Anda di halaman 1dari 2

Sajak: PERSAHABATAN ( Mohd.

Amran Daud ) 1 Seorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana. Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui sentum dan ketawanya. II Seorang kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan. Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan. Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang. III Seorang kanak-kanak bersari bergelang kaki bertindik hidung menguntum seri melihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan ketawa dirinya bagai digamit bermain bersama mengongsi kemesraan menterjemah makna kejiranan. Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung. Apabila dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan. IV Ah, kanak-kanak biar berlainan agama biar berlainan bangsa mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa menghirau adat dan budaya; membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangka bersatu hati membentuk jati diri ke arah wawasan lebih bererti! Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.

Tema: Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum - masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan. Persoalan: 1. Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama. 2. Persoalan keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara satu sama lain. 3. Persoalan kemesraan dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai kaum bermain bersamasama dengan riang dan gembira. 4. Persoalan sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama. Nada: Sajak ini bernada patriotik Gaya Bahasa: 1. Kata ganda kanak-kanak/ bermain-main/ berkejar-kejaran. 2. Pesonifikasi pipi tampak ceria bergincu 3. Inversi bertindik hidung menguntum senyum 4. Simile Dirinya bagai digamit bermain bersama. 5. Anafora pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria 6. Asonansi melihat saja telatah manja ( Pengulangan vokal 'a' ) 7. Aliterasi menterjemah makna kejiranan ( Pengulangan konsonan 'n' ) Bentuk: 1. 2. 3. 4. 5.

Sajak ini terdiri daripada empat rangkap Jumlah baris adalah bebas. Contoh: R1 - 7b, R2 - 8b, R3 - 8b dan R4 -ada sepuluh baris. Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris. Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris. Rima akhir bebas.

Nilai: 1. Nilai perpaduan Contoh: Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan negara. 2. Nilai keakraban. Nilai keakraban dalam hubungan persahabatan ini dapat dilihat kepada telatah kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga. Pengajaran: 1. Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum atau agama. 2. Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain. 3. Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan negara.

Anda mungkin juga menyukai