Anda di halaman 1dari 18

PENYELENGGARAAN GAS

Disediakan oleh :
Norfarahana Binti Amir Patrol Tiong

PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN

Pastikan Silinder/tong gas memasak sentiasa disimpan dalam keadaan tegak dengan injapnya diatas

Hendaklah diletakkan di ruang terbuka

Elakkan dari membaringkan silinder gas memasak untuk mengelakkan sebarang kebocoran gas dalam bentuk cecair
Pastikan Silinder/tong gas memasak tidak terdedah kepada sumber api dan suhu yang panas

PEMASANGAN

Pastikan anda menggunakan salur gas yang betul iaitu salur gas yang berpiawaian BS 3212 atau MS 773. Pastikan diameter atau saiz salur gas yang dipasang haruslah betul dan sepadan untuk penyambungan kepada kepala gas/pengawal atur gas dan kepada peralatan gas.
Gantikan salur gas yang rosak atau lama dengan yang baru.

Jangan sambungkan salur gas kepada pengawal atur gas atau kepada peralatan gas tanpa klip di hujung sambungan.

langkah PEMASANGAN

Langkah 1 :Periksa salur gas untuk sebarang kebocoran

Langkah 2 :Pasangkan salur gas /hos pada dapur gas terlebih dahulu. Ketatkan dengan pengikat salur gas

Langkah 3 :Tanggalkan penutup getah yang digunakan untuk melindungi lubang gas

Langkah 4 :Pasangkan kepala gas kedalam lubang tersebut

Langkah 5 :Putarkan kunci kepala gas kearah kanan 90 untuk kunci posisi kepala gas. Dan putarkan lagi kearah kanan 90 untuk membolehkan gas keluar dari tong gas.

Langkah 6 :- Hidupkan dapur dan boleh mula memasak

PENGGUNAAN

Gas memasak lebih bagus dan selamat digunakan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Jangan guna gas di dalam bilik atau di bawah tanah. Tidak meletakkan sebarang objek panas di atas silinder gas untuk mengelakkan kerosakan pengawal atur gas. Jangan biarkan dapur gas anda menyala tanpa sebarang pengawasan. Jika anda tidak akan menggunakan silinder gas untuk jangka panjang, tanggalkan pengawal atur gas dari silinder gas dan tutup dengan penutup keselamatan gas

Mengesan kebocoran gas

Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas

Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.

Mengesan Kebocoran

Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir

Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan kepala gas ialah dengan menggunakan air sabun

Langkah pencegahan

menggantikan saluran gas dan klip setiap dua tahun

Periksa kepala gas, saluran gas dan klip secara berjadual

Menggantikan kepala gas setiap lima tahun

SELAMAT

Langkah-langkah jika terdapat kebocoran

Memadamkan semua sumber nyalaan terdedah dan tutupkan semua peralatan gas di sekeliling.

buka pintu and tingkap untuk meningkatan pengudaraan.

Jangan buka atau tutup sebarang peralatan electrik / suis


Sekiranya keadaan adalah selamat dan terkawal, alihkan silinder gas bocor ke kawasan terbuka yang jauh dari manusia, bangunan, longkang atau punca api.

Berlaku kebakaran

tamat

Anda mungkin juga menyukai