Anda di halaman 1dari 5

PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP PERTUMBUHAN PEMIKIRAN ISLAM DI EROPAH..

Pengaruh Pemikiran Islam ke atas Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke 13 dan ke-14 Masihi. Jika dilihat dari segi sejarah, tahun 600-M hingga 1000-M adalah merupakan zaman kegelapan bagi Barat. Era kegelapan ini adalah berpunca oleh keadaan masyarakat yang mundur dari segi ekonomi, keilmuan dan kerohanian begitu jugalah dengan keadaan ekonomi yang tidak setabil. Ia juga di sebabkan oleh pemisahan antara ilmu dengan agama yang di lakukan oleh pihak gereja..

-Faktor

ini memberikan ruang yang luas kepada pengaruh tamadun Islam dan pemikiran Islam masuk ke negara Eropah. Antara pengaruh yang sangat besar yang mempengaruhi pertumbuhan tersebut adalah perkembangan interlektual masyarakat Islam di sebelah Timur. Kemuncaknya ialah apabila Khalifah Bani Abbasiah al- Mamun menubuhkan penempatan iaitu Bayt al-Hikmah pada tahun 830 Masihi. Bayt al-Hikmah ini berfungsi sebagai perpustakaan dan pusat percetakan serta aktiviti penterjemahan.

KEMAJUAN ISLAM DI SEPANYOL

Pendedahan Islam kepada dunia Barat adalah melalui corak pemerintahan Islam di Sepanyol terutamanya dari segi layanan pemerintah terhadap rakyat, keadaan .masyarakat,agama dan ilmu yang tidak terpisah.

Kewujudan institusi-institusi pengajian tinggi terutama sekali di Sicily yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari Eropah juga turut meninggalkan kesan kepada dunia Eropah. Begitulah juga dengan percanggahan pendekatan keilmuan yang wujud antara golongan scholastic dengan scientific, juga menyumbang ke arah perubahan.

PENTERJEMAHAN BUKU-BUKU INTERLEKTUAL ISLAM

Penghijrahan sarjanasarjana Barat ke negara Islam dan aktiviti terjemahan yang dijalankan adalah merupakan fasa pertama pemindahan pemikiran Islam ke negara Barat. Antara teks yang diterjemahkan pada masa itu ialah, teks Arab yang diterjemah daripada teks Greek dan teks asal karangan sarjana-sarjana Muslim.

Diantara sarjana Barat yang pertama sekali datang ke negara Islam ialah Costantain of Africa (1017 M 1087 M), Abelard of Bath (1079 M 1142 M), kemudian diikuti oleh Robert Chester (1110 M- 1160), Jew Moses Farache (1285 M) dan Gereld of Cremonar (1114 M 1187 M). Mereka inilah yang merupakan penterjemah buku-buku interlektual Islam yang membantu kepada penyebaran pemikiran Islam di Eropah.

PENUBUHAN UNIVERSITI-UNIVERSITI DI EROPAH

Penubuhan universiti-universiti terawal di Eropah juga turut menyumbang kepada pemindahan pemikiran Islam ke Eropah. Rasa tanggungjawab para sarjana Barat yang menuntut di negara Islam untuk memindahkan pengetahuan mereka kepada generasi muda di Barat telah mendorong mereka kembali ke Barat dan menubuhkan institusi pengajian tinggi. Universiti pertama di Barat didirikan di Salerno dan Naples oleh King Roger. Melalui institusi di Salerno dan Naples inilah berlakunya pemindahan ilmu-ilmu Islam di Barat dan penubuhan institusi-institusi yang seterusnya

Anda mungkin juga menyukai