Anda di halaman 1dari 19

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TEL : 05-4506000 FAX : 05-4595488

KBC 3043 KEUPAYAAN KOGNITIF DAN PELBAGAI KECERDASAN

TAJUK TUGASAN: PENULISAN ILMIAH ( KUMPULAN)

DIBUAT OLEH :
NAMA PELAJAR NO. MATRIK

NOORSYAZWAN BIN NOORHISHAM MASAZIATIE BINTI AZIZ NURUL ASIAH BINTI MOHD ADNAN SHAHFINAS BINTI SHAHMURI MAHFUZAH BINTI MOHAMAD NURUL ASYIKIN BINTI ABU BAKAR

D20091036618 D20091034757 D20091034758 D20091034736 D20091034738 D20091034743

DIBUAT UNTUK : PENSYARAH: DR. MD NASIR BIN MASRAN

KANAK-KANAK 12 BULAN HINGGA 15 BULAN Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan mengalami perkembangan yang pesat dari segi fizikal, kognitif, sosial dan juga psikomotor. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu mengetahui setiap perkembangan dan cara untuk meningkatkan setiap perkembangan tersebut supaya potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan. Aktiviti Bermain Kanak-kanak Pada peringkat umur ini, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi tentang perkara di sekeliling mereka. Sifat ingin tahu ini membuatkan kanak-kanak pada peringkat umur ini amat berminat untuk meneroka melalui aktiviti bermain mereka. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak mampu meningkatkan pelbagai sudut

perkembangan diri selain dapat mengembirakan mereka. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak terdedah dengan alatan permianan yang pelbagai bentuk, permukaan, warna dan sebagainya. Penggunaan permainan tersebut dapat merangsang penggunaan deria mereka selain dapat menarik minat belajar mereka. Melalui bermain, kanak-kanak didedahkan dengan satu pembelajaran dan penemuan baru apabila mereka belajar mengenai warna, perbezaan bentuk, permukaan dan sebagainya. Ini menggalakkan mereka perkembangkan kemahiran motor kasar dan halus mereka. Muzik dan Nyanyian Muzik dan nyanyian merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan pengeluaran suara. Aktiviti nyanyian dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa kanakkanak. Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Walaupun pada peringkat umur ini mereka tidak mempunyai banyak pembendaharaan kata, namun mereka sudah mula memahami banyak perkataan. Ibu bapa boleh menjalankan aktiviti ini bagi memberi

peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi. Muzik dan nyanyian yang dijalankan dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti berimaginasi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian ini juga kanak-kanak akan mempamerkan ekspresi perasaan mereka samada gembira, sedih dan sebagainya. Selain itu, aktiviti bermain sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti menyanyi Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting pada peringkat umur ini.. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan. Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Perkembangan sosioemosi pula boleh dipupuk semasa ibu bapa mengajar aktiviti nyanyian serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan.

KANAK-KANAK 12 HINGGA 15 BULAN Apabila melihat seorang bayi yang baru lahir, kadang-kadang kita bertanya pada diri sendiri, bolehkah bayi yang baru lahir itu mengenali ibu dan ayahnya? Adakah seorang bayi mempunyai keupayaan untuk merasai apa yang berlaku di sekelilingnya? Melihat kanak-kanak yang menangis pula, kita bertanya kenapa sesetengah kanak-kanak inginkan ibunya sahaja dan langsung tidak mahu pada orang lain apatah lagi orang asing? Kenapa sesetengah kanak-kanak apabila ibunya jauh sedikit, sudah merengek? Mengapa pula sesetengah remaja mudah benar terpengaruh dengan fesyen pakaian yang aneh-aneh? Mengapa sesetengah remaja suka melepak? Mengapa pula lari dari rumah? Adakah semua remaja bertelagah dengan ibu bapa mereka? Adakah mereka suka ikut kata kawannya? Ini semua adalah merupakan antara persoalan-persoalan yang sering kita hadapi dan alami setiap hari (Jas Laile Suzana Jaafar, 2002). Namun, apa yang cuba difokuskan dalam penulisan ini adalah untuk melihat perkembangan awal kanak-kanak dari peringkat usia kanak-kanak dilahirkan sehingga usia kanak-kanak empat tahun.

Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan mengalami perkembangan yang pesat dari segi fizikal, kognitif, sosial dan juga psikomotor. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu mengetahui setiap perkembangan dan cara untuk meningkatkan setiap perkembangan tersebut supaya potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan.

Proses perkembangan (Perubahan secara kualitatif) Psikomotor Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat. Mental Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran,

penaakulan, pembentukan, konsep dan ingatan.

Sosial Menyedari perbezaan antara keluarga dan orang lain. Dapat mengenal keluarga mereka terutama ibu dan ayah mereka. Emosi Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika gembira atau sedih.

Perkembangan Emosi Perkembangan emosi merujuk kepada perapatan, rasa percaya, keselamatan, kasih sayang, dan cinta. Begitu juga dengan pelbagai jenis emosi dan perasaan yang lain. Perkembangan ini juga melibatkan perkembangan konsep-konsep kendiri dan autonomi, tekanan, gangguan-gangguan emosi dan sebagainya.

Perkembangan Kognitif Perkembangan kognitif pula melibatkan perubahan-perubahan dalam proses pemikiran, pembelajaran, ingatan, menilai, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi.

Perkembangan Sosial Perkembangan sosial menekankan soal proses-proses sosialisasi, perkembagan moral dan perhubungan dengan keluarga dan orang lain.

Perkembangan Psikomotor Perkembangan postur dan pergerakan yang dapat dilihat pada umur 15 bulan hingga 18 bulan antaranya ialah seperti: Duduk dalam jangka masa tertentu. Pada umur ini, bayi dapat duduk secara tegap dalam jangka masa tertentu. Bayi cuba untuk menstabilkan diri dengan duduk secara tegap dalam beberapa minit. Merangkak. Pada umur 12 bulan hingga 15 bulan, bayi sudah mula pandai merangkak. Bayi akan cuba bergerak ke sesuatu tempat dengan merangkak. Ini menunjukkan psikomotor bayi sudah mula dirangsang dengan pergerakan merangkak. Berjalan sambil memegang perabut. Pada peringkat ini, bayi sudah mula memberanikan diri iaitu bayi akan bangun untuk berjalan, akan tetapi bayi akan berjalan sambil memegang perabot atau pun sesuatu yang dapat membuatkannya berjalan sambil bergantung. Pada peringkat ini, bayi sudah mula kurang merangkak, ini kerana bayi akan cuba untuk berjalan. Berdiri dan berjalan dengan sendiri. Pada peringkat ini, bayi akan mula berdiri dan berjalan dengan sendiri tanpa bantuan dari sesiapa pun dan bayi sudah mula berdiri dan berjalan tanpa bergantung pada sesuatu. Berjalan sambil memegang dan membawa permainan. Bayi sudah mula berjalan dengan lincah ke sana sini dengan membawa permainan. Tahap keseimbangan bayi sudah normal, kerana pada umur ini, bayi sudah dapat berdiri dan berjalan sambil membawa barang. Memanjat tangga. Bayi juga sudah mula belajar memanjat tangga pada umur ini. Mereka sudah mula aktif dan mempunyai sifat ingin tahu.

KANAK-KANAK BERUMUR 15 18 BULAN PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR. Pengenalan. Membentuk psikomotor kanak-kanak sedari awal amat penting bagi memastikan mereka mampu bergerak dan bertindak dengan lebih cepat berbanding usianya. Selain itu, di sebabkan kanak-kanak ini telah dikenalpasti memiliki ciri-ciri pintar cerdas, sedah semestinya permainan yang diajarkan dan dimainkan oleh mereka mampu unuk mengembangkan lagi kemahiran yang telah di miliki oleh kanak-kanak tersebut. Dalam sistem otak manusia, serebelum. Serebelum yang terletak di bahagian belakang otak iaitu di bahagian bawah selepas Occipital Lope berfungsi sebagai mengawal koordinasi mata, mengawal pergerakkan mulut untuk bercakap, dan selain daripada itu ia juga mengawal pergerakkan rutin seperti megikat tali kasut dan mengawal juga motor kasae yang lain seperti pergerakkan kaki untuk menendang bola. Selain Cerebelum, Parietal Lobe juga berfungsi dalam mengesan rangsanagan dan seterusnya mengintreprestasikan sensori. Contoh-contoh permainan :

1. Susun blok dan puzzle

Permainan ini dimain dengan menggunakan pelbagai jenis puzzle untuk diberikan kepada anak-anak. Untuk tahap umur 15-18 bulan, ibu bapa ataupun guru bolehlah mengunakan puzzle-puzzle yang ringkas dahulu dan barulah berubah kepada yang sukar. Latih dan ajar anak anda bagaimana untuk bermain dengan puzzle tersebut. Setelah itu, biarkan mereka membuat puzzle tersebut dengan sendiri dan pantau keadaan mereka. Secara rasionalnya, permainan puzzle ini adalah untuk melatih anakanak membina kekuatan jari dan tangan serta menambahkan daya koordinasi antara matanya dan tangannya. Hal ini terjadi ketika kanak-kanak tersebut, cuba menggenggam puzzle tersebut untuk di letakkan pada bentuknya yang sesuai.

2. Tendangan Bola / Monster Bowling.

Untuk langkah pertama, ibu bapa perlulah ajarkan dahulu kepada anak-anak bagimana untuk mengangkat kaki untuk menendang bola ke arah pin yang telah disusun. Seterusnya, biarkan mereka menendang bola itu sendiri. Kaedah ini juga merupakan salah satu cara ibu bapa mahupun guru dapat melatih anak-anak untuk menggerakkan motor kasar mereka seperti merangsang pergerakkan kaki dan pergelangan kaki ketika mereka menendang bola tersebut.

3. Touch and learn.

Permainan ini merupakan alat muzik di mana apabila kank-kanak itu menekan punatpunat yang ada, ia akan mengeluarkan bunyi.Kanak-kanak dibiarkan bermain dengan alat-alat permainan seperti ini dan ibu bapa serta guru boleh memantau pergerakkan dan tingkah laku mereka ketika bermain. Menggunakan alat permainan seperti ini boleh melatik anak-anak menggerakkan jari jemarinya dengan tepat ketika ingin menekan punat-punat yang ada. Secara tidak langsung ia melatih kemahiran motor kasar dan juga motor halus kanak-kanak tersebut.

PERKEMBANGAN SOSIAL

Pengenalan.

Perkembangan sosial juga perlu diajarkan kepada anak-anak. Hal ini penting supaya mereka tidak kekok untuk bersosial, berinteraksi dengan orang lain, bermain dan sebagainya. Selain dari itu, ibu bapa malah guru perlulah mengajarkan kepada anak-anak ini dengan nilai-nilai murni yang melibatkan perasaan seperti kasih sayang, tolong menolong, bekerjasama, bermain bersama-sama dan lain-lain lagi. Hal yang demikian perlu supaya, generasi yang seimbang dapat dilahirkan, bukan sahaja hebat dalam intelektualnya, tetapi juga hebat dari akhlak dan sahsi

Brain Stem dilihat berperanan penting dalam mengawal dalam diri seseorang itu. Sebagai contoh mengawal fungsi fisiologi seperti makan, tidur, tekanan darah, penghadaman, jantung dan lain-lain. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menyerang, mengalah, menyelamatkan diri, ingin diasuh atau mengasuh. Dalam mengawal kesemua bahagian ini, Cerebral merupakan bahagian yang bertanggungjawab.

1. Sleeping Toys

Belikan atau hadiahkan kepada anak-anak anda patung yang mereka minati. Ajarkan mereka tidur bersama-sama patung tersebut. Sambil tidurkan mereka, ibu bapa boleh juga bercerita kepada anak-anaknya tentang apa sahaja dan masukkan sekali nilainilai murni sambil mereka peluk atau pegang patung mereka. Kaedah ini adalah untuk memupuk rasa kasih dan sayang di dalam diri anak-anak itu sendiri dalam menguatkan sosial mereka sekiranya mereka bersama dengan kawan-kawan atau adik beradik yang lain.

2. Bermain dengan anak patung.

Belikan anak-anak pelbagai jenis anak patung mengikut kesesuaian jantina mereka. Biarkan mereka bermain anak patung tersebut namun masih dalam pemerhatian dan pemantauan ibu bapa. Rasionalnya di sini, kaedah ini sebenarnya adalah penting untuk membentuk interaksi sosial anak-anak apabila berhadapan dengan kawankawannya yang lain khususnya setelah mereka melangkah kea lam persekolahan. Ia juga secara tidak langsung dapat menerapkan nilai kasih sayang sesama makhluk dalam diri anak-anak tersebut.

3. Bermain sorok-sorok.

Ibu bapa boleh menyorokkan sesuatu barang milik anaknya di tempat yang mudah di lihat. Contoh: Sorokkan patung yang digemari anak di bawah selimutnya. Namun, ia dilapis dengan tiga lapisan kain. Anak anda akan mencari patung tersebut dengan membuka satu-satu kain yang menutupi patung kesayangannya. Selain itu, ibu juga boleh menyorokkan diri dari pandangan si anak di tempattempat yang mudah untuk dilihat oleh si anak. Rasionalnya di sini adalah untuk mendidik rasa untuk tidak putus asa didalam diri anak anda sekali gus menerapkan nilai rajin berusaha di dalam dirinya.

Selain itu juga, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara anak itu dengan ibu bapanya.

PERKEMBANGAN KOGNITIF

1. Susunan blok dan puzzle Kanak-kanak yang berumur 15 hingga 18 bulan biasanya sudah berjalan dengan lebih cekap dan mereka. Aktiviti yang boleh dijalankan untuk merangsang kognitif mereka ialah susunan blok dan puzzle. Aktiviti ini dapat merangsang kognitif kanak-kanak kerana melalui permainan puzzle otak mereka akan berfikir untuk mencari bentuk yang sama, manakala melalui permainan blok, otak mereka secara kreatif akan memikirkan atau mengimaginasikan bentuk yang pelbagai. Imaginasi yang tinggi adalah digalakkan dalam kalangan kanak-kanak kerana ini adalah sebahagian daripada proses otak dalam menjana maklumat. Selain daripada itu, aktiviti ini dapat mendedahkan kanak-kanak dengan konsep keseimbangan dan konsep asas matematik.

Konsep keseimbangan ini dapat dilihat daripada aktiviti menyusun blok. Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak tersebut menyusun blok dengan baik dan seimbang. Jika tidak, blok tersebut tidak akan stabil. Semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti menyusun blok, mungkin blok yang disusun akan jatuh kerana tidak stabil. Kegagalan ini yang akan merangsang otak mereka untuk berfikir tentang keseimbangan dan percubaaan yang dilakukannnya akan dapat mengembangkan kognitif mereka. Selain daripada itu, keseimbangan dapat dilihat dalam aktiviti puzzle di mana kanak-kanak perlu menyeimbangkan atau menyamakan bentuk puzzle bagi menyiapkan sesebuah puzzle. Malah, melalui puzzle juga, kognitif kanak-kanak dapat dirangsang apabila terdapat pelbagai gambar yang perlu mereka selesaikan. Gambar-gambar tersebut akan merangsang otak mereka berfikir.

2. Tendangan Bola / Monster Bowling Aktiviti lain yang dapat dijalankan untuk meningkatkan keupayaan kognitif atau perkembangan kognitif kanak-kanak ialah dengan melakukan aktiviti tendang bola, menggolek bole atau master bowling. Permainan ini adalah permainan yang melibatkan koordinasi mata dengan tangan atau kaki. Semasa menjalankan aktiviti ini, kanak-kanak akan memberi tumpuan atau fokus kepada benda yang akan dijatuhkannya menggunakan bola. Dalam aktiviti ini, kanakkanak akan menggunakan mata untuk memfokuskan kepada matlamatnya, dan menggunakan tangan serta kakinya untuk menjatuhkan benda tersebut. Di sini, kanak-kanak perlu menggunakan otaknya untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka perlu berfikir bagaimana mereka perlu menendang atau menggolek bola untuk menjatuhkan benda tersebut. Jadi kombinasi antara mata dan pergerakan perlu seiring. Jika aktiviti ini sentiasa dilakukan ia dapat meningkatkan keupayaan kognitif mereka.

3. Touch and Learn Aktiviti Touch and Learn juga dapat meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti ini adalah aktiviti yang menggembirakan di mana kanak-kanak akan dapat belajar dengan menggunakan muzik. Aktiviti ini akan melibatkan kanak-kanak menyentuh pada gambar yang tertera dan apabila gambar tersebut disentuh, bunyi akan dikeluarkan dan menamakan gambar yang disentuh. Aktiviti ini dapat merangsang kognitif dengan melibatkan deria mata dan telinga. Mata akan melihat pada gambar yang tertera tanpa mengetahui apakah gambar tersebut. Jadi apabila dia menyentuh gambar dan bunyi akan keluar, kognitifnya akan dirangsang dan dia akan tahu gambar itu adalah gambar ayam sebagai contohnya. Malah, ia juga akan hadir dalam pelbagai versi bahasa, ini akan membantu meningkatkan kecerdasan bahasa kanak-kanak tersebut.

4. Bermain sorok-sorok Main sorok-sorok adalah permainan yang sangat baik dalam merangsang pemikiran dan otak kanak-kanak. Aktiviti ini berjalan dengan ibu akan menyorok sesuatu milik anak-anak tersebut. Barang adalah barang yang selalunya akan diletakkan di sesuatu tempat. Contohnya, anak patung milik kanak-kanak tersebut yang sentiasa diletakkan di atas katil. Anak patung tersebut akan di sorokkan di atas katil tersebut dengan melibatkan beberapa lapisan selimut dan bantal. Apabila kanak-kanak inginkan anak patung tersebut dia akan pergi mengambilnya sendiri dan apabila melihat anak patung tersebut tiada di tempat kebiasaaannnya, dia akan terus berusaha mencari anak patung tersebut. Daripada ini, kognitifnya akan dirangsang. Dia akan cuba untuk mengingat bahawa patungnya memang akan ada pada katil tersebut. Dia akan berusaha mencari patung tersebut. Kanakkanak akan mencari patung tersebut helaian demi helaian di bawah kain selimut. Sekaligus ini dapat merangsang kognitifnya melalui visual di mana dia perlu menggunakan deria mata dan perlu fokus untuk mencari patungnya.

PERKEMBANGAN EMOSI

1. Sleeping Toys. Setiap aktiviti yang dijalankan juga akan membantu dalam merangsang emosi mereka. Aktiviti sleeping toys iaitu meletakkan patung di sebelah kanak-kanak semasa mereka tidur. Aktiviti ini akan dapat merangsang emosi kanak-kanak di mana dapat melahirkan kasih sayang antara kanak-kanak tersebut dengan anak patung mereka. Perasaan kasih sayang ini penting dalam membentuk perkembangan sosial kanak-kanak dalam dunia sebenar. Malah bermain dengan anak patung juga dapat membentuk kasih sayang dalam diri kanak-kanak serta dapat membantu dalam interaksi sosial mereka. Dalam pada itu juga, kanak-kanak ini akan menganggap patung sebagai kawan mereka. Dapat disimpulkan bermain dengan anak patung adalah langkah pertama dalam membina perasaan kasih sayang, mengambil berat dan sebagai sahabat pertama sebelum mempunyai sahabat yang sebenar.

2. Bermain sorok-sorok Aktiviti sorok-sorok yang dijalankan juga dapat meningkatkan emosi kanak-kanak. Perasaan tidak mudah putus asa akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak kerana mereka perlu berusaha untuk mencari anak patung yang telah disorokkan. Malah, ini juga membantu mereka untuk bersabar dalam melakukan sesuatu. Hal ini, dapat memberikan satu latihan agar pada masa akan datang mereka dapat mengawal emosi dalam menghadapi masalah dalam dunia yang sebenar. Tambahan pula, ini adalah penting agar interaksi sosial kanak-kanak akan berjaya dan mereka dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

PERKEMBANGAN KOGNITIF, PSIKOMOTOR, EMOSI DAN SOSIAL. Aktiviti Pengayaan Bagi Bayi Berumur 12 hingga 24 bulan.

Perkembangan bayi pintar cerdas pada usia 12 bulan sehingga 24 bulan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor lebih pantas berbanding bayi normal yang seusianya. Perbezaan ini akan semakin ketara apabila usia semakin meningkat. Kami telah membina satu modul bagi panduan ibu bapa dalam memberikan aktiviti yang mampu meningkatkan lagi keupayaan bayi mereka dalam bidang-bidang yang telah disebutkan tadi. Ibu bapa yang melihat kelebihan anak mereka ini tidak boleh mensia-siakan peluang dengan hanya membiarkan anak tersebut membesar secara semulajadi sebaliknya harus mencari inisiatif yang lain bagi memperkembangkan keupayaan anak itu seperti yang telah dilakukan oleh ibu bapa genius yang lain iaitu seperti Adi Putra, Sufiah dan juga tokoh-tokoh di luar negara.

Dalam teori perkembangan yang dikemukakan oleh Sigmund Freud, peringkat anal ialah peringkat kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 36 bulan. Pada peringkat ini lebih tertumpu kepada proses pembuangan air besar dan air kecil. Personaliti kanakkanak dipengaruhi oleh didikan ibu bapa, contohnya sekiranya dipaksa personaliti kanakkanak apabila dewasa akan menjadi seorang yang tidak berdisiplin, kelam-kabut, suka membazir dan ini membawa kegagalan kepada ibu bapa dalam mendidik anak. Oleh itu, sebagai ibu bapa janganlah terlalu mengongkong atau memaksa anak untuk melakukan apa yang ibu bapa inginkan tanpa mengambil kira kemahuan anak.

Dari segi perkembangan fizikal kanak-kanak setahun lebih cenderung untuk melakukan sendiri seperti minum air, makan, memakai pakaian dan sebagainya. Ibu bapa jangan pula menghalang apa yang ingin dilakukan oleh anak kerana akan membantutkan perkembangan mereka dari segi berfikir dan bertindak. Ibu bapa boleh memberi galakan dan sokongan atas tiap-tiap aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Di usia ini, permainan yang diberikan mestilah bersaiz besar yang tidak boleh ditelan oleh kanakkanak kerana mereka cenderung untuk memasukkan ke dalam mulut setiap apa yang mereka jumpai.

Perkembangan Kognitif Aktiviti 1: Puzzles Bagi memperkembangkan kognitif anak-anak, aktiviti bermain Puzzles adalah salah satu aktiviti yang boleh merangsangnya otaknya. Anak yang berumur 19 hingga 24 bulan sudah boleh berjalan dan memegang objek dengan baik. Oleh itu, ibu bapa boleh memberikan permainan jenis puzzles yang memerlukan anak berusaha memikirkan jalan penyelesaian untuk memasukkan bongkah-bongkah geometri ke dalam bentuknya. Pada tahap ini, anak akan cuba menyelesaikannya permainan yang diberi sehingga berjaya dengan dorongan dan bimbingan ibu bapa.

Aktiviti 2 : Girl or Boy Permainan ini mengkehendaki kanak-kanak memakaikan pakaian untuk anak patung perempuan dan anak patung lelaki mengikut pakaian jantinanya. Permainan ini bertujuan untuk merangsang perkembangan kognitif anak iaitu anak-anak akan berfikir untuk menyesuaikan pakaian mengikut jantina. Ibu bapa boleh menyediakan dua jenis anak patung iaitu anak patung lelaki dan anak patung perempuan. Ibu bapa akan memberikan arahan kepada anak-anak untuk memakaikan pakaian bagi anak patung tersebut melalui bimbingan ibu bapa. Secara tidak langsung kognitif anak-anak akan berusaha untuk menjayakan aktiviti ini.

Aktiviti 3: Kenali Abjad Ketika umur ini anak-anak sudah boleh diajar mengenali abjad. Pengajaran pada tahap ini banyak bergantung kepada alat bantu visual seperti buku abjad gambar yang berwarnawarni. Ibubapa juga boleh melekatkan abjad nama anaknya pada pintu bilik atau

memperkenalkan sesuatu abjad dan bermain teka-teki dengan anak. Aktiviti ini bertujuan untuk merangsangan kognitifnya agar kanak-kanak dapat berfikir abjad yang ditunjukkan itu mewakili sesuatu dan berusaha untuk memahaminya. Ini juga untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak serba sedikit tentang pembelajaran yang bermakna bagi mereka.

Aktiviti 4: Lego Kanak-kanak mungkin tertarik dalam pembinaan pada tahap ini. Ibu bapa boleh menyediakan lego yang bersaiz besar untuk anak bermain. Kanak-kanak akan cuba mencantumkan lego tersebut yang mungkin boleh membuat kereta api, rumah dan banyak lagi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk merangsang kognitif anak dimana Lego dapat membantu kanak-kanak ini memikirkan reka bentuk baru yang hendak dihasilkan atau rekaan berdasarkan imaginasinya dengan bahan yang ada. Mereka sudah semestinya ingin menghasilkan sesuatu yang menarik. Aktiviti ini boleh dijalankan hari-hari kerana setiap hari anak-anak akan cuba menghasilkan rekaan baru yang unik. Hal ini, dapat meningkatkan keupayaan kognitif anak untuk berusaha menghasilkan sesuatu yang menarik dan unik.

Bagi setiap aktiviti ini, bahagian otak yang akan terlibat dalam aktiviti ini iaitu bahagian otak serebrum (cerebrum). Ia merupakan pusat pemikiran dan kesedaran seseorang. Di sinilah letaknya pusat kawalan untuk mengawal kemampuan dan keupayaan menguasai bahasa, pemusatan perhatian (focusing) memori, fikiran dan kemahiran motor. Keupayaan minda dan tahap keintelektualan (IQ) seseorang banyak dikawal oleh bahagian ini. Oleh itu, dengan menjalankan aktiviti permainan ini perkembangan kognitif anak pintar cerdas akan lebih terangsang kerana aktiviti ini memerlukan anak-anak berfikir dan berusaha menjayakan aktiviti ini.

Perkembangan Psikomotor Aktiviti 1: Puzzles Aktiviti puzzles yang dimainkan untuk melatih perkembangan kognitif anak-anak juga akan dapat meningkatkan keupayaan psikomotornya. Puzzles yang bersaiz besar boleh diberikan dan ibu bapa hanya perlu menjadi fasilitator dengan menunjukkan bongkahbongkah berbentuk geometri yang perlu dimasukkan ke lubang-lubang tertentu. Ini bagi melatih perkembangan motor halus kanak-kanak dan di samping itu melatih deria penglihatan mereka. Latihan motor halus yang berterusan boleh membantu dalam bidangbidang yang memerlukan ketangkasan pergerakan tangan seperti pemain piano, kerani, pelukis dan sebagaiya. Ibu bapa juga boleh membelikan komputer mainan yang apabila

ditekan mengeluarkan bunyi muzik yang pelbagai. Ini akan menarik perhatian kanakkanak untuk terus menggunakannya di samping mendedahkannya kepada teknologi di usia yang kecil.

Aktiviti 2: Catch and Kick Pada usia menginjak ke 2 tahun, kanak-kanak sudah boleh berjalan dan berlari sedikit. Saat ini sesuai untuk diajak bermain bola bagi melatih perkembangan motor kasar kanakkanak. Mereka boleh menggerakkan bola sedikit ke hadapan atau menendang bola pada jarak yang dekat. Bola yang digunakan haruslah pelbagai seperti menggunakan bola yang berlainan bentuk, saiz dan berbunyi apabila ditendang. Di samping melatih motor kasar, ia juga mampu meningkatkan visual dan juga pendengaran kanak-kanak agar lebih peka terhadap deria mata dan telinga mereka. Dalam usia 23 bulan, kanak-kanak sudah boleh melompat sedikit namun sekiranya anak itu masih belum melompat, ibu bapa jangan pula memaksa kanak-kanak untuk melompat. Kanak-kanak yang lambat berjalan juga berisiko untuk lambat melompat dan berlari. Ibu bapa jangan menghalang tetapi jika dirasakan berbahaya barulah ditegur anak itu. Tujuan aktiviti ini iaitu meningkatkan perkembangan psikomotor anak. Aktiviti ini dapat melatih kemahiran motor kasar anak di mana ibu bapa mengajar anak membaling bola serta menendang bola pada satu sasaran yang dikehendaki. Ia dapat melatih dan merangsang koordinasi visual anak untuk membuat balingan atau tendangan ke arah yang disasarkan.

Jika aktiviti yang dijalankan melibatkan psikomotor, bahagian otak yang mengawal pergerakan tersebut ialah serebelum. Manakala sereblum pula berfungsi

membuat penyelarasan, pergerakan dan memastikan keseimbangan badan semasa pergerakan. Oleh itu, bagi aktiviti satu, serebelum akan mengawal pergerakan tangan anak untuk memegang bongkah dan memasukkan kedalam bentuknya dengan baik. Bagi aktiviti dua, akan lebih kepada bahagian sereblum yang akan menyelaraskan pergerakan dan keseimbangan badan anak-anak ketika membuat tendangan bola tersebut.

Aktiviti 3: Mari Melukis Dalam melatih kanak-kanak memegang pensel atau krayon, perlulah dimulakan dengan objek yang bersaiz besar supaya mudah untuk digenggam. Biarkan mereka menconteng sahaja dahulu apa yang mereka mahu. Secara tidak langsung, koordinasi mata dan tangan terlibat semasa mereka menconteng. Alatan seperti gambar abjad dan juga objek abjad dikenalkan dahulu kepada anak supaya mereka mempunyai idea tentang apa yang akan ditulisnya dan akhirnya dapat menulis seperti objek yang ditunjukkan. Aktiviti ini dapat melatih perkembangan motor halus anak-anak melalui cara memegnag pensil dengan betul.

Perkembangan Emosi Aktiviti 1: Bermain alat muzik Pada anak yang berusia 19 hingga 24 bulan, aktiviti muzik mampu memberikan inspirasi kepada kanak-kanak untuk menari, bertepuk tangan, berpusing, melompat, bahkan berteriak. Ibu bapa boleh menyediakan alat-alat muzik yang sesuai untuk dipegang dan dimainkan oleh anaknya. Ibu bapa boleh mempelbagaikan alatan muzik seperti tamborin, klarinet, kerincing, piano atau pelbagai alatan lain lagi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk merangsang serta meningkatkan perkembangan emosi anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui muzik, kanak-kanak dapat mengekspresikan perasaan yang dirasai sama ada gembira, sedih, marah dan sebagainya melalui alat muzik tersebut. Oleh itu, ibu bapa dapat memahami keadaan anaknya melalui aktiviti ini serta dapat mengambil tindakan yang sesuai jika anaknya menunjukkan perasaan negatif. Bahagian otak yang mengawal emosi seseorang ialah amygdala yang terletak di hippocampus. Amygdala berperanan penting dalam mengawal emosi. Oleh itu, aktiviti ini juga dapat mengesan perasaan anak-anak ketika itu.

Perkembangan Sosial Perkembangan sosial kanak-kanak ini meliputi aspek berinteraksi dengan orang lain dan juga cara mereka membawa diri. Perkembangan aspek ini perlu diperhatikan oleh ibu bapa kerana mungkin kanak-kanak ini tidak selesa bermain dengan kanak-kanak sebayanya atau rasa tidak selamat dengan orang yang tidak dikenalinya. Petanda yang

dapat dilihat ialah kanak-kanak ini akan kerap menangis, memek muka yang tidak menggembirakan dan pelbagai lagi petanda lain. Perkembangan kanak-kanak ini untuk bersosial perlu dilatih sejak dari kecil iaitu dengan menghilangkan rasa takut mereka dan juga memahami perhubungan bagaimana yang mereka inginkan.

Aktiviti 1: Phone Talking Aktiviti ini bertujuan melatih anak berinteraksi melalui telefon. Ibu bapa boleh memberikan alat permainan berbentuk alat perhubungan supaya kanak-kanak ini belajar untuk berkomunikasi. Sedikit sebanyak ini dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain. Permainan ini dapat mendedahkan kemahiran komunikasi di mana ibu bapa boleh turut serta dalam aktiviti ini dengan berpura-pura berbual telefon bersama anak. Aktiviti ini dapat melatih anak-anak bercakap dengan lebih cepat apabila mendengar perkataan-perkataan baru daripada percakapan dengan ibu bapanya itu. Selain itu, ibu bapa boleh melatih anak mereka untuk berbual secara bersemuka dengan sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak lain. Kanak-kanak juga sudah boleh menunjukkan anggota badan apabila disebut, contohnya apabila ibunya menyebut hidung, dia akan menunjukkan hidungnya. Aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan perkembangan sosial anak-anaknya.

Aktiviti 2: Girl or Boy Aktiviti ini yang juga dijalankan untuk perkembangan kognitif sebenarnya juga adalah untuk melatih perkembangan sosial anak-anak. Perbezaan jantina juga perlu diterangkan kepada anak agar mereka tahu perbezaan di antara manusia. Penggunaan permainan anak patung mampu menarik perhatian kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Ibu bapa harus menerangkan bahawa pakaian tertentu adalah untuk perempuan dan pakaian yang tertentu untuk lelaki. Permainan yang ada nilai berbentuk tanggungjawab seperti masak-masak sudah boleh diajar. Dalam usia 2 tahun, kanak-kanak sudah pandai untuk memilih sendiri baju yang ingin dipakai. Dia akan menggeledah sendiri rak pakaian untuk mencari baju yang disukainya. Mereka akan menangis sekiranya kemahuan mereka untuk memakai baju tertentu tidak dipenuhi. Oleh itu, melalui aktiviti ini ibu bapa dapat kembangkan aspek sosial anak-anak ketika dirumah lagi.

Anda mungkin juga menyukai