Anda di halaman 1dari 12

Indomee - apa hebatnya?

November 13, 2013 at 9:19pm Saya ingin berkongsi pengalaman menembak satelit SES7 di kedudukan 108.2E yang mengandungi siaran Indovi$ion, juga lebih dikenali dengan nama Indomee. Apa yang menariknya, siaran TV berbayar dari negara jiran kita ini Indonesia mengandungi begitu banyak siaran yang menarik terutamanya siaran premium seperti HBO, Discovery, National Geographic dan siaran hebat yang lain.

Bagi peminat Movie seperti siaran HBO, pasti akan kebingungan memilih movie mana yang hendak ditonton kerana terdapat empat jenis semuanya iaitu HBO, HBO Signature, HBO Family dan HBO Hits. Bagi peminat siaran dokumentari seperti National Geographic pasti akan gembira dengan pilihan yang ada iaitu National Geographic, Nat Geo Adventure, Nat Geo Wild dan Nat Geo Music. Begitu juga Discovery, Discovery Science, Discovery Kids, Discovery Home & Health dan Discovery Turbo. Manakala siaran sukan ialah Edge Sport, Star Sports, MNC Sports 1, MNC Sports 2, Fox Sports dan Euro Sports. Sebenarnya banyak lagi siaran hebat yang lain, selain dari siaran tempatan Indonesia yang semuanya boleh dirujuk di http://www.lyngsat.com/packages/indovision.html.

Bagaimana hendak mendapatkan siaran ini.

Bagi mereka yang telah memiliki universal decoder seperti Skybox, Openbox, Dreambox dan lain-lain jenama, inilah peluang yang seharusnya tidak boleh dilepaskan kerana anda hanya perlu menambah dish dan LNB S Band. Anda boleh berjimat dengan menggunakan dish astolol lama yang terbiar dan tidak digunakan dengan menghalakannya lebih kurang ke arah Tenggara. Contoh screen capture yang saya ambil dari http://www.dishpointer.com/ dapat membezakan arahnya dengan jelas, hampir bertentangan dari arah satelit Measat. Dipaparkan juga maklumat tentangan dongakan dish (Elevation) dan LNB Skew (arah LNB atau pusingan LNB) dan maklumat penting yang lain.

Arah untuk Measat dari Melaka

Arah untuk SES7 dari Melaka

Kedudukan satelit SES7. Kalau anda dari Sarawak atau Sabah, arah dia pasti hampir ke arah Measat, tetapi ke kiri sedikit...

LNB S Band Selain dari itu, adalah penting untuk mendapatkan LNB khusus untuk S Band yang siarannya dipancarkan di dalam frequensi 2.5 ke 2.7 GHz. Semua frequensi transponder boleh dirujuk di laman Lyngsat seperti link di atas sama ada Vertical atau Horizontal. Satu lagi nasihat yang penting ialah untuk berhati-hati dalam memilih dan membeli LNB S Band. Pengalaman saya sendiri, kerana hendak membeli yang murah, saya membeli LNB S Band clone buatan China yang tiada jenama langsung, difahamkan ada jenama lain seperti PA**A. Pada permulaannya tiada masalah, namun tidak sampai 2 bulan, LNB tersebut mula memberikan masalah dengan kualiti signalnya menurun dan sangat lemah mengakibatkan gambar di skrin TV pecah-pecah. Seorang rakan saya mengalami nasib yang lebih buruk kerana LNB tersebut terus gagal berfungsi dan keluar mesej No Signal, tidak sampai 2 minggu setelah dipasang.

LNB S Band Original Brand PESI

Dari pengalaman 'berjimat' tersebut, saya membuat carian di internet dan membeli lagi LNB S Band yang asli lagi original jenamaPESI yang di import dari negara asal siaran itu. Difahamkan ada jenama lain yang juga original. Saya tidak pasti apa jenama itu. Walaupun harganya agak tinggi sedikit, namun amat memuaskan dari segi kualitinya. Sehingga kini mutu siarannya sangat memuaskan. Saya juga difahamkan dari pengalaman sahabat-sahabat lain, antara sebab utama LNB S Band sering rosak kerana dimasuki air yang merosakkan chip board di dalamnya. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya melekatkan silicon gluedisetiap rekahan dan lubang skru yang ada pada LNB tersebut. Tambahan dari itu, penyambungan cable RG6 dengan connectornya tidak harus dibiarkan terdedah dan sebaik-baiknya di tape kan untuk mengetatkannya dan mengelakkan dimasuki air.

Perbezaan arah antara astolol (dibelakang) dan indomee (didepan)

Kualiti Siaran Semasa Hujan. Satu lagi faktor yang tidak boleh disangkal lagi ialah anda tidak akan kecewa sebagaimana siaran astolol yang akan keluar No Signal atau Service Not Available semasa waktu hujan. Jangan kata hujan, mendung sedikit atau hujan renyai-renyai pun akan membuatkan kita kecewa, namun tidak dapat diperbuat apa-apa kerana itulah kelemahan Ku Band. Berbeza ceritanya signal S Band untuk Indomee ini, anda tetap seronok menonton siaran kegemaran tanpa menghiraukan hujan yang teramat lebat diluar sana. Ujian yang saya telah buat menggunakan dish beyong astolol 65cm membuktikannya. Lebih mantap lagi dengan menggunakan 75cm kerana dish Indomee yang asli juga menggunakan dish bersaiz 75cm. Ada sahabat yang menggunakan dish astolol lama (55cm) dan juga boleh mendapat siarannya. Namun harus kita ingat konsepnya bahawa lebih besar dish yang kita gunakan maka lebih baik kualiti signalnya. Jadi janganlah merungut sekiranya ada channel yang akan pecah-pecah dan akan terjejas sewaktu hujan.

Pemasangan LNB S Band, memerlukan steel plate yang dilubangkan dan bolt & nut bersaiz 12

Kepada sahabat-sahabat yang masih berkira-kira untuk mendapatkan siaran ini, saya yakin setelah memasangnya, anda tidak akan menyesal dengan siaran-siaran hebat yang disediakan selain dari kebal hujan seperti yang telah dinyatakan di atas. Subtitle atau sarikatanya dalam Bahasa Indonesia tidak sulit untuk difahami, malah memberi peluang untuk kita belajar bahasa Indonesia, sahabat serumpun kita. Jadi kenapa dan mengapa masih tertunggu-tunggu, belilah LNB tersebut dan belajarlah cara untuk membidik dengan tepat satelit tersebut atau

dapatkan perkhidmatan dish installer dengan kadar bayaran perkhidmatan yang berpatutan. Sekiranya tembakan ke satelit itu tepat, anda akan memperolehi 126 channel semuanya. Untuk maklumat, satelit ini mempunyai 10 transponder, 5 dalam polarity Horizontal dan 5 dalam polarity Vertical. Frequency LNB ialah 5150. Rujukan frequency untuk 10 transponder seperti di bawah: 4185/H/22500 4155/H/22500 4125/H/20000 4094/H/22499 4065/H/22500 4185/V/22500 4155/V/22500 4124/V/22499 4095/V/22499 4065/V/22500 Selamat mencuba untuk menjadi penembak burung besi dan selamat menonton.
Like Comment 15 Shares

Labu Labi and 34 others like this. 50 of 61 View previous comments

Mohamad Afiffy Azemi comming sooooonnn.....haahaaaa


November 13, 2013 at 10:12pm Like

Murah Murah Je bos izin copy x?huhuhuh...sangat bermakna ni..


November 13, 2013 at 10:26pm Like 1

Mohammad Romzi Copy dan share ja laa... FOC... janji maklumkan je..
November 13, 2013 at 10:27pm Like

Dhut Cenaries Lnb yg ada kat disk astro tu x leh guna ka..?
November 13, 2013 at 10:31pm via mobile Like

Solahudin Saah x Boleh bos.sband jah.pm Mohammad Romzi


November 13, 2013 at 10:37pm via mobile Like

Sharifudin Shariat terbaik


November 13, 2013 at 10:53pm via mobile Like

Azmi Talib Terbaekkk...


November 14, 2013 at 6:03am via mobile Like

Syazwan Kadir mohon share tuan

November 14, 2013 at 9:24am Like 1

Mienat Tgk maklumat yg berguna


November 14, 2013 at 1:51pm via mobile Like

Mohammad Romzi Dah update dengan info tambahan


November 15, 2013 at 7:10pm Like

Sharifudin Shariat byak ka nak tembak?


November 15, 2013 at 8:04pm via mobile Like

Mohammad Romzi Apa soalannya tu Sharifudin Shariat?Tak faham...


November 15, 2013 at 8:58pm Like

Sharifudin Shariat payah ka nak tembak tu?sblum ni trai x penah dapat


November 15, 2013 at 10:33pm via mobile Like

Mohammad Romzi Senang. Dengan syarat masukkan freq transponder yang betul, arah dan dongak yg betul.
November 15, 2013 at 10:36pm Like

Mohd Amri Ishak Transponder brapa? 5150? 3620?


November 15, 2013 at 11:05pm via mobile Like

Mohammad Romzi

November 15, 2013 at 11:29pm Like 4

Mohammad Romzi

November 15, 2013 at 11:31pm Like 3

Riootz Dvlz Terbaik


November 16, 2013 at 1:45pm via mobile Like

Jai Huzairy dongak die biasa brapa ye Mohammad Romzi...mcm boleh tadah air jer
November 18, 2013 at 9:48pm Like

Mohammad Romzi Hampir maksimum dongak dia...


November 18, 2013 at 9:49pm Like

Jai Huzairy dalam 85 degree la mcm tu


November 18, 2013 at 9:50pm Like

Jai Huzairy lnb tu mmg kene setting 150 degree ke..klu ejas ke tempat lain apa jadi ..
November 18, 2013 at 9:51pm Like

Aziz Garage TP yg mane bro...


November 24, 2013 at 10:25pm Like

Jai Huzairy Hehe..dah ok..


November 24, 2013 at 11:01pm via mobile Like 2

Solok Lada Mohammad Romzi - ni siaran FTA atau berbayar?adakah perlu merujuk kepada provider sama ada indomee trdapat dalam cline atau x?Atau indomee nih bila tembak sure dapat semua 126 chennel tu?
November 25, 2013 at 5:18pm Like

Jai Huzairy kene ada cline bro Solok Lada


November 25, 2013 at 6:36pm Like

Solok Lada Okay..dah trjawab persoalan tuh..cline de indomee tpi susah lah nak tune ses7 nih..nak2 di Terengganu banyak awan..huhu
November 25, 2013 at 6:37pm via mobile Like

Solok Lada Thank Jai N Ct for the answer


November 25, 2013 at 6:38pm via mobile Like


Mohammad Romzi Kalau semua 10 transponder dah lock, confirm akan dapat 126 channel..
November 25, 2013 at 6:58pm Like

Bbd Ismadi bro btl lah sbnd buatan china mmg x bgus...
November 26, 2013 at 2:07pm Like 1

Rnp Frdm berapa harga? apa siaran yg ada?


November 28, 2013 at 2:46pm Like

Hallimi Abeng Google indovidion


November 28, 2013 at 3:26pm via mobile Like

Nukilan Abadi Terbaekkkkk


November 29, 2013 at 4:18pm Like 1

Mohammad Romzi Azmi Saian, dah baca ke belum?


December 1, 2013 at 1:37am Like

Azmi Saian Huhu..x sempat lg la bro Mohammad Romzi, sbb sini line mcm cipet...
December 1, 2013 at 7:32am via mobile Like

Azmi Saian Tq sifu Mohammad Romzi..baru abis baca ni..mmg sedap, lazat, menyelerakan serta menggiurkan..tp yg paling best, bila dpt test sendiri channel smlm..mmg terbaik! Dpt tgk barisan pinggan arcopal kat atas bumbung smlm lg menambah perisa...hahaha
December 1, 2013 at 9:08pm via mobile Like 1

Mohammad Romzi hahaha.. memang mantap Azmi Saian, itu pinggan mau makan macam2... ada besar ada kecil .. hehehe
December 1, 2013 at 9:28pm Like

Azmi Talib "Bukan yg lain"...


December 1, 2013 at 9:50pm via mobile Like

Eddy Zein Bos sorry nk tanye....transponder kne manual install ker...install kesemua ker???
December 12, 2013 at 8:46pm via mobile Like

Mohammad Romzi Kalau ada satfinder tak perlu buat itu semua... kalau tak ada perlu isi secara manual kesemuanya dan tentukan kesemuanya mendapat signal yang tertinggi.. barulah semua channel terang.
December 12, 2013 at 8:51pm Like 1

Eddy Zein Ok tq bos...kne beli satfinder ni...huhuhu


December 12, 2013 at 9:24pm via mobile Like

Mohd Rasydan sya ada sf500 nak jual...coleh cod kat ayer hitam dan melaka..
December 12, 2013 at 9:52pm Like

Sham Tom beli jgn xbeli.. hehehehe


December 12, 2013 at 9:53pm via mobile Like

Mohd Rasydan nak upgrade ke First Strike FS1..


December 12, 2013 at 9:54pm Like

Fauzi Miswan Ketemu aku kang karo ipemu mau..sebelah table wae mangan nang restoren ..
December 12, 2013 at 10:21pm via mobile Like 1

Fuaad Al-attas meletup


December 12, 2013 at 11:43pm Like

Helmi Ng thanks bro


December 16, 2013 at 12:11am via mobile Like

Shahrin Ishak terima kasih tuan Mohammad Romzi


December 21, 2013 at 1:32pm Like 1

Mohamad Rafidy Fahrulakmal Tukiman


December 23, 2013 at 12:13am via mobile Like 1

Muhd Haiqal Fauzan Samsudin


December 26, 2013 at 2:24am via mobile Like

Anda mungkin juga menyukai