Anda di halaman 1dari 2

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (BAHASA INGGERIS) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI 2013

Syarat pertandingan adalah seperti berikut : a) b) c) Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 (Tahun 3) sahaja. Penyertaan terdiri daripada seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring. Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya. Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah. Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urus setia pada sebelum terikh yang ditetapkan. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :i Permulaan ii Minit keempat iii Minit kelima 1 kali 1 kali 2 kali

d) e) f)

g)

Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan. h) Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem pembesar suara dengan clip microphone. Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan. Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan. Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :i ii iii iv v l) Mesej dan isi fakta sains Persembahan Bahasa Kreativiti Pakaian - costume 40% 20% 20% 15% 5%

i)

j)

k)

Jumlah hakim untuk peringkat negeri adalah 3 hingga 5 orang (Jika 3 orang hakim, sekurang-kurangnya seorang hakim mempunyai latarbelakang Sains dan jika 5 orang hakim, sekurang-kurangnya dua orang hakim mempunyai latarbelakang sains) Keputusan hakim adalah muktamad.

m)

KEPERLUAN/PERSIAPAN PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1

1 Tempat a. Dewan atau dewan kelas dengan pentas atau ruang untuk persembahan. b. Pentas dibiar terbuka tanpa langsir. c. Meja dan kerusi hakim (3 hingga 5 orang) dan penjaga masa (1 atau 2 orang). d. Kerusi penonton mengikut kesesuaian ( lebih dari 100 ). 2 Sistem Pembesar Suara a. 1 klip mikrofon untuk peserta. Mikrofon tambahan perlu disediakan sebagai gantian jika berlaku kerosakan. b. 1 mikrofon untuk juru acara. c. Sistem yang berfungsi dengan baik adalah sangat penting khasnya kepada peserta. 3 Pengurus Pentas a. Dua orang guru (sekurang-kurangnya) untuk menyelaras pergerakan peserta keluar masuk pentas untuk membuat persembahan. b. Menyelaras perjalanan pertandingan (berkerjasama dengan Juruacara, penjaga masa dan peserta) 4 Penjaga Masa a. 1 atau 2 orang b. Disediakan dengan jam randik, satu loceng atau buzzer yang cukup kuat bunyinya. 5 Hakim a. Bilangan hakim adalah 3 hingga 5 orang. b. Terdiri dari kalangan individu berpengalaman sebagai hakim pertandingan bercerita dan mempunyai berlatar belakang Sains dan Matematik serta menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. c. Terdiri dari kalangan mereka yang tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana pasukan. 6 Borang Markah a. Borang markah yang mencukupi untuk hakim dan ketua hakim. b. Mesin kira perlu disediakan. c. Pemadam, pensel dan kertas kosong A4 disediakan untuk catatan hakim. 7 Skrip Cerita a. Dikumpul dan disediakan/diperbanyakkan untuk setiap hakim. b. Diserahkan kepada Urusetia sehari sebelum tarikh yang ditetapkan. 8 Bilik Mesyuarat Hakim a. Bilik ini bertujuan untuk hakim mengira dan membuat keputusan akhir. b. Sediakan sampul surat untuk diisikan dengan keputusan muktamad.

Anda mungkin juga menyukai