Anda di halaman 1dari 5

INFORMATION of ELAKSAMANA

ISLAM PEMANGKIN KEBANGKITAN

Mengikut Grolier Encyclopedia, apabila Rom Barat runtuh pada abad ke-5 Masihi,
bermulalah Zaman Kegelapan di Barat. Era ini dikenali sebagai Zaman Kegelapan
kerana ia berkaitan dengan keruntuhan dua tamadun yang dianggap hebat iaitu Rom
dan Parsi. Ketika itu ramai kalangan di Eropah tidak tahu membaca dan menulis dan
taraf kehidupan mereka amat rendah sekali.

Mengikut seorang tokoh sejarah dari Itali, Flavio Biondo, Zaman Kegelapan ini
bermula dengan kekalahan Rom Barat di tangan Visogoths pada abad ke-5 Masihi.
Mengikut sebuah buku teks yang popular di Jerman pada abad ke-17, era ini bermula
dengan kejatuhan Maharaja Romulus Augustulus di Barat pada tahun 476 Masihi.
Selepas berlalu masa lebih kurang 1000 tahun, pada tahun 1410 Masihi bermulalah
era kemodenan di Barat. Mengikut pendapat yang lain era kemodenan ini bermula
pada tahun 1453 apabila kota Konstantinople jatuh ke tangan golongan Islam Turki.

Kenyataan Tokoh-Tokoh Barat

Victor Robinson ketika menceritakan tentang Zaman Kegelapan ini dalam The Story
of Medicine berkata, “Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova
bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cordova membina 1,000 tempat
mandi. Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian
dalam mereka setiap hari. Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di Cordova
bertar. Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung sedangkan bangunan-
bangunan di Cordova tersergam indah.

Tokoh-tokoh Eropah tidak tahu menandatangani nama sendiri sedangkan anak-anak


di Cordova sudah ke sekolah. Tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca
risalah Kristian sedangkan ulama Islam di Cordova membina kutub khanah yang
besar.”

Pada hari ini para pengkaji sejarah di Barat lebih cenderung menggunakan istilah
Zaman Pertengahan (Middle Ages) ketika menceritakan tentang Zaman Kegelapan
(Dark Ages) di Eropah. Hal ini disebabkan, istilah Zaman Kegelapan mengandungi
maksud yang amat negatif yang mungkin mengelirukan.

Di saat Eropah berada di zaman kegelapan, negara-negara Islam berada di zaman


keemasan. Berhubung dengan ini, Philip K. Hitti dalam The History of the Arabs
berkata, “Orang Islam Sepanyol berjaya mencatat sejarah keintelektualan yang
agong di zaman pertengahan dahulu. Merekalah sebenarnya pembawa obor budaya
dan tamadun bagi seluruh dunia terutamanya antara abad kelapan dan tiga belas
Masihi.”

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Perkara yang sama juga dinyatakan oleh ahli falsafah Britain yang terkenal,
Bertrand Russell, dalam bukunya History of Western Philosophy. Beliau berkata,
“Penggunaan istilah Zaman Kegelapan untuk menceritakan keadaan yang berlaku
antara tahun 699 hingga 1000 Masihi menunjukkan bahawa kita terlampau memberi
tumpuan kepada dunia Eropah Barat.... Sebenarnya ketika itu, tamadun Islam yang
agung berkembang dengan pesatnya dari India ke Sepanyol. Bagi kita tamadun hanya
berada di Eropah Barat sedangkan pandangan ini merupakan satu pandangan yang
sempit.”

Islam Pemangkin Sains Moden

Selepas sekian lama berada di Zaman Kegelapan, akhirnya Barat melalui era
kemodenan yang dikenali sebagai Renaissance. Renaissance berasal dari bahasa
Perancis yang bermaksud rebirth atau kelahiran semula. Ia merupakan zaman
kebangkitan budaya dan ilmu di Eropah yang berlaku antara tahun 1300 dan 1600
Masihi. Zaman kebangkitan ini bermula di Itali sebelum ia berkembang ke Jerman,
Perancis dan England.

Di peringkat awalnya, kebangkitan ini tertumpu dalam bidang seni dan kesusasteraan.
Antara tokoh yang menonjol di peringkat ini ialah penyair dari Itali yang bernama
Petrarch dan pelukis yang bernama Giotto. Pada abad ke-17 Masihi lahirlah saintis-
saintis agung di Barat seperti Galileo, William Harvey, Isaac Newton dan Robert
Boyle. Mereka melahirkan metodologi sains yang dianggap baru dan dengan itu
meledaklah ilmu sains di Barat walaupun di peringkat awalnya ia terpaksa
bertembung dengan golongan Gereja.

Selepas itu Barat tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Ia terus mengembangkan
kemodenan ini dengan mencipta idea-idea dan ciptaan-ciptaan baru hinggalah ke hari
ini. Apakah faktor yang menyebabkan perubahan ini? Siapakah yang menjadi
pemangkin kepada Renaissance atau kebangkitan di Eropah ini?

Marquis of Dufferin and Ava dalam bukunya Speeches berkata, “Eropah terhutang
budi kepada sains Islam, seni Islam dan sastera Islam kerana faktor-faktor inilah
yang menyebabkan ia akhirnya keluar dari kegelapan Zaman Pertengahan.”

Perkara yang sama dinyatakan oleh Dr. Robert Briffault dalam bukunya The Making
of Humanity dalam bab Dar Al-Hikmet yang bermaksud, “Golongan Kristian
menikmati kebebasan sepenuhnya di zaman pemerintahan Islam di Sepanyol. Mereka
mempunyai paderi kanan atau uskup dan beberapa biara. Rahib-rahib Kristian boleh
dilihat berjalan-jalan di jalan-jalan di Cordova (tanpa gangguan)... Golongan Yahudi
juga menikmati konsep toleransi agama yang diamalkan di bawah pemerintahan Islam

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

kesan dari evolusi budaya yang berlaku. Konsep dan budaya ini kemudiannya mereka
sebarkan di kawasan-kawan ceruk yang tidak mengenali erti tamadun... Roger Bacon
bukanlah tokoh yang memperkenalkan konsep eksperimen dalam ilmu. Beliau hanyalah
merupakan anak murid kepada sains dan metodologi Islam, dan ilmu yang beliau
perolehi ini kemudiannya beliau kembangkan ke Barat. Beliau tidak pernah jemu
untuk mengatakan bahawa bahasa Arab dan sains Arab adalah satu-satunya pintu
bagi mereka di zamannya untuk mengenali ilmu yang hakiki... Sumbangan dari
tamadun Arab kepada dunia moden yang paling bermakna ialah sains.”

Memang benar, tanpa Islam Barat tidak akan kenal sains dan teknologi. Hal ini
dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S. (Carly) Fiorina, pengerusi (CEO)
Hewlett-Packard Company, ketika beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk
Technology, Business And Our Way Of Life: What's Next pada 26 September 2001
di Minneapolis, Minnesota.

Beliau berkata, “Pada suatu ketika dahulu, wujud satu tamadun yang terbesar di
dunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan,
menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Di bawah kekuasaannya
terdapat ratusan juta manusia dari pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Salah
satu bahasanya menjadi bahasa universal yang digunakan dalam percakapan
sebahagian besar manusia pada hari ini. Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia
dari pelbagai latar belakang, dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan
kemewahan yang tidak ada tolok bandingannya. Perniagaan yang melibatkan tamadun
ini berkembang dari Amerika Latin ke negara China dan juga antara kedua-duanya.
Tamadun ini hidup subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya
mampu membina bangunan tinggi yang melawan graviti. Pakar-pakar matematiknya
mencipta konsep algebra dan algoritma dan konsep-konsep ini membantu penciptaan
komputer dan encryption yang wujud pada hari ini.

Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan untuk


merawat pelbagai penyakit. Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan
memberi nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan kepada
penerokaan angkasa raya. Penulis-penulisnya menulis ribuan cerita... Tamadun yang
saya maksudkan ini sebenarnya ialah tamadun Islam, yang berkembang dari tahun
800-1600 Masihi. Walaupun kita sering kali tidak menyedari betapa terhutang
budinya kita kepada tamadun ini, namun hasil yang dicurahkannya telah menjadi
sebahagian dari warisan kita. Industri teknologi tidak akan wujud pada hari ini tanpa
sumbangan dari tokoh-tokoh matematik Arab.”

Untuk lebih memahami sumbangan umat Islam ini, mari kita amati apa yang dikatakan
oleh Robert Briffault dalam bukunya The Making of Humanity dalam bab Dar Al-
Hikmet. Beliau berkata, “Di bawah konsep toleransi agama golongan kristian hidup

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

penuh kebebasan di bawah pemerintahan khalifah Islam di Sepanyol.. Pelajar-pelajar


kristian dari pelbagai pelosok Eropah datang ke negara Arab ini untuk belajar.

Alvaro, seorang paderi kanan di Cordova, menulis pada abad ke-9 Masihi, ‘Kesemua
pelajar kristian yang berbakat ini mengetahui bahasa dan kesusasteraan Arab.
Mereka membaca dengan penuh minat buku-buku karangan orang Arab dan berasa
amat kagum dengan kesusasteraannya’. Gerbert of Aurillac membawa beberapa
bahan tentang astronomi dan matematik dari Sepanyol untuk mengajar anak-anak
muridnya tentang alam serta sistem cakerawala. Minatnya yang mendalam tentang
ilmu yang dicurinya dari orang-orang Islam (knowledge stolen from the Saracens),
mengikut William of Malmesbury, menjadikannya terkenal sehingga beliau dianggap
hero pada kisah-kisah legenda yang terkenal di Zaman Pertengahan dahulu dengan
nama Faust Legends.”

Seterusnya Robert Briffault berkata, “Seorang biarawan dari Afrika yang bernama
Constantine yang pernah menjadi setiausaha kepada Robert Guiscard, memberikan
tumpuan untuk menterjemahkan buku-buku Arab dan dengan itu memperkenalkan
sistem pembelajaran baru dalam keluarga (kristian dari kumpulan) Benedict di Monte
Cassino.

Seorang lagi ahli keluarga Benedict, Adelhard of Bath, membawa balik banyak buku-
buku dari Cordova yang kemudiannya di sebarkan ke Perancis dan England. Daniel de
Morlay, selepas mempelajari ilmu matematik dan astronomi di Cordova, menerbitkan
semula ilmu yang telah dipelajarinya itu dan menjadi seorang pensyarah di Oxford.
Plato of Tivoli pula menterjemahkan tulisan-tulisan Al-Battani tentang astronomi
dan matematik.

Pada penghujung abad ke-12, seorang ahli perniagaan dari Pisa, Leonardo Fibonacci,
ketika bermusafir di Algeria dan Sepanyol, tertarik dengan kaedah-kaedah baru
dalam bidang sains matematik yang diketengahkan oleh orang-orang Arab. Beliau
kemudiannya menterjemahkan tulisan Al-Khawarizmi yang berkaitan dengan algebra.
Hasil kerja Fibonacci mempunyai pengaruh yang besar dan beliau sepatutnya
dianggap sebagai pengasas ilmu matematik moden di Eropah Kristian.

Tokoh yang paling banyak mempopularkan tulisan-tulisan Arab ialah Gerard of


Cremona. Beliau tinggal di Cordova selama lima puluh tahun di zaman pemerintahan
Islam. Dalam masa itu beliau berjaya hasilkan tidak kurang dari enam puluh bahan
terjemahan dari bahasa Arab, antaranya tulisan Al-Haitham dalam bidang astronomi.
Seorang lagi tokoh dari Barat, Michael Scot, sering kali berulang-alik ke Cordova
bertujuan untuk mendapatkan manuskrip untuk diterjemahkan. Arnold of Villeneuve
dan Raymond Lully, rakan-rakan Roger Bacon, belajar di Sepanyol dan mengajar di
Montpellier. Campanus of Novara belajar matematik di Cordova dan mengajar di

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Vienna. Lebih dari itu sekolah-sekolah untuk menterjemahkan buku-buku Arab telah
dibina di Toledo oleh Alfonso the Sage.”

Golongan Yahudi juga mendapat manfaat dari saintis-saintis Islam. Berhubung


dengan ini Robert Briffault berkata, “Sikap toleransi orang-orang Islam di bawah
pemerintahan khalifah juga dirasai oleh orang-orang Yahudi. Mereka kemudiannya
memperkembangkan budaya hidup orang-orang Islam ke kawasan-kawasan ceruk
yang tidak mengenali erti tamadun... Mereka membina banyak sekolah, antaranya
sekolah Kimhis dan Ben Esra di Narbonne, dan di situ mereka mengajar ilmu sains
Arab di samping menterjemahkan pelbagai buku karangan orang-orang Arab...
Doktor-doktor Yahudi yang dilatih oleh orang-orang Arab mengembangkan
pengamalan dan pengajaran ilmu perubatan ini di Eropah di sepanjang Zaman
Pertengahan dahulu.

Dalam konteks ubat-ubatan, jenis ubat-ubatan yang digunakan pada hari ini adalah
mengikut formula yang digunakan oleh orang-orang Arab dahulu, kecuali dalam
beberapa aspek sahaja. Ubat-ubatan seperti nux vomica, senna, rhubarb, aconite,
gentian, myrrh, dan calomel, berasal dari orang-orang Arab. Sekolah perubatan di
Montpellier yang mempunyai ramai doktor Yahudi, dibina mengikut sistem sekolah
perubatan di Cordova.

Demikian juga dengan sekolah-sekolah perubatan di Padua dan Pisa. Ia menggunakan


buku-buku karangan Ibn Sina dan Abul Qasim sebagai buku-buku teksnya di samping
buku-buku matematik dan astronomi karangan tokoh-tokoh Arab yang lain. Buku Ibn
Sina, al-Qanun, dan Abul Qasim, at-Tasrif, menjadi bahan rujukan utama di Eropah
hingga abad ke-17. Semua ini menjadi semaian yang bakal melahirkan tokoh-tokoh
sains seperti Fallopius, Vesalius, Cardan, Harvey dan Galileo.”

Seterusnya, dalam bab Rebirth of Europe dalam buku The Making of Humanity,
Robert Briffault berkata, “Orang-orang Arab memperkenalkan tiga ciptaan untuk
Eropah. Setiap ciptaan ini kemudiannya melahirkan revolusi teknologi yang tersendiri
di peringkat global. Pertama ialah kompas (mariner’s compass). Dengannya Eropah
berkembang ke seluruh pelosok dunia. Kedua ialah ubat bedil (gun powder).
Dengannya berakhirlah era pahlawan berkuda dengan baju perisainya. Ketiga ialah
kertas (paper). Ia membuka jalan kepada ciptaan alat-alat penerbitan yang canggih.”

Dunia terutamanya Barat sepatutnya berterima kasih kepada umat Islam. Tanpa
sumbangan mereka dunia tidak akan mengecap kemajuan dan kemodenan seperti yang
di kecapi pada hari ini. Terima kasih Islam!

Adaptasi dari : http://www.formulacemerlang.com

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005

Anda mungkin juga menyukai