Anda di halaman 1dari 1

Laporan : Aktiviti Gotong royong Membersihkan Bilik Menunggu Murid UPSR 2013

Pada 1 September 2013 ( Ahad ), yang lalu Unit Kurikulum SK Tanjong Manis telah mengadakan program gotong royong membersihkan Bilik Menunggu Murid UPSR 2013 ( Bilik Kuarantin ). Aktiviti tersebut telah dijalankan pada pukul 2:30 petang hingga 5:30 petang. Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada semua murid murid dan guru guru bergaul dengan lebih mesra serta menambah pengetahuan mereka. Tepat pada pukul 2:15 petang semua murid telah berkumpul di ruang legar SK Tanjong Manis. Kehadiran telah diambil oleh guru yang telah ditetapkan sebelum ini. Sesi taklimat sebelum gotong royong telah disampaikan oleh Setiausaha Unit Peperiksaan, En. Mohd. Hairulhaswandi b. Mohd. Affandi. Beliau turut menerangkan tujuan aktiviti gotong royong itu diadakan. Setelah selesai sesi taklimat ringkas, murid telah diagihkan kepada lima kumpulan yang mana tugas telah ditetapkan oleh pihak penganjur aktiviti gotong royong tersebut. Antara tugas yang perlu murid murid lakukan adalah seperti menyapu sampah, mengelap meja dan lain lain lagi. Aktiviti gotong royong bermula pada pukul 2:45 petang dan semua guru dan murid yang terlibat menjalankan tugas masing- masing. Setelah penat bekerja semua guru dan murid dijemput untuk menjamu selera di kantin sekolah. Aktiviti gotong royong ini berjalan dengan lancar dan adalah diharap program seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang kerana aktiviti seperti ini banyak memberi manfaat kepada semua murid dan guru.

Disediakan oleh;

( AZYANA BINTI AHMAD )

Anda mungkin juga menyukai