Anda di halaman 1dari 46

BAB 2 INSURANS

2.1

ISTILAH DALAM INSURANS


Syarikat insurans yang memberi perlindungan Orang yang membili polisi insurans Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk
Dapatkan perlindungan

Insurer Insured Premium Polisi Pampasan

Perjanjian antara insurer dan insurer gantirugi yang dibayar jika berlaku risiko

PERANAN INSURANS

Kepada Peniaga

Melindungi dari risiko Dapat pampasan jika risiko berlaku Lebih yakin untuk majukan perniagaan

Kepada Individu

Melindungi individu dan keluarga dari risiko Jaminan masa depan Dapat pampasan jika berlaku risiko Satu cara menabung Jika mati waris dapat pampasan

Kepada negara

Membangunkan ekonomi negara Wang premium dilabur untuk bangunkan ekonomi Memberi peluang pekerjaan Taraf hidup rakyat meningkat

Apakah Risiko?

Kemungkinan menghadapi kerugian atau kemungkinan ditimpa kemalangan.

Jenis Risiko

1.Risiko boleh Insurans 2.Risiko tidak boleh insurans

Risiko boleh insurans


Risiko yang kekerapan kejadiannya dapat diramalkan secara perangkaan atau statistik kerana terdapatnya rekod kekerapan kejadian masa lalu yang lengkap berkaitan dengan kejadian yang sama. Contoh : kemalangan, kebakaran, rompakan, pecah rumah dan kematian.

Risiko tidak boleh insurans


Risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat ditentukan secara perangkaan. Oleh itu insurer tidak mempunyai statistik untuk membuat ramalan tentang kemungkinan risiko itu berlaku. Contoh: perubahan cita rasa dan fesyen pengguna ,keadaan politik, kenaikan atau kejatuhan harga, dan bencana alam seperti gempa bumi, kemarau dan letusan gunung berapi.

2.2 PRINSIP INSURANS


Untuk menjamin keadilan, prinsip berikut telah diterima dan diakui sebagai asas atau pegangan yang mengikat insurer dengan insured iaitu :

1) Kepentingan boleh insurans 2) Penuh percaya mutlak 3) Indemniti

1) Kepentingan boleh insurans


Seseorang yang membeli insurans mestilah mempunyai kepentingan ke atas nyawa atau harta yang diinsurankan. Ini bermakna insured akan mengalami kerugian atau kesusahan jika sekiranya aset atau nyawa yang diinsuranskan itu musnah atau mati jika berlaku risiko seperti kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

Contoh
Seorang pemilik rumah mempunyai kepentingan menginsuranskan rumahnya daripada kebakaran kerana jika rumahnya musnah dalam kebakaran, dia akan mengalami kerugian. Walaubagaimanapun penyewa rumah tidak mempunyai kepentingan menginsuranskan rumah itu. Hanya orang yang mempunyai hak milik ke atas aset dibenarkan menginsuranskannya.

2) Penuh Percaya Mutlak


Insured mesti memberi maklumat yang benar mengenai risiko yang hendak diinsuranskan semasa mengisi borang cadangan. Kegagalan untuk memberitahu maklumat yang penting walaupun tidak diminta, memberi hak kepada insurer untuk membatalkan polisi berkenaan. Insurer juga mesti menyatakan semua syarat yang ditawarkan dengan jelas. Jika prinsip ini dilanggar oleh mana-mana pihak, polisi insurans boleh dibatalkan.

Contoh
Semasa mengisi borang cadangan untuk membeli insurans kebakaran, insured menyatakan bahawa rumahnya diperbuat daripada batu tetapi sebenarnya diperbuat daripada kayu. Sekiranya berlaku kebakaran, insured tidak akan diberikan ganti rugi kerana memberikan maklumat palsu. Dengan ini polisi menjadi tidak sah dan dibatalkan. Prinsip ini bertujuan untuk mengelakkkan penipuan.

3) Indemniti
Ganti rugi yang dibayar oleh insurer kepada insured ke atas risiko yang diinsuranskan. Mengikut prinsip ini, ganti rugi yang diberikan oleh insurer kepada insured yang ditimpa kemalangan adalah setakat untuk menggantikan kerugian yang dialami dan bukannya untuk menjadikan kedudukan insured lebih baik daripada keadaannya sebelum kemalangan itu berlaku. Ini bererti insurans bukan untuk memberi keuntungan kepada insured.

Bentuk pampasan / ganti rugi


Tunai Barang yang rosak atau hilang boleh digantikan dengan barang yang sama dari segi nilai dan kualiti atau membayar kos membaiki aset.

Prinsip indemniti berasaskan 3 perkara


SUMBANGAN SUBROGASI DOKTRIN SEBAB HAMPIRAN

i) SUMBANGAN
Bererti jika sesuatu aset diinsuranskan dengan beberapa insurer dan jika risiko yang diinsuranskan itu berlaku, setiap insurer akan membayar ganti rugi kepada insured dengan menyumbangkan bahagian masing-masing untuk menggantikan kerugian sebenar yang dialami sahaja. Bukan untuk memberi keuntungan kepada insured.

Contoh
En Fahmi membeli 3 polisi insurans daripada tiga insurer untuk menginsuranskan rumahnya yang bernilai RM300000 daripada kebakaran. Jika berlaku kebakaran, setiap insurer akan menanggung 1/3 daripada kerugian, iaitu setiap insurer menyumbang sebanyak RM100000. Ini disebabkan polisi insurans insured bertindih dan jumlah ganti rugi yang patut diterima ialah RM300000 dan bukannya RM900000.

ii) SUBROGASI
Mengalihkan hak daripada insured untuk menuntut daripada pihak ketiga setelah insurer membayar ganti rugi kepada insured. Ini bererti insured tidak boleh membuat sebarang tuntutan daripada pihak lain setelah menerima bayaran ganti rugi daripada insurer

CONTOH
Kereta Encik Jamal remuk dalam kemalangan. Setelah penilaian dibuat, insurer telah membayar ganti rugi sebanyak RM25000 kepada Encik Jamal. Kereta tersebut kemudiannya telah dijual dengan harga RM5000. Encik Jamal tidak berhak ke atas jumlah RM5000 itu kerana hak tersebut telah dipindah kepada insurer setelah insured menerima ganti rugi.

iii) Doktrin sebab hampiran


Ganti rugi hanya akan dibayar kepada insured sekiranya kerugian atau kemalangan yang dialaminya berpunca daripada risiko yang diinsurankannya. Sekiranya kerugian yang dialami bukan berpunca secara langsung daripada risiko yang diinsuranskan, maka ganti rugi atau pampasan tidak akan dibayar.

CONTOH
Syarikat komputer Sofia menginsuranskan muatan komputer yang dibawa dengan sebuah van daripada risiko kerosakan sekiranya berlaku kemalangan. Berlaku kemalangan kecil. Semasa pemandu van membuat laporan polis, muatan komputer telah dicuri. Dengan itu ganti rugi tidak akan dibayar kepada Syarikat Komputer Sofia kerana risiko kecurian bukanlah risiko yang diinsuranskan.

AKTIVITI
1. Nyatakan prinsip insurans berkaitan kes di bawah (a)Anda tidak dibenarkan mencari keuntungan melalui tuntutan insurans. (b)Anda tidak boleh menginsuranskan kereta jiran anda. (c)Anda dilarang menipu dan memberi maklumat palsu kepada insurer.

LATIHAN
Jelaskan prinsip-prinsip insurans di bawah. (a)Kepentingan boleh insurans (3markah) (b)Prinsip penuh percaya mutlak (3markah) (c)Prinsip indemniti (3markah)

JAWAPAN
(a) Kepentingan boleh insurans Insured yang ingin membeli sesuatu polisi mesti mempunyai kepentingan yang boleh diinsuranskan. Tidak boleh menginsuranskan hak orang lain. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sesuatu pihak mengambil kesempatan atas harta orang lain.

(b) Penuh percaya mutlak

Insured perlu memberitahu segala maklumat yang betul semasa mengisi borang cadangan bagi sesuatu polisi insurans. Insurer pula perlu menerangkan polisi dengan jelas. Jika berlaku penipuan, polisi terbatal.

( c ) Indemniti Meliputi semua kontrak insurans kecuali insurans nyawa dan kemalangan. Insurer akan memulihkan insured kepada kedudukan asal seperti sebelum dia mengalami kerugian. Insured tidak boleh mendapat sebarang keuntungan melalui insurans.

Kemalangan

Kebakaran
Insurans Am
Marin/penerban gan

JENIS INSURANS

Insurans Lain
I. hayat seumur hidup

Insurans hayat

Insurans endowmen Ins. Hayat sementara

a. Insurans Kemalangan
i. ii. iii. iv. Insurans motor Kemalangan peribadi Liabiliti majikan Liabiliti am

(i) Insurans motor


Meliputi : Kereta persendirian Kenderaan perniagaan Kenderaan khas yang digunakan di kawasan perindustrian, perhutanan dan tapak pembinaan 2 Jenis Insurans Motor : (a) Insurans motor komprehensif (b) Insurans motor pihak ketiga

(a) Insurans motor komprehensif

Melindungi insured dan pihak ketiga Premium lebih mahal Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini

(b)Insurans motor pihak ketiga Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya Insured tidak boleh menuntut ganti rugi Premium murah Semua kenderaan wajib sekurangkurangnya polisi ini

(ii) Insurans kemalangan peribadi


Melindungi insured terhadap kerugian daripada kecederaan atau kematian disebabkan kemalangan yang berlaku dalam perjalanan, serangan, keracunan, permainan dsb. Gantirugi atau pampasan akan dibayar apabila insured meninggal dunia atau mengalami kecederaan dalam kemalangan sahaja. Membantu membiayai kos perubatan insured sekiranya terlibat kemalangan dan mengalami kecederaan.

(iii) Insurans liabiliti majikan


Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja Premium dibayar oleh majikan Majikan mencarum dalam Perkeso Skim Pencen Ilat perlindungan pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan Skim bencana pekerjaan- kemalangan tempat kerja

Maksud Keilatan
Keilatan adalah suatu keuzuran yang serius, kekal atau tidak boleh atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurangkurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.

(iv) Insurans liabiliti am


Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam Jika risiko berlaku dipremis Contoh : Lif tiba-tiba terjunam ke bawah di pusat beli belah Insurans liabiliti am yang lain ialah: Insurans Liabiliti melindungi pengeluar produk akibat penggunaan produk tersebut Insurans Liabiliti Profesional- melindungi golongan profesional dari tuntutan pelanggan akibat kecuaian dalam pelaksanaan tugas. Contoh : doktor tersalah beri ubat.

(b) Insurans Kebakaran


Melindungi peniaga dari risiko kebakaran. Sesuai untuk memberi perlindungan terhadap kerugian ke atas stok, wang tunai, mesin,kenderaan dan premis semasa kebakaran. Insurans kebakaran tidak melindungi kerugian dalam akibat peperangan, rusuhan dan kejadian bencana alam. Ganti rugi yang dibayar adalah tidak melebihi jumlah kerugian yang sebenarnya.

Contoh : Seorang peniaga menginsuranskan kedainya sebanyak RM180 000 terhadap risiko kebakaran. Jika kebakaran berlaku di kedainya dan kerugian yang dialami sebanyak RM88 000, dia akan dibayar ganti rugi setakat RM88 000 sahaja. Dia tidak boleh membuat keuntungan daripada kejadian itu.

(c) Insurans Hayat


Satu skim yang melindungi keluarga seseorang atau tanggungannya dari risiko yang pasti akan berlaku. Apabila insured meninggal dunia atau ditimpa kemalangan, pampasan akan dibayar oleh insurer kepada keluarganya. Terdapat 3 Jenis insurans hayat iaitu: (i)Insurans hayat seumur hidup (ii)Insurans endowmen (iii)Insurans hayat sementara

(i) Insurans hayat seumur hidup


Premium dibayar seumur hidup atau ada had tertentu Pampasan dibayar kepada waris jika insured mati Beri perlindungan kepada keluarga apabila insured meninggal dunia.

(ii) Insurans endowmen


Bayar premium untuk tempoh tertentu misalnya 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun. Jika tidak mati semasa polisi matang seluruh jumlah yang telah diinsuranskan akan dapat balik pada tarikh matang Jika mati awal sebelum tarikh matang, pampasan dibayar pada waris 2 tujuan: Insured dapat beri perlindungan kepada keluarga Insured dapat menyimpan wang untuk dirinya

(iii) Insurans hayat sementara

Beri perlindungan mengikut tempoh Jika mati waris dapat pampasan Jika masih hidup premium hilang Bukan satu cara menabung Premium murah

(d) Insurans Marin


Marin Beri perlindungan kepada kapal/muatan/anak kapal dari risiko seperti kebakaran, diserang lanun, kapal tenggelam dsb. Risiko lain yang boleh diinsuranskan ialah : 1. Rangka dan enjin kapal yang ditimpa kemalangan hilang atau tenggelam 2. Kargo yang rosak, hilang atau dicuri 3. Pemilik kapal daripada tuntutan pihak tertentu seperti anak kapal, penumpang dsb.

Insurans penerbangan
Memberi perlindungan terhadap kerugian atau kemusnahan yang berlaku sekiranya kapal terbang terlibat dalam kemalangan sama ada di udara, semasa mendarat atau berlepas. Pampasan atau ganti rugi terhadap: 1. Rangka kapal terbang dan enjinnya 2. Kemusnahan lapangan terbang atau tempat awam yang disebabkan kemalangan kapal terbang. 3. Tuntutan keluarga anak kapal dan penumpang kapal terbang yang terkorban atau kehilangan upaya akibat kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai