Anda di halaman 1dari 25

SKOP 3 Unit 2

Laman Utaman

Kit Latihan

PENGENALAN

Penggunaan tandas yang sempurna setiap kali membuang air adalah salah satu amalan kesihatan yang baik bagi mencegah jangkitan penyakit.

Kit Latihan

OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat:

menyatakan kepentingan tandas dari aspek kesihatan, agama dan sosial.


menyatakan amalan-amalan semasa menggunakan tandas. menyatakan cara-cara penggunaan dan penjagaan tandas.

memilih untuk menggunakan tandas yang sempurna


Kit Latihan

DEFINISI TANDAS

Suatu tempat yang dibina khusus untuk pembuangan najis secara selamat

Kit Latihan

FUNGSI TANDAS

Tempat untuk mengumpul dan menempatkan najis di tempat yang selamat supaya tidak mencemari benda-benda lain.

Kit Latihan

KEPENTINGAN TANDAS MENGIKUT ASPEK:

Aspek Kesihatan Aspek Agama Aspek Sosial

Kit Latihan

ASPEK KESIHATAN
Mencegah kejadian penyakit berjangkit seperti Taun, Demam Kepialu (Tifoid), cirit-birit, Hepatitis A, jangkitan cacing dan lain-lain

Kit Latihan

ASPEK KESIHATAN

Mencegah pembiakan atau gangguan serangga terutamanya lalat

Mencegah daripada gangguan bau busuk, najis yang terbiar merata-rata

Kit Latihan

ASPEK KESIHATAN
Meningkatkan tahap kebersihan kawasan rumah dan persekitaran

Kit Latihan

ASPEK AGAMA
Suci dari najis penting untuk menyempurnakan dan mengesahkan ibadat Kebersihan itu separuh dari iman.
(maksud hadis)

Kit Latihan

ASPEK AGAMA
Dilarang membuang najis merata-rata tempat seperti di anak air (gigi air), bawah pokok dan tepi jalan.
(maksud hadis)

Dilarang membuang najis di tempat lapang jika mengadap kiblat.

Kit Latihan

ASPEK SOSIAL
1. Menjaga maruah diri supaya tidak malu untuk membuang air besar apabila ada tetamu, anak menantu, jiran dan lain-lain. 2. Kemudahan asas kehidupan seharian. 3. Keselamatan diri supaya tidak digigit binatang berbisa, terpijak duri, kaca, benda-benda tajam dan lain-lain.

Kit Latihan

CIRI-CIRI TANDAS SELAMAT DAN SEMPURNA


Mempunyai struktur binaan yang sempurna.
Jarak tangki najis dari sumber air lebih daripada 50 kaki. Dibina berdekatan atau dalam rumah. Kebersihan tandas sentiasa dijaga.
Kit Latihan 13

AMALAN-AMALAN MENGGUNAKAN TANDAS MENGIKUT ASPEK:

Aspek Kesihatan Aspek Agama

Kit Latihan 14

ASPEK KESIHATAN
Basuh tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali selepas keluar dari tandas. Membersihkan tandas selepas menggunakannya.

Kit Latihan

ASPEK AGAMA ISLAM


Memakai alas kaki

Membaca doa sebelum masuk tandas


Dahulukan dengan kaki kiri apabila memasuki tandas Menutup kepala dengan kain Dahulukan dengan kaki kanan apabila keluar tandas Membaca doa apabila keluar tandas Daripada Anas RA. berkata : Adalah Nabi SAW. apabila baginda masuk atau keluar tandas baginda berdoa
Kit Latihan

PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN TANDAS


1. Sediakan air bersih yang mencukupi.
2. Sediakan sabun. 3. Menggunakan selipar yang sesuai ketika ke tandas.

4. Pastikan lantai tandas yang dibina tidak licin.


5. Tandas perlu diselenggara secara berkala, jika rosak baiki segera. 6. Gunakan tandas setiap masa. 7. Tandas perlu dicuci setiap kali selepas digunakan.
Kit Latihan

DOA KETIKA MASUK TANDAS

Wahai Tuhanku, hamba berlindung dari Engkau daripada keburukan atau kejahatan, semasa membuang air

Kit Latihan

DOA KETIKA KELUAR TANDAS

Puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan hamba dan mengekalkan apa yang manfaat bagiku

Kit Latihan

TEMPAT PEMBUANGAN NAJIS YANG TIDAK SELAMAT

Cara titis / terus

Di tepi sungai dan rakit


Kit Latihan

TEMPAT PEMBUANGAN NAJIS YANG TIDAK SELAMAT

Cara timbus

Di tepi pantai / pasir


Kit Latihan

TEMPAT PEMBUANGAN NAJIS YANG TIDAK SELAMAT

Cara meratarata

Di dalam semak dan belakang pokok

Kit Latihan

TEMPAT PEMBUANGAN NAJIS YANG SELAMAT

Tandas tarik / flush


Di dalam rumah

Kit Latihan

TEMPAT PEMBUANGAN NAJIS YANG SELAMAT

Tandas curah

Di luar rumah

Kit Latihan

RUMUSAN
Penggunaan Tandas Yang Sempurna Boleh Menghindar Penyakit

Laman Utaman

Kit Latihan 25

Anda mungkin juga menyukai