Anda di halaman 1dari 1

Pisau lipat berguna ketika memancing

Oleh Tarmizam Abd Karim

PEMANCING selain dari


memikirkan hobi keseronokan
beraksi dengan ikan yang
terkena pada mata kail,
keselamatan diri harus
difikirkan bersama dan ini
adalah satu tanggungjawab
yang patut diberi keutamaan
selain urusan lain.

Melalui pengalaman beberapa


pelaut yang di temui mereka
mendakwa pemancing sering
berdepan mala-petaka yang
tidak diduga, justeru setiap
pemancing kena bersedia lebih
Pisau lipat. awal untuk menghadapinya.

Peristiwa berlaku kepada seorang nelayan muda yang jatuh ke laut bersama tali sauh
terikat di kakinya. Keadaan dalam bot menjadi kelam kabut, namun tiada seorang pun
sanggup terjun untuk membantu, tapi pemuda nelayan yang sudah sampai di dasar
berjaya memutuskan tali sauh yang mengikat kakinya dengan pisau lipat yang sentiasa
dibawa bersama setiap kali beliau turun memancing sama ada di laut, sungai, tasek
atau paya.

Selain peristiwa seperti itu banyak lagi kegunaan pisau lipat yang boleh membantu
keselamatan pemancing jika berlaku kemalangan. Pisau lipat boleh diibaratkan sebagai
penyelamat atau dapat memberi semangat dalam keadaan tertentu.

Mengikut kepercayaan orang lama dalam hobi memancing, bahawa semangat besi yang
dibawa walaupun sekecil mana sekali pun keberanian akan muncul terutama ketika
berada dalam hutan atau di mana saja.

Sebab itu ada sesetengah pemancing akan memilih pisau lipat yang sesuai dengan
keperluan mereka sama ada untuk kemudahan memancing atau meningkatkan
semangat. Pisau berkenaan semestinya berada di samping anda setiap waktu sama
ada tersangkut ditali pinggang atau dalam poket seluar.

Ingatan Pak Nuri kepada pemancing yang baru berjinak dengan joran pancing sama ada
di laut mahu pun di sungai, amalkan membawa pisau lipat pada setiap masa, dan
jadikan ini sebagai satu petua pada setiap kali turun memancing.

Anda mungkin juga menyukai