Anda di halaman 1dari 3

cita-cita saya nak kerja kastam

Posted by kinna at 8:00 AM Salah satu cita-cita saya (tapi tak pernah disclose kat orang) adalah nak jadi Penguatkuasa Kastam (PK). Masa isi borang Spa-8, saya isi Pegawai Tadbir & Diplomatik (M41) yang pertama. Pastu Pegawai Tadbir (N41) kedua. Diikuti Penguatkuasa Kastam yang ketiga. Minat sungguh sebab..

(1) Chik (mak cik saya, adik mama) kerja kastam. Bukan pegawai besar pun, kerani je. Tapi dia amat concern pasal LLB saya. Selalu cerita pasal 'kawan' dia, bekas LLB UIA yang jadi Penguatkuasa Kastam, tak chambering pun..bla..bla...bla..Makcik-makcik len mana concern pasal pengajian saya :(

Dan pernah sekali tu, masa chik pindah rumah baru (banglo lot, tanah pusaka), sekumpulan officer Kastam datang check umah dia. Tengok geran segala mak nenek. Bimbang chik makan rasuah. Bila tengok derang, terdetik dalam hati saya, bagusnya Kastam ni, saya mesti pilih! (baca ala-ala iklan tv Bank Rakyat ye..)

(2) Uniform Kastam. Pernah saya terbayang diri saya dalam uniform Kastam. Mesti segak bergaya. Ada topi lagi..ish! Cun habis la... (sila la gelak berdekah..memang tak matang langsung pemikiran saya time tu..)

(3) Fizikal saya. Orang kata nak jadi Penguatkuasa ni badan kena tough gitu (tough ke aku?). Tinggitinggi. Sihat. Cukup la syarat fizikal nak jadi Penguatkuasa..huhu

(4) Sebab tersembunyi: Nak ambil balik kereta abah yang Kastam rampas ;( (Abah beli cash dengar seorang Dato'. Rupanya Dato' itu penipu. Kereta takdak AP. Tengah drive, Kastam tahan. Sian dia..)

Pun begitu, saya sekarang bukanlah seorang PK, tapi PH. Bangga juga sebab PH masih di bawah MOF, macam Kastam. Bila perhimpunan bulanan di MOF, saya tak jemu pandang orang Kastam yang segak beruniform. Mata tak kedip-kedip. Cam nak approach derang dan cakap, "saya pun nak kerja Kastam gak..."

Bila tengok Buletin Utama baru-baru ni (pasal 62 orang Pegawai Kastam kena tahan. Siap ada duit ratus ribu, jongkong emas, ASB, jam tangan bersadur emas, etc), saya terkejut sangat. Patut la orang Kastam kaya-kaya no..

Logiknya, Kastam yang deal dengan import eksport setiap hari tu, pasti dapat kutip cukai lebih dari LHDN. Tapi tengok la, sasaran dia RM25b je (LHDN tahun ni sasar RM100b - sasaran dalaman!) Saya fikir, teruknya mereka. Dari yang baru masuk kerja sampai Pegawai Kanan, semua makan suap (dah pukul rata pula bila kes ni keluar tv). Baru la ramai yang bising, si polan (Pesara Kastam), hari2 manangis di Masjid. Si polan, pegawai Kastam, beli rumah cash..hidup mewah..bla..bla..Berbeza dgn LHDNM (kerja punya la teruk, nak dapat bonus sebulan punya la susah. dah la kalau silap sikit Tax Payer bising! Tapi bukan semua la yang kerja LHDN bersih kot.. Mesti ada sorang dua kurap punya. Gelap mata nampak duit)

Duit, sampai kelangit pun takkan cukup. Macam kak non pernah tulis. Apatah lagi duit haram. Duit yang tak berkat. Sedangkan gaji bulan-bulan (kalau datang kerja lambat dan selalu hilang di waktu ofis) pun tak berkat, apatah lagi duit rasuah cenggitu. Tak terfikir ke anak bini yang makan duit tu? Tak takut ke anak 'rosak' sebab duit tu? Tak takut ke balasan kat 'sana' nanti?

Saya takut... penat mengandung anak, sakit beranak, mendidik anak menjadi orang berguna, last2 mak ayah makan duit haram.. semoga kami dijauhkan daripada ujian 'rasuah'!

You might also like: Lisa Surirumah :) Sambung Pengajian Kerja Gomen LinkWithin 7 comments: Mommy Fara said... hrpnye dijauhkan kite dr benda-benda haram!

05 April, 2011 Diyana said... ramai kastam yg jujur tp mcm kinna katela ade jg 1-2 org yg berkurap tu..hmm. saye ade kenalan kastam yg dirumahnye penuh dgn brg rampasan..^^siap jual kat org balik tu. hmm.

05 April, 2011 Ealyie said... Like! :)

05 April, 2011 BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... cian pulak org kastam yg tak makan rasuahkan?? semua pun kena jugak

05 April, 2011 kinna said... fara: insyaAllah..mintak jauh.. diyana: yela, saya pukul rata sebab tenggelam dlm emosi..gegege ealyie: :) ila: tak sumer corrupted..ade je yang bersih..

05 April, 2011 ajeembobo said... yerp..harap..jgn judge semua kastam xelok.. :) u know wat.. kat tempat sy, kene amik 46 org.. 44org sprm da anta blk umh mlm tu gak. newspaper hari ni, PKN phg yg kene tu pon da dilepaskan.. :)

05 April, 2011 kinna said... ajeembobo: pasni dia attack lhdn pulak..

Anda mungkin juga menyukai