Anda di halaman 1dari 1

Leong Kok Hui, 649, Aras 6, Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia. ________________________________________________________________________ PROF. MADYA DR.

ZULKIFLLE LEMAN, Pengetua Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia.

16 April 2011

Tuan,

Permohonan Untuk Menetap Di Kolej Bagi Semester Baru Saya, Leong Kok Hui (160639), pelajar tahun 1 Kejuruteraan Kimia Dan Alam Sekitar, ingin memohon kebenaran untuk menetap di kolej bagi semester yang baru. 2. Dimaklumkan bahawa saya ialah pelajar bekas Asasi Sains Pertanian yang tinggal di Koleh Sepuluh untuk satu semester sahaja dan sebab itulah tidak dapat mengumpul merit yang diperlukan untuk terus menetap di kolej. 3. Saya berharap dapat terus menetap di kolej kerana saya tidak mempunyai kenderaan dan kediaman altenatif di luar kawasan kampus. Selain itu, saya membuat rayuan supaya dapat menetap di kolej untuk memudahkan aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum. 4. Diharapkan Tuan bertimbang rasa dan memahami situasi saya dan meluluskan surat permohonan ini. Kerjasama daripada tuan amatlah saya hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar, . (LEONG KOK HUI)

Anda mungkin juga menyukai