Anda di halaman 1dari 5

Lirik Lagu Your Mother Yusuf Islam & Children

Share Who should I give my love to? My respect and my honor to Who should I pay good mind to? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father Cause who used to hold you And clean you and clothes you Who used to feed you? And always be with you When you were sick Stay up all night Holding you tight Thats right no other My mother Who should I take good care of? Giving all my love Who should I think most of? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father Cause who used to hear you Before you could talk

Who used to hold you? Before you could walk And when you fell who picked you up Clean your cut No one but your mother My mother Who should I say why close to? Listen most to Never say no to After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next? Your mother Who next? Your mother And then your father Cause who used to hug you And buy you new clothes Calm your head And blow your nose And when you cry Who wiped your tears? Knows your fears Who really cares? My mother Say Alhamdulillah Thank you Allah Thank you Allah For my mother.

Description. Ibu!!! Islam meletakkan kedudukan ibu di tempat yang tertinggi sebagaimana dalam Sabda Rasulullah S.A.W dimana dalam satu riwayat menceritakan seorang sahabat R.A bertanya kepada Nabi S.A.W siapakah yang sepatutnya dicintainya. Nabi menyebut kedudukan ibu adalah selepas Allah SWT dan Rasulullah. Malah Rasulullah juga menyebut perkataan ibu tiga kali sebelum kedudukan bapa. Banyak sebab mengapa Rasulullah sangat Mengutamakan Insan yang bernama ibu. Lirik lagu yang dinyannyikan oleh yusuf Islam ini telah menghuraikan segala-galanya tentang mengapakah kita wajib menyayangi ibu dan meletakkan kedudukan insane bernama ibu dalam kedudukan tertinggi selepas Allah dan Rasullullah dalam kehidupan kita. Rangkap pertama lagu ini menerangkan siapakah insane yang sepatutnya diberikan kasih sayang dan rasa cinta. Lirik lagu ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang meletakkan kedudukan ibu tiga kali lebih tinggi selepas Allah dan Rasulullah. rangkap ini cuba memperbetulkan pemikiran sesetengah pihak yang meletakkan kecintaan kepada kekasih mereka semata-mata. Rangkap ini cuba mengingatkan kepada kita akan hierarki yang sebenar manakah sepatutnya kita meletakkan cinta kita. Kita seharusnya meletakkan kecintaan yang tertinggi kepada Pencipta kita. Kemudiannya kepada kekasih Allah iaitu Sayyidina Rasulullah SAW. Rangkap kedua pula menerangkan tentang kedudukan ibu adalah tinggi iaitu selepas Allah dan Rasulullah sehingga disebut sebanyak tiga kali. Hal ini kerana terlau banyak pengorbanan oleh ibu kita yang tidak mampu dibalas. Pengorbanan mereka terlalu besar. Sejak lahir hinggalah ke hari ini, insane ini tidak pernah berhenti berkorban dan menyayangi kita. Mereka sangup melakukan apa sahaja asalkan anak-anak mereka gembira dan bahagia. Contohnya semasa melahirkan kita, mereka menahan rasa yang teramat sakit. Dan semasa kita masih bayi dan kanai-kanak, Mereka memandikan kita

dan memakaikan kita pakaian, mereka memberi kita makan, dan jika kita sakit mereka sanggup menjaga kita siang dan malam. Saya merasa terpanggil untuk mempersembahkan lirik lagu ini kerana saya sedar saya sudah menderhaka kepada ibu saya. Sama ada sedar atau tidak sedar, kita telah banyak kali melukakan perasaan ibu kita. Kita mengeraskan suara apabila marah kepada mereka sehingga mereka menangis. Kita tidak sedar akan pengorbanan, kesusahan dan

kepayahan mereka mendidik dan memelihara kita sehingga apa yang kita jadi sekarang. Saya juga menyesal apabila melihat sesetengah manusia yang melupakan terus ibu mereka. Para-para doctor, pensyarah, dan sebagainya yang bekerjaya besar menghantar ibu mereka ke rumah orang tua-tua. Ibu mereka menggadai tanah untuk membiayai yuran university sehingga hidup merempat tetapi dibalas sebegitu rupa apabila sudah berkerjaya besar, Lebih kejam lagi, golongan sebegini tidak mengaku ibu mereka dan tidak membenarkan anak-anak serta isteri mereka menjenguk ibu mereka di rumah orang tua-tua. Dalam Sabda Nabi SAW lagi mengatakan bahawa sesiapa yang

menderhaka kepada ibu bapa mereka tidak akan mencium bau syurga. Begitu besarnya Allah meninggikan pangkat dan darjat seorang ibu. Lagu ini memberikan inspirasi kepada saya supaya menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu saya kerana lagu ini memaparkan pengorbanan-pengorbanan tidak terhingga mereka. Saya ingin menyeru kepada kita semua agar kita tidak lupa aka ibu kita. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Saya juga ingin menyeru kepada kita semua agar kembalilah ke pangkuan ibu, ucapkan maaf, cium tangan mereka dan ucapkan terima kasih. Buat apa sahaja untuk membahagiakan mereka. Janganlah kita menjadi manusia yang lupa daratan.

Anda mungkin juga menyukai