Anda di halaman 1dari 37

KOD DAN NAMA KURSUS KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

NAMA PENSYARAH EN. A. RAJOO

JENNIFER A/P AUGUSTENE NO.KP:811006-02-5348 NO.MATRIX: PPGBT00060/2011/1/K1 AMBILAN : 2011-2015

TARIKH SERAHAN TUGASAN 25 JUN 2011


Tugasan 1: Soalan 5

Huraikan ciri-ciri teori Hirarki Keperluan Maslow dan penggunanya di dalam bilik darjah. Pengenalan Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing. Selain itu, pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar.

Prinsip-prinsip pendekatan humanis Abraham Harold Maslow telah mengemukakan Hirarki Keperluan Maslow. Beliau berpendapat bahawa seseorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri. Maslow berpendapat motivasi dalaman akan mendorong manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau ransangan luar. Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hirarki, keperluan hirarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi. Namun begitu, jika hirarki yang lebih rendah masih belum

mendapat kepuasan, keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi tidak dapt dikemdangkan dengan sewajarnya. Terdapat ramai individu sehingga akhir hayat mereka pun tidak dapat berkembang sehingga hirarki tertinggi.

Keperluan Penyempurnaan Kendiri Keperluan Penghargaan kendiri

Keperluan Kasih Sayang

Keperluan Keselamatan

Keperluan Fisiologi

Hirarki Keperluan Maslow 1. Keperluan Fisiologi Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.

2. Keperluan Keselamatan

Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

4. Keperluan Penghargaan Kendiri Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.

5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

Kepentingan Dan Pendekatan Humanis Dalam Bilik Darjah

sebagai seorang guru, kita haruslah menyedari bahawa setiap murid kita mempunyai keperluan asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Hal ini adalah amat penting sekali kerana sekiranya keperluan asas seseorang tidak dipenuhi, maka adalah mustahil untuk murid-murid menerima pembelajaran yang diajar oleh guru. Sebagai contoh, untuk mengatasi masalah seperti kemiskinan maka wujudlah inisiatif seperti Program Susu Tambahan, Rancangan Makanan Tambahan dan bantuan untuk murid-murid kurang kemampuan. Selain itu, sebagai guru kita haruslah prihatin dengan perkembangan murid-murid kita . Kita perlu memastikan keperluan dan kebajikan murid-murid kita terpelihara dan sentiasa dipenuhi. Kesannya, murid-murid akan lebih bersemangat dan berminat untuk belajar dan mencapai kejayaan yang diinginkan. Sebagai langkah untuk menarik minat murid dan meransang mereka untuk belajar, guru haruslah kreatif dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai dan memudahkan pembelajaran murid adalah amat penting dalam membantu meransang minat mereka. Tugasan yang diberikan pula haruslah sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengelakkan murid menjadi tertekan dan bosan untuk belajar. Bagi lebih memperlihatkan pendekatan humanis ini dalam bilik darjah, guru hendaklah meransang dan memenuhi keperluan asas mereka terlebih dahulu supaya guru dapat meminimumkan ancaman luaran dalam pembelajaran terhadap murid-murid seperti yang dikaitkan dalam Teori Pembelajaran Eksperiential Rogers (1970) yang menyatakan bahawa

ancaman luaran yang minimum menyebabkan murid menjadi lebih pantas dalam menerima pembelajaran.

Pembelajaran Yang Berkesan Di Dalam Kelas

Untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan

di dalam kelas, terdapat 3 aspek yang

dititikberatkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 3 aspek tersebut adalah : Pembelajaran berkesan Psikososial Fizikal Komuniti pembelajaran

Psikososial Dalam aspek psikososial terdapat empat elemen iaitu : I. II. III. IV. Nada suara Budi bahasa Suasana yang kondusif Tingkah laku yang diterima

Nada suara yang berkesan. Bagi seorang guru, nada suara merupakan peranan yang penting semasa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Nada suara yang berkesan biasanya adalah tegas tetapi tidak semestinya nyaring. Guru tidak seharusnya menggunakan suara yang perlahan atau berbentuk bisikan agar murid-murid mendapat maklumat yang disampaikan dengan tepat.

Saling berbudi bahasa.

Guru merupakan role model kepada murid-murid kerana murid-murid sering mengikut tingkah laku yang ditunjukkan oleh seorang guru. Oleh itu, guru seharusnya menggunakan bahasa yang sopan seperti terima kasih, dan sebagainya. Guru juga dilarang sama sekali menggunakan sindiran semasa berkomunikasi dengan murid-murid. Secara tidak langsung nilainilai muri seperti saling menghormati diantara guru dan murid-murid dapat dipupuk. Selain itu, objektif sekolah yang merupakan sebuah tempat untuk murid-murid belajar berbudi bahasa dan bertingkah laku sopan santun dapat dicapai.

Tingkah laku yang diterima. Setiap perbuatan dan perkataan yang dilakukan oleh guru amatlah mempengaruhi persekitaran psikososial bilik darjah. Perbuatan dan pertuturan guru kebiasaannya akan ditiru oleh muridmurid. Justeru, perlakuan seperti buli membuli serta usik mengusik tidak seharusnya berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini untuk memastikan bahawa bilik darjah selamat serta selesa untuk memudahkan murid-murid menerima pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

Suasana yang kondusif. Suasana-suasana yang wujud di dalam kelas seperti perbuatan, bunyi, bau dan perasaan kebiasaannya akan mempengaruhi tingkah laku murid secara tidak langsung. Oleh itu, guru seharusnya memberi perhatian yang serius terhadap susunan fizikal kelas untuk mewujudkan suasana yang kondusif di kalangan murid-murid. Kebiasaannya murid-murid akan berasa seronok dan lebih selesa untuk belajar apabila: Kelasnya dilengkapi kerusi dan meja yang kukuh, Papan kenyataan yang penuh dengan maklumat pengajaran yang berfaedah Langsir yang bewarna Dinding yang dicat dengan warna yang menarik.

Oleh sebab itu, penerimaan maklumat terhadap sesi pengajaran yang disampaikan lebih berkesan.

Fizikal Terdapat beberapa cara-cara penyusunan bilik darjah yang berkesan berdasarkan keadaan yang ingin digunakan oleh guru tersebut. Kebiasaannya susunan fizikal bilik darjah dapat mempengaruhi faktor psikososial murid-murid. Ia juga seseorang guru. Contoh yang kita dapat lihat adalah seperti: meja disusun berbentuk bulatan atau berbentuk-U -bertujuan untuk perbincangan kelas. bulatan mengelilingi sebuah meja atau beberapa kluster mejakumpulan kecil. kolaborasi dalam mencerminkan gaya pengajaran

Guru juga harus ingat bahawa sesebuah bilik darjah bukan sahaja terdiri daripada kerusi dan meja, guru juga hendaklah memberi perhatian kepada beberapa aksesori yang memberi sentuhan peribadi. Aksesori tersebut adalah seperti : Pokok-pokok di dalam pasu Sudut-sudut pembelajaran Papan kenyataan Poster Kata-kata hikmah

Persekitaran fizikal yang kondusif adalah penting kerana mengikut pendapat ahli-ahli teori ianya diibaratkan sebagai guru kedua. Ini kerana apabila hasil karya murid dipamerkan dan ruang bilik darjah dapat dimaksimumkan penggunaannya untuk dilakukan pelbagai aktiviti kumpulan. Hal ini akan menyebabkan murid terdorong untuk memberi perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dan sebagainya. Ini dapat mengurangkan berlakunya tingkahlaku bermasalah dalam kalangan muridmurid seterusnya meningkatkan pembelajaran di kalangan murid-murid. Secara kesimpulannya, kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan seluruh warga sekolah akan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai slogan yang disebut sekolahku rumahku.

Bibliografi

Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, & Rafidah Kastawi. Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan & Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Internet

Pembelajaran Eksperiensial (C. Rogers) http://www.teachersrock.net/Eksperiential.htm [2008, ogos 07]

Tugasan 2: Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah seorang Guru.

Pembangunan sahsiah seseorang guru merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohaninya. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang guru boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya guru yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, guru yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi . Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain . Sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya . Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang guru secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang guru yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah seorang guru boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan . Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri guru itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif . Perubahan yang positif akan membentuk guru yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan

seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju . Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran. Pembangunan sahsiah seseorang sebenarnya terbentuk sejak kecil bahkan sejak di dalam kandungan ibunya dan suasana di dalam rumah tempatnya membesar.Peranan keluarga amat penting sebagai memainkan peranan utama manakala pembangunan sahsiah di sekolah hanyalah program sokongan peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang. Pembangunan guru juga bermula dari pembangunan individu dan ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti baka dan persekitaran.Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu perkembangan dan pembangunan sahsiah ke arah lebih positif. Jika terdapat guru yang mempunyai sahsiah buruk dan menimbulkan isu yang negatif, pembangunan sahsiah di kalangan guru seolah-olah tidak berjaya dan ia sesuatu yang membimbangkan memandangkan guru adalah golongan yangdiharapkan untuk membangunkan bangsa dan negara. Pengaruh Baka Terhadap Pertumbuhan dan Perkembangan Sahsiah seorang guru

Faktor kebakaan ditentukan oleh kromosom, gen, kelenjar dan hormon. Hasil penyatuan dua induk melalui proses percantuman sperma dan ovum dapat melahirkan zuriat yang mempunyai keserasian atau kesamaan dengan induk tersebut. Baka ataupun genetik dapat mempengaruhi perkembangan manusia dari aspek fizikal. Sebagai contoh, gen atau bahan baka dalam kromosom mengawal bagaimana organisma berfungsi dan rupa bentuknya. Sebagai contoh, gen menentukan sifat fizikal individu seperti warna mata, kulit dan rambut, rupa bentuk badan dan pertumbuhan tisu. Gen membawa maklumat baka supaya ciri-ciri warisan ibu bapa dapat diturunkan dari generasi induk ke generasi berikutnya.

Selain daripada aspek fizikal, baka juga mempengaruhi ciri fisiologi individu. Sebagai contoh, jika anak tersebut datang dari baka yang sihat maka, anak tersebut akan menjadi individu yang sihat. Sebagai contoh jika susur galur baka ibu bapa mempunyai penyakit kekerdilan dan diabetis kemungkinan anak yang dilahirkan juga akan mengalami masalah tersebut. Kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen ibu bapa. Renjatan mental juga dipengaruhi oleh gen induk. Sebagai contoh, jika kedua-dua induk mempunyai gen yang resesif maka, kemungkinan anak yang akan dilahirkan akan mengalami masalah kecacatan mental. Kajian ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newmen (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya. Ahli-ahli psikologi sering mengaitkan kecerdasarn anak dengan kedua ibu bapa mereka. Biasanya ibu bapa yang cerdas dan pintar melahirkan anak yang juga cerdas dan pintar.

Pembentukan sahsiah seorang guru juga turut dipengaruhi oleh baka induk. Sebagai contoh seorang guru akan dipengaruhi oleh perangai dan sifat ekstrovert atau introvert yang terdapat pada baka ibu bapanya. Sifat pemarah dan bimbang juga dapat diwarisi oleh kedua ibu bapa. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan seorang guru yang agresif dan autokratik. Kecerdasan seorang guru juga dipengaruhi oleh baka. Sebagai contoh, jika kedua ibu bapa merupakan pelukis, maka guru itu juga akan mewarisi kecerdasan tersebut. ini bermakna bakat dan kebolehan guru itu dipengaruhi oleh baka yang diwarisi mereka. Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan dapat dilihat dari aspek fizikal seperti warna kulit, warna mata, ketinggian dan lain-lain. Dari segi fisiologi pula baka mempengaruhi kesihatan guru seperti penyakit keturunan seperti diabetis dan kekerdilan. Pengaruh baka dari aspek sahsiah boleh dilihat dari sikap seorang guru sama ada ekstrovert atau introvert dan akhir sekali kecerdasan seseorang guru seperti kebolehan berlari pecut, menembak dan melukis. Namun demikian, faktor baka hanyalah menentukan perkembangan seorang guru, faktor persekitaran menolong memperkembangkan pencapaian had yang maksimum kepadanya. Jelas di sini menunjukkan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seorang guru.

Pengaruh Persekitaran Terhadap Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Seterusnya faktor persekitaran mempengaruhi pembangunan sahsiah seseorang guru. Faktor persekitaran lebih mempengaruhi dalam pembangunan sahsiah. Kita mendapati dalam konteks ini, aspek keluarga, pengalaman awal, masyarakat dan rakan sebaya secara tidak langsung boleh mempengaruhi sahsiah Contohnya seseorang datang dari keluarga yang berada dengan seorang yang kurang berkemampuan mempunyai berbezaan daripada kehidupan. Personaliti yang menampil akan tidak sama. Pengalaman awal seseorang boleh memberi kesan yang besar terhadap pengalaman diri seseorang . Pengaruh persekitaran memainkan peranan yang amat penting kepada perkembangan individu. Persekitaran yang kondusif mampu melahirkan seorang guru yang berpotensi dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Terdapat pelbagai aspek persekitaran yang dapat mempengaruhi seorang guru dari segi pertumbuhan dan pekembangannya. Faktor persekitaran dapat mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan mental, fizikal, emosi dan sosial. Kesan persekitaran juga boleh dikategorikan kepada dua iaitu semasa pralahir dan selepas lahir. Semasa pralahir faktor pemakanan ibu, kesihatan ibu, penyalahgunaan dadah. Faktor Rh, kesan X-Ray, emosi ibu dan usia ibu dapat mempengaruhi perkembangan bayi. Selepas kelahiran pula faktor pemakanan, keluarga, rakan sebaya, sekolah, tempat tinggal,

sebaran am, pusat ibadat dan persekitaran dunia mampu mempengaruhi perkembangan guru tersebut. Montagu (1959) berpendapat gen sahaja tidak dapat bertindak untuk menghasilkan kesan di dalam keadaan atau persekitaran yang kosong. Beliau percaya apa yang boleh kita lakukan ke atas sesuatu organisma terhad kepada apa yang ditetapkan oleh gen, tetapi persekitaranlah yang menentukan sejauh mana lingkungan had itu perkembangan dapat dicapai. Selain iti institusi keluarga sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seorang guru. Unsur-unsur seperti suasana tempat tinggal, pemakanan, asuhan dan didikan, status sosioekonomi keluarga, bangsa dan pendidikan ibu bapa adalah antara faktor yang dapat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seorang guru. Selain itu Depresi dan Pencapaian Akademik Pelajar Dari Keluarga Berbeza Struktur. Individu yang dibesarkan di dalam keluarga dua induk mempunyai prestasi akademik yang lebih baik daripada remaja yang dibesarkan dengan ibu bapa tunggal. Mereka juga cenderung untuk mempunyai masalah tingkah laku. Ini membuktikan bahawa pengaruh keluarga juga penting bagi perkembangan seorang guru. Corak Keibubapaan juga mempengaruhi perkembangan seorang guru. Terdapat perkaitan yang rapat di antara cara gaya ibu bapa membimbing anak mereka dengan perkembangan sosial dan konsep kendiri mereka. Mengikut Baumrind terdapat tiga jenis cara gaya didikan ibu bapa iaitu authoritarian, permisif dan autoritatif. Dengan mengamalkan gaya didikan yang berbeza, manusia akan berkembang dengan tahap yang berbeza. Sebagai contoh, ibu bapa yang membesarkan anak dengan gaya authoritarian iaitu mengenakan kawalan yang ketat kepada tingkah laku anak dengan membuat pelbagai peraturan dan tidak membenarkan anak mempersoalkannya. Ibu bapa ini juga tidak mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap anak dan percaya bahawa kanak-kanak harus mematuhi arahan dan peraturan yang dikenakan. Impak gaya pembesaran ini akan menjadikan perkembangan anak tersekat dan akan mengganggu anak dari aspek perkembangan emosi dan psikomotor. Cara ini akan melahirkan seorang guru yang cenderung untuk bersendirian (pasif), kurang keyakinan diri (takut), merasa rendah diri atau bermasalah tingkah seperti agresif apabila berada di luar kawalan. Sebaliknya jika ibu bapa menggunakan gaya pembesaran dengan lebih demokratik akan menjadikan anak-anak lebih berkeyakinan diri dan lebih berfikiran terbuka, Oleh itu, cara gaya pembesaran anak-anak juga akan menentukan sikap dan perkembangan seorang guru.. Faktor media juga dianggap penting kepada perkembangan dan pembentukan sahsiah diri seseorang guru. Kita tidak dapat menafikan bahawa media pada zaman sekarang ini satu medium yang sangat kuat dari segi pengaruhnya.Ini kerana saban hari masyarakat terdedah

dengan medium-medium media seperti media cetak dan media elektronik. Lambakan bahanbahan picisan seperti majalah hiburan yang tidak ditapis isi kandungannya membuatkan ramai golongan masyarakat terdedah dengan budaya-budaya barat yang tidak sesuai dengan budaya orang timur. Tayangan video dan drama yang keterlaluan daripada negara luar hanya membawa kepada keruntuhan moral dikalangan masyarakat. Keadaan ini akan mendorong golongan individu ini memiliki tingkahlaku atau peribadi yang negatif. Namun begitu, tidak semua media massa ini memainkan peranan yang negatif terhadap masyarakat. Banyak sebenarnya tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh pihak media massa sebagai agen dalam proses sosialisasi khususnya dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri. Tidak semestinya segala yang disogokkan oleh pihak media itu benar dan telus. Sebagai seorang guru yang rasional, baik buruk sesuatu perkara yang dibawa oleh pihak media harus diteliti terlebih dahulu agar tidak menimbulkan salah faham yang akan membawa kepada ketidakamanan negara. Hal ini penting kerana golongan guru adalah tunggak kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, perkembangan dan pembentukan sahsiah diri harus bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara. Agama juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah diri seseorang guru. Seandainya pegangan seseorang itu kuat terhadap ajaran agamanya maka guru tersebut akan mampu menangkis cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Ini kerana walau dalam apa jua keadaan sekalipun, seandainya seseorang itu tahu akan halal, haram dan dosa, pahala dalam agama maka dia akan sentiasa mengelakkan atau menjauhkan diri daripada kegiatankegiatan yang tidak bermoral. Setiap agama menyuruh penganutnya sentiasa melakukan kebaikan untuk kesejahteraan bersama. Kepercayaan yang kuat kepada pegangan agama akan menjadi pendorong yang terbaik kepada seseorang. Ini kerana kita semua hanyalah insan biasa yang sempurna kejadiannya tetapi tidak sempurna tingkahlakunya. Apabila seseorang itu begitu

positif dalam mempersepsikan kehidupannya, maka akan lahirlah golongan yang cemerlang sahsiahnya baik dari segi fizikal, mental, emosi mahupun rohani.

Secara kesimpulannya,Pembentukan sahsiah diri seseorang guru itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada seseorang guru itu dimana seseorang perlu teliti sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia melibatkan sahsiah diri masing-masing.

BIBLIOGRAFI
Ee Ah Meng (1996). Psikologi pendidikan 1: Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (1997). Psikologi personaliti . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Mohd Ismail Mustari (1999).Belia sebagai insan cemerlang dari perspektif Islam: Kajian status belia-belia Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor : Unplished Thesis. Universiti Kebangsaan Islam. Mohd Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Surathman, Abd Basit Abd Samat, Abdul RahmanHamzah, & Abdul Hafiz Abdullah (2004).Kajian sahsiah pelajar-pelajar Sekolah MenengahAgama Kerajaan Johor Kluang, Kluang, Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Jalil Borham (1998).Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama PeringkatKebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995).Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan danperkembangan. Petaling Jaya: Longman.

Tugasan 3

Soalan 1: Huraikan kepentingan etika dan kod etika keguruan kepada seseorang guru.

Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali diikuti ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak kira dalam apa jua bidang sekali pun.

Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya membantu setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan memupuk akautebiliti dalam menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Ini dapat dihuraikan dengan adanya Kod Etika Perguruan, kod ini bukan untuk membebankan guru-guru malahan ianya menjadi satu kayu ukur bagi guru-guru memperbaiki tatasusila dan tingah laku sebagai penjawat awam.

Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun etika kerja ini perlu mempunyai mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah laku individu yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri, persekitaran dan sebagainya. Masalah-masalah yang tidak bermoral seperti gejala rasuah dapat diatasi dengan pendedahan yang tepat dan betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral. Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam organisasi juga menyumbang kepada permasalahan etika. Kerjasama dan kerja berpasukan hendaklah dipupuk dalam organisasi bagi memupuk satu budaya kerja yang komprehensif dan berdaya saing antara satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri haruslah dibuang dan hindakan bagi menjaga nama baik organisasi dan masyarakat amnya. Pelakuan yang tidak bermoral yang ditunjukkan contohnya rasuah ini perlu dihakis supaya ianya tidak merebak kepada generasi akan datang.

Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difamahi dan dipelajari oleh setiap individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang permasalahan yang berlaku melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral. Tepuk dada tanyalah selera atau tepuk dada tanyalah iman ini semuanya tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan dan prinsipprinsip tentang etika telah digariskan dan dirangka, sekiranya individu berkenaan tidak berubah ini bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan ianya tidak diperakui oleh setiap individu. Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia. Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu

dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia. Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana ia menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ianya

sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Seterusnya kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini

dapat

dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi. (INTAN, 1991). Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip- prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role model kepada pelajar. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan datang.

Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang positif.

BIBLIOGRAFI

1.Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN.

2. Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

3. Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional Ethics

5. Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM.

Soalan 2 : Nyatakan isu-isu guru melanggar etika keguruan. Bincang sebab-sebab berlaku ketidakpatuhan etika keguruan. Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan keskes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara. Banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang

profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia.

Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguhsungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh

kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh -sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir,

rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa munasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan

penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan diri. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling-pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan

wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu terdapat kes di mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini bertentangan dengan tanggungjawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Isu pada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah pencabulan dan rogol terhadap murid di kalangan guru lelaki. Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar etika dalam profesion perguruan. Gejala ini haruslah dibendung demi menjaga nama baik profesion perguruan di mata masyarakat. Kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar mengenai

isu ini. Kebiasaannya, murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guru ini kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan jenayah yang telah mereka lakukan. Perbuatan terkutuk ini haruslah dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama baik. Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri dimana guru-guru tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan sebagai seorang guru. Selain itu juga, guru-guru yang bermasalah seperti ini kurangnya pendedahan agama yang kuat serta tidak mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka. Mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar unutk mengajar di dalam kelas. Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan yang cemerlang serta melahirkan satu golongan yang berjaya di masa hadapan. Profesion guru bukan untuk disalah guna dengan menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah dan menyenangkan. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua aspek kehidupan. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah kepada anak didiknya, bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran kepada anak didik mereka. Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup memalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan. Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif terhadap profesion perguruan. Isu ini merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika profesion perguruan di mana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat kepada pesalah yang melakukan jenayah ini. Justeru itu, jenayah rogol atau pencabulan yang dilakukan oeleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan dipandang serius. Semua golongan termasuk ibu bapa, masyarakat, kementerian pelajaran serta pihak

berkuasa juga bertanggungjawab dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada terus berleluasa di masa akan datang dan dikalangan guru-guru di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 1991. Pengesanan Budaya Sekolah. Jurnal Pendidikan .

Rashidi Azizan & Abdullah Mohd. Noor. 1994. Pendidikan Guru: Cabaran, Falsafah dan Strategi dalamPembentukan Guru yang Unggul. Kajang: Masa Enterprise.

Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti.

Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka. Tajul Ariffin Noordin & Noraini Dan. 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ulmu.

Soalan 3 : Cadangkan kemungkinan-kemungkinan yang membawa kepada seorang guru yang gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti.

FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SEORANG GURU YANG GAGAL MEMATUHI ETIKA, AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI. Dalam mengkaji isu kemungkinan-kemungkinan yang membawa kepada seorang guru yang gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti. Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti yang memungkinkan guru-guru mengambil jalan mudah untuk tidak mematuhi kod etika. Hal ini merangkumi aspek dalaman dan luaran yang mana masing-masing memberi impak kepada pembangunan sahsiah seorang guru.

i)

Faktor Dalaman

a) Kurangan Pegangan Agama. Guru tidak menghayati apa yang diajarkan dalam agama. Agama Islam contohnya menganjurkan agar umatnya berkerja dengan ikhlas, amanah dan penuh bertanggungjawab. Kerja adalah satu ibadah dan ramai diantara guru yang bekerja tetapi tidak bersungguh-sungguh, tidak amanah. Walaupun ramai diantaranya yang berpuasa dan menunaikan solat tetapi perbuatan seperti gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti . Guru menganggap perkara ini biasa dan tidak berkait dengan pahala dan dosa. Walhal guru perlu menjadikan pekerjaan sebagai satu sumber yang halal untuk dinikmati oleh anak-anak dan ahli keluarga.

b) Kurang motivasi dari dalaman guru. Guru terbeban dengan hal-hal persekitaran yana mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan

mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman .

c) Gangguan emosi. Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau boleh memberi kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat kepada tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga kemurungan boleh menyebabkan seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat . Gangguan emosi ini terhasil apabila guru-guru tidak mencapai keperluan peribadi. Misalnya seorang guru mempunyai sasaran terhadap keputusan markah murid-murid dalam peperiksaan. Apabila telah berulang kali keputusan yang diharapkan tidak memenuhi sasaran yang diharapkan, guru akan merasa kecewa, rasa putus dan akhirnya menganggu kerja-kerja guru yang lain. Penambahan masalah akhirnya guru mengambil jalan untuk gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti.

d) Sifat yang tidak ikhlas Ikhlas selalunya dikaitkan dengan bersedekah, jarang-jarang sekali ikhlas dikaitkan dengan kerja atau profesion, jika ada ianya hanya disebut sepintas lalu. Ini adalah satu persoalan yang penting kerana apabila kerja dianggap sebagai satu ibadah, maka inti pati atau terasnya mestilah sifat ikhlas. Ikhlas adalah nilai teras yang membuahkan nilai-nilai yang lain. Ikhlaslah melahirkan integriti, produktiviti dan kualiti juga lain-lain nilai murni dalam pekerjaan. Ikhlas adalah pemantau dalaman yang menjamin seseorang itu berlaku telus, lurus dan benar sebelum, semasa dan selepas sesuatu pekerjaan dilakukan . Jika seseorang guru tidak ikhlas, maka amat sukar baginya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaan utama di sekolah dan yang paling penting kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

ii)

Faktor Luaran

a) Tekanan beban kerja Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat. Guru terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman mereka. Guru juga menyuarakan tentang suasana kerjanya di salah sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era pemodenan pendidikan ini masih terdapat suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Apa yang digambarkan adalah, isu kepadatan guru dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabut yang tidak sesuai serta mencukupi. Hal ini menyebabkan guru bertindak untuk gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti daripada membebankan emosi dan perasaan mereka dengan tekanan.

b) Murid yang tidak menghormati guru Dalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati perasaaan guru. Sambutan Hari Guru saban tahun semakin hambar dan tidak terkesan di dalam sanubari muridmurid. Tiada lagi ucapan penghargaan kepada guru yang diterima oleh murid. Mereka leka dengan aktiviti persekitaran tanpa menghargai perasaan guru yang selama ini mencurahkan khidmat bakti menjadikan mereka modal insan yang akan menentukan corak kepimpinan negara pada masa akan datang. Murid tidak lagi menjadikan guru sebagai role model mereka tetapi lebih memilih artis-artis barat dan tempatan sebagai ikutan mereka. Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa seringkali dikejutkan dengan tindakan murid yang diluar jangkaan seperti memancitkan dan menconteng kereta guru, memandang sinis guru, tidak menyiapkan kerja

sekolah yang diarahkan, tidak mematuhi arahan, melanggar disiplin sekolah dan sebagainya. Bagi golongan guru yang tidak mempunyai kekuatan emosi mereka lebih mudah memilih jalan gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang mereka hadapi.

c) Kurang galakan dan pemantauan dari pentadbir Faktor ini juga amat penting dalam menjadikan pekerjaan guru sebagai satu profesion yang berjaya. Pentadbir yang perihatin selalu mengambil berat akan masalah kakitangan bawahan. Bukan bermaksud untuk mencampuri urusan guru berkenaan, tetapi lebih kepada mengelakkan masalah guru menjadi lebih berat sehingga boleh mengganggu tugas-tugas mereka di sekolah. Pentadbir juga perlu mengambil tindakan serta merta kepada guru yang sering gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti. Ini kerana ditakuti gejala ini akan diikuti oleh guru-guru lain apabila mendapati pihak pentadbir terutamanya Guru Besar tidak mengambil tindakan kepada guru yang melakukan kesalahan.

d) Jarak sekolah dan keadaan persekitaraan Keadaan ini biasanya merujuk kepada di mana guru itu mengajar. Bagi guru yang mengajar di luar bandar, dan di pulau-pulau guru lebih terdedah kepada masalah ini. Memandangkan kurangnya lawatan dari pihak atasan dan nazir Lain pula halnya apabila guru tersebut mengajar di kawasan bandar. Guru akan keluar pada sesi persekolahan untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarga. Contohnya guru akan keluar untuk membeli barang-barang dapur, keperluan anak-anak, keperluan peribadi, mengambil wang gaji pada sesi persekolahan berjalan. Guru akan keluar apabila mempunyai masa terluang terutamanya rehat dan tidak ada kelas dalam jadual. Namun guru tidak sedar sebenarnya mereka juga dikategorikan sebagai gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti kerana tidak berada di kawasan persekolahan pada sesi persekolahan berjalan demi untuk memenuhi keperluan peribadi.

e) Pengaruh rakan-rakan Pengaruh rakan sejawat dan rakan sekeliling juga mempengaruhi isu gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti. Ini kerana guru baru contohnya akan mudah terpengaruh dengan sifat rakan guru yang malas, membuat kerja sambil lewa dan sering melanggar etika . Besar kemungkinan gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti telah menjadi kebiasaan kepada guru-guru disekelilingnya dan ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan sahsiah negatif guru lain lebih-lebih lagi jika pihak pentadbir sekolah tersebut tidak menangani isu ini dengan tegas.

f) Penyalahgunaan dadah Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu penyebab utama berlakunya masalah gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti di kalangan guru. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri dan tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dalam dunia mereka sendiri dan telah hilang matlamat sebenar kehidupan. Spiritual mereka amat lemah, manakala emosi mereka sukar dikawal dan mudah tertekan. Apabila seseorang guru telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka akan lebih mudah dihimpit dengan pelbagai masalah lain, contohnya kewangan, ponteng kerja, masalah keluarga, tindakan undang-undang dan sebagainya.

BIBLIOGRAFI

Alias Baba. 1997. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asnah Abd. Hamaid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Pengurusan Pendidikan05(02): 29-39.

Najib Tun Razak. 1971. Kod Etika Perguruan Kita Sudah Profesional. Utusan Malaysia, 07 Mei 1995.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 1991. Pengesanan Budaya Sekolah. JurnalPendidikan 35: 34.

Rashidi Azizan & Abdullah Mohd. Noor. 1994. Pendidikan Guru: Cabaran, Falsafah dan Strategi dalamPembentukan Guru yang Unggul. Kajang: Masa Enterprise.

Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Internet

Anda mungkin juga menyukai