Anda di halaman 1dari 18

Tentang Kami

Kami adalah sebuah organisasi perniagaan yang mengusahakan produk produk muslim dengan misi memasyarakatkan sunah dalam kehidupan melalui penggunaan produk yang berasaskan sunah kehidupan para nabi. Kebanyakan produk kami sudah melalui satu tempoh penyelidikan yang agak panjang dan autentik. Kami berkolaborasi dengan pakar-pakar penyelidik dari universiti dalam dan luar negeri yang sesetengahnya sudah melebih 30 tahun menyelidik material sunah amalan para nabi. Penyelidikan para sarjana muslim ini meliputi material seperti batu batuan yang bersifat alami , pokok pokok dengan segala produk hilirannya, dan bahanbahan galian lain seperti mineral garam kristal. Penyelidikan meliputi kajian sifat material, kandungan material , gelombang elektromagnetik material serta kesesuaiannya dengan organ tubuh badan manusia sebagai pengguna. Penyelidikan ini pula hanya berkisar ke atas material sunah baik yang berbentuk makanan mahupun barang kegunaan harian . Sebagaimana kita ketahui bahawa sunah para Nabi ini mengandungi rahsia dan hikmah yang sangat hebat. Mereka menjadi pemegang amanah kepada urusan manusia di bumi dan di akhirat , justeru kami dari Bio Sunah ingin turut sama membongkar dan menyelami rahsia sunah ini agar dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Hasil kerjasama dalam situasi 'menang- menang ' ( win-win situation ) dengan semua para penyelidik, kami telah dapat menghasilkan produk produk yang sangat luar biasa impaknya kepada pengguna. Produk produk kami meliputi barang kegunaan harian sehinggalah kepada makanan kesihatan yang memberikan multiflier efect yang tidak terjangkakan. Seharusnya masyarakat sama-sama mengambil faedah dari hasil penyelidikan yang mengkagumkan ini dan kami di WOSSEBEH.COM memudahkan pengguna memanfaatkan hasil penyelidikan ini dalam pelbagai variasi penggunaan produk oleh pengguna. Setidak-tidaknya : warisan sunah ini kita nikmati dan amalkan untuk faedah dunia dan akhirat, insyaAllah. Kami ingin menegaskan di sini bahawa organisasi perniagaan di WOSSEBEH.COM lebih menjurus kepada konsultan produk ( product consultant ) dan kami lebih bergiat di sektor khidmat nasihat berkaitan produk sekaligus menjadi pembekal kepada produk produk yang telah selesai melalui satu bentuk penyelidikan yang ketat prosedurnya

Misi Wossebeh.com

Misi syarikat kami adalah untuk memperbetulkan kefahaman orang islam tentang Kokka dan memberitahu kebenaran Pine Cypress dimana hanya spesis ini sahaja yang mempunyai persamaan DNA 98% ( kandungan kimia dan fitokimia ) dengan kayu bahtera Nabi Nuh dan juga untuk memperbetulkan anggapan org islam tentang mukjizat dan keajaiban kayu tersebut hanya berlaku dengan izin Allah s.w.t pada zaman Nabi Nuh sahaja Pada era zaman sekarang, hanya intipati dan khasiat dari Amber kayu tersebut yang sesuai digunapakai untuk tujuan memperbaiki dan mempertingkatkan tahap metabolisme dalam tubuh badan sahaja.

Pengenalan

Kami di WOSSEBEH.COM sehingga kini menumpukan kepada beberapa penyelidikan teras ( core research ) berasaskan kepada penyelidikan ke atas : Pokok Pine Cypress yang merupakan pokok dari spesies kayu bahtera Nabi Nuh a.s . Kajilidikan meliputi juga artifak Bahtera Nabi Allah Nuh a.s yang sekarang ini terdampar di Bukit Al Judi , di Banjaran Ararat, Turki. Dalam kajian ini, WOSSEBEH.COM bekerjasama dengan Profesor Mohammad Shakran Shuhatah dari Mesir yang sudah terlibat dalam kajian selama 35 tahun. Satu mukjizat perubatan yang sangat hebat dalam tamadun manusia telah tercetus lebih dari 6000 tahun dahulu ekoran peristiwa Banjir Besar yang dengan peristiwa itu, Nabi Nuh a.s telah menerima perintah Allah SWT menyiapkan satu bahtera. Hasil kajian Profesor Mohamad Shakran Shuhatah selama lebih dari 30 tahun membuktikan bahawa bahtera Nabi Nuh a.s diperbuat dari spesies kayu pine cypress. Kajian beliau telah menemukan rahsia perubatan yang telah disimpan oleh pengkaji barat sejak abad ke 17 lagi. Kajian beliau sangat menakjubkan kerana hampir keseeluruhan bahagian pokok ini boleh dimanfaatkan untuk kesihatan yang maksima. Namun , amber ( getah) pokok pine cypress telah menjadikan kajian Profesor Mohamad Shakran berada di dalam kelas yang berlainan sama sekali. Penemuan penggunaan amber pokok ini dalam perubatan menyelesaikan hampir keseluruhan masalah kesihatan yang dialami masyarakat moden kini.

Kajian menunjukkan bahawa pokok ini mengandungi bahan fitokimia yang sangat bernilai tinggi untuk kesihatan seperti monoterpenes, dan phycenogenol . Penemuan ini telah memecahkan beberapa kebuntuan perubatan dan kes kes kesihatan yang memeningkan. Khasiat dalam tumbuhan ini mencangkupi satu ruang lingkup yang sangat mengkagumkan meliputi kebaikannya di dalam mencerna gelombang tenaga , meningkatkan aktiviti anti-oksida ( menghalang radikal bebas ), menjana homeostasis ( keadaan harmoni ) dalam tubuh badan dan persekitaran, membentuk satu suasana equilibrium pada organ dan persekitaran , merangsang kepada penyembuhan dalaman , pembaikan dan penjanaan sel baru ( rejuvenasi ) dan merangsang sistem imunisasi yang lebih baik.

Ini kerana cypress melalui kajian perubatan jelas mempunyai keupayaan yang luar biasa kerana memiliki ciri-ciri anti-virus , anti kuman , dan anti depresif. Selanjutnya membantu penyembuhan selsema , melegakan kesakitan dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan supaya berfungsi dengan lebih baik. Dalam ruang yang sekecil ini, agak mustahil membicarakan kesan terapeutik pokok spesies bahtera Nabi Nuh a.s secara keseluruhannya. Kajian selama lebih 30 tahun Profesor Mohamad Syakran membuktikan bahawa pengkisahan khasiat perubatan sehingga peristiwa Yahudi yang buta mampu melihat itu memberikan penanda aras kepada kita akan besarnya khasiat perubatan yang terdapat pada spesies kayu tersebut. InsyaAllah kami, di Bio-Sunah akan menghidangkannya kepada masyarakat. Secara ringkasnya, rahsia perubatan spesies pine cypress ini dapat disenaraikan seperti di bawah : 1. Merawat imuniti yang rendah dan lemah dengan mengosok berkali-kali pada kayu tersebut. Dalam konteks ini, kita dapati bahawa penggunaan tasbih adalah merupakan cara paling praktikal untuk memperolehi manfaat dari kayu tersebut. Penggunaan tasbih jika digosok secara berulang kali , haba dan kepanasan yang keluar akan menghasilkan gelombang dan terus diekstrak melalui pernafasan dan kulit. 2.Gosokan kayu cypress akan melancarkan perjalanan darah di dalam tubuh dan menghasilkan daya tahan tubuh dari penyakit ( imuniti ) sehingga 89 peratus. 3.Kulit dan akar pokok cypress boleh digunakan sebagai penawar untuk penyakit gigi, barah gusi, kencing manis serta berupaya merawat ulser dan penyakit buah pinggang. 4.Buah cypress dapat menghilangkan sengatan. Apabila direndam di dalam air, maka air tersebut boleh digunakan untuk merawat penyakit batuk , menghilangkan kelembapan paru-paru ( paru-paru sejuk ), dan menambahkan air mani serta meningkatkan kualitinya. 5.Merawat penyakit kencing manis (diabetes) , penyakit barah gusi, sakit gigi, ulser dan penyakit buah pinggang. 6.Boleh digunakan untuk merawat penyakit akibat serangan angin ahmar seperti mati sebelah badan, merawat demam, kancing gigi, penyakit kuning, buasir, sembelit dan masalah pundi kencing termasuk masalah prostat. 7.Juga sangat baik untuk merawat masalah rambut gugur dengan cara meminum air rebusan kayu cypress, meningkatkan tenaga dan memperbaiki kehidupan seksual seseorang secara keseluruhan. 8.Meningkatkan ketenangan dengan memperbaiki pengaliran darah ke otak, mengurangkan tekanan , darah tinggi, memperbaiki kualiti tidur dan mengatasi insomnia. 9.Menjana sel-sel baru secara drastik , menghalang penuaan ( anti-aging ) , menjadi bahan antioksida yang berkesan dalam menentang radikal bebas ( free radical ) dan merawat penyakit kanser. 10.Mencampurkan pine cypress dengan madu dapat menghilangkan penyakit sejuk / menggigil , meningkatkan fungsi sistem respirasi dan hati ( membantu merawat hepatitis B.

FAkta & kebenaran kayu cypress


1) Ciri pokoknya yang besar, tinggi mencecah 120-450 kaki, batang berjalur, daun halus dan berbuah. Batang pokok yang sangat besar, keras, kukuh, kuat, tahan lasak dan kalis air. 2) Kajian saintifik oleh Dr. Hisham bin Hasim (Bidang Geomology & Mineral), Dr. Mohd Zahit Bin Ali ( Bahagian Kajian dan Perkhidmatan Sains & Teknologi Malaysia) serta Dr. Hj. Abd Manan bin Embong ( Bahagian Anthologi dan Artifak). Juga bantuan pakar dari Profesor Dr. Mohammad Shakran Shuhatah (Pakar Botani dari Mesir) dan Profesor Dr. Ali Akbar Zurillah (Bahagian Kajian dan Geogology Turkey). Penyelidikan telah dijalankan di Turkey, Mesir, Iran, Jordan, Syiria, Brazil dan Argentina. 3) Hasil kajian menjelaskan pokok jenis Pine Cypress ini adalah yang paling tepat yang mengandungi kandungan kimia yang sama dengan kayu yang didapati daripada serpihan lama Bahtera Nabi Allah Nuh A.S. maka jelaslah bahawa apa yang dikaji oleh para saintis dunia mengenai rangka tinggalan kayu Bahtera Nabi Allah Nuh A.S itu adalah spesis pokok Pine Cypress. 4) Kitab-kitab perubatan kuno lama iaitu dari Arab dan Yunani pada kurun ke 7 juga ada menyatakan bahawa kayu ini dipanggil Methuselah malah pada zaman Pra Gangga Firaun, pokok tersebut juga dinamakan dengan nama yang sama. Pada hari ini, pokok tersebut dipanggil Pine Cypress atay Gopher Wood. 5) Penyelidikan mengesahkan kulit, batang. getah, akar dan amber dapat: - Menstabilkan imuniti tubuh hingga 89%. Merawat batuk, radang paruparu, sakit telinga (Ear Drop), menajamkan penglihatan, dan Penyakit Jantung, menambah air manu, merawat sembelit, mati sebelah badan, kebas, buasir, sakit kuning, lemah syawat, rambut gugur, sakit kelopak mata, pening, tahan haid, cegah hamil, kurap dan mencantikkan kulit. - Amber pohon ini sangat wangi dan berkhasiat. Kajian menunjukkan ia dapat merawat Tonsil, Insomia (ganggua tidur), demam panas, anthma, sakit tekakm penyakit hawar, Penyakit berjangkit, sakit mata, dan rabun (Catrik yang perlu dibedah). Amber yang pekat dan berwarna merah tua mempunyai gelombang yang tinggi yang mampu melancarkan perjalanan darah ke jantung. - Mempunya ketumpatan gelombang yang sangat tinggi. Ia amat berkesan kepada mereka yang mempunyai imuniti yang lemah. Sejak 3500 tahun dulu perbubatan Mesir kuno menggunakan campuran amber dan serbuk dari kayu Cypress bersama air suam dan dijadikan rendaman bada (spa) untuk kesihatan. - Gelombang berketumpatan tinggi ini boleh mengastrek ke dalam tubuh meningkatkan imunit serta melancarkan perjalanan darah ke bahagian yang tidak aktif. Contohnya tasbih kayu Pine Cypress, jika digosok berulang-ulang mengeluarkan kepanansan yang akan menghasilkan gelombang dan terus di akstrek melalui pernafasan dari liang kulit. - Mengadungi sejenis kimia herba yang dipanggil Fitokemia atau Pycgenol. Kepanasan haba yang keluar dapat mengeluarkan gelombang bunui yang tinggi, namun ia sama sekali tidak dapat didengar oleh kita tapi dapat didengar oleh makhluk lain. kesimpulannya gelombang bunyi ini mungkin boleh menghindari dari makhluk halus,gangguan syaitan atau jin. - Sebagai penawar bagi penyakit Barah Gusi, Gigi, Kencing Manis, Diabetis, serta berupaya merawat Ulser, Buah Pinggang. Antioksidan yang tinggi serta bahan kimia yang dipanggil Phycynogenol dan Monoterpenes yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh dan juga menggantikan imuniti tubuh yang hilang.

FAkta kekeliruan kayu kokka


Yang didakwa pokok Kokka itu nama saitifiknya Attalea Funifera, juga dikenali dengan Coquilla Nut dan lain-lainyala. la sejenis tumbuhan sepsis pokok palma yang sama spesisnya seperti Kelapa Mawar, Pinang, Nipah, Pokok Tarr, Nibong dan juga Kelapa Sawit. Berbatang lembut, berserabut, tidak bergetah, tidak berminyak dan tidak tahan dengan air. Berpelepah, batang bersabut, berpulur lembut tidak berteras ,berakar menjalar dan mengadungi air yang banyak, berbuah tandan dan mempunyai buah antara 150 hingga 300 biji pada satu-satu tandan. Pokok palma jenis ini yang dikenali sebagai pokok Kokka mempunyai sekurang-kurangnya( 20 jenis spesis ) buah Kokka yang didakwa digunakan itu bertujuan membuat kraf seperti tasbih, gelang,cincin dan sebagainya. Segala hasil dari buah yang didakwa koka ini telah di eksport ke Turkey, Mesir, Iran, Syiria, Libya, Amerika, Afrika, China, India dan ada juga di Malaysia yang telah diproses menjadi minyak. Di negara pengeluarnya ia mempunyai kilang sama seperti kilang minyak kelapa sawit di Malaysia. Lawatan penyelidikan mendapati, pokok Kokka ini kebanyakkannya tumbuh di Negara Brazil, Colombia dan Argentina. Di Brazil pula Pokok yang kononnya pokok Kokka sudah menjadi tanaman komersial dan mempunyai ladang seluas antara 200 hingga 2000 hektar di satu-satu tempat. Pokok ini banyak di daerah Bahar, sama seperti ladang kelapa sawit di Malaysia. r Buanhnnya juga diproses menjadi minyak sama seperti buah kelapa sawit. Pokok Kokka, Kayu Kokka atau Buah Kokka ini juga tidak tumbuh di negara Turkey Iran, Mesir, Syiria,Jorden dan juga Afrika sebagaimana yang di siarkan di laman-laman web dan yang di tulis di dalam buku-buku yang diterbitkan (mengikut faktar sendiri) dan tiada apa-apa kajian. Nama kokka yang didakwa itu tidak tertulis atau tercatat di dalam mana-mana kitab agama, kitab perubatan, buku sejarah, sebutan daerah, negeri atau negara bagi spesis pokok. Juga tidak dinyatakan oleh suku kaum terdahuru. Hanya tersebut di Jepun untuk sejenis pokok kecil yang menjalar seperti sirih yang digunakan untuk tujuan pemujaan dalam upacara keagamaan (Shinto). Apa yang pasti nama kokka seperti yang difahami sekarang tidak wujud. Kayu Kokka atau buahnya tidak mengandungi khasiat atau keistimewaan untuk dijadikan bahan perubatan. Malahan ianya tidak sama sekali dapat menyembuhkan penyakit sebarang penyakit luaran dan dalaman, penyakit mistik mahupun mengelakkan dari gangguan syaitan-syaitan, jin dan makhluk halus. lni adalah penipuan serta khayalan semata-mata Pengguna dan pembaca boleh terjebak dalam amalan syirik dan kurafat dan ianya adalah salah dari segi hukum agama. Disini, penyelidik menafikan sekeras-kerasnya tentang apa yang dikatakan oleh pihak-pihak yang fidak bertanggungjawab supaya menghentikan kegiatan penyebaran maklumat yang mengelirukan masyarakat lagi merugikan bangsa kita. Kesimpulannya hasil penyelidikan mendapati adalah pokok, Kayu atau Buah Kokka tidak ada kena mengena langsung dengan kayu yang didakwa untuk membina Bahtera Nabi Allah Nuh A.S atau Tongkat Nabi Allah Musa A.S. Sejak hampir 20 tahun lalu rakyat Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia t clan Bruneir serta negara-negara beragama Islam yang lain terkeliru dan tertipu dengan kayu kokka yang disebarkan oleh pihakpihak yang tidak bertanggungjawab. Apa yang pasti Kokka hanyalah satu mitos yang amat meragukan tanpa sebarang bukfi secara saintifik dan sejarah.

Kisah nabi Nuh A.s


Nabi Nuh merupakan Nabi yang ketiga sesudah Nabi Adam dan Nabi Idris. Nabi Nuh menerima wahyu ketika masa kekosongan di antara dua Rasul di mana pada waktu itu manusia akan kembali kepada tabiat asalnya seperti menyembah berhala dengan melupakan ajaran Nabi sebelumnya dan melakukan amalan syirik di bawah pimpinan Iblis. Nabi Nuh muncul sebagai Nabi kepada umatnya di saat umatnya sedang menyembah patung patung berhala. Bagi mereka, patung patung itulah Tuhan yg mampu memberi kebaikan kepada mereka. Melihatkan keadaan itu, Nabi Nuh berdakwah kepada mereka supaya meninggalkan amaln terkutuk itu dan kembali menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah swt. Malangnya dakwah Nabi Nuh langsung tidak diendahkan oleh umatnya pada ketika itu. Pelbagai cara telah digunakan oleh Nabi Nuh tetapi hanya kurang seratus orang yg benar benar mempercayai Nabi Nuh. Dan kesemua mereka yang mempercayai kata kata Nabi Nuh itu merupakan golongan fakir miskin dan berkedudukan rendah. Sedangkan umatnya yang lain yang kaya raya, berkedudukan tinggi dan pangkat langsung tidak mengendahkan dakwah Nabi Nuh malahan terus menerus menyembah patung patung berhala mereka. Mereka turut bersekongkol untuk menggagalkan dakwah Nabi Nuh AS. Selama 950 tahun Nabi Nuh berdakwah kepada umatnya untuk menyembah Allah swt. Hanya benar benar sedikit yang bertakwa. 950 tahun bukanlah masa yang singkat kawan kawan. Dalam zaman sekarang, memang tidak ada manusia yang mampu hidup selama itu. Paling lama pun 120 tahun. Itu pun berapa orang sahaja. Apa yang lebih menyedihkan, bukan sahaja golongan kaya raya yang tidak mempercayai Nabi Nuh, tetapi isteri dan anaknya turut sama menentang dan memaki hamun suaminya dengan kata-kata yang yang menyakitkan hati. Nabi Nuh AS lantas membalas ucapan isterinya itu dengan berkata; " takutlah kepada Allah swt dan tinggalkanlah penyembahan berhala. Selain itu janganlah membangkitkan kemarahan anakmu untuk ikut serta dalam kesesatan!" Tentang hal ini , Allah berfirman; " dan diwahyukan kepadanya (Nuh), 'ketahuilah, tidak akan beriman diantara kaummu, kecuali orang yang benar-benar beriman (sahaja), kerana itu janganlah engkau bersedih hati tentang apa yang mereka perbuat." Berbalik kepada cerita, setelah melihat hanya benar benar sedikit yang bertakwa, Nabi Nuh telah mengadu kepada Allah swt : "Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah menderhakaiku dan telah mengikuti orang yang harta dan anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Dan melakukan tipu daya yang amat besar." Surah Nuh ( Ayat 21 22 )

Harapan Nabi Nuh untuk menyedarkan umatnya semakin lama semakin berkurang. Maka berkata lagi Nabi kepada Allah swt : "Ya Allah, janganlah engkau biarkan satu pun daripada orang orang kafir itu tinggal di atas bumi ini. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka hidup, nescaya mereka akan menyesatkan hamba hambaMu dan mereka tidak akan melahirkan anak selain yang akan membuat perkara maksiat lagi sangat kafir." Surah Nuh, ayat 26 27. Dan doa baginda dikabulkan Allah swt dan mereka itu akan dikenakan hukuman mati tenggelam. Selanjutnya Allah memerintahkan beliau membuat kapal. Firmannya; " Dia (Nuh) berdoa, 'Ya Tuhanku, tolonglag aku, kerana mereka mendustakan aku.' Lalu Kami wahyukan kepadanya, ' Buatlah kapal di bawah pengawasan dan petunjuk Kami, maka apabila perintah kami datang dan tanur (dapur) telah memancarkan air, maka masukkanlah ke dalam (kapal) itu sepasang- sepasang dari setiap jenis, juga keluargamu, kecuali orang yang lebih dahulu ditetapkan (akan ditimpa seksaan) antara mereka. Dan janganlah engkau bicarakan dengan-Ku tentang orang yang zalim, sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan." (Surah Al-Mu'minun :26-27)

Setelah Nabi Nuh menerima perintah Allah untuk membina bahtera, segeralah Nabi mengumpul para pengikutnya untuk menyiapkan bahtera tersebut dengan menggunakan perkakas seperti kayu, paku dan sebagainya, Bahtera itu dibina agak jauh daripada kota dan mereka yang tidak bertakwa. Akan tetapi meskipun Nabi cuba menyembunyikannya, masih ada segelintir yang mengetahuinya dan telah mengejek Nabi dan pengikutnya malahan ada yang menggelar mereka sebagai gila kerana membina bahtera di atas bukit. Setelah selesai pembinaan bahtera tersebut, Nabi telah menerima wahyu Allah untuk mengumpulkan para pengikutnya di dalam bahtera tersebut. Allah bukan sahaja memerintahkan Nabi Nuh untuk mengumpulkan pengikutnya, malahan haiwan dan beberapa jenis tumbuhan turut dikumpul di dalam bahtera. Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi, air yang sangat deras yang memenuhi setiap inci bumi tanpa sedikit pun yang tidak terkena air kecuali bahtera yang dibina Nabi Nuh yang langsung tidak dimasuki air. Saat itu, kesemua mereka yang tidak bertakwa sedang hanyut dibawa air, bertarung dengan maut. Dan sekilas itu Nabi Nuh terlihat akan putera sulungnya dan keluarganya lalu kerana rasa kasih dan cinta terhadap keluarganya Nabi telah memanggil mereka untuk menaiki bahtera tetapi malangnya akibat kesombongan dan hasutan Syaitan, langsung mereka tidak endahkan ajakan Nabi Nuh. Setelah banjir yang dahsyat itu sampai ke kemuncaknya, maka habislah binasa kaum Nabi Nuh yang tidak bertakwa kepadaNya. Air mulai surut dan bertambatlah bahtera Nabi Nuh di sebuah bukit bernama Judi ( dlm kawasan banjaran Ararat ).

KEBENARAN KAYU KOKKA

SILA HUBUNGI : HAMZAH BIN MUSA NO.HP : 013-9303122, 017-9194022

FAKTA KEISTIMEWAAN KAYU KOKKA

SILA HUBUNGI : HAMZAH BIN MUSA NO.HP : 013-9303122, 017-9194022

Produk kami

Anda mungkin juga menyukai