Anda di halaman 1dari 3

PANITIA MATEMATIK

Sekolah Kebangsaan Durian Tipus , 72400 Simpang Durian


Negeri Sembilan Darul Khusus.
TEL : 06-4914814

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


KALI KE - 2 TAHUN 2011
HARI :
ISNIN
TARIKH: 27 . 06 . 2011
MASA:
12.35 - 2.00 PETANG
KEHADIRAN:
ENCIK MOHD AZMI B ABDULLAH
ENCIK BADLI YAMIN B HJ WAHAB
EN ZAINAL ABIDIN B OMAR
EN MUHAMMAD HILMI B. MADZAILI
PN ROSMAH BT SILONG
PN ZAKIN HASLIZA BT ZAKARIA
MINIT MESYUARAT:
1. Ucapan Ketua Panitia.
Mengalu-alukan kehadiran semua guru .
Berharap agar semua guru dapat memupuk minat murid-murid terhadap mata
pelajaran Matematik kerana dengan suka atau minat sahaja pencapaian dalam
Matematik akan dapat ditingkatkan dari tahun ke tahun.
2. Pengesahan Minit mesyiuarat
Dicadangkan oleh : Encik Zainal Abidin b Omar
Disokong oleh ;
Pn Rosmah bt Silong
3. Perkara Berbangkit.
Tiada
4. Kertas-kertas Mesyuarat.
4.1 Analisa Peperiksaan setengah tahun
Lihat Lampiran.
4.2 Masalah / Kelemahan
Tahun 1
a. Membaca dan menulis nombor dalam perkataan.
b. Melengkapkan dan menuliskan ayat matematik tambah

Tahun 2
a. Menambah dan menolak dengan mengumpul semula.
b. Lemah fakta asas tambah dan tolak
c. Penyelesaian masalah.
Tahun 3
a. Menganggar nombor dan membundar nombor.
b. Menambah dan menolak dengan mengumpul semula.
c. Menyelesaikan masaalah harian.
Tahap II
a. Menganggar dan membundarkan nombor
b. Lemah fakta asas darab.
c. Lemah memahami soalan-soalan bermasaalah.
4.3 Strategi Penambahbaikan.
Tahun 1
a. Latih tubi membaca dan menulis angka dalam perkataan
b. Mengulang pelajaan lepas sebelum memulakan pelajaran yang baru.
c. Memperbanyakkan latihan melengkap dan menuliskan ayat matematik.
Tahun 2
a. Congak fakta asas.
b. Banyakkan membimbing menjawab soalan bermasalah.
Tahun 3
a. Latih tubi fakta asas setiap hari.
b. Penekanan kepada memahami soalan bermasalah.
Tahap II
a. Latih tubi fakta asas darab
b. Melatih menulis maklumat ringkas bagi menjawab soalan-soalan
bermasalah .
Tindakan semua guru Matematik
5. Kursus dalaman KSSR dan Linus
Pengerusi meminta guru-guru yang telah menghadiiri kursus KSSR bagi Tahun 1
serta LINUS hendaklah mengadakan kursus dalam secepat mungkin. Ianya adalah sebagai
pendedahan kepada guru lain yang tidak berpeluang untuk mengikuti kursus tersebut tahun
lalu. Kursus ini boleh dijalankan pada waktu selepas sekolah ataupun pada hari Sabtu.Semua
guru Matematik yang terlibat hendaklah hadir ke kursus tersebut. Guru yang akan
membentang pada kursus tersebut hendaklah bersedia dengan bahan yang lengkap.
Tindakan: Guru Matematik

6. Hal-Hal Lain.
Tiada.
7. Ucapan Penangguhan.
Pengerusi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua tenaga pengajar matematik
SK Durian Tipus. Beliau juga sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua
ahli mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang
Disediakan oleh;

Disemak oleh ;

...

(ENCIK MOHD AZMI B ABDULLAH )


Setiausaha,
Panitia Matematik,
SK Durian Tipus

(CIK NUR HAYATI BACHOK)


Ketua Panitia,
Panitia Matematik,
SK Durian Tipus.

Anda mungkin juga menyukai