Anda di halaman 1dari 18

PANDUAN

PROGRAM IHYA RAMADHAN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) TAHUN 2013M/1434H

Disediakan oleh Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JUN 2013

Kata-Kata Aluan

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala, pemilik dan penguasa alam seluruhnya. Selawat dan salam kesejahteraan ke atas Baginda Muhammad SAW, penghulu para anbiya wal mursalin, pemberi syafaat kepada insan dan penterjemah akhlak Qurani yang hakiki dan sejati. Ramadhan al-Mubarak merupakan institusi pendidikan rabbani khusus untuk ummah akhir zaman. Kerahmatan dan keberkatannya amat ditunggu-tunggu oleh semua yang bergelar makhluk ciptaan Allah Azza wa Jalla. Hadis-hadis Nabi SAW telah banyak menceritakan bagaimana ummah awwalin dalam kalangan sahabat amat merindui kehadirannya dan sedih pilu apabila tiba saat perpisahan dengannya Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, berhasrat menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan tarbiah untuk mendidik jiwa. Melalui kepelbagaian pengisian rohani, diharapkan seluruh warga SMKA dan SABK dapat menjejaki kembali kegemilangan generasi al-awwalin. Panduan Program Ihya Ramadhan SMKA dan SABK yang disusun adalah merupakan satu panduan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan di semua sekolah berkenaan. Semoga dengan satu acuan, visi dan misi ke arah kecemerlangan SMKA dan SABK akan dapat disatu dan direalisasikan. Kunci kecemerlangan SMKA dan SABK hanya ada pada kecemerlangan sahsiah diri warganya. Maka rebutlah peluang kehadiran Ramadahan untuk menjana kecemerlangan dan keunggulan sahsiah diri. Akhir kata, saya doakan seluruh warga SMKA dan SABK cemerlang dunia dan akhirat. Labbaika Ya Ramadhan . Sekian, wassalam.

(HJ ABDULLAH BIN MD. DIN )

PANDUAN PROGRAM IHYA RAMADHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) 1434H/2013M 1. PENGENALAN Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengkukuhan sahsiah pelajar dan warga SMKA/SABK. 2. MATLAMAT Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua SMKA/SABK agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga SMKA/SABK supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai. 3. OBJEKTIF 3.1 Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak. 3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi. 3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga SMKA/SABK serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik. 3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan. 3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga SMKA/SABK dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar. 4. SASARAN 4.1. 4.2. 4.3. 4.4. 4.5. 4.6. Pelajar-pelajar Guru dan staf sokongan Ibu Bapa Pelajar Sekolah-sekolah Sekitar PegawaiPegawai JAPIM,JPN dan PPD Pimpinan Masyarakat Setempat

5. TEMPAT Premis sekolah dan kawasan sekitar

6. PROGRAM IHYA RAMADHAN 6.1. Aktiviti Utama a. Program Di Ambang Ramadhan b. Tadarus Quran Pelajar dan guru-guru serta staf sokongan ( Sepanjang Bulan Ramadhan) c. Ceramah Perdana / Forum Perdana d. Majlis Khatam Al-Quran e. Solat Tarawih f. Qiamullail g. Sumbangan Fakir Miskin h. Iftar Jamaie i. Banner ( Labbaika Ya Ramadhan ) j. Majlis Perutusan Aidil Fitri k. Risalah Ramadhan l. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga coklat, menulis khutbah aidil fitri, anyaman ketupat dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan dan Aidil Fitri 6.2. Aktiviti Elektif a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n. Kuliah Zohor Kuliah Subuh Tazkirah Murid Usrah Bacaan Mathurat Ceramah Nuzul al-Quran / Badar Kubra Gotong Royong / Keceriaan Surau Majlis Tahlil Tazkirah 5 minit Perhimpunan Pagi Kelas tafaqquh staf Forum pelajar Tayangan DVD Penghayatan Dhuha Cenderamata petugas Ihya Ramadhan ( Pelajar )

7. PROGRAM PERDANA IHYA RAMADHAN SMKA/SABK 7.1. Pengisian program ini sekurang-kurangnya seperti berikut : a. b. c. d. Forum Perdana / Ceramah Perdana Iftar Jamaie Tadarus al-Quran / Khatam al-Quran Penyediaan Juadah Berbuka secara gotong-royong ( nasi, lauk pauk, BBQ dll jika sesuai ) e. Penyediaan Bubur Lambuk secara gotong-royong ( jika sesuai ) f. Solat Tarawih g. Qiamullail h. Kuliah subuh i. Penyampaian hadiah pertandingan

7.2.

Sasaran / penyertaan program ini seperti berikut : a. Pegawai BPI / Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah b. Pimpinan masyarakat setempat c. Pengetua atau wakil sekolah yang berhampiran d. PIBG sekolah e. Warga SMKA/SABK seluruhnya

7.3.

Sumber Kewangan : Bahagian Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam menyediakan peruntukan khas untuk program ini.

7.4.

Tarikh Ia ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.

8. Kaedah Pelaksanaan Program Ihya Ramadhan 8.1. 8.2. 8.3. Semua SMKA/SABK diminta melaksanakan Program Perdana Ihya Ramadhan dengan peruntukan yang diberi. Semua SMKA/SABK diminta memberi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti utama Program Ihya Ramadhan. Semua SMKA/SABK disarankan melaksanakan aktiviti elektif program Ramadhan mengikut kesesuaian dan kemampuan sekolah.

9. Jawatankuasa Pelaksana Program Perdana Ihya Ramadhan 9.1. Jawatankuasa Induk Pengerusi Pengetua SMKA/SABK Timbalan Pengerusi Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 1 Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum Setiausaha Ketua Bidang Penolong Setiausaha Ketua Panitia Pendidikan Islam 9.2 Ahli Jawatankuasa a. b. c. d. e. JK JK JK JK JK Urusetia Protokol dan Sambutan Tadarus al-Quran Majlis Khatam al-Quran Majlis Qiamulail

f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. q. r. s. t. 10.

JK JK JK JK JK JK JK JK JK JK JK JK JK JK JK

Solat Tarawih Ceramah Perdana Rakaman & Dokumentasi Pengacaraan dan Bacaan Doa Persiapan Dewan dan Khemah Hiasan Pentas Keselamatan dan Kebajikan Seranta dan Siaraya Jamuan Hadiah dan Cenderamata Cenderahati Risalah dan Broucher Pertandingan Penyambut Tetamu Tugas-Tugas Khas

Faedah-Faedah Yang Dijangka Diperolehi 10.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap antara warga SMKA/SABK. 10.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati kepentingan beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadhan. 10.3 Melahirkan rasa simpati dan prihatin di antara warga SMKA/SABK kepada orang yang kurang bernaib baik dan yang memerlukan pertolongan. 10.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari ilmuan dalam slot rawdhtul ilmi seketika bersama ilmuan. 10.5 Mewujudkan kembali budaya bergotong royong mengendalikan majlis antara warga SMKA/SABK. 10.6 Dapat melahirkan ukhuwah dan kerjasama yang erat antara warga Kementerian Pendidikan dengan warga pendidik dan pelajar di SMKA/SABK.

11.

Penilaian Dokumentasi dan laporan lengkap pelaksanaan program hendaklah disediakan dan dihantar ke Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. ( U.P : Ustaz Abd Rahman bin Che Soh) ( Sila rujuk kepada Lampiran 2 )

12.

Perkara Yang Dipohon Bahagian ini memohon semua Pengetua dan warga SMKA/SABK mengambil maklum dan bekerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan Program Ihya Ramadhan SMKA/SABK 1434H/2013M.

Disediakan oleh: Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran 1

Kaedah Pelaksanaan Aktiviti Ihya Ramadhan 1. Program Di Ambang Ramadhan Tarikh : Ditentukan oleh sekolah Tempat : Dewan Besar Sekolah Tempoh Masa : 30 minit Sasaran: Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan menambat jiwa raga warga SMKA/SABK rasa seronok untuk beramal ibadat sepanjang Ramadhan. 2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin. 3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan untuk makluman semua warga SMKA/SABK Kaedah Pelaksanaan : a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah b. Ucapan Khas oleh Pengetua SMKA/SABK Tayang Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan. 2. Tadarrus Al-Quran Guru dan Staf SMKA/SABK Tarikh : Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh pihak urusetia Objektif : 1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan. 10. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari. 11. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan dalam kehidupan.

Kaedah Pelaksanaan : a. b. c. d. Guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator Selesai tadarrus semua warga pendidik dan staf disarankan solat berjemaah bersama pelajar di Surau.

3. Tadarrus Al-Quran Pelajar Tarikh : Setiap hari persekolahan dalam bulan Ramadhan Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh pihak urusetia dengan mengambil kira pelajar yang menginap bersama keluarga. Sasaran: Pelajar yang tinggal di asrama dan yang tinggal bersama keluarga. Objektif : 1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan. 2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan pelajar dengan dibimbing oleh seorang fasilitator atau guru 3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan dalam kehidupan. Kaedah Pelaksanaan : a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia. c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan. d. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru. e. Selesai tadarrus semua pelajar dikehendaki solat berjemaah di Surau. 4. Ceramah Perdana / Forum Perdana Tarikh: Ditetapkan oleh pihak sekolah Masa : 2 jam Sasaran : Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.

Kaedah Pelaksanaan : a. Program ini dicadangkan hanya sekali dalam bulan Ramadhan. b. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah. c. Pelaksanaan program ini boleh digabungkan dengan Program Perdana Ihya Ramadhan atau ia dilaksanakan secara berasingan mengikut kesesuaian pihak sekolah. d. Disarankan diadakan soalan kuiz selepas sesi ceramah. ( ikut kesesuaian pihak sekolah ) e. Hadiah atau cenderahati disediakan untuk pemenang. f. Tajuk yang dicadangkan seperti berikut : i Ramadhan Menjana Kecemerlangan Hidup ii- Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Madrasah Ramadhan iii- Mencontohi Kehidupan Generasi Qurani iv- Lain-lain tajuk yang sesuai. 5. Majlis Khatam Al-Quran Tarikh : Ditetapkan oleh pihak sekolah Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh pihak urusetia Sasaran : Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di bulan mubarak. 2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-Quran. 3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw. Kaedah Pelaksanaan : a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah. b. Pilih pelajar mengikut kelas atau dorm asrama sebagai peserta Khatam al-Quran. c. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih dikalangan pelajar Tingkatan 1 yang belum pernah Khatam al-Quran. d. Semua warga SMKA/SABK dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah. e. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telor dan paluan kumpulan kompang. f. Majlis dipimpin oleh guru pembimbing dan diikuti oleh semua peserta khatam al-quran sehingga selesai. g. Bacaan doa khatam dipimpin oleh guru pembimbing. h. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai dan bunga telor dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin. i. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

6. Qiamullail Tarikh : Sekali setiap cuti hujung minggu Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh pihak urusetia dengan mengambil kira pelajar yang menginap bersama keluarga. Sasaran: Keutamaan Pelajar yang tinggal di asrama sahaja manakala pelajar yang tinggal bersama keluarga digalakkan terlibat. Objektif : 1. Memberi kesedaran dan melatih pelajar untuk menghayati kelebihan ibadat qiamullail. 2. Membentuk jati diri di kalangan pelajar dengan bermunajat dan berqiamullail. 3. Melahirkan kesedaran, keinsafan dan berusaha mencari kelebihan malam Lailatui Qadr. Kaedah Pelaksanaan : a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk b. Pilih imam di kalangan pelajar atau imam jemputan untuk memimpin qiamullail. c. Solat sunnat yang disarankan ialah solat sunat tahajjud, taubat, tasbih dan witir. d. Qiamullail diakhiri dengan doa. e. Pelajar bergerak ke dewan makan untuk bersahur.

7. Tabung Sumbangan Fakir Miskin Tarikh : Sepanjang Ramadhan Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh urusetia Sasaran: Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga Kementerian Pendidikan serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

10

Kaedah Pelaksanaan : a. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Tuan Pengetua pada hari pertama persekolahan di bulan Ramadhan b. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di perhimpunan pagi atau selepas solat. c. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat. d. JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas e. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh Pengetua. 8. Iftar Jamaie Tarikh : Pada masa program Perdana Ihya Ramadhan Tempat : Ditetapkan oleh pihak urusetia Masa : Ditetapkan oleh urusetia Sasaran: Seluruh warga SMKA/SABK. Objektif : 1. Melahirkan warga Kementerian Pendidikan yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak. 2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi. Kaedah Pelaksanaan : a. Pelaksanaannya sempena Program Perdana Ihya Ramadhan. 9. Banner / Seranta Tarikh : Akhir Syaaban Tempat: Ditetapkan oleh urusetia Masa : Sepanjang Ramadhan. Objektif : 1. Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik. Kaedah Pelaksanaan : a. JK Banner memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk diletak dalam kain banner.

11

b. Letakkan banner dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua warga SMKA/SABK. c. Layout banner berasaskan kreativiti pihak sekolah dan sesuai dengan suasana Ramadhan. 10. Majlis Perutusan Aidil Fitri Oleh Pengetua Tarikh : Ditentukan oleh sekolah Tempat : Dewan Besar Sekolah Tempoh Masa : 1 jam Sasaran: Seluruh warga SMKA/SMKA Objektif : 1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat sepanjang Ramadhan. 2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam. 3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan syawal. Kaedah Pelaksanaan : a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah. b. Ucapan Khas oleh Pengetua SMKA/SMKA. c. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik. d. Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan. 11. Masak Bubur Lambuk dan Bakar Lauk Pauk (BBQ ) Tarikh : Ditetapkan oleh sekolah Tempat : Ditetapkan oleh pihak sekolah Tempoh Masa : Ditetapkan oleh pihak urusetia. Sasaran: Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

12

Kaedah Pelaksanaan : a. Ia diurusetiakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik b. Masak secara bergotong royong diketuai oleh seorang memilik pengalaman dalam bidang tersebut. c. Lantik Jawatankuasa Kecil yang menjayakan program ini. 12. Pelaksanaan Aktiviti Elektif Ihya Ramadhan Tarikh : Ditetapkan oleh sekolah Tempat : Ditetapkan oleh urusetia Tempoh Masa : Ditetapkan oleh urusetia. Sasaran: Seluruh warga SMKA/SABK Objektif : 1. Menyemarakkan lagi bulan keberkatan dengan pelbagai aktiviti yang bermanafaat. 2. Membangunkan pembinaan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kaedah Pelaksanaan : a. Pihak sekolah disarankan untuk memilih melaksanakan aktiviti elektif mengikut kesesuaian pihak sekolah. b. Pelaksanaan program tersebut berasaskan kreativiti pihak sekolah. c. Setiap pelajar diberi peluang untuk membangunkan bakat dan daya kepimpinan melalui slot tazkirah ringkas dalam perhimpunan pagi atau selepas solat d. Setiap warga pendidik dan staf digarap tenaga dan fikiran mereka secara aktif untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

13

Lampiran 2
Contoh Format Laporan Program Ihya Ramdahan SMKA/SABK ___________________ Tahun _______ 1. Pengenalan Bulan Ramadhan adalah tetamu agung dari Allah untuk umat Islam menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan Allah Taala. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. 2. Carta Organisasi 3. Objektif

3.1 3.2
4. Aktiviti a.

Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam. Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di Bulan Ramadhan dll

Aktiviti Utama Program Ihya Ramadhan (i ) (ii) (iii) Kelas Tadarrus al-Quran Mengadakan Majlis Khatam al-Quran Solat berjemaah; sesi pagi solat zohor dan sesi petang solat asar manakala sekolah berasrama solat berjemaah lima waktu dll

b.

Aktiviti Elektif (i ) (ii) Pertandingan hafaz al-Quran Pertandingan Hias Bunga Coklat dll

c. 5. Data (i)

Program Perdana

Tadarrus al-Quran a. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut tingkatan b. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasilitator dll Majlis Khatam al-Quran a. Telah diadakan pada 10 Ramadhan 1429H b. Tetamu kehormat yang dijemput ialah YB Ahli Parlimen Kawasan dll.

( ii )

6. Gambar/ photografi

14

Borang Maklum Balas Program Ihya Ramadhan SMKA/SABK 2013M/1434H Nama Sekolah Alamat Sekolah No. Telefon E-mail Sekolah Bil : .. : : : .. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Kumpulan Sasaran Jumlah Terlibat

Cadangan / Komentar Tandatangan Pengetua ( ) Tarikh : .. Cop Sekolah

Nota : Sila isi dan kembalikan ke Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum atau pada 30 Ogos 2012 untuk perhatian ( Ustaz Abd Rahman bin Che Soh) Tel. No. :03-83217275 /019-9390400

15

PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA Program Ihya Ramadhan SMKA/SABK 1. Setiausaha dan Urusetia Tugas - Melantik JK Pengelola / JK Pelaksana - Mengurus surat menyurat - Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa - Mengadakan raptai 2. Protokol dan Sambutan Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan pasukan kompang dan silat. - Menguruskan penyediaan bunga manggar telur, bunga rampai, pulut kuning, Roset dan lain-lain yang diperlukan. - Memastikan protokol majlis berjalan lancar. 3. Tadarrus al- Quran Tugas - Melantik AJK Kecil - Menguruskan pembahagian kumpulan tadarrus. - Menentukan pengagihan atau sukatan kumpulan tadarrus - Memberi taklimat kepada pelajar, guru dan staf - Memastikan perjalanan tadarrus berjalan lancar. 4. Majlis Khatam al-Quran Tugas - Mengurus dan membimbing pelajar khatam Alquran - Mengetuai Majlis Khatam al-Quran - Memimpin bacaan doa khatam al-Quran. 5. Majlis Qiamullail Tugas - Melantik AJK Kecil - Memilih imam Qiamullail - Mengurus dan menyediakan bahan edaran - Menguruskan persiapan majlis 6. Ceramah Perdana / Forum Perdana Tugas - Melantik AJK Kecil - Memberi cadangan senarai nama ahli forum dan tajuk forum - Menyediakan Pengerusi Forum - Menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada ahli panel - Menyediakan tempat forum - Memastikan peralatan yang diperlukan 7. Rakaman & Dokumentasi Tugas - Melantik AJK Keci; - Menguruskan rakaman video sepanjang majlis berjalan - Menguruskan petugas photografi - Mengurus dan menyimpan segala bahan dokumentasi yang berkaitan majlis.

16

8. Pengacaraan dan Bacaan Doa Tugas - Menyediakan teks doa yang sesuai dengan majlis - Memimpin bacaan doa - Menyediakan Aturcara Pentadbiran setelah berbincang dengan Setiausaha - Menyediakan skrip pengacaraan majlis - Melantik juru acara majlis - Memastikan majlis berjalan lancar. 9. Persiapan Tempat dan Khemah Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan tempat duduk VIP, tetamu dan jemputan - Menyusun atur kedudukan mengikut keutamaan - Memastikan kekemasan dewan semasa dan selepas majlis - Memastikan alat siaran berfungsi dengan baik ketika majlis berjalan dan mencukupi - Menyediakan alternatif lain sekiranya berlaku gangguan elektrik 10. Hiasan Pentas Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan hiasan pentas - Menguruskan penyediaan latar pentas ( backdrop ) - Hias meja dan tempat duduk VVIP 11. Keselamatan dan Kebajikan Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan tempat parking kenderaan yang sesuai. - Mengurus taklimat kepada petugas - Menyediakan peralatan kecemasan jika perlu. 12. Seranta dan Siaraya Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan sepanduk dan memasangnya di tempat-tempat tertentu - Menghubungi pihak media untuk membuat liputan jika perlu 13. Jamuan Tugas Melantik AJK Kecil Menyediakan menu VIP, tetamu jemputan dan peserta Menyediakan anggaran dan tempahan menu jamuan Menentukan tempat dan bentuk jamuan Menyediakan petugas jamuan VIP dan tetamu Memastikan bekalan jamuan mencukupi Menguruskan persiapan dan hidangan bubur lambuk dan BBQ. Mengurus bil pembayaran tempahan jamuan kepada pihak bertangunggjawab.

14. Hadiah dan Cendermata Tugas - Melantikk AJK Kecil - Menyediakan cenderamata kepada VVIP - Mengurus door gift kepada tetamu jika disediakan. - Mengurus penyerahan cenderahati kepada petugas di kalangan pelajar sepanjang Ramadhan. - Menyediakan hadiah / cenderamata untuk penceramah / panel forum - Mengurus hadiah/ cenderamata ketika penyampaian hadiah

17

15. Bubur Lambuk dan BBQ Tugas - Melantik AJK Kecil - Mengurus penyediaan bahan dan peralatan untuk menyediakan bubur lambuk dan BBQ - Mengurus pembelian bahan yang diperlukan untuk bubur lambuk dan BBQ 16. Jemputan dan Sambutan Tugas - Melantik AJK Kecil - Mengurus jemputan Tetamu Kehormat - Menyediakan kad jemputan - Menyenaraikan nama para jemputan untuk diberikan kepada JK Urusetia - Membuat jemputan kepada para tetamu - Mengurus sambutan Tetamu Kehormat - Menyedia tempat rehat Tetamu Kehormat - Bekerjasama dengan JK Persiapan Tempat untuk menentukan tempat duduk mengikut susun atur keutamaan - Membuat penyelarasan dengan urusetia - Mengiringi dan menunjuk arah Tetamu Kehormat - Mengedar Buku Program kepada para jemputan 17. Risalah dan Brosur Tugas - Melantik AJK Kecil - Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz - Mendapatkan senarai nama jawatankuasa kerja - Berbincang dengan pengerusi dan setiausaha kontens broucher - Mengurus layout broucher yang sesuai dengan majlis. 18. Pertandingan Tugas - Melantik AJK Kecil - Membuat promosi kategori pertandingan - Menyediakan borang penyertaan pertandingan - Melantik hakim setiap pertandingan - Mengurus pemenang setiap pertandingan - Berbincang dengan JK Hadiah, jenis hadiah yang sesuai untuk setiap pemenang 19. Penyambut tetamu Tugas - Menyambut Tetamu semasa majlis diadakan. - Mengiringi tetamu dan memandu arah tetamu untuk ke tempat duduk yang disediakan - Mengiringi tetamu atau jemputan khas sehingga selesai majlis. 20. Tugas-Tugas Khas Tugas - Membantu Urusetia dalam melancarkan lagi persiapan dan penyediaan majlis. - Membantu melaksanakan tugas-tugas khas. - Menyelaras mana-mana tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Pengerusi.

18

Anda mungkin juga menyukai