Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Motivasi Anak

Komunikasi dalam keluarga merupakan salah satu faktor untuk boleh mewujudkan keluarga
yang ceria, bahagia dan harmoni. Dengan wujudkan komunikasi ynag berkesan, anak-anak akan
dapat dimotivasikan dari semasa ke semasa agar mereka menjadi insan yang bersemangat,
progresif, prokatif dan berfikiran positif. Untuk memotivasikan anak-anak, ibu bapa perlulah
menggunakan kaedah komunikasi ynag berkesan agar matlamat dan harapan kita untuk
mewujudkan insan yang berguna dan berakhlak akan tercapai. Oleh itu kaedah komunikasi
untuk meningkatkan motivasi di kalangan anak-anak adalah seperti berikut:

1. Penerangan yang jelas. Penyelelidikan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dan


remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang
patut mereka lakukan. Ibu bapa sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?


b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan
atau kerja.

2. Ganjaran. Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan
secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan
anak dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk
ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan daripada tugas harian dan
sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga
terhadap usaha ynag diberikan. Berikan insentif agar anak berusaha untuk menguasai
pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang
berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman anak.

3. Tetap dan Mantapkan Matlamat. Setiap anak mestilah disuruh menetapkan


matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan pastikan setiap
anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

4. Berikan Perhatian. Anak akan memberikan tindak balas yang positif terhadap ibu bapa
yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada
menghukum. Ada ketikanya ibu bapa perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-
kesilapan yang pernah mereka lakukan dan lain-lain sebagai satu teladan untuk pelajar. Ini
penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab.
Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh
lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang
belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh
mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

5. Penglibatan dan penyertaan. Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif
dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan. Rangsang anak untuk terlibat dalam aktiviti
luar, interaksi antara adik-beradik dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila
mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai
kerja ibu bapa seperti memasak, mengemas rumah atau berkebun.

6. Penuhi keperluan. Ibu bapa mestilah sedar bahawa setiap anak memerlukan daya
hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan
peluang anak yang tua menyelesaikan masalah-masalah kecil di kalangan adik-beradik. Atau
memberi peluang kepada mereka memberikan pendapat dan pandangan sepert aspek hiasan
dalaman atau sebagainya.

7. Kepelbagaian Emosi dan watak. Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap
emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Anak akan lebih mudah mengingat dan
memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Anak akan lebih bersedia untuk
belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi dan watak kerana mereka tidak akan
bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik
minat anak terhadap apa yang mahu anda sampaikan.

8. Terapkan Aspek Kemahiran. Ajarkan mereka beberapa aspek kemahiran


komunikasi dan sosial. Contohnya beri peluang untuk mereka 'memberi ceramah' atau melayan
tetamu yang datang. Juga terapkan kepada mereka teknik pembelajaran yang berkesan,
pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam
fikiran 'boleh' dalam setiap yang dilakukan.

9. Amalkan Prinsip MAT - Mesra, Adil dan Tegas. Berkomunikasilah dengan


mesra dan memberi layanan dan adil dan saksama tanpa memilih kasih dan dalam masa yang
sama tegas dan berprinsip dalam mendisiplinkan anak-anak.

Wanita November 2001, Ms 118 - 119

Anda mungkin juga menyukai