Anda di halaman 1dari 4

KURSUS PENGURUSAN STOR

Tarikh yang dicadangkan : Ogos 2009 (2 hari)


Tempat Kursus : Putrajaya
Kumpulan Sasaran : P&P dan Sokongan

RASIONAL

Bilangan stor yang banyak dan nilai barangan / aset yang besar yang disimpan
di dalam stor sesebuah organisasi memerlukan pegawai yang berkemahiran
dalam menguruskan stor. Pengurusan stor yang teratur dan sistematik akan
dapat mengurangkan risiko kehilangan stok dan mengelakkan pembaziran.

OBJEKTIF

• • Menambah pengetahuan dan kefahaman tentang fungsi dan jenis stor


• • Memberi kesedaran tentang kepentingan penyelenggaraan stor
• • Memahami kaedah pengurusan stor
• Memahami aspek-aspek prosedur dan tatacara pengurusan stor mengikut
pekeliling yang ditetapkan
• Mempertingkat kemahiran baru dalam pengurusan stor dan inventor serta
penyelenggaraannya
• Membina sikap positif dan integriti dalam pengurusan stor dan inventori

KANDUNGAN

• Prinsip Pengurusan Stor


• Kaedah Pengurusan Stor
o Pembelian, Penerimaan dan Penyimpanan Barang Stor
o Kawalan Stor
o Sistem Keselamatan Stor
o Rekod Stor
o Rekod Penyelenggaraan Aset
• Klasifikasi dan Pengkodan
• Pemeriksaan dan Verifikasi Stok
• Pengurusan Inventori
• Kehilangan/Pelupusan/Hapus Kira
• Latih amal
• LDK dan aktiviti

METODOLOGI

Syarahan
Perbincangan
Amali
Lawatan

Tempoh

4 hari

Kumpulan Sasaran

P&P

Terbuka kepada pegawai Kumpulan Sokongan Gred 1 – 26 yang berkhidmat di


Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Pihak Berkuasa Tempatan yang
menjalankan tugas pengurusan stor.

Pegawai Gred 17 dan ke atas dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional


serta Kumpulan Sokongan.

Selepas menghadiri program latihan ini, para peserta akan dapat: meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman mengenai prinsip dan kaedah pengurusan stor
yang betul; dan meningkatkan pengetahuan berkenaan tatacara kehilangan,
pelupusan dan hapus kira.
KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN
PERLINDUNGAN

Tarikh yang dicadangkan : Ogos 2009 (2 hari)


Tempat Kursus : Putrajaya
Kumpulan Sasaran : PAP dan Sokongan

RASIONAL

Ancaman terhadap keselamatan negara tidak terhad kepada ancaman dari


negara luar sahaja, tetapi juga meliputi ancaman dari dalam negara yang
mungkin berpunca daripada kecuaian dan kelalaian pegawai awam. Oleh itu,
kesedaran mengenai pengurusan keselamatan dan risiko yang bakal dihadapi
perlu diketahui oleh setiap penjawat awam.

OBJEKTIF KURSUS:

• Memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai Dasar, Prosedur dan


Arahan berkaitan Keselamatan Perlindungan;

• Memberi kompetensi Perlindungan bagi melaksana sistem kawalan


keselamatan perlindungan di Jabatan masing-masing dan

• Mempertingkatkan kemahiran mengenai tatacara dan peraturan


keselamatan Kerajaan

MODUL KURSUS:

• Pengurusan Keselamatan Menangani Ancaman Keselamatan


• Pengurusan Rahsia Rasmi Kerajaan Dari Perspektif Keselamatan
Fizikal
• Pengurusan Rahsia Rasmi Kerajaan Dari Perspektif Akta Rahsia
Rasmi 1972
• Pengurusan Rahsia Rasmi Kerajaan Dari Perspektif Keselamatan
Dokumen
• Pengelasan dan Pengelasan Semula Rahsia Rasmi
• Pengurusan Rahsia Rasmi Kerajaan Dari Perspektif Keselamatan
Peribadi
• Keselamatan Maklumat-Isu-Isu dan Cabaran

• Latih amal
• LDK dan aktiviti
o • Kajian kes

KAEDAH LATIHAN:

Ceramah, perbincangan dan persembahan kumpulan

KUMPULAN SASAR:

Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Peringkat Ibu Pejabat


LPPKN Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja)

Anda mungkin juga menyukai