Anda di halaman 1dari 7

Jangan meludah dalam laut

DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti
dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama
petua yang mendatangkan kebaikan.

Nelayan terdahulu yang mengamalkan petua dan pantang larang seperti tidak
membawa pulut kuning, telur, daging mentah, bertih sering dikaitkan sebagai makanan
syaitan di laut, hari ini pantang larang itu tidak diendahkan oleh pemancing dan tekong
bot sendiri.

"Kita yang nak makan, bukan nak jamu orang atau makhluk lain," itu yang diperkatakan
oleh mereka dan rata-rata menolak dakwaan ribut yang datang itu bukan daripada petua
yang salah.

Apa pun ada baiknya diterjemahkan semula petua yang boleh diamalkan seperti bersiul
pada waktu malam, menjerit-jerit, mulut lantang yang tidak bertapis cakap, mencabar
untuk berentap dengan ikan sebesar kapal atau mengunakan ilmu hitam yang
bertentangan dengan ajaran Islam.

Lebih daripada itu mereka sanggup mengunakan kain kapan orang mati yang diambil
dari kubur yang baru di kebumikan, tali orang mati digantung malah banyak lagi perkara
yang salah di gunakan.

Ini bukan saja mengundang dosa tapi akan berdepan dengan bahaya di laut yang bukan
sedikit. Petua atau amalan begini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebaliknya
melangkah turun dari rumah dengan mengingati Allah adalah sebaik-baik amalan dan
meludah di laut segera dihentikan kerana laut tempat kita mencari rezeki yang perlu
dihormati.

Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikan
makanan untuk keluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di laut
sesuka hati, berludah saja dalam plastik atau tidak membuang benda-benda kotor di
laut.

'Tidur-tidur ayam' selamat nyawa


TIDUR memainkan peranan penting kepada kesihatan seseorang sama ada semasa
memandu kenderaan di daratan atau mengendalikan bot, atau kapal semasa di lautan.
Jika mengantuk yang tidak terkawal boleh membawa mudarat seperti terbabit dalam
kemalangan sama ada di jalan raya atau di laut.

Kali ini Pak Nuri ingin berkongsi pengalaman di laut selain menjadi tempat kita mencari
rezeki, laut juga tempat yang penuh dengan cabaran walaupun tidak sesibuk se perti di
darat. Namun laut tetap dikategorikan sebagai tempat berbahaya yang mesti difikirkan
sebelum melangkah turun ke laut.

Pengalaman yang hendak dikongsikan kali ini walaupun dianggap ringan tapi faedahnya
besar. Kaki pancing yang sentiasa menjalani aktiviti memancing di laut digalakkan
supaya belajar `tidur-tidur ayam' terutama kepada tekong. Cara berkenaan mempunyai
kebaikan terutama untuk menjaga keselamatan dan bertindak pantas jika berlaku
sesuatu yang tidak diingini.

Tidur-tidur ayam dalam bot tidak banyak menimbulkan masalah kerana tidak perlu
disediakan tilam atau bantal kerana kita bukan bertujuan untuk tidur nyenyak semasa
menjalankan aktiviti memancing namun tidur untuk berehat supaya mendapat semula
tenaga, sebelum meneruskan aktiviti memancing yang mungkin berlarutan hingga
beberapa hari.

Tidur nyenyak yang panjang ketika di laut merugikan masa yang sepatutnya digunakan
untuk memancing, sebab itu tidur-tidur ayam digalakkan supaya masa memancing lebih
panjang.

Satu lagi tidur-tidur ayam juga untuk menjaga keselamatan. Pernah berlaku peristiwa
yang hampir meragut nyawa sepuluh pemancing dalam satu bot yang dapat mengubah
haluan kapal dagang daripada melanggar bot pemancing terbabit.

Pemancing yang tidur-tidur ayam dapat melakukan tindakan keselamatan dengan


memberi isyarat lampu kepada kapal terbabit yang akhirnya dapat dikesan oleh kapal
yang berhadapan dengan mereka. Sebab itu kebanyakan tekong dan pemancing
berpengalaman tahu cara bagaimana untuk tidur-tidur ayam ketika berada di laut.

Hilang punca jalan keluar


SESAT sering berlaku semasa mencari jalan keluar dari lokasi memancing di terutama
lombong tinggal atau tasik dalam hutan, namun pengalaman seorang bekas sarjan
komando tentera darat, dapat dijadikan petua untuk diamalkan bersama kaki pancing.

Petuanya mudah, lakukan menakik pokok pada permulaan kita masuk ke hutan dengan
meletak ranting pokok yang ditajamkan bahagian hujung menghala ke lokasi. Tanda
berkenaan perlu dibuat setiap 5 atau enam meter sehingga sampai di lokasi.

Semasa pulang ikut jalan yang dilalui dengan menjadikan tanda sebagai panduan. Cara
begini anda pasti tidak akan sesat namun perlu berhati-hati kadang-kadang timbul
kekeliruan disebabkan hilang atau salah tunjuk.

Jika timbul kekeliruan anda jangan penik dan hentikan perjalanan bagi mengelakkan
terus sesat. Teruskan mencari tanda jangan berpecah jika dalam kumpulan kerana
berpecah itu akan mengundang masalah yang lebih buruk.

Ini pernah berlaku dalam kumpulan pemancing yang hilang arah untuk pulang lalu
berpecah dua kumpulan untuk mencari arah pulang dengan mencari ranting pokok yang
dipatahkan, bagaimanapun kedua-duanya akhirnya jauh meninggalkan jalan mula yang
ditanda.

Akhir dua kumpulan berkenaan hilang antara satu sama lain hingga bermalam dalam
hutan tebal. Mereka akhirnya di selamatkan oleh satu lagi kumpulan pemancing yang
mengunakan jalan yang sama tidak jauh dari tempat kedua-dua kumpulan yang sesat
itu.

Berpandu kepada peristiwa ini Pak Nuri syorkan supaya arah tuju mesti ditanda semasa
melalui hutan tebal atau lorong dalam hutan. Jangan sekali-kali berpisah jauh daripada
tanda yang sudah dibuat. Petua ini mesti di amalkan.

Air tawar halang terik matahari


SEMASA menghadapi cuaca panas yang terus berbahang semasa memancing di laut
kita bakal berdepan dengan suasana tidak selesa terutama bumbung pelindung bot
tidak cukup besar untuk menampung keseluruhan bot.

Justeru langkah terbaik pemancing perlu mengunakan topi lebar (seperti pekebun sayur
wanita cina). Selain itu baju tebal berwarna putih yang dapat menyerap peluh juga
sebaik-baik pakaian yang perlu digunakan.

Baju yang berupaya menyerap peluh ini dapat menyegarkan kita kerana sentiasa
lembab berbanding dengan mereka yang tidak berbaju kerana pendedahan terbuka
kepada matahari menyebabkan kulit badan menjadi kering dan mudah menggelupas.

Dalam apa juga keadaan suhu badan harus diletakkan dalam keadaan sederhana
dengan mengambil kira keadaan sekitar yang mesti ada ruang untuk mendapatkan
angin laut yang terbuka. Tuala perlu dibasahkan dengan air tawar, bukan dengan air laut
yang masin. Tuala basah di bungkus di kepala supaya bahagian kepala dapat bertahan
daripada panas mata hari dan segarnya dapat bertahan lebih lama.

Langkah terbaik dan sangat berkesan pemancing perlu banyak minum air sejuk (air
mineral) bukan yang disejukkan dalam peti sejuk nelayan atau mengambil ketul ais
untuk di minum sama. Ketul ais yang dibekalkan untuk menyegarkan ikan bahaya untuk
diminum.

Pemancing juga tidak digalakan terus mandi dalam keadaan badan yang masih
berbahang panas. Anda perlu mengambil masa untuk beberapa minit berihat sebelum
mandi.

Air tawar yang dibawa dari darat adalah terbaik untuk menghalang bahang panas
matahari.

Jangan memancing semasa kilat


CUACA banyak memainkan peranan penting dalam sebarang aktiviti sukan dan riadah.
Begitu juga dengan aktiviti memancing, cuaca tetap menjadi sebahagian daripada
fenomena yang penting terutama ketika berada di tengah laut dan jauh dari pulau dan
tanah besar.
Pernah berlaku beberapa peristiwa semasa satu kumpulan pemancing muda melakukan
ekspedisi memancing di laut berhampiran perairan Pulau Bidong Terengganu, beberapa
tahun lalu.

Menurut cerita Pak Wan Dollah, tekong veteran yang kini sudah berusia 88 tahun dan
tidak lagi turun ke laut tapi masih dapat mengingati kumpulan yang tidak mengindahkan
larangan atau petua ketika memancing ketika berlaku kilat sabung menyabung.

Jika berlaku sebarang suasana sedemikian pemancing tidak digalakkan mendedahkan


diri di tempat lapang yang terbuka atau tidak memegang joran atau memegang batang
besi kerana ia mudah disambar petir.

Menurut Pak Wan Dollah, ketika membawa rombongan pemancing beliau menasihatkan
kaki pancing supaya patuh kepada petua seperti yang dinyatakan di atas tapi petua itu
langsung tidak diendahkan sebilangan pemancing yang terdiri daripada lapan orang
anak muda.

Dalam suasana cuaca yang berubah dengan tiba-tiba angin kencang bertiup berserta
guruh dan kilat, gelombang besar mula mengubah ganas di laut yang tadinya tenang.

Pak Wan Dollah mengarahkan kaki pancing supaya beredar masuk ke kabin dan tidak
mendedahkan diri bagaikan mencabar kilat yang mula memanah beberapa kaki pancing
yang degil itu.

Suasana menjadi kelam kabut kerana tiga pemancing pengsan apabila joran pancing
mereka disambar kilat. Pak Wan Dolah terpaksa melakukan rawatan daripada
pengalamannya yang luas dalam menghadapi situa si begitu.

Rakan pancing lain menginsafi kedegilan setelah melihat rakan mereka yang dan tidak
langsung mahu mendengar nasihat tekong atau mengamalkan petua yang baik itu.

Justeru nasihat Pak Nuri perlu elakkan diri daripada mencabar kilat dengan
mendedahkan diri kepada keadaan sedemikian. Berhentikan sebarang aktiviti
memancing semasa guruh dan kilat sabung menyabung.

Berlindung di tempat yang selamat serta berzikir untuk kebaikkan semua.

InsyaAllah Tuhan akan mengingati kepada orang yang ingat kepadanya.

Memancing elok berkawan


BIASANYA ada perundingan kecil sebelum menetapkan tarikh turun memancing sama
ada di kolam, tasik, sungai atau laut. Cara begini sangat baik, tapi ada kalanya cara
begini juga gagal dapat kata sepakat. Perkara ini timbul apabila ada pihak dalam
kumpulan sering rasa tidak puas hati dengan satu pihak lain.

Kaitan yang sering dilakukan ialah dengan mengatakan pihak berkenaan menggunakan
ilmu hitam, membawa tangkal dan pelbagai tuduhan sebelum turun memancing.
Pernah berlaku satu kumpulan yang menamakan dirinya �Memerang� tidak dapat
turun memancing dalam tempuh berbulan lamanya disebabkan bertelagah sesama
sendiri.

Apa pun petua terbaik harus diambil kira dengan mengenepikan cara berfikir yang
sudah tidak relevan di zaman pembangunan ini, tapi bukan semua cara lama harus
dibuang.

Penulis baru-baru ini bertemu dengan seorang nelayan veteran di Pantai Remis, Perak
yang masih mengekalkan cara berkumpulan untuk turun memancing, sama ada di
sungai atau laut dalam, sekali gus mengamalkan istilah lama �Jalan seorang kita mati -
jalan berdua kita berkawan� lantas menolak ilmu hitam yang dipakai rakan pancing
menyebabkan rezeki hilang dalam tangan, atau ikan lari ketakutan.

Tafsiran ini salah dan bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Allah yang menentukan segala apa yang terjadi bukan menggunakan ilmu hitam atau
tangkal.

Untuk itu dalam segala hal yang ada hubung kait dengan memancing sama ada di
sungai, tasik atau laut cara berkumpulan adalah yang terbaik dan tidak timbul untuk
memikirkan pihak tertentu ada memakai ilmu hitam atau menggunakan hantu.

Petua baca selawat dan bismillah sebelum melangkah meninggalkan rumah dan baca
selawat berkumpulan sebelum masuk dalam bot, Insya-Allah kita akan beroleh selamat.

Berpatah balik selepas separuh perjalanan


Oleh Nuri Angkasa

LANGKAH kaki ketika keluar rumah menjadi perkiraan serius bagi sesetengah orang.
Justeru, berpatah balik setelah mengatur perjalanan jauh adalah satu perbuatan yang
kurang baik.

Tetapi hakikatnya itulah yang sering berlaku apabila seseorang sanggup membatalkan
niat ke sesuatu lokasi kerana semata-mata berlaku perkara tertentu yang dianggap tidak
wajar bagi meneruskan perjalanan.

Namun tidak ramai yang memikirkan petanda kurang baik daripada apa yang dilakukan
itu. Kerana berpatah balik itu nyata satu petanda perjalanan itu tidak harus diteruskan
pada waktu itu. Justeru, ambillah tindakan untuk pulang jika kita benar-benar faham
mengenai detik hati, gerak rasa atau petua.

Langkah terbaik yang perlu dilakukan ialah anda harus berehat untuk beberapa ketika di
rumah atau di mana saja destinasi yang membabitkan anda berpatah balik. Atau, adalah
lebih berkat lagi dengan mengamalkan petua seperti menunaikan solat sunat dua rakaat
dan bermohon kepada Allah supaya perjalanan anda seterusnya akan diberkati, lancar
dan beroleh keselamatan.
Kita tentu jarang-jarang memikirkan atau tidak langsung mahu menjadikan iktibar
daripada perkara ini.

Ingat, sikap mengambil ringan atau tidak endah sering membawa padan buruk. Namun
tidak ramai daripada kalangan kita terutama mereka yang berdarah muda yang sentiasa
memburu masa; mengambil kira ada tanda-tanda buruk yang sudah ditunjukkan pada
peringkat awal.

Kerana itu adalah lebih baik pada pandangan Pak Nuri yang melalui beberapa peristiwa
yang ada baiknya, jika anda berpatah balik kerana ada barang yang tertinggal di rumah
walaupun anda sudah melakukan separuh perjalanan ke destinasi.

Apa yang perlu dibuat ialah anda perlu berehat di rumah atau tidak digalakkan untuk
meneruskan perjalanan. Berehat untuk beberapa ketika, tunaikan solat sunat dua rakaat
dan kemudian bolehlah meneruskan perjalanan anda dan sentiasa ingat kepada Allah
bermohon untuk selamat dalam perjalanan.

Rahsia sepinggan nasi makan bersama


SEPINGGAN nasi dimakan bersama, seketul kuih jamah menjamah, inilah peribahasa
yang mengaitkan keharmonian dalam berumah tangga.Malah berpandukan kepada
peribahasa ini, pasangan suami isteri akan menjadi lebih mesra dan ini tidak harus
bermusim ataupun cuma dilakukan ketika dalam keadaan tertentu saja.

Bagi pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, amalan sepinggan nasi
makan bersama perlu dijadikan petua, demikian amalan bagi veteran nelayan dari
Pontian, Johor.

Pak Shamsuri, 85, bersama pasangannya Saleha, 80, masih mengekalkan prinsip
sepinggan nasi makan bersama, bergurau senda sambil mengamalkan kata-kata klasik,
berterus terang antara satu sama lain dan bantu membantu.

Malah sikap yang mereka amalkan ini juga menjadi contoh kepada anak, cucu malah
cicit dan menantu.

Ketika ditemui penulis baru-baru ini, mereka kelihatan ceria seperti zaman muda dulu.
Cuma pendengaran kedua-duanya sedikit kekurangan dek faktor usia. Namun daripada
apa yang terukir pada wajah tua yang sudah berkedut itu nyata mereka mengamalkan
petua yang berkait rapat dengan peribahasa sepinggan nasi makan bersama.

Apa pun ada banyak lagi usaha yang perlu diamalkan atau dijadikan petua sebagai
langkah mengekalkan tonggak bahagia rumah tangga terutama bagi mereka yang baru
mendirikan rumah tangga.

Pak Nuri turut mengamalkan petua terbaik ini. Walau pun ada rasa malu apabila
diperhatikan oleh cucu yang sudah dewasa. Tetapi ini juga adalah satu contoh yang baik
untuk mereka dalam persediaan mengisi jalan yang lebih dewasa pada masa akan
datang.

Begitu juga dalam bersahabat, terutama untuk pemancing. Soal makan di dalam bot
atau ketika di lokasi jangan terlalu individualistik. Jika ada makanan atau bekalan yang
dibawa perlu dibahagikan maka jangan terasa berat hati untuk melakukannya kerana ini
akan memberi keberkatan serta menambah rezeki.

Jika kita sanggup berkongsi maka Allah akan membukakan hati orang lain untuk
berkongsi dengan kita.

Anda mungkin juga menyukai