Anda di halaman 1dari 3

Peribahasa (Kekeluargaan)

1. Anak angkat Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri. Contoh : Pak Cik Rahman dan Mak Salmah telah mengambil Amit sebagai anak angkat kerana mereka tidak mempunyai zuriat.

2. Anak emas Orang yang dikasihi oleh ibu bapa. Contoh : Sumi menjadi anak emas ibunya kerana dia rajin bekerja.

3. Air dicencang tiada putus Dua orang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. Contoh : Ketiga-tiga beradik itu asyik berkelahi sahaja, namun ayah mereka membiarkan saja hal itu kerana bagi beliau air dicencang tiada putus.

4. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Anak mengikut baka ibu bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. Contoh : Sikap Mansur yang panas baran itu seperti siakp bapanya, benarlah perumpaan bagaimana acuan begitulah kuihnya.

5. Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kasih sayang. Contoh : Setelah Atikah kematian ibunya dan bapanya, Nek Minah menjaga cucunya itu bagai menatang minyak yang penuh.

6. Bau-bau bacang Pertalian keluarga yang jauh. Contoh : Antara Lila dengan Faizal, ada bau-bau bacang.

7. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Berselisih sesama keluarga akhirnya berbaik kembali. Contoh : Setelah dua tahun berseteru kerana perselisihan faham, akhirnya ketiga-tiga adik-beradik itu kembali mesra. Begitulah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

8. Darah daging Anak kandung Contoh : Janganlah derhaka kepada ibu kita kerana kita darah dagingnya.

9. Gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga Perselisihan sering juga berlaku antara ahli keluarga. Contoh : Bentuklah sebuah keluarga yang harmoni. Walau bagaimanapun, perselisihan atau pertengkaran yang tercetus lumrah sesebuah keluarga. Gigi dan lidah ada kalanya tergigit juga, kata pakar kaunseling itu kepada penduduk yang hadir.

10. Jangan berludah ke langit Jangan mengeji ibu bapa atau saudara-mara sendiri. Contoh : Jangan berludah ke langit. Bukankah dia itu saudara kamu juga? Perbuatan kamu menghinanya di hadapan kawan-kawannya akan memalukan diri kamu sendiri, tegur ayah kepadaku.

11. Melangkah bendul Adik berkahwin sebelum kakak. Contoh : Perkahwinan adiknya yang melangkah bendul itu menyebabkan Amirah jauh hati.

12. Melentur buluh biarlah ketika rebung Mendidik anak-anak hendaklah semasa kecil. Contoh : Saya pun berasa sedih terhadap perkara yang belaku kepada anak jiran kita itu. Kerana sejak kecil dimanjakan, kini hidupnya terumbang-ambing. Jadi, melentur buluh biarlah ketika rebungnya, kata Sahak kepada isterinya.

13. Seperti anjing berebut tulang Orang tamak berebut harta. Contoh: Baru sehari Pak Zami meninggal dunia, tetapi anak-anaknya seperti anjing berebut tulang.

14. Seperti hujan jatuh ke pasir Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu kerja yang sia-sia. Contoh : Dia memang degil sejak dulu lagi. Nasihat yang kamu berikan itu seperti hujan jatuh ke pasir, kata ibu kepada ayah.

Anda mungkin juga menyukai