Anda di halaman 1dari 1

Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut

Mediterranean. Yunani, nama rasminya Republik Hellenik dalam Bahasa Yunani ( , ; dahulu dan kini dikenali dengan nama Yunani). Negara ini dikenali sebagai asal usul ketamadunan Barat. Yunani juga mempunyai sejarah yang kaya dan tersebar di tiga benua. Orang Greek, atau Orang Yunani memanggil negara mereka sebagai Hellas, atau Ellas dalam bahasa Greek Moden. Nama "Greek" berasal daripada bahasa Latin, Graecia yang sebelum ini digunakan untuk selatan Italy. Pesisir pantai Yunani adalah ke-12 terpanjang di dunia iaitu 13,676 kilometer. Gunung Olympus ialah gunung tertinggi di Yunani dengan ketinggian 2,917 meter. Kira-kira 80% daripada permukaan tanah Yunani adalah terdiri dari gunung-ganang. Muka bumi Yunani bergunungganang dengan persisiran pantainya yang berteluk-teluk, jadi kegiatan utama penduduknya adalah perikanan dan perdagangan.

Anda mungkin juga menyukai