Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KERJA JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT

Program Tarikh Hari Masa Tempat

: Bina Insan Guru (3) : 14 September 2013 : Sabtu : 7.30 pagi 1.00 petang : Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin Selinsing, Perak.

Ahli Jawatankuasa : 1) Norshida Bt Ramly

Alhamduliilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan BIG peringkat 3 2013. Terdapat banyak pengalaman yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini. Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada SK Dato Alaudin dengan kerjasama yang diberi. Saya Norshida Bt Ramly telah ditugaskan sebagai AJK persiapan tempat. Sebelum program yang dirancang berlangsung pada tarikh yang telah ditetapkan, saya bertanggungjawab untuk memastikan dewan dan peralatan yang akan digunakan pada hari tersebut tersedia dengan lengkap. Oleh itu, sehari sebelum program berlangsung saya dan beberapa orang rakan telah pergi ke sekolah tersebut bagi memastikan keadaan di tempat berkenaan. Saya dan rakan-rakan bekerjasama menyusun kedudukan kerusi untuk penceramah, guru-duru dan murid-murid. Saya juga memastikan peralatan seperti komputer riba, LCD, pembesar suara dapat digunakan tampa sebarang masalah. Selain itu, saya dan raka-rakan memastikan dewan dalam keadaan bersih dan kemas. Saya juga perlu memastikan lokasi untuk makan. Makanan diedar di kantin, dan semua peserta menikmati makanan di situ.

Setelah program berlangsung dengan jayanya, saya juga memastikan dewan ditinggalkan dalam keaadaan bersih dan kemas. Peralatan disimpan dengan baik. Segala kerjasama yang telah diberikan oleh rakan-rakan telah memudahkan tugasan yang diberikan kepada saya. Saya amat bersyukur kerana tiada rungutan daripada pihak sekolah tentang keadaan dewan dan tepat makan selapas beberapa hari program itu.

Anda mungkin juga menyukai