagai tiga serangkai dan itulah sebabnya kaum Mu'tazilah dinamakan juga kaum Qadariyah dan Jahmiyah.

Disebut Qadariyah karena mereka mewarisi isi fahaman mereka tentang penolakan terhadap adanya takdir, dan menyandarkan semua perbuatan manusia kepada diri sendiri tanpa adanya intervensi Allah.

Disebut Jahmiyah kerana mereka mewarisi dari fahaman penolakan mereka yang menafikan sifat-sifat Allah, Al-quran itu Makhluk, dan pengingkatan mereka mengenai kemungkinan melihat Allah dengan mata kepala di hari kiamat.

Berkaitan dengan hal ini, Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa sebagai pengikut Mu'tazilah adalah Jahmiyah tetapi tidak semua Jahmiyah adalah Mu'tazilah, kerana kaum Mu'tazilah berbeza pendapat dengan kaum Jahmiyah dalam masalah Jabr (hamba berbuat karena terpaksa). Kalau kaum Mu'tazilah menafikannya maka kaum Jahmiyah meyakininya.

Anda mungkin juga menyukai